Di rumah Shazril pula, Datin Suraya mula bertanya kepada Shazril adakah benar anak yang dikandungkan Fatihah itu merupakan anaknya.
"Ril, mama nak Ril berterus terang sekarang. Betul ke anak tu anak Ril?" - Datin Suraya
"Apa mama ni? Buat apa nak bincang fasal ni?" - Shazril
"Mama tanya ni, jawab!" - Datin Suraya
"Sayang, apa jerit-jerit ni?" - Datuk Hamdan
Datuk Hamdan cuba menenangkan isterinya.
"Abang diam je. Saya tanya anak saya! Betul ke Ril, tu anak Ril!" - Datin Suraya
"Ya! Anak tu memang anak Ril! Puas hati mama sekarang?" - Shazril
Shazril terus naik tangga dan masuk ke dalam biliknya. Sementara itu, Datin Suraya terduduk kerana penjelasan yang telah diberikan oleh Shazril.
Sembilan bulan kemudian. Semasa Fatihah pergi ke dapur, tiba-tiba dia rasa perutnya sakit. Dia mendapati air ketuban telah pecah. Ini menandakan tiba masa untuk dia bersalin. Wahida yang lihat keadaan itu terus membawa Fatihah ke hospital.
Semasa di hospital, Wahida terus menelefon Aiman untuk memberitahu bahawa Fatihah sedang bersalin.
"Hello. Assalamualaikum, Abang Aiman." - Aiman
"Waalaikumussalam, Ida. Kenapa ni?" - Aiman
"Abang, Fatihah sekarang kat hospital tengah bersalin." - Wahida
"Alhamdulillah... Ha, abang pergi sekarang. Assalamualaikum." - Aiman
"Waalaikumussalam." - Wahida
Apabila Aiman tiba di hospital, dia terus berjumpa dengan Wahida.
"Macam mana dengan Fatihah?" - Aiman
"Abang, doktor cakap Fatihah susah nak beranak. Doktor cakap mungkin mak abang boleh tolong." - Wahida
"Ha? Kalau macam tu, abang telefon mak abang kejap." - Aiman
"Ha, yalah." - Wahida
Aiman terus menelefon ibunya.
"Hello. Assalamualaikum, mak." - Aiman
"Waalaikumussalam, Man. Ada apa ni, nak?" - Puan Khadijah
"Mak, Man tahu mak marahkan adik. Tapi, Man mohon sangat mak maafkanlah adik. Adik tengah bersalin mak. Tapi, doktor kata dia susah nak bersalin. Mak maafkan dia ya, mak." - Aiman
Mendengar kata-kata itu, Puan Khadijah melepaskan telefonnya dari tangan. Dia terkejut apabila mendapati anaknya sedang sakit nak bersalin.
"Hello? Mak? Mak?" - Aiman
Aiman terus sahaja memutuskan panggilan. Di rumah, Puan Khadijah menunaikan solat tahajud supaya anaknya mudah untuk melahirkan anak. Setelah selesai solat, dia terus menadah tangan berdoa kepada Allah agar permudahkan urusan anaknya bersalin.
Setelah selesai doa, barulah anak dalam kandungan Fatihah dapat keluar dengan baik. Fatihah tersenyum apabila melihat anaknya.
Doktor terus memberitahu kepada Aiman yang Fatihah selamat bersalin.
"Encik ni kawan Fatihah ke?" - Doktor
"Saya abang dia. Macam mana adik saya doktor?" - Aiman
"Alhamdulillah, dia selamat melahirkan anak perempuan." - Doktor
"Alhamdulillah..." Aiman dan Wahida
Aiman terus menelefon ibunya untuk memberitahu khabar gembira itu.
"Assalamualaikum, mak. Mak, adik selamat baby perempuan mak. Alhamdulillah." - Aiman
Puan Khadijah tidak berkata apa-apa tetapi air matanya jatuh membasahi pipi. Aiman terus memutuskan panggilan apabila ibunya tidak memberi respon.
Empat bulan berlalu. Aiman masih sedih kerana ibunya masih tidak boleh terima Fatihah. Dia pergi ke ruang tamu untuk memujuk dan menunjuk gambar anak Fatihah yang telah berumur empat bulan kepada ibunya yang sedang duduk di sofa. Anak Fatihah diberi nama Diah Hadirah.
"Mak, mak nak tengok Diah Hadirah, anak Fatihah? Cuba mak tengok, comel macam Tihah, mak. Mak tengoklah." - Aiman
Apabila Aiman memberi telefon pintarnya kepada Puan Khadijah, Puan Khadijah terus menolak hingga telefon pintar itu jatuh. Aiman rasa sangat sedih apabila melihat ibunya berkelakuan seperti itu.
"Mak, dah empat bulan Tihah lahirkan anak. Takkan mak masih tak boleh terima Tihah dengan anak dia? Anak dia tak berdosa, mak." - Aiman
"Anak dia memang tak berdosa, tapi mak dia! Dahlah, mak tak nak dengar fasal perempuan tu lagi!" - Puan Khadijah
"Mak, contohlah kalau adik tu pergi dulu. Mak tak kesian kat adik ke mak? Kalau dia pergi tanpa reda seorang ibu, mesti dia tak tenteram kat sana. Mak, mak maafkanlah adik. Sampai bila mak nak hukum dia? Mak tak kesiankan dia ke?" - Aiman
Puan Khadijah terus bangun untuk pergi ke biliknya. Aiman terus menarik tangan ibunya.
"Mak, Man mohon sangat mak maafkan adik. Kesiankan dia mak?" - Aiman
Puan Khadijah menarik tangannya dan terus masuk ke dalam biliknya dengan sedih.
Pada petang itu, Aiman pergi ke pekan untuk membeli barang. Dia menelefon Fatihah jika dia ingin membeli barang. Fatihah terus memberitahu barang yang ingin dibeli. Setelah itu, Aiman minta Fatihah memberi telefon pintar itu kepada Diah Hadirah kerana dia rindu ingin mendengar suara anak kecil itu.
Aiman bercakap di telefon tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dia melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. Tiba-tiba van laju melanggarnya hingga jatuh.
"Abang Man? Hello? Abang?" - Fatihah
Fatihah rasa pelik kerana abangnya tidak menyahut panggilannya.
Diah Hadirah bermain dengan gelas kaca di atas katil. Dia menolak gelas itu lalu gelas tersebut jatuh dan pecah.
"Ya Allah, Diah! Kenapa tolak gelas tu?" - Fatihah
Fatihah mula berasa tidak sedap hati. Dia merasakan seakan-akan ada perkara buruk telah terjadi kepada Aiman.
Share this novel