BAB 1

Romance Completed 139249

"Ha!Berangan apa tu?"Terenjut bahu Adriana.Adriana menjeling rakan karibnya.Siapa lagi kalau bukan Kalisha,kawan ketika dia senang dan susah.Berkongsi segala cerita.Sejak Adriana menyambung pelajarannya di U ini Kalishalah satu-satunya sahabat yang paling rapat dengannya.

"Ishk... Kau ni terkejut aku.Kau dari mana?Lama dah aku tunggu."Adriana membuat muka sedih.

"Ala... Ad.Relaxlah..Bukan lama mana pun.Aku pergi jumpa Prof Syaila tadi hantar assignment aku.Lepas tu kena dengar dia membebel lagi.Stress aku." Kalisha membuat memek muka menyampah.

"Padanlah muka kau.Aku dah pesan suruh kau siapkan awal-awal.Tapi kau yang tak mahu dengar.Suka buat kerja last minute."Bebel Adriana.

" Dah.. Dah... Kau jangan nak sambung membebel pula.Dah naik kebas telinga aku ni.Ni aku tengok sekarang kau asyik termenung je.Kenapa,Ad?"Kalisha merenung wajah Adriana menantikan jawapan.Dia agak risau dengan keadaan sahabat baiknya ini.Sejak Adriana dapat panggilan dari ayahnya kelmarin,Adriana sering termenung.Ntah apa yang difikirkan oleh sahabatnya ini.

Satu keluhan berat dilepaskan Adriana.Dia memandang wajah Kalisha .Air matanya bertakung.Kalisha menggengam jari-jemari Adriana.

"Hey, Ad.Kau ok tak ni?Kalau ada apa-apa masalah kau boleh je share dengan aku."

"Sha,aku...aku rindu ibu aku."Air mata yang ditahan mengalir jua.Adriana menahan sebak.

"Kenapa tiba-tiba je ni?Ayah kau ada bagitau apa-apa ke hari tu?"Kalisha ingin mendapatkan kepastian.

"Tak ada apa-apa.Ayah aku just bagitahu aku dia suruh aku balik cuti sem ni. Dia nak buat kenduri tahlil untuk ibu.Aku terus teringat ibu aku.Aku...teringat semua kisah lama aku.Aku kecewa dengan diri aku, Sha."Adriana menundukkan wajahnya.Dia merasa dirinya terlalu hina untuk dipandang.

"Ad,perkara tu dah lama dah.Kau kena move on.Kau kena lupakan semua tu."Kalisha memberikan kata-kata semangat kepada Adriana.

"Aku... Aku tak boleh.Benda tu selalu membayangi aku.Dahlah,Sha.Kau bolehkan teman aku balik kampung cuti sem ni.Teman aku."Adriana menyeka air matanya.Kalisha mengangguk tanda setuju.

"Boleh je Cik Intan Adrianaku sayang.Apa-apa sahaja untuk sahabat aku sorang ni.Nanti aku bagitahu mama dan papa,ok."Adriana tersenyum gembira.

"Ehem... Apa yang rancak sangat bersembang tu.Boleh saya join sekali?"Mata Adriana dan Kalisha memandang wajah gerangan yang bersuara.

"Eh,prof.Tak ada apa-apa. Duduklah. Saja kitorang sembang kosong,kan Ad."Kalisha menyiku Adriana supaya mengiyakan kata-katanya.Adriana hanya menganguk.Senyuman tawar diberikan kepada Prof Haikal.

Haikal memerhati wajah mulus Adriana.Ntah mengapa setiap kali memandang wajah Adriana jantungnya akan berdegup laju.Dia melihat ke arah mata Adriana.Seperti ada sesuatu yang tersirat.Ada sesuatu yang dipendam oleh Adriana.Dia cuba untuk mendekati gadis itu namun semakin dia cuba mendekat Adriana sepertinya semakin menjauhkan diri.

'Hodoh ke wajah aku sampai si Adriana ni tak sudi nak pandang aku.Kalau hodoh,takkanlah ramai student kat sini yang sibuk nak berdamping dengan aku.'Bisik hati kecil Haikal.

"Adriana,awak ok ke?Kenapa mata awak merah?Awak menangis ke?Ada apa-apa yang awak nak kongsi cerita dengan saya ke?" Haikal menjadi tidak keruan apabila melihat mata sedih kekasih hatinya itu.

Adriana hanya menggelengkan kepalanya.Telefon bimbitnya dicapai.Adriana cuba menyibukkan diri dengan bermain telefon bimbitnya.Seboleh-bolehnya dia cuba mengelak dari Haikal.Haikal melepaskan keluhan.Kecewa dengan balasan dari Adriana.Kalisha yang melihat adengan itu cuba mengawal suasana.

"Prof dah makan ke?Lepas ni prof ada class ke?Prof buat apa kat sini?"Macam-macam soalan diajukan Kalisha kepada Haikal bagi memecahkan suasana yang sudah agak sunyi ketika ini.Haikal terkejut dengan pertanyaan Kalisha dan pandangannya terus dihalakan pada Kalisha.Batang tengkuknya diusap perlahan.

"Dah,saya dah makan.Kebetulan saya lalu nak ke pejabat.Ternampak kamu berdua dekat sini.Tu yang saya menyinggah."Haikal cuba mengawal perasaannya.Kalisha hanya mengangguk.Adriana pula... Sama seperti tadi.Diam dengan telefon bimbitnya.

"Eh,prof.Saya lupa kami ada assignment yang kena buat.Kitorang gerak dulu.Bye prof!"Lantas tangan Adriana ditarik mengikut langkahnya.Belum sempat Haikal membalas mereka sudah lari jauh darinya.

"Adriana... Kenapa awak selalu jauhkan diri awak?"Haikal merasa sedikit kecewa.

'Takpe,banyak masa lagi untuk aku tawan hati dia.Aku yakin satu hari nanti hati Adriana akan terbuka untuk aku.'Tegas Haikal dalam hatinya.

************************************

"Ad,aku rasakan Prof Haikal tu minat  kat kaulah."Kalisha menyinggul lengan Adriana selepas sahaja mereka melarikan diri daripada Haikal.Oops salah,Kalisha yang bawa lari Adriana.Hehehe..Kini mereka berada di taman mini yang terletak berhampiran dengan perpustakaan.

"Merapek jelah kau ni.Dia tu lecturer,aku ni student je.Lagi pun ramai lagi perempuan-perempuan yang ada kat sini.Kebanyakkannya cantik,kaya,bijak.Aku ni jauh beza daripada diorang tu."Adriana cuba menepis kata-kata sahabatnya itu.

" Merapek apanya.Aku boleh nampak cara dia layan kau, pandang kau.Lain sangat.Dia caring gila dengan kau.Tengoklah macam tadi tu.Ad,kau terima jelah prof tu.Dahlah hensem,smart,terpelajar, sado.. Perfect boleh dikatakan.Kalau akulah.. Uish memang aku tak lepaskan tau."Kalisha sudah mula menayangkan wajah miangnya.

"Apa kata kau mengurat prof tu.Mana tau melekat kat kau.Untung kaukan."Adriana pula memberi candangan.

"Ishk, kau ni!Ke situ pula.Kita cakap pasal dia,kita pula dia nak kenen-kenenkan dengan prof tu.Aku cakap benda yang betul Ad.Kau lupakanlah cinta pertama kau tu.Mulakan hidup baru.Bagi peluang pada diri kau.Kau berhak."Kalisha cuba memujuk.

Tiba-tiba Adriana bangun.Wajahnya kelihatan menahan amarah.Kalisha terkejut dengan tindakan sahabatnya itu.

"Aku dah cakapkan jangan sebut pasal dia.Apa yang kau tak faham ni!Sebab dia aku benci lelaki.Semuanya sama sahaja.Aku benci!"Lalu Adriana melangkah pergi meninggalkan Kalisha.

Kalisha terpempan.Dia tiada niat untuk mengungkit kisah lama Adriana.Ntah macam mana laju sahaja perkataan itu meluncur dari mulutnya.Kalisha menunduk tanda rasa kecewa pada dirinya sendiri.

Langkahnya terus diatur laju mengejar Adriana. Kata maaf perlu diungkap.

'Bodohnya kau ni Kalisha..'ucapnya di dalam hati sambil dia mengetuk kepalanya.

Di dalam class mata Kalisha meliar mencari seseorang.Langkahnya diatur melangkah mendekatinya.Satu keluhan dilepaskan.Kalisha duduk di sebelahnya.Tangan Adriana diraih.

"Ad,sorry... Aku... Aku terlepas cakap.Jahat betul mulut aku ni."Kalisha menepuk-nepuk mulutnya tanda dia menyesal.Lalu tangannya dihalang oleh Adriana.

" Dahlah beb,aku ok.Aku pun minta maaf sebab marahkan kau tadi.Tapi kau kena janji jangan ungkit lagi perkara tu."Adriana menyuakan jari kelingkingnya.Lantas jari kelingking Kalisha bertaut pada jarinya.

"Pinky promise."Kalisha melakarkan senyuman di wajahnya.Adriana mengangguk dan tersenyum.

Kedengaran suara Prof Syaila menerjah di gendang telinga mereka.Kalisha terkejut dan membuat memek muka meyampah.

"Ok, class.. Hari ini saya akan gantikan tempat Prof Jasmin.Sebab dia tak berapa sihat.So we start our class....." Prof Syaila mula memberi penerangan dan memulakan pembelajarannya.Adriana tekun mendengar dan menyalin beberapa nota.Kalisha pula hanya membuat muka bosannya.Kalisha...Prof Syaila.. Memang tak ngam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience