BAB 24

Romance Completed 13766

Mereka berdua tiba di alamat yang tertera pada nota kecil itu. Sebuah rumah teres bewarna biru muda ditatap bersama. Nombor rumah tertera tepat seperti alamat yang diberikan Ain. Aqisha baru sahaja ingin melangkah keluar tapi sekali lagi dihalang Tengku Emran.

"Awak tunggu sini. Biar saya tolong hantarkan. Lagipun tak elok kalau awak masuk rumah lelaki yang bukan muhrim apatah lagi dengan keadaan awak yang macamni. Tak semua lelaki macam saya yang tahan godaan syaitan."

Aqisha merenung Tengku Emran. Tangannya mengigil. Dia takut kalau-kalau Tengku Emran akan melakukan perkara yang sama macam Hakim tadi.
Wajah Aqisha yang mulai kecut, dipandang resah. Tengku Emran yakin dia sudah tersalah cakap.

"Maafkan saya awak.. Saya takde niat nak buat awak takut.. Tapi percayalah.. Saya bukan macam lelaki lain yang suka ambil kesempatan ke atas wanita yang bukan muhrim saya.. Saya minta maaf.. Sangat...sangat..."

Wajah gadis itu dipandangnya lama. Seolah memberi keyakinan kepada gadis itu untuk mempercayainya.
Aqisha dapat merasakan bahawa Tengku Emran ikhlas mengucapkan kata-kata tersebut.

"aaa..waakkk hantar..laa cepat. Lepastu saya nak balik.."

Tengku Emran mengangguk seraya tersenyum. Bungkusan kotak segera diambil dan lantas berjalan menuju ke rumah itu.
Loceng rumah dibunyikan berkali-kali dan kelihatan seorang lelaki yang mungkin sebayanya keluar menyambut kedatangannya.
Tengku Emran memberi salam dan bungkusan disuakan. Huluran disambut oleh Fuad.

"Bro, kau siapa?"

Tanya Fuad apabila kebingungan akan gerangan yang menghantar barangnya itu bukan wanita, kawan Ain.

"Aku Imran. Kawan Aqisha Riana. Aqisha kurang sihat jadi dia mintak tolong aku hantarkan barang kau. Jadi aku tolong la dia hantarkan."

Fuad mengangguk tanda mengerti. Tengku Emran meminta diri untuk pulang setelah bersalaman.
Langkahnya diatur menuju kereta. Di dalam keretanya, Aqisha sudah tertidur kelelahan.

"haii laa.. Nampaknya aku sorang la drive malam-malam ni tanpa ada kawan berborak.."

Keluh Tengku Emran. Kereta dipecut meninggalkan rumah Fuad. Bahu yang masih lenguh diurut perlahan. Sesekali pandangan nya dijatuhkan ke arah Aqisha yang terbuai lena. Wajah gadis itu manis sekali ketika sedang lena. Ingin sekali wajah itu diusap lembut tetapi dia tahu batas. Apatah lagi gadis itu masih trauma akan kejadian yang menimpanya tadi.
Satu keluhan berat keluar dari mulut Tengku Emran. Dia meneruskan perjalanan. Perutnya berkeroncong maha hebat. Ingin sahaja dia membawa gadis di sampingnya singgah di kedai makan terlebih dahulu tetapi niatnya dibatalkan.

Tengku Emran akhirnya tiba di pekarangan rumah miliknya. Kereta diberhentikan tepat di hadapan rumah Aqisha. Tengku Emran memandang gadis yang masih lena dibuai mimpi lantas bahu Aqisha ditepuk lembut.

"Awak... Kita dah sampai depan rumah awak..."

Aqisha mengeliat seraya menggosok mata. Tidak sangka dia boleh terlena tadi dengan keadaanya begini. Dia menjenguk ke sisi kanan dan kiri untuk memastikan dia tiba di rumahnya.
Tengku Emran yang hanya melihat gelagat Aqisha bersuara.

"Ni betul betul betul betul betul rumah awak. Yang sebelah tu rumah saya. Ataupun awak nak masuk rumah saya ke? Kalau nak saya parking kereta dalam rumah saya. Najwa mungkin seronok ada kawan yang boleh diajak bermain."

Aqisha hanya membalas kata-kata Tengku Emran dengan jelingan. Pintu kereta segera dibuka dan dia keluar dari kereta. Pintu kereta kemudian ditutup seraya berjalan cepat menuju rumahnya. Dia ingin berehat dan menenangkan fikiran!
Tengku Emran hanya memerhati langkah Aqisha dengan mata seraya mengelengkan kepala.

"ucap terima kasih pun tidak. Dasar cik mok pencuri hati."

Tengku Emran mengundurkan kereta dan memarkir kereta di dalam rumahnya. Sebelum masuk, dia memanjangkan kepala ke rumah sebelah, mencari kelibat Aqisha samaada sudah masuk dalam rumah atau belum. Setelah pasti Aqisha sudah masuk ke dalam rumah, Tengku Emran pun melangkahkan kaki menuju rumahnya.
Perutnya sekali lagi berkeroncong. Dia tidak sabar menjamah lauk yang Puan Sabrina sudah sediakan kerana masakan ibu ialah masakan terbaik!
Mengenangkan perkara itu, Tengku Emran mempercepatkan langkahnya menuju dapur. Tanpa mandi terlebih dahulu, dia menjamah makanan yang tertutup dengan tudung saji di dapur. Lahap sekali makannya tanpa menghiraukan Puan Sabrina dan Encik Ibrahim di ruang tamu yang sudah terbiasa dengan dirinya yang sering pulang lewat apabila jauh merantau mencari rezeki. Hihihi.. jauh sangat !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience