BAB 7

Humor Completed 26855

Puan Katrina mengutip bagasi itu, dia menarik Khalish ke dalam pelukannya. Khalish terpinar, dia memandang wajah ibunya tanpa riak.

“Tak apa sayang, mummy tak akan tinggalkan Khalish” pujuk Puan Katrina. Khalish mengangguk perlahan, dia menyembam wajahnya dibahu ibunya.Puan Katrina membawa Khalish meninggalkan rumah banglo itu.Sejak dari hari itu Puan Katrina dan Khalish tidak pernah hidup menetap di satu tempat, mereka selalu merantau.Impian Khalish untuk jadi pelukis sudah lama terkubur.

Tiba-tiba angin yang bertiup menerbangkan kertas lukisan Khalish, Khalish berlari untuk mendapatkan semula kertas itu tapi kakinya tersadung pada batu. Rantai yang dipegangnya tadi terjatuh ke dalam kolam renang di kawasan bumbung sekolah itu. Khalish terkilan, dia bangun dan menuju ke kolam renang itu. Kertas lukisannya tidak diperdulikan lagi.

Dia memandang pada rantainya yang berada di dasar kolam.Dia fikir nak lompat ataupun tidak. Dasarnya tidak terlalu dalam tapi tetap sukar untuknya, dia sudah berpeluh ketika kakinya hendak dimasukkan ke dalam kolam. Akhirnya dia melompat masuk ke dalam kolam itu tapi cepat-cepat dia berpaut di tepi kolam. Dia memanjat secepat mungkin ke tepi kolam.

“Dah nak malam ni, kalau aku tak ambil rantai ni… Aku kena tinggalkan kat sini, tak boleh” Khalish ingin mendapatkan bantuan, dia keluar dari kawasan bumbung sekolah.

Tiada siapa di kawasan sekolah, biasalah sudah habis waktu sekolah. Ketika itu Tuhan bagaikan mendengar doanya, seorang gadis yang bermulut becok yang selalu duduk disebelahnya muncul bagaikan bidadari.Dia terus mengejar Qisha.

“Qisha” Khalish menyentuh bahu Qisha. Qisha terkejut hinggakan terlompat dia dari tempat dia berdiri. Walaupun telatahnya sering menghiburkan teman-temannya tapi kini tiada sedikitpun senyuman yang terukir di bibir Khalish.

Seluruh anggota badannya, dari rambut hingga hujung kaki basah lencun.

“Nak kata hujan, tak juga. Langit cerah je.Kau baru balik dari kolam mana ni? Setahu aku mana ada kolam kat sekolah ni, kolam ikan kat taman sekolah tu adalah” Qisha menahan tawa tapi apabila melihat wajah Khalish yang serius itu, dia terus mendiamkan diri.

“Kau sibuk ke?” tanya Khalish.

“Aku dalam perjalanan nak pergi jumpa model untuk kerja khursus seni aku” jawab Qisha, tak berselindung langsung dengan Khalish.

“Boleh tak kau tolong aku” muka Khalish resah, Qisha dapat menangkap keresahan yang tersirat di wajah Khalish.

“Tolong apa?”

“Barang aku hilang dekat kolam renang dekat bumbung sekolah”

“Kau naik sampai atas bumbung sekolah. Khalish, tu kawasan larangan” mata Qisha sudah terbeliak.

Khalish menarik lengan Qisha, memaksa Qisha mengikut hingga ke hadapan pintu kawasan bumbung sekolah iaitu di tingkat lima.

“Dua tahun lalu ada orang mati kat sini, jadi kawasan ni dah jadi kawasan larangan. Kelab renangpun dah dibubarkan” Qisha merenung muka Khalish dengan matanya yang bulat itu.

“Tolonglah aku, rantai aku terjatuh kat dalam tu. Tolonglah”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience