Bab 33

Romance Series 80702

PIPI Pia di tepuk perlahan berulang-ulang kali oleh Nurjihan untuk menyedarkan dia dari tidur yang tiba-tiba sebentar tadi. Manakala Hawa pula mengipas-ngipas ke arah wajah Pia untuk mengalirkan sedikit angin. Mereka membawa Pia berpindah masuk ke dalam kereta untuk memberikan keselesaan padanya sekaligus mengelak malu dari perhatian yang di beri oleh ke semua pelanggan di kedai mamak tadi.

"Pia..bangunlah, adoii dia ni.". Ngomel Nurjihan kerisauan.

Pia akhirnya membuka mata dan melihat Nurjihan di hadapannya. Terus dia teringat perihal gambar perkahwinan Nurjihan dan Tuan Syed, lalu terasa ingin pengsan semula.

"Eh, eh..jangan ! jangan pengsan lagi oii !." Nurjihan mengoncang keras tubuh Pia. Mereka yang lain panik.

Pia segar kembali. Tangannya menggapai botol air yang ada di tepi pintu kereta.

Bahasa isyarat Pia : Jihan ! kau.....macam mana kau boleh kahwin senyap-senyap ni ?!

Nurjihan mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Aku ikut perjalanan takdir, Jodoh aku dah sampai walau bukan keinginan aku. Aku tak ada kuasa nak halang." Jawab Nurjihan.

Bahasa isyarat Pia : Kalau kau tak bahagia macam mana ? risau la aku. Tuan Syed tu macam bahaya je.

Hawa dan Rizal saling berpandangan.

Nurjihan menunduk dan mengehela nafas berat.

"Sekarang ni hidup aku dalam tangan Tuan Syed. Aku ni kena ikut je apa yang jadi. Cuma sokongan dari korang je kekuatan untuk aku. Doakan aku supaya kuat untuk berjaya keluar dari genggaman dia suatu hari nanti jika dia bukan jodoh yang baik buat aku."

Terdiam mereka semua. Tidak mereka tahu apa sebenarnya rancangan Tuan Syed ini. Apa yang mereka harapkan ialah agar Allah sentiasa melindungi sahabat mereka yang satu ini.

PINTU gerbang itu di tutup rapat dan dia melihat sekeliling rumah berharap agar tidak bertembung dengan Tuan Syed Iqwal. Kebelakangan ini sejak menjadi isteri kepada lelaki itu, sering ada satu perasaan yang aneh dalam diri. Begini ke rasa bila ada suami? rasa ada bayang-bayang lain yang mengikuti dia ke mana-mana sahaja.

"Puan Nurjihan ?". Tegur Benjamin entah sejak bila dia ada di situ.

Nurjihan mengurut-urut dadanya terkejut di tegur sebegitu.

"Ya Allah Ben, terkejut saya tau. Sejak bila awak ada kat sini?"

"Dah lama, saya tunggu Puan Nurjihan balik."

Nurjihan merasa ada yang aneh dalam percakapan Benjamin.

"Err kejap. Kenapa panggil saya Puan? akwardnya."

Benjamin menundukkan kepalanya sedikit.

"Cik Nurjihan dan Tuan Syed dan berkahwin jadi secara automatiknya gelaran Cik bertukar kepada Puan. So kami yang bekerja di Villa Rose ini perlu gunakan panggilan itu secara rasmi kepada Puan Nurjihan."

"Eii tak nak.. tak nak... panggil jela Cik macam dulu balik. Tak nak panggil Puan. Tua la rasa. Kalau panggil jugak saya mogok makan !".

Erk ! Benjamin menggaru-garu kepalanya.

"For your information, saya dengar apa yang Tuan Syed cakap pagi tadi. Ikut keselesaan saya kan? so saya selesa dengan panggilan Cik bukan Puan. Okay?".

Benjamin terpaksa mengganguk. Benarlah apa yang di katakan oleh Nurjihan itu.

"Hah, kenapa tunggu saya ni?" Tanya Nurjihan.

"Tuan Syed sedang menunggu Puan , err Cik Nurjihan di atas."

Terpanggung kepala Nurjihan menghadap Benjamin.

"Berapa lama dia tunggu?"

"Err tak pasti, tapi saya kira-kira lama juga".

Ceh, kira-kira.. tapi tak kira pun ! .

"Okay awak tolong panggilkan Syifa kemas barang-barang dapur yang saya beli ni. Saya nak kena naik atas."

Nurjihan menyegerakan langkahnya mendaki anak tangga menuju ke bilik Tuan Syed Iqwal.

****

PINTU bilik Tuan Syed Iqwal di ketuk perlahan. Namun tiada respond. Nurjihan menunggu hingga 5 saat dia terus menolak perlahan pintu bilik itu.

Di jenguk ke dalam, terlihat Tuan Syed Iqwal sedang ralit membuat kerja di mejanya. Perlahan-lahan Nurjihan menapak ke arah lelaki yang kesibukkan itu.

"Err Tuan Syed cari saya ke?."
Nurjihan bertanya perlahan takut-takut pertanyaannya itu menggangu fokus kerja lelaki itu.

"Yes, absolutely."
Jawab Tuan Syed Iqwal masih meneku kertas kerja di hadapannya itu.

Amboi, cara jawab tu macam seharian ye tunggu. Padahal aku keluar beberapa jam je tadi.

"Ada apa? Tuan Syed nak makan ke?"
Jihan membelek jam di tangannya menunjukkan sudah masuk waktu makan tengah hari.

Tuan Syed Iqwal diam tidak memperdulikan pertanyaan Nurjihan.

Heh ! dia ni suka sangat biar orang cakap dengan dinding, meja dan kerusi la !

Tiba-tiba, tangan Nurjihan di gapai oleh Tuan Syed Iqwal dan di ramas lembut seterusnya dia meletakkan tangan mulus itu di bahunya.

Nurjihan tergamam.

Ouh nak suruh aku urut dia ? ceh, berat sangat eh mulut tu nak minta? tahu la ada berlian dalam mulut tu.

Tangannya perlahan-lahan mengurut bahu seorang lelaki yang bergelar suami itu.

"Macam mana dengan keadaan kawan awak tu? dah okay?". Tuan Syed Iqwal bertanya sekali lalu.

Huh ? dia tahu pasal Pia ke?

"Err kawan saya yang pengsan tu ke?. Erm... dah okay dah. Macam mana Tuan Syed tahu?".

Tuan Syed Iqwal tersenyum sinis. Dia meletakkan sebatang pen yang di pegangnya tadi ke atas meja dan menolak ke tepi segala file dan kertas kerja itu untuk mengosongkan sedikit ruang lalu di pusingkan badannya ke arah Nurjihan dan dengan pantas dia mengangkat Nurjihan dan di letakkan di atas meja itu.

Nurjihan terpana, pergerakkan Tuan Syed Iqwal terlalu pantas dan begitu senang lelaki itu mengangkatnya naik ke meja.

Pinggang comel gadis itu di pegang, wajahnya di dekatkan mata mereka bertemu.

"I know everything about you. Every movement you make." Bisik Tuan Syed Iqwal.

Terkelip-kelip mata Nurjihan menatap sepasang mata redup itu dan dadanya kini berdegup kencang dan tidak mampu bersuara.

Huish gila, dia spy aku ke? ni tak lain tak bukan mesti kerja Benjamin.

"I'm glad yang awak dah berterus terang dengan kawan-kawan awak pasal kita. So, i hope yang mereka akan hormat saya sebagai suami awak. I know they doesn't like me right?."

Pertanyaan dari Tuan Syed Iqwal membuatkan Nurjihan tersentak dengan asyiknya suara maskulin yang bergema di telinganya dari lelaki itu.

Nurjihan mengganguk. Ye, memang mereka tidak berapa senang dengan berita perkahwinannya dan Tuan Syed Iqwal setelah mereka tahu apa yang terjadi pada mak Eton dan keadaan yang perlu di lalui Nurjihan kini.

Melihatkan anggukan dari Nurjihan, Tuan Syed Iqwal tergelak sinis.

"It's okay as long mereka tak ganggu urusan saya, and i don't care at all. It's fine with me. But...."

Kata-kata Tuan Syed Iqwal terhenti menyebabkan Nurjihan berkerut kening memandang Tuan Syed Iqwal.

"But..jika mereka masuk campur dalam urusan saya, I'm sorry my dear if i have to warn them."

Nurjihan menelan air liur.

"Tolong jangan usik kawan-kawan saya. Cukup saya je yang jadi bahan pertarungan Tuan Syed."

Kini Nurjihan berpaling mukanya ke arah lain.

Tuan Syed Iqwal tersenyum. Di pegang dagu Nurjihan untuk menatap wajahnya kembali.

"I won't jika awak behave, okay sayang?".

Dia mencium sekilas pipi kiri Nurjihan. Dan kembali menatap sepasang mata budar kesukaannya itu.

Nurjihan ketakutan. Dia mengumpul kekuatan untuk bersabar.

Lalu di angkat kembali Nurjihan menurunkan dia dari meja tadi. Tangan Nurjihan di capai dan dia gengam kemas.

"Let's eat. Saya tunggu awak lama. Lapar sangat."

Nurjihan yang masih terngiang-giang dengan ugutan dari Tuan Syed Iqwal itu hanya mengikut langkah gerakkan tangannya yang di tarik oleh Tuan Syed Iqwal untuk turun ke bawah.

BONET kereta di tutup setelah mereka keluarkan ke semua barang-barang yang di beli di pasaraya tadi khas untuk menghias kelas.

Farid tersenyum memandang Pia.

"Terima kasih eh Sophia, sebab teman saya belikan barang-barang ni tadi. Rasa macam menyusahkan awak pula."

Pia bercekak pinggang memandang Farid.

Bahasa isyarat Pia : Berapa kali saya cakap, panggil je Pia.. Sophia tu formal sangat la !

Farid tergelak melihat rajuk Pia.

"Emmm tak nak ! saya suka sebut Sophia. cantik nama tu saya suka." Farid menggosok belakang tengkuknya menahan segan.

Berbunga-bunga hati Pia saat ini. Alangkah baiknya jika Lelaki di hadapannya saat ini tahu bagaimana perasaannya.

Bahasa isyarat Pia : Suka hati awak la. Saya nak masuk dalam nak start mengemas.

Terus dia bergerak tidak tahan rasa membahang di wajahnya menatap wajah farid yang mengocak perasaan itu.

Di hari cuti ini, mudah kerja mereka untuk menghias kelas murid-murid pendidikan khas yang mana farid di pertanggungjawabkan sebagai guru ajk keceriaan kelas. Kagum dia melihat Pia yang tidak berkira tenaga untuk bersama-sama turut serta membantunya. Pia juga menjadi kesayangan kanak-kanak istimewa di sekolah itu.

Pia hairan melihat Farid yang dari tadi merenungnya dan tidak merespond setiap pertanyaan pada alatan menghias yang di layang-layankan di hadapan Farid itu.

Pap !

Pia memetik jari di hadapan muka Farid dan menerbangkan segala diskripsi tentang Pia yang di teleku bayang oleh Farid tadi.

"Ye Sophia? sorry saya tak perasan awak cakap dengan saya tadi. hehehe"

Ish orang bercakap dengan dia, boleh berangan pula !

Bahasa isyarat Pia : Riben warna pink ni nak letak di bahagian mana?
Tanya Pia sambil menayangkan beberapa ikat riben kertas berwarna merah jambu itu kepada Farid.

Farid mendongak dan memerhati di bahagia dinding keseluruhan kelas.

"Erm, saya rasa kita letak dekat jaring-jaris atas tingkap tu la. Awak rasa sesuai tak?".

Pia turut sama memandang ke arah yang di maksudkan oleh Farid. Dia mengganguk dan menaikkan kedua-dua ibu jari tangannya.

Perfect ! dia tersenyum manis.

NURJIHAN kini berada di perpustakaan kolejnya. Di semak satu persatu buku yang berada di rak tersebut untuk mengenal pasti buku bertajuk
'Aplikasi kejuruteraan 3' yang sering di pinjamnya sepanjang dua semester terakhirnya.

Dia harus cari buku tersebut ! Bagaimana dia boleh terlupa akan penanda buku kesayangannya yang selalu di gunakan itu sewenang-wenangnya di tinggalkan di dalam buku milik perpustakaan itu setelah di pulangkan? Penanda buku itu buatannya sendiri, yang paling comel dia pernah buat ! cis puji diri sendiri.

Pap ! ada buku yang terjatuh di hujung sana dari rak yang sama menarik fokusnya dari mencari.

Dia berjalan ke arah hujung sana dan megutip buku itu serta meletakkan semula di rak tersebut. Kembali ke arah rak yang terputus fokusnya tadi menyambung cari semula buku tersebut.

Haish, jangan buat hal eh. Aku sayang tau penanda buku tu. Tak lengkap hidup aku kalau tak cukup koleksi dalam pegangan.

Pap ! ada buku yang terjatuh lagi ke lantai.

Nurjihan memandang pelik ke sekeliling rak buku depan dan belakangnya itu. Gempa bumi ke ? asyik nak jatuh je buku-buku dekat rak ni.

Pap ! pap ! pap !

terkejut Nurjihan bila semakin banyak buku yang terjatuh ke lantai. ini bukan gempa bumi ni. Ini dah macam berhantu dah library. Lalu Nurjihan lari keluar dari ruangan rak almari buku tersebut.

Eh sekejap ! langkah kakinya terhenti. Dia berpaling ke arah kirinya. Ada penampakkan di lorong rak buku satu lagi. Dia mengecilkan matanya sambil perlahan-lahan mendekati penampakkan itu lalu di tarik telinganya agar bangun berdiri.

"Ouh.....jadi Dr. la yang duk kacau then takut-takutkan saya dengan buku-buku yang terjatuh tu?".

Dr.Haider tersengih katahuan sudah usikkan dia itu.

"Heheh saja nak tegur awak, lama tak datang kampus sejak-sejak dah nak habis sem ni."
Balas Dr.Haider.

Nurjihan menggeleng kepala mendengarkan jawapan Nurjihan itu. Memang sejak semester bakal habis dan kesemua pelajar yang sudah selesai membentangkan projek mereka di beri kelonggaran untuk bercuti bagi mengurangkan sesak di kampus bagi memberi laluan kepada yang belum habis.

"Another level eh cara nak tegur orang pun?" Nurjihan berpeluk tubuh.

Dr. Haider berpura-pura memandang ke arah lain dan tangganya mengeluarkan sesuatu.

Bulat mata Nurjihan memerhati apa yang di pegang pada tangan Dr.Haider itu.

Oih, penanda buku aku !!

"Hei, mana Dr. jumpa? itu saya punya !"
Kata Nurjihan teruja akhirnya penanda bukunya di jumpai.

"Eh, saya punya la kiranya sebab saya jumpa. hehe."
Dr.Haider melarikan tangannya yang memegang penanda buku itu sedang di rebutkan oleh Nurjihan.

"Eiii mana boleh itu saya punya la. Nampak tak ada nama saya kat situ?". Marah Nurjihan bersuara perlahan.

"Nope. Saya punya. Tak boleh ambil..bagi je saya ." Dr.Haider larikan diri.

Nurjihan mangejar Dr.Haider mereka berebutkan penanda buku itu.

Shuhhh ! tegur seseorang yang lain berada di perpustakaan tersebut.

Opps ! masakan lupa mereka di perpustakaan bukannya di taman mainan.

Ketawa mereka secara perlahan. Masing-masing menunding jari elak diri di tuduh bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience