Episode 5

Adventure Series 25852

Episode 5 (Eyka_Aqua)

Dikelas..

Pada hari ini kelas A001 memulakan pelajaran untuk subjek pertahanan diri.

"Baiklah semua pelajar. Sila keluarkan Batu Kelahiran Senjata masing-masing." Cikgu Bess memberi arahan.

Semua pelajar memakai baju sukan telah mengeluarkan batu yang diperkatakan.

"Baiklah. Kamu bayangkan senjata apa yang kamu mahukan dan kamu genggam batu masing-masing dan bayangkan batu Kelahiran Senjata ni dalam ingatan kamu. Cuba gabungkan dua imej yang terbentuk dalam kepala kamu menjadi satu. Kamu semua boleh bayangkan apa sahaja corak atau senjata yang kamu mahukan. Faham? Ada soalan?" Terang cikgu Bess.

"Cikgu tak ada contoh ke?"

"Kalau bayang tapi kita tak mahu corak tu.. boleh ubah ke??"

"Contoh kalau saya nak pedang tapi pedang saya fikirkan tu tak cantik boleh tukar kepada pistol ke selepas tu?"

"Dalam senjata tu boleh letak kuasa ke?"

Macam-macam soalan diajukan kepada cikgu Bess. Cikgu Bess membalas dengan tenang.

"Baiklah. Mari saya terangkan. Batu Kelahiran Senjata ini adalah senjata yang korang semua akan gunakan seumur hidup korang. Sebaik sahaja korang bentukkan korang dah tak boleh ubah lagi. Korang boleh tentukan bentuk, corak dan warna korang mahukan. Jenis senjata juga korang boleh tentukan. Contohnya, pedang, kipas tangan, pisau, kapak dan sebagainya. Bergantung kepada kepandaian berimiginasi korang. Tapi saya nak tekankan sekali korang bayang dan ia berubah jadi bentuk tersebut batu korang tu akan hilang dengan serta-merta" Terang cikgu Bess.

"Selain itu, senjata korang tu boleh dianggap senjata level 1 dan boleh naik level. Setiap level akan berubah bentuk atau corak atau warna senjata korang tapi tidak menukar jenis senjata korang. Contohnya, kalau senjata korang listik tak kan bertukar menjadi meriam. Takde punya. Jadi tolong bayangkan betul-betul senjata apa yang korang mahukan. Jika kamu semua mahu contoh. Saya akan tunjuk contoh." Sambung cikgu Bess.

Cikgu Bess membuka data dan menekan kekunci langit dengan pantas sebelum membesarkan skrin komputer tambahan yang terpapar di papan putih 50 inci mengunakan jari. Skrin komputer tambahan akan berhubung dengan komputer graviti milik cikgu Bess.

Sebaik sahaja cikgu Bess membuka fail. Terus ia berkata.

"Baik semua murid tengok sini. Ini ciri-ciri bentuk, corak, warna dan jenis senjata. Semua senjata ni diambil oleh cikgu masa abang-abang dan kakak-kakak senior korang setiap tahun." Terang cikgu Bess sambil tersenyum senang.

"Cantiknya!"

"Walauwei smart kot!"

"Itu lagi stylo."

"Comel!!"

"Cantik giler warna dia."

"Terbaik kot!"

"Macam mana diaorang boleh terfikir buat senjata macam tu."

"Perghhh!!!"

Kelas A001 mula riuh memuji kecantikan senjata tersebut.

"Baiklah. Kamu semua dah bersedia?" Tanya cikgu Bess.

"Sudah, cikgu!" Serentak pelajar menjawab.

"Baiklah." Cikgu Bess membaca sesuatu dan mengeluarkan bulatan biru atau lebih dikenali pentagram telah membawa seluruh pelajar kelas A001 ke demensi baru.

"Wow! Apa ni?!" Serentak pelajar A001 berbicara.

"Arsh ni bukan ke demensi X?" Tanya Las separuh berbisik.

"Tak silap aku ya.. kita dengar apa cikgu Bess nak terangkan." Balas Arsh dengan series.

"Ini dinamakan demensi x. Demensi ni amat luas. Jadi korang semua boleh pilih berapa banyak ruang yang kamu suka tapi jangan terlalu jauh dari cikgu." Keterangan cikgu Bess menerbitkan senyuman kecil di bibir Arsh dan Las yang mengatakan tekaan mereka tepat.

"Cikgu kenapa kita tak buat dekat gim sekolah je? Tak pon padang sekolah?" Tanya pelajar meja 002.

"Sebab nak mengeluarkan atau membentukkan senjata akan mengeluarkan kuasa amat berbahaya. Kuasa yang terhasil dari fikiran korang tu mampu mencederakan pelajar disekeliling. Jadi kalau kita buat di padang atau gim sekolah andaikata ada orang lalu, orang tu boleh melayang. Kalau nasib tak baik mungkin boleh buat orang tu koma." Jawab cikgu Bess.

"Oh begitu." Balas pelajar tadi.

"Baiklah semua pelajar. Kamu mesti mengambil jarak lingkungan 10 meter jejari bulatan. Baik mula mencari tempat sekarang." Cikgu Bess memberi arahan kepada 27 pelajar dari kelas A001.

Semua pelajar mengikut arahan yang diberi dan duduk diposisi masing-masing.

"Baiklah. Kamu boleh bayangkan sekarang senjata kamu." Kata cikgu Bess sambil menepuk tangannya.

Semua pelajar mula mengfokuskan diri. Tanpa mereka sedari angin mula meniup kencang. Walaupun ia adalah demensi tetapi angin tetap wujud. Wujud kerana fikiran manusia yang sedang memikirkan hal yang sama.

Angin tu tajam bagaikan hirisan pedang tetapi para pelajar selamat kerana dinding perisai yang cikgu Bess aktifkan dari awal tanpa mereka sedari.

Angin tajam tersebut seoleh-oleh mahu menyerang cikgu Bess. Sebaik sahaja angin tajam tu menyerang tiba-tiba muncul perisai angin yang mengelilingi badan cikgu Bess.

"Hurmm.. berani kau cuba kacau aku dengan anak murid aku." Kata cikgu Bess sambil membuka spek matanya.

"Macam aku jangkakan. Kau akan muncul dan cuba mencederakan budak-budak baru betul tak Nill?" Jelingan tajam diberikan kepada bayangan hitam disebalik demensi.

Muncul wajah sebenar bayangan hitam tersebut. Burung hitam bermata merah seperti delima.

"Engkau memang tahu tu perkara ini akan terjadi, jadi kenapa kau tetap membawa mereka ke tempat bahaya ni ha, Bess?" Tanya binatang bernama Nill tanpa membuka mulut.

"Sebab kalau aku buat di padang sekolah akan membahayakan nyawa pelajar lain. Hanya disini kuasa luar biasa boleh dikurangkan." Jawab cikgu Bess sambil tersenyum sinis.

"Jadi tak salah untuk aku cedera atau makan mereka! Sebab aku tengah lapar."

"Cubalah. Kau tak akan berjaya burung bodoh." Jawab cikgu Bess sambil meramas rambutnya. Serta-merta rambutnya bertukar gaya.

"APA KAU CAKAP?! MANUSIA TAK SEDAR DIRI!! RASAKAN SERANGAN AKU!" Burung tersebut mengepakkan sayapnya dan menghasilkan angin tajam tadi.

Serangan tersebut hanya dipandang sepi oleh cikgu Bess. Serangan tersebut langsung tak memberi kesan langsung kepada perisai angin cikgu Bess.

"TAK GUNA!! RASAKAN NI PULAK!!" Serangan angin tajam bertalu-talu ke arah cikgu Bess.

Cikgu Bess hanya menutup mata seoleh-oleh merelakan segala serangan tersebut.

Serangan bertalu-talu diberikan tetapi tetap tak memberi kesan kerana segala-galanya dilindungi dengan perisai angin.

"Itu sahaja?" Tanya cikgu Bess yang masih memejamkan matanya.

"GRRRRR!!! RASAKAN PUSARAN ANGIN AKU!!!" Burung hitam tersebut berputar mengelilingi cikgu Bess. Cikgu Bess melompat kebelakang tetapi burung hitam tersebut mengejar.

Cikgu Bess masih melompat kebelakang seoleh-oleh cuba mengelak dari terkena serangan Nill.

"HAHAHAHAHA!! KAU MANUSIA PENGECUT! ADAKAH KAU TAKUT DENGAN SERANGAN AKU?" Kata burung hitam dengan angkuh.

Keangkuhan Nill telah menyebabkan cikgu Bess tersenyum kecil.

Sebaik sahaja cikgu Bess berhenti melompat burung hitam tersebut terus berputar berkali-kali atas kepala cikgu Bess sehingga menghasilkan pusaran yang besar. Semakin lama semakin besar sehingga menghasilkan puting beliung.

Cikgu Bess berada ditengah-tengah pusaran diangkat dan dibawa berputar dengan kelajuan tinggi oleh puting beliung tersebut. Perisai cikgu Bess retak kecil. Semakin lama cikgu Bess berputar, semakin besar retakkan pada perisai angin cikgu Bess.

Akhirnya perisai angin cikgu Bess pecah dan cikgu Bess berpusing dalam pusaran tersebut.

"HAHAHAHAHA!!! MATILAH KAU MANUSIA TAK SEDAR DIRI! INI NILL!! MUSTAHIL UNTUK KAU MELAWAN AKU!! HAHAHAHA!! AKU BERJAYA KALAHKAN PAHLAWAN LAGENDA YANG DIAGUNGKAN TU!! AKU AKAN JADI KUAT!!!" Burung hitam tergelak terbahak-bahak sambil memerhatikan puting beliung yang menelan cikgu Bess.

"Masih awal sejuta tahun untuk kau lawan dengan aku." Suara cikgu Bess dibelakang burung hitam itu.

Terus senyapkan mulut Nill. Badan cikgu Bess yang dikelilingi angin yang kecil yang berputar dan cikgu Bess terapung diudara manakala wajah cikgu Bess bertukar series. Belum sempat burung tersebut mengalih pandangan terus dipanah petir voltan tinggi. Burung hitam yang besar tersebut terus jatuh ke bawah.

"Kau haiwan yang senang makan umpankan?" Kata cikgu Bess sambil tersenyum manis tetapi bagi Nill senyuman cikgu Bess adalah pertanda yang cikgu Bess dah mula series.

Dia tahu bahana yang bakal menimpa dirinya.

"Aku sengaja lari bukan sebab aku takut tapi aku jarakkan kau daripada anak murid aku." Cikgu Bess masih tersenyum dan mengangkat tangan kanannya separa dengan mulutnya.

"Maaaaafkan aku!! Aku janji tak buat lagi!!" Nill memohon simpati dari cikgu Bess.

"Baik aku terima maaf kau." Kata cikgu Bess sebaik sahaja cikgu Bess mendarat dan berlalu pergi.

Burung hitam tersebut bangun dan cuba menyerang cikgu Bess mengunakan kuasa angin yang keluar dari mulut burung tersebut. Cikgu Bess berjalan seperti tiada apa berlaku. Kuasa yang dihasilkan dimulut burung hitam tersebut semakin besar.

Tiba-tiba burung tersebut dikelilingi angin yang membentuk sangkar yang tinggi dengan serta-merta jejari sangkar tersebut menghampiri satu sama lain dan telah membunuh burung hitam tersebut. Burung tersebut terpotong badannya dengan angin yang berbentuk jejari sangkar. Maka berakhirlah nyawa Nill.

"Aku tak percaya pada mahkluk seperti kau." Kata cikgu Bess yang semakin jauh dari tempat tersebut.

Sebaik sahaja sampai ke tempat murid-muridnya terus cikgu Bess meramas kembali rambutnya dan menjadi serabai dan memakai semula spek putarnya semula.

"Nampaknya ada yang hampir sempurna senjatanya." Cikgu Bess senyum kecil sambil menyilang tangannya.

Sementara itu, Arsh..

Arsh membayangkan pedang yang besar dan kuat berwarna biru pekat dan biru laut. Pedang yang dibayangkan Arsh biasa-biasa sahaja. Coraknya biasa dan bentuknya juga biasa. Selepas bayangkan corak pedangnya, dia cuba membayangkan Batu Kelahiran Senjata. Sebaik sahaja dia cuba mengabungkan senjatanya dengan batu tersebut tiba-tiba kenangannya silamnya kembali.

Dalam memori Arsh..

"Abang!!" Suara Sarena semasa kecil kembali terngiang. Sarena memakai baju gaun kuning sambil memegang bola biru kepunyaan Arsh. Sarena berlari-lari anak kearahnya.

"Mari main sama-sama!" Sambil menghulur bola biru yang dipegangnya.

Memori berubah.

"Abang. Kalau abang dah jadi remaja nanti abang nak masuk mana?" Kenangan dalam bilik Sarena saat Arsh perlu menemani Sarena tidur.

"Abang. Lukiskan corak bunga pada kertas ni." Ujar Sarena.

“Memori ni adalah kenangan semasa festival keramaian.” Hati Arsh berbisik.

"Abang! Abang! Abang! Tengok ni! Bintang, cantikkan?" Senyuman ceria milik Sarena membuatkan hati Arsh gembira. Kenangan mereka semasa mereka sekeluarga pergi berkelah semasa Arsh sekolah rendah dulu.

"Abang! Kalau abang nak pedang apa kata abang masukkan sekali bintang dengan laut! Sarena nak jadi bintang! Abang jadi laut. Abang dah tak akan sunyi lagi. Sarena tetap nak bersama abang!" Luah Sarena semasa mereka berbincang apa mereka nak buat masa hadapan.

Di alam realiti.

Badan Arsh terapung dan mendepa tangan. Batu Kelahiran Senjata terapung di dada Arsh. Badan Arsh bercahaya kekuningan berselang seli dengan warna biru. Seratus-peratus Arsh tidak sedari apa yang berlaku.

Kejadian itu dilihat oleh seluruh para pelajar yang telah siap mengeluarkan senjata termasuk Las.

"Cikgu!! Apa yang berlaku pada Arsh?!" Ada pelajar menjerit.

"Arsh!" Las cuba menyentuh kaki Arsh tetapi di halang oleh cikgu Bess. Cikgu Bess mengeleng.

"Kita lihat apa yang berlaku. Jika ia mencederakan diri saya akan hentikannya. Jadi jangan buat apa-apa." Cikgu Bess memberi arahan.

Tiba-tiba pusaran debu berterbangan dan berputar di batu milik Arsh. Batu tersebut tengelam dalam debu berputar tadi. Tiba-tiba tangan Arsh bergerak kearah debu pusaran tadi. Sebaik sahaja Arsh menyentuh batu miliknya muncul perlahan-lahan pedang yang besar yang kosong dan debu-debu semakin menghilang.

Badan Arsh bercahaya kuning terang dan menghasilkan bintang kecil yang seperti belian. Belian tersebut mengelilingi pedang milik Arsh dan menghasilkan corak bintang yang cantik pada bahagian tajam pedang milik Arsh. Corak tersebut berwarna putih. Selepas cahaya kuning, badan Arsh mengeluarkan warna biru pula dan semua orang disitu terdengar suara halus yang menyanyikan lagu berunsur air dan terdengar bunyi satu titisan air di hujung pedang. Pedang tersebut bercahaya dan pemegang pedang tersebut berwarna biru dan bercorak ombak. Muncul tulisan kuno sepanjang pedang milik Arsh di bahagian belakang pedang .

Di dalam memori Arsh.

"Sarena." Arsh memangil Sarena.

"Abang!" Sarena tersenyum manis.

"Sarena!!" Arsh cuba mengapai tangan adiknya.

"Abang janji ya. Selamatkan adik!" Tiba-tiba air mata Sarena menitis disebalik wajah comelnya yang tersenyum riang.

"SARENA!!!!" Arsh membuka mata dan terus mengapai pedangnya. Serta-merta hilang cahaya yang mengelilingi Arsh tadi.

Ke alam nyata,

Badan Arsh yang terapung jatuh kebawah. Arsh jatuh dengan bergaya. Jatuh seperti gaya ninja sedang mengadap tuannya. Aksi Arsh telah mengamamkan seluruh kelasnya.

Arsh berdiri dan tersenyum apabila kawan sekelasnya memandang dirinya tanpa berkelip.

"Kenapa?" Tanya Arsh.

"Kau ok ke Arsh?" Tanya Las.

"Ok je.. kenapa?" Jawab Arsh kebingunan.

“Bu....”

"Baiklah! Masa untuk pulang. Masa kelas kita pun dah tamat." Cikgu Bess memotong percakapan Las.

"Harus diingatkan para pelajar, apa yang kamu nampak tadi adalah rahsia. Jika kamu semua bongkarkan pada kelas lain, saya akan gagalkan semua ujian kamu dengan saya. Faham?" Tegas cikgu Bess sambil tersenyum.

"Faham cikgu!" Serentak pelajar kelas A001.

Cikgu Arsh mengaktifkan pentagram untuk membawa pulang para pelajar ke bilik darjah mereka.

"Baiklah! Sampai disini sahaja. Bangun semua!" Ucap cikgu Bess.

"Terima kasih, cikgu!" Serentak para menjawab.

Sebaik sahaja cikgu Bess keluar sahaja dari bilik darjah. Semua pelajar bergegas ke meja Arsh.

"Cayalah Arsh! Gempak giler kau tadi." Semua pelajar mengerumi Arsh.

"Ha? Apa maksud korang?" Tanya Arsh.

"Kau tak ingat ke apa yang berlaku tadi?" Tanya salah seorang rakan sekelasnya.

"Tak. Aku tak ingat apa-apa. Yang aku ingat sebelum kita mula dengan tadi je dengan masa korang semua tergamam." Jawab jujur oleh Arsh.

"Boleh kami semua tengok tak pedang kau?" Seorang gadis dari meja 020 meminta kebenaran.

"Boleh. Tengoklah." Arsh menghulur senjatanya kepada rakan sekelasnya.

"Walau wei. Bergaya betul kau punya."

"Halus betul ukirannya."

"Cantik betul warnanya."

"Bintang ni comel."

"Hebat betul kau Arsh."

"Pedang kau betul-betul hebat." Semua rakan sekelasnya memuji.

"Terima kasih. Korang pun tunjuklah senjata korang." Jawab Arsh dengan gembira.

Macam-macam bentuk senjata yang ditunjukkan. Mereka rancak berbual mengenainya.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience