Bab 1

Romance Completed 496681

"Assalamualaikum. Mah oh Mah." sayup-sayup kedengaran dari jauh seseorang memberi salam. Apabila panggilannya tidak disahut di panggil lagi pemilik rumah itu. Volume suaranya di naikkan lebih tinggi agar pemilik rumah mendengar panggilannya.

"Mah! Oh Mah!."

"Waalaikumusalam. Hoi Ba! Ada ni kat belakang. Sekejap." tiak pemilik rumah setelah mendengar orang memberikan salam dan dia amat mengenali suara itu.

Tidak lama terjojol wajah yang di cari dari balik dinding di belakang dapur rumah batu.

"Hah, Mah. Ni aku ada masak pengat pisang ni. Pisang banyak-banyak kat rumah tu dari terbuang aku masak pengat." Ulur Pn. Deeba bekas yang berisi pengat pisang yang dimasaknya.

"Wah, sedap ni. Petang-petang macam ni sedap makan pengat ni. Eh, abang long tak jual ke pisang-pisang tu semua?" Pn. Rahimah mencapai bekas yang dihulurkan. Dibuka sedikit tutup bekas untuk menghidu aroma pengat pisang. Ditelan liurnya dengan aroma yang cukup menyelerakan.

"Ada jual tapi mana yang rosak tu tak jual. Rosak sikit-sikit je jadi aku buatlah pengat ni. Kau kat belakang tu buat apa tadi? Sampai aku panggil banyak kali tak dengar." Pn. Deeba menjulurkan kepalanya ingin melihat aktiviti teman rapatnya.

"Alah aku bakar daun-daun kering tu. Kemas sikit-sikit nak keluarkan peluh. Jomlah kita duduk kat pangkin depan tu. Boleh membawang. Dah lama aku tak membawang dengan kau ni." Pn. Rahimah menarik lembut lengan Pn Deeba menuju ke arah pangkin yang dibina oleh suaminya di bawah pokok mempelam yang sangat rendang. Jika berbuah sangat lebat buahnya. Sekampung boleh merasa.

"Ya betul tu dah lama aku tak membawang dengan kau, Mah oi. Sibuk layan cucu-cucu aku tu."

Kedua sahabat baik sudah duduk di pangkin. Pn. Deeba mengipas-kipaskan mukanya menggunakan hujung tudungnya. Terasa bahang kerana cuaca yang agak terik pada waktu itu. Pn. Rahimah meletakkan bekas berisi pengat pisang di sisinya.

"Panaskan sekarang cuaca. Berlengas aku rasa badan aku ni." dilap sedikit peluh yang terbit di dahinya menggunakan bucu tudungnya.

"Cuaca sekarang Deeba. Ni panas terik, esok hujan pula. Tak menentu." ujar Pn. Rahimah sambil menepuk paha Pn. Deeba.

"Sunyi je rumah kau ni. Mana Khadijah?" tanya Pn. Deeba sambil menjenguk-jenguk rumah sahabatnya.

"Belum balik lagi. Biasalah tu ada aktiviti kat sekolahlah tu."

"Untung kau Imah. Anak kau semua berjaya. Si Aq jadi arkitek kat Kl sana. Ada firma sendiri pula tu. Khadijah pula dah jadi cikgu. Nasib baik dia dapat posting dekat sini juga. Tak adalah kamu sunyi sangat." puji Pn. Deeba sambil tangannya menampar lembut lengan Pn. Rahimah. Mak-mak kalau bercerita memang tangannya semua berjalan juga.

Pn. Rahimah yang mendengar pujian itu mencebikkan bibirnya.

"hmmm. Untung apanya Deeba oi. Tak ada untung juga. Tengok jam segini Khadijah tu belum balik lagi. Balik nanti kalau tolong aku tak apa juga. Ni dia memerap balik kat bilik sambung kerjanya. Tinggallah aku dengan abang Abu kamu tu terkontang-kanting. Nak main dengan cucu.. Hmmm.. Bayang pun belum nampak. Tak macam kamu Deeba. Cucu dah berderet." luah isi hatinya yang tersimpan lama.

"Belum ada rezeki tu. Sabarlah Imah. Benda ni bukan kita yang aturkan." pujuk Pn. Deeba mendengar luahan hati Pn. Rahimah.

"Nak tunggu sampai bila. Dah nak masuk 10 tahun. Tak ada berita baik lagi aku dengar." Pn. Rahimah mengeluarkan kesemua jarinya merujuk 10 tahun.

"Dia orang merancanglah tu. Budak-budak sekarangkan macam tu. Apa orang cakap masih fasa honeymoon lagi."

"Haih..kalau muda lagi tak apa. Menantu aku tu umurnya jauh lebih tua dari anak aku tu. Takkan masih nak merancang juga. Tulah dulu aku dah suruh kahwin dengan anak kau, Delima tapi haih..." Pn. Rahimah tidak sanggup menghabiskan potongan ayatnya. Hanya keluhan kecil sahaja yang keluar dari mulutnya.

"Dah tak ada jodoh mereka berdua nak buat macam mana." bicara Pn. Deeba perlahan ingin menyedapkan hati rakannya. Namun jauh di sudut hatinya juga terkilan kerana dia juga mengharapkan Delima berjodohan dengan Aqra.

Sunyi seketika suasana kerana masing-masing sedang melayan perasaan. Tiba-tiba bunyi lagu nasyid sumayyah nyanyian kumpulan hijjaz berkumandang dengan sangat kuat. Mematikan kesunyian tadi.

"Hoi! Mak kau!" latah Pn. Deeba yang terperanjat dengan bunyi itu.

Pn. Rahimah yang ikut terperanjat juga mengurut dadanya. Satu laman rumah dia terdengar lagu itu. Biasalah orang yang sudah berumur pasti menggunakan valume paling kuat untuk ringtone telefon mereka. Itu pun bagi mereka bunyi itu tidak cukup kuat.

"Haih, siapa yang call ni?" gumam Pn. Deeba sambil meraba-raba telefonnya di dalam kocek seluarnya. Dilihat nama di skrin telefon itu dan tertera nama anaknya Delima.

"Panjang umur budak ni. Baru di sebut-sebut tadi." tersengih-sengih Pn. Deeba melihat nama pemanggil lalu di suakan telefonnya ke udara sejajar dengan wajahnya. Di kecilkan matanya untuk melihat butang berwarna hijau lalu jari kiri telunjuknya diseretkan butang itu. Terpampang wajah manis anaknya di skrin telefonnya.

"Assalamualaikum Mak." sapa Delima apabila melihat emaknya menjawab panggilan videonya.

"Waalaikumussalam."

"Emak, Delima nak keluar ni. Nak beli barang dapur sikit."

"Hah, pergi lepas tu terus balik rumah jangan nak merayau ke mana-mana."

"Yes, Mem." kata Delima sambil mendabik tangannya ke dahi menurut arahan bonda tercinta.

Mata Pn. Deeba di kecilkan sedikit lalu cuba menjengah melalui skrin telefon ingin melihat baju apa yang di pakai oleh anaknya. Terlihat sedikit anaknya mengenakan baju kurung cotton berbunga kecil. Rambut anaknya yang panjang mengurai itu dilihat dilepaskan sahaja. Lalu di angguk-anggukkan kepalanya tanda puas hati dengan penampilan anaknya itu.

"Emak kat mana tu?" tanya Delima yang melihat latar belakang emaknya berada di luar rumah.

"Mak ada ni ha kat rumah mak cik Imah kau. Ni mak cik Imah kau ada kat sebelah mak ni." ditalakan skrin telefonnya kearah Pn. Rahimah. Pn. Rahimah turut merenung skrin telefon itu mencari wajah menantu tidak jadinya. Apabila matanya tertacap wajah manis itu terus tangan kanannya melambai-lambai.

"Delima sihat?" tanya Pn. Rahimah kepada Delima.

"Alhamdulillah cik. Mak cik sihat?" tanya Delima semula beramah mesra.

"Sihat orang tua Delima. Macam nilah." jawab Pn. Rahimah sambil tersenyum. Delima membalas senyuman itu.

"Oklah mak. Delima nak pergi dulu ni. Hah membawang jangan lama-lama pula." ucap Delima sebelum mematikan panggilannya. Pn. Deeba yang mendengar mencebikkan bibirnya.

"Kamu ni sempat kenakan mak balik ye. Dah pergi sana beli barang. Nanti lambat pula baliknya itu. Assalamualaikum." Delima yang mendengar di hujung sana ketawa melekek.

"Waalaikumusalam." lalu panggilannya di matikan.

"Bagus Delima tu. Nak ke mana-mana report dulu pada kau." puji Pn. Rahimah melihat gelagat 2 beranak tadi.

Senang hatinya melihat kemesraan yang dipamerkan oleh mereka berdua. Walaupun duduk berjauhan Delima sentiasa menghubunginya emaknya. Tidak melalui panggilan telefon melalui pesanan whatsApp. Pn. Deeba yang mendengar pujian itu tersenyum.

"Anak perempuankan. Kenalah kita jaga betul-betul. Ke mana dia nak pergi, pakai apa semua kita kena ambil tahu. Bukan apa Mah, aku risau dia kat kl tu seorang je. Dah tu perempuan. Aku tak nak benda yang bukan-bukan berlaku nanti."

"Bukan dulu Delima pernah kerja kat Kl kan. Lepas tu balik sini semula. Lama juga dia balik sinikan. Bertahun juga duduk sini balik. Dah tu kenapa dia nak kerja balik kat Kl tu? Yang kerja dulu tu kenapa berhenti?" Pn. Rahimah agak musykil dengan kepulangan Delima beberapa tahun yang lepas dan sekarang sudah sebulan dia duduk semula di Kuala Lumpur.

"Dulu tu tempat kerja lamanya bankrup. Lepas tu tak dapat kerja kat sana tu yang balik sini. Ni dapat semula kerja kat sana tu yang dia pergi sana balik." ujar Pn. Deeba dengan senyuman yang sangat plastik diberikan.

Takkan dia bercerita kisah sebenar yang sudah berlaku di dalam keluarganya walaupun kepada sahabat baiknya. Aib itu perlu di simpan jauh dilubuk hatinya. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.

* * *

Beberapa bulan yang lalu, Delima telah meluahkan hasratnya untuk bekerja semula di Kuala Lumpur.

"Delima nak kerja kat Kl." ujar Delima pada satu petang yang hening. Pn. Deeba yang mendengar terkedu. Cawan yang sedang di basuhnya terus diletakkan semula. Di bilas tangannya yang bersabun lalu terus dilabuhkan punggungnya depan anaknya yang sedang menikmati pisang goreng.

"Mak tak setuju. Kamu tak boleh jejak kaki kat sana lagi." bantah Pn. Deeba. Tidak membenarkan anaknya itu bekerja semula di bandaraya itu.

Memori lamanya imbas kembali apa yang berlaku beberapa tahun lepas. Delima yang sedang mengunyah goreng pisang tidak memandang wajah tua emaknya yang sedang bermuka cukup serius.

"Linda kata ada butik pakaian baru dibuka kat sana. Dia perlukan pekerja. So Delima dah setuju pun untuk kerja tu." jawab Delima bersahaja. Pn. Deeba yang mendengar sudah mendengus geram.

"Kamu tak boleh pergi sana. Kan mak dah cakap jangan kamu berkawan lagi dengan Linda tu. Kenapa kamu ni degil sangat." bentak Pn. Deeba. Delima masih beriak sahaja.

"Linda dah berubah mak. Dia pun dah lama berhenti dari kerja pelayan tu."

"Tak ada. Mak tak izinkan. Ni kalau abang long dan angah dengar ni teruk kamu dikerjakan. Kamu tak ingat macam mana kamu dibelasah dulu. Setahun kamu kena kurung dekat rumah ni. Kamu tak serik lagi." Pn. Deeba sudah meninggikan suara.

Mana boleh lupa peristiwa sewaktu dia hanyut dengan keseronokan bandar metropolitan itu. Parutnya masih berbekas di hatinya. Masih terasa birat yang di hadiahkan oleh kedua abangnya itu. Selepas dia di belasah sehingga nyawa-nyawa ikan dia di bawa pulang oleh abang-abangnya dan mereka berdua telah mengurung dirinya di dalam rumah itu selama setahun.

"Sebab ingat Delima takkan ulangi lagi. Delima janji Delima tak buat macam dulu." Delima mengangkat lima jarinya menandakan perjanjian.

"Tak ada. Emak tak percaya pada kamu." Pn. Delima membuang pandangan keluar rumah. Hatinya terasa panas dan gundah apabila mendengar permintaan anaknya.

"Ok kalau emak tak bagi tak apa. Delima duduk rumah ni menghabiskan beras mak. Delima takkan kerja kat mana-mana dan takkan tolong mak kemas rumah. Delima nak mengangkang je depan tv tu." ugut Delima. Terbeliak mata Pn. Deeba mendengar ugutan anaknya itu.

Selama ini pun Delima bekerja berdekatan kawasan rumahnya semua tidak bertahan. Paling lama seminggu. Banyak alasan diberikan. Boss banyak songel, ada mak cik puaka, ada mat bangla menguratlah. Eh macam-macam lagi sampai malu dibuatnya.

"Kamu tak nak kerja aku kahwinkan aje. Tu anak mak cik wati kat hujung kampung tu pun bujang masih belum berkahwin." Pn. Deeba pula membalas serangan. Tak nak kalah dia dengan anaknya itu.

"Mak cubalah. Kalau mak cuba kahwinkan Delima, Delima lari dari rumah. Delima cakap betul jangan ingat Delima tak berani buat. Delima lari jauh-jauh sampai emak, abang long dan abang ngah tak boleh jejak Delima." Pn. Deeba mengigit bibir mendengar ugutan anaknya itu.

Dia mengakui setelah kejadian itu, Delima bertukar menjadi seorang yang berhati kering. Dia tidak kisah apa yang diperkatakan oleh orang kepada dirinya. Dan jika dia berkata A, A lah di buatnya. Apabila mendengar ugutan anaknya, air liurnya di telan. Terasa pahit. Dia sudah tiada pilihan lain. Di telan mati emak, diluah mati bapa. Fikirannya buntu.

"Tak ada tempat lain ke kamu nak merantau? Kenapa Kl juga?“ sayu sahaja kedengaran suara Pn. Deeba. Delima tidak menjawab persoalan itu.

" Delima janji pada emak. Delima takkan buat macam dulu. Delima akan sentiasa update pada mak apa Delima buat. Setiap masa. Apa Delima pakai, kemana Delima pergi Delima akan beritahu mak berserta bukti sekali." pujuk Delima bagi mengurangkan gundah di hati emaknya. Dia tahu emaknya risau akan keadaannya tapi dia perlu pergi ke Kuala Lumpur juga.

Setelah mereka satu keluarga berbincang mereka membenarkan Delima bekerja semula di Kuala Lumpur dengan syarat setiap minggu Delima perlu pulang ke kampung dan sentiasa memberi laporan ke mana sahaja dia pergi dan apa yang dipakainya. Sudah seperti orang dibuang negeri sahaja yang perlu sentiasa melaporkan diri di balai polis. Tetapi syarat itu dipersetujui oleh Delima yang penting dia dapat kembali ke kuala lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience