Bab 50

Romance Completed 207871

Pagi itu setelah siap dengan pakaian untuk bekerja, Intan melangkah menuju ke pintu utama untuk keluar. Caden telah pun pergi ke tempat kerja jam tujuh setengah pagi tadi setelah sarapan.

Hari ini tiada apa yang urgent, Intan mengambil masa sedikit untuk ke tempat kerja. Jam di pergelangan tangan ditilik, jarum sudahpun menunjukkan jam lapan pagi.

Caden seperti biasa, pagi tadi, memberi peringatan pada Intan supaya jika mahu ke mana-mana mesti hubunginya dahulu dan akan diminta anak buahnya untuk menemani.

Risau sangat.

Setelah jaket dipakai dan ankle boot disarung pada kaki, Intan membuka pintu kereta dan terus melolos masuk di tempat pemandu.

Perlahan keretanya melalui pondok pengawal di hadapan dan keluar dari kawasan rumah.

"Lama tak sarapan dengan Shira, call dia lah minta tunggu" Intan mencari telefon bimbit di dalam pouch bagnya.

"Eh, tak ada. Mana pulak telefon ni. Aduh, mesti lupa nak ambil kat meja makan tadi" Intan menepuk dahi perlahan.

Tadi semasa menemani Caden bersarapan, telefon di bawa bersama di meja makan.

Intan pantas memusing stereng dan berpatah balik.

Sampai di pondok pengawal, pintu pagar terbuka dan pengawal keselamatan yang bertugas keluar dari pondok.

"Kenapa Puan?" soal pengawal keselamatan sebaik Intan menurunkan cermin tingkap.

"Tertinggal barang" jawab Intan sambil tersenyum dan terus memandu masuk ke kawasan rumah.

Baru tangan Intan mahu menyentuh tombol pintu rumah, pintu sudah terbuka dan terjengul Kak Sal.

"Puan tertinggal telefon kan? Kak Sal kemas meja tadi nampak telefon ni. Dah agak mesti Puan patah balik" kata Kak Sal lalu menyerahkan telefon pada Intan.

"Thanks Kak Sal. Haah, tertinggal. Tu yang patah balik ni. Nasib baik tak jauh lagi, kalau tidak jenuh pulak" jawab Intan lalu mengambil telefon yang diserahkan padanya.

"Puan, hati-hati ye pandu kereta. Kak Sal rasa macam tak sedap hati la pulak" kata Kak Sal dengan wajah bimbang.

"Kenapa?" tanya Intan tidak faham.

"Hm.. Tak, ni orang tua-tua cakap la. Kalau dah keluar, tapi patah balik sebab tertinggal barang, takut benda buruk jadi" luah Kak Sal serba salah.

Ketawa kecil Intan.

"Kak Sal ni.. Ye lah, saya hati-hati. Okeylah. Saya gerak dulu ye. Assalamualaikum" ucap Intan lalu menapak masuk ke dalam keretanya.

Enjin dihidupkan dan terus bergerak keluar dari kawasan rumah. Pengawal keselamatan yang bertugas sekali lagi mengangkat tangan pada Intan apabila melalui hadapan pondok.

Intan memandu dengan tenang sambil sesekali menyanyi bersama mengikut lagu yang diputarkan DJ.

Sedang ralit memandu tiba-tiba kucing melintas. Terus pedal brek ditekan. Nasih baik la kereta tak ada di kawasan ni, kalau tidak tak pasal-pasal kemek keretanya.

"Aku terlanggar ke kucing tadi?" soal Intan.

Pintu kereta dibuka dan Intan keluar berjalan ke hadapan kereta dan meninjau-ninjau di bawah dan persekitarannya.

"Aik, mana pulak kucing ni pergi"

Tidak lama terdengar bunyi kucing, la kat tepi tayar. Nasib baik tak langgar.

Intan mengambil kucing tersebut dan meletakkanya di tepi jalan. Lalu masuk semula ke dalam kereta.

Pemanduan diteruskan, tiba-tiba terasa ada sesuatu yang keras ditolak pada kepala. Apabila cermin pandang belakang dipandang, Cleine!

Betul sangkaan Intan, lelaki dalam pasaraya itu adalah Cleine. Pakaian yang dipakai sekarang sama dengan yang dipakai semalam cuma tiada penutup muka.

Intan terus memperlahankan kelajuan kenderaannya.

"Kalau kau nak rasa peluru ni tembus kat kepala, kau berhenti" kata Cleine sambil muncung pistol ditolak-tolak pada kepala Intan.

Intan kemudian meraba di pinggang untuk mengambil pistolnya.

Cis! Tertinggal dalam laci pejabat pulak.

Intan nak capai pisau kecil dalam dashboard jauh pulak di sebelah kiri.

"Kau tak payah nk buat kerja bodoh, kau pandu je kereta ni. Ikut mana aku suruh pergi. Kalau tak, berkecai kepala dengan peluru ni" ugut Cleine.

"Kau nak apa sebenarnya?" soal Intan marah.

Kuat Cleine ketawa di belakang.

"Kau bodoh ke, buat-buat bodoh?" soal Cleine sambil kepala Intan diketuk-ketuk.

"Hoi! Jangan main kepala la!" pantang betul Intan kalau orang main-main kepala.

Lagi kuat Cleine ketawa.

"Kau ingat lepas apa yang kau dah buat, aku nak diam?" jerit Cleine.

"Sekarang ni kau pandu masuk ke Jalan Sg Besi" arah Cleine

"Kau nak buat apa pergi sana?" soal Intan tidak puas hati.

"Eh, kau tak faham bahasa ek, aku dah cakap tadi. Kau pandu je kereta ni ke mana yang aku suruh!" marah Cleine lalu diketuk kepala Intan dengan butt pistol.

Menjerit sakit Intan.

"Gila ke?" tengkin Intan sambil tangan kiri memegang dahinya yang sudah mengalirkan cairan merah.

Cleine sudah ketawa macam orang hilang akal.

"Memang aku gila, kau yang buat aku jadi macam ni. Sampai aku jatuh cinta pada kau tapi ini yang kau buat pada aku? Lepas tu kau hancurkan pula semua tempat-tempat aku sampai aku jadi macam pelarian!" marah Cleine.

"Aku tak pernah terniat pun nak buat.." tak sempat Intan berkata Cleine dulu pintas.

"Nak buat apa? Nak buat aku jatuh cinta pada kau? Sebab kau dah dapat Caden? Semua perempuan sama saja" kata Cleine.

"Kau cakap apa ni?" soal Intan tidak faham sambil tangan kiri masih lagi memegang dahi.

Cleine kemudian melihat butt senjata yang ada kesan darah Intan, digosok dan disapu ke seluarnya untuk dibersihkan.

Melihat Cleine yang sedang leka dengan senjatanya itu, tangan kiri Intan cuba untuk membuka dashboard.

Tiba-tiba Cleine pandang ke arah Intan.

"Hoi, apa kau buat!" jerit Intan.

"Saya nak ambil tisu la, nak lap darah ni!" marah Intan.

"Alolo.. Kesian, dah berdarah dahi cantik kau ni kan" ejek Cleine.

"Biar aku ambil! Kau tak payah nak tipu. Macam aku tak tau tektik polis macam kau ni" marah Cleine.

Sebaik Cleine bangun mahu mencapai kotak tisu di sebelah kiri di atas dash board, Intan membelok strereng kereta ke kiri menyebabkan Cleine terhantuk ke depan dan pistol jatuh ke bawah kaki Intan.

Bising mulut Cleine memaki Intan.

Apabila menyedari pistol jatuh di bawah kaki, Intan cuba mencapainya. Terjadi perebutan antara Intan dan Cleine, kereta yang dipandu sekejap ke kiri, sekejap ke kanan hingga kenderaan di belakang dan ditepi membunyikan hon.

Intan dan Cleine masih lagi berebut untuk mengambil pistol yang jatuh. Keadaan kereta yang dipandu dengan bahaya itu telah menyebabkan beberapa kemalangan telah berlaku kerana mahu mengelak dari dilanggar Intan.

Tiba-tiba berlaku kesesakan lalulintas di belakang jalan yang ditinggalkan.

Intan kemudian nampak ada susur dan terus keluar dari susur jalan dan menekan brek.

Pada waktu itu Cleine masih lagi menunduk mencari pistol, Intan kemudian menghentak kepala Cleine dengan sikunya lalu membuka seatbelt dan terus lari ke luar melompat pembahagi jalan.

Cleine yang nampak, laju berlari mengejar Intan tanpa sempat mengambil pistol yang jatuh.

"Hoi! Jerit Cleine.

Intan laju berlari ke kawasan hutan di tepi jalan. Cleine masih lagi mengejarnya. Dengan pandangan yang kabur kerana kesan darah yang meleleh, terkelip-kelip mata Intan. Sambil itu kepala ditoleh ke sekeliling untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata.

Tidak jauh Intan nampak seperti ada pondok kecil. Laju kaki melangkah ke situ sambil kepala tertoleh-toleh kiri dan kanan bimbang Cleine datang.

Tidak sampai dua langkah mahu tiba di situ, Cleine muncul dari tepi pondok. Tajam pandangannya pada Intan.

"Hey bodoh, kau ingat boleh lari dari aku?" soal Cleine sambil datang rapat ke arah Intan.

Intan sudah bersedia andai Cleine mahu lakukan sesuatu.

Tiba-tiba Cleine datang menyerbu Intan dengan penumbuk di muka. Terpaling muka Intan. Dah la sakit di dahi tak hilang, ditambah dengan penumbuk, penumbuk lelaki pulak tu. Silap hari bulan, senget mukanya.

Intan memegang bibir yang pecah dan berdarah.

"Aku tak pernah pukul perempuan tapi kau ni spesis perempuan yang memang patut kena pukul" jerit Cleine lalu menghayunkan penumbuk lagi ke arah Intan tapi tangan kiri Intan naik menghalang.

Lalu tangan kanan Intan naik menumbuk dagu Cleine dan kaki kanan naik menendang ke perut hingga Cleine terdorong ke belakang.

"Tak guna kau!" jerit Cleine sambil memegang mulutnya yang sudah berdarah.

Cleine macam orang gila datang menyerang Intan bertubi-tubi, Intan hanya mampu mengelak dah bertahan dengan serangan dari Cleine yang bertubuh sasa itu.

Sampai satu masa Intan mendapat peluang lalu penumbuk digenggam dengan kuat lalu dihayunkan ke hidung Cleine dan waktu yang sama penumpuk Cleine sampai ke mata kiri Intan.

Masing-masing terdorong ke belakang. Intan tanpa membuang masa Intan mengangkat kaki setinggi tingginya dan menghempaskannya seperti keadaan mengcangkul ke atas kepala Cleine.

Tertiarap Cleine dengan serangan Intan itu tadi. Kuat Cleine menjerit.

Apabila Cleine mahu bangum, kebetulan di tangannya ada sebatang dahan pokok yang patah.

Intan yang seakan tahu apa yang Cleine cuba lakukan memandang pada dahan tersebut.

Cleine dan Intan masing-masing membuka langkah untul mengambil, ntah bagaimana kaki Intan tersadung dan terjatuh. Cleine yang melihat keadaan itu lantas pergi ke arah Intan lalu disepak perut Intan tetapi terkena pada lengan bekas luka tembakan tempoh hari.

Menjerit sakit Intan.

Cleine tunduk disebelah Intan lalu menarik tudung di kepala Intan.

"Kuat juga kau kan, patut la Caden sayang, kalau dah macam ni tenaga kau, pasti hebat jika di ranjang" ketawa Cleine lalu dicium wajah itu.

Meronta Intan dengan perlakuan Cleine.

Tubuh Intan ditekan ke tanah lalu Cleine membuka tali pinggangnya dan diikat tangan Intan di belakang.

Tidak dihiraukan lengan kiri Intan yang sudah semakin berdarah hingga nampak basah pada tshirt di bahagian dalam.

"Bangun" tarik Cleine pada tangan Intan yang diikat.

Intan yang masih lagi sakit, terkial-kial mahu bangun.

"Hoi, aku cakap bangun tu bangun la!" tengking Cleine lalu kuat tangan Intan disentap.

"Sakit la bodoh" jerit Intan dan berjaya juga Intan berdiri.

Cleine membawa Intan hingga ke kerera yang di letakkan di tepi jalan tadi.

Jaket berhud yang dicampak Cleien tadi diambil semula.

Pita pelekat yang ada di dalam poket jaket diambil lalu dilekatkan pada mulut Intan supaya tidak bising.

Mengelak ke kiri kanan wajah Intan tidak mahu mulut dilekat plaster.

Setelah berjaya dilekat, pipi Intan ditepuk sekali dan bibir itu dicium dengan pita pelekat terlapik.

"Kan tenang macam ni. Diam je. Dah masuk" arah Cleine sambil memandang kiri dan kanan.

"Cepat la masuk. Kau ingat ada orang nak datang tolong kau ke?" Intan ditolak ke bahagian penumpang hadapan.

Sebaik pintu di tutup, Cleine terus berlari ke sebelah pemandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience