4: Mama?

Drama Series 2313

"Hihihi!" bayi lelaki itu ketawa riang apabila Jean asyik merenungnya.

"Gelak kau ye?" tegur Jean sambil memicit pipi gebu itu perlahan.

Memang comel, tapi milik siapakah bayi ini? Kenapa ditinggalkan begitu sahaja di depan rumah dia? Takkanlah anak kandung dia? Setahunya, tidak ada pula dia mengandungkan mana-mana gadis. Jean masih tahu menjaga batasan.

"What am i gonna do with you?" pertanyaan Jean itu disambut lagi dengan tawa kecil bayi itu.

Jean memandang ke luar kereta. Eliya dan Laura sudah keluar dari pasaraya dengan barang yang dibeli.

"Your mom dah datang." bisik Jean.

Eliya dan Laura masuk ke dalam perut kereta.

"Is the baby okay?" tanya Eliya yang duduk di tempat sebelah pemandu.

"Okey. Asyik gelak je." jawab Jean. Laura yang berada di tempat duduk belakang lekas menghulurkan tangan untuk menyambut bayi itu.

"I rasa budak ni baik la. Cuma tadi dia meragam bila you nak tinggalkan dia kat balai polis." Eliya menjeling sekilas ke arah Jean.

"Habis tu kita nak buat apa?"

"Okay, macam ni. Kita balik dulu, mandikan, tukar lampin dia, then we can talk about it. Jangan risau, kita sama-sama fikir cara nak selesaikan hal ni."

Laura juga angguk setuju dengan cadangan Eliya.

.

Hampir setengah jam mereka berbincang tentang bayi itu. Masing-masing menemui jalan buntu. Jean pandang Eliya, Eliya pandang Jean. Laura pula sedang memberi makan bayi tadi di dapur.

"Nanti kita dah kena kerja, macam mana?" soal Eliya.

"I know. Mana kita nak tinggalkan baby ni."

"Yang penting, tak boleh tinggal kat rumah you. Nanti mummy you datang, habis kita." kata Eliya.

"Aduh...mummy nak datang next week jugak kan? Kalau hantar pusat jagaan mana-mana je?" Jean baru teringat.

"Nanti mesti pusat jagaan tu mintak dokumen peribadi budak tu. Apa kita nak cakap? Kita terjumpa dia? Nak ke dia percaya?"

Jean angguk lambat-lambat. Betul juga apa yang dikatakan Eliya tu.

"How about..." seiring itu Eliya berpaling ke arah Laura yang sedang berjalan ke arah mereka. Muncul idea sangat bernas di dalam otaknya.

"Baby ni dah kenyang." kata Laura kepada Jean dan Eliya, disambut dengan senyuman oleh anak kecil yang didukungnya.

Eliya dan Jean berpandangan pula sesama sendiri. Eliya membuat isyarat mata, harap-harap Jean faham la.

.

"So, i'm the mum now?"

Eliya angguk beberapa kali. "You're perfect for this. Aku tengok baby tu selesa dengan kau. And kau boleh jaga dia, aku yakin!"

Laura memandang Eliya atas bawah. Biar betul?!

"Please, baby... kau pun memang tak ada kerja kan?" Eliya merangkul pula bahu sepupu kesayangannya itu.

"Ish, kau ni. Gurau kasar nampak?" jeling Laura.

Memang dua hari lepas dia tak lulus temuduga kerja pun. Sepatutnya dia sekarang dah balik ke rumah keluarganya, tapi memandangkan dia malas nak menjawab dengan mummy daddy, Laura saja lepak rumah Eliya dua tiga hari lagi.

"Babe, zaman sekarang ni susah nak cari kerja tau. Cuba kau fikir, nanti kau balik mesti aunty dengan uncle bising-bising lagi sebab kau belum dapat kerja. Kalau kau kerja dengan bos aku, senang." pancing Eliya lagi. Lagi pun Laura senang mesra dengan kanak-kanak, cun sangatlah!

"Hmm..." Laura mengetuk dagu sambil membuat muka berfikir.

Kalau tengok gaya bos si Eliya, memang nampak macam kaya. Model, instafamous lagi! Mesti gaji dia boleh tahan. Jaga budak je pun.

"Please baby, kita tolong bos aku. Kau tak kesian ke kat Jean? Tak kesian kat baby tu?" berkelip-kelip mata Eliya memandang Laura.

"Laura yang cantik, yang sopan santun, my beloved cousin..." Eliya bermain-main dengan rambut pendek Laura. Bodek la tu.

"Ish, yelah yelah!" Laura mengalah.

"Yes!!! Thank you so much my cousin! Kejap tau aku bagitahu Jean." sekejap sahaja Eliya dah lesap dari situ.

"Aku? babysitter? Apa-apa je lah!" bebel Laura.

Tiba-tiba dia dapat kerja ekspress. Jaga budak pulak tu. Nasib baik baby tu tak banyak karenah. Tapi boleh ke lama-lama dia jaga anak orang? Dibuatnya nanti mak dia tiba-tiba muncul?

.

"You tak kenalkan pun sepupu you tu kat i." Jean sekadar duduk di kitchen counter sambil melihat Eliya menyediakan makanan.

"Manalah i tahu korang akan jumpa. Alang-alang dia dah setuju nak jaga baby tu, nanti lah i kenalkan." jawab Eliya.

"Tapi, boleh tahan jugak." perlahan tapi masih didengari Eliya.

"Apa?"

"Sepupu you tu. Cantik." kata Jean selamba. Senang sahaja pujian itu meluncur dari bibirnya. Ah, lantaklah! Laura kat atas tengah susukan baby, bukan ada kat sini pun.

"Wow...jujur. You jangan macam-macam eh? That's my cousin." awal-awal Eliya memberi amaran.

Walaupun si Jean bukanlah jenis yang kaki perempuan, tapi dah 4 kali juga bosnya itu tukar girlfriend! Nasib malang dalam bercinta...

"Tahulah! Eh, dia single lagi ke?" dah mula dah Jean nak menggatal.

"Tak tahu. Tanyalah sendiri!"

"Alah, Eliya. Dengan i pun nak berahsia."

"Memanglah! Bye. I nak pergi panggil dia."

.

"Lupa nak kenalkan. Laura, this is my boss Jean. Jean, this is my cousin, Laura." Eliya memperkenalkan dua manusia yang di hadapannya kini.

"Jean." tangan dihulur tanda salam perkenalan.

"Laura." si gadis menyambut tanpa banyak kata.

Lebar senyuman Jean saat mereka bertentang mata. Laura pula malu-malu kucing. Dah la Jean pernah tengok dia berkemban, mana tak malu!

"Ehem! awkward..." Eliya memerli. Bukan main lagi dua orang ni, macam tak wujud dia dibuatnya!

Tangan yang tadinya saling berjabat perlahan-lahan terlerai. Laura cepat melarikan pandangan, nanti apa pulak Jean ingat.

"So mulai sekarang, Laura kau akan jaga anak si Jean ni. And Jean, bayar gaji Laura okey? That's all. Jom makan!"

Selesai makan malam, Jean meminta izin naik ke atas untuk melihat si bayi tadi. Sebelum masuk ke bilik, Jean sempat mengetuk.

"Masuklah." jawab Laura.

Jean menapak masuk. Laura sedang menepuk anak kecil yang sedang lena tidur. Dia senyum kecil melihat kegigihan Laura dari siang tadi hingga malam ini.

"Dah tidur lena." tegur Jean. Tempat diambil disebelah bayi itu.

"Baguslah budak ni. Senang jaga." jawab Laura perlahan. Berdua-duaan dengan Jean buat dia rasa kekok.

"Thank you."

"Hmm?" Laura angkat muka.

"Thank you sebab sudi nak jaga dia." ulang Jean. Laura hanya mengangguk dan senyum nipis.

"I tak sampai hati nak tengok you tinggal dia tadi." luahnya jujur. Saat terpandangkan wajah si kecil itu menangis, Laura jadi lembut hati.

"Sorry. I betul-betul confuse tadi. I tak tahu nak buat apa." Jean memegang jari-jemari kecil yang sedang nyenyak itu. Akibat terdesak, dia hampir meninggalkan baby itu.

"It's okay. I faham. I boleh jaga dia."

"So, baby ni dah ada nama ke belum?" tanya Jean. Memandangkan nota yang ditinggalkan si ibu tidak ada pula menyebut nama anak kecil ini.

"Hmm... I ada cadangan. I nak bagi nama dia Leo." ujar Laura dengan yakin.

"Why Leo?"

"Err... sebab i minat Leonardo diCaprio?" jawab Laura selamba. Tiba-tiba sangat.

Jean tergelak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience