BAB 8

Romance Completed 65433

Hani memandang sahabatnya itu.Nak tergelak dia melihat mimik muka kawannya yang satu itu.Terkedu,tergamam dan terdiam.

Hani tahu akan prinsip gadis itu.Tiada lelaki sebelum ada kerja stabil.Tapi Hani tahu sebenarnya Fathia tidak menyukai lelaki kerana keegoaan yang tinggi.Itulah Tengku Fathia Aleesya.Gadis yang sentiasa dengan prinsip yang bagi semua gadis itu mengarut.

"Heii,dah tergoda ke dengan senyuman versi pencair hati Tengku Faqih tadi?"Hani mengusik rakannya.Terjegil biji mata Fathia saat mendengar usikannya.

"Tak adanya.Aku just...terkedu tengok dia tersenyum.tu.Dengan aku senyum pun tak.Itu yang aku pelik."Fathia berkata tegas.

"Biasalah tu.Mula-mula aku kerja kat sini pun dia tak senyum.Tapi lama-lama dia akan senyum.So don't worry lah."Hani menenangkan hati gadis itu.

"Hmm,eh jomlah.Nanti lewat pulak keluar lunch.Aku nak buat salinan lepastu pergi tingkat 12 nak hantar kertas ni dekat meja Tengku Faqih."Fathia segera melangkah mendekati mesin itu.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

"Hei bro,sorry aku lambat."Faqih meminta maaf sambil menarik.kerusi untuk duduk.Haiqal yang sedang bermain dengan telefonnya mengangkat wajah.

"Oh,tak pe bro,aku pun baru je sampai.So nak order?"Haiqal bertanya kepada Faqih yang sedang memicit dahi.

"Boleh jugak."Faqih menjawab acuh tidak acuh sahaja.Dia masih memicit dahi.Haiqal yang memerhati mengerutkan kening.Pahal pulak mamat ni.Datang-datang dah picit dahi.

Haiqal memanggil pelayan.Mereka memesan makanan tanpa melihat menu.Haiqal memerhati Faqih yang sudah tidak memicit dahinya.

"Wei bro,so apa cerita?Nampak macam stress je.Kau ada masalah ke?"Haiqal bertanya sambil merenung kawannya.

"Aku ada cakapkan yang mummy aku carikan PA sementara untuk aku.Hari ni first day dia."Faqih menjelaskan.Haiqal mengerutkan dahi.

"So why?Takkan sebab dia masuk kerja hari ni kau jadi stress macam ni?Ke sebab kau dah jatuh hati kat dia?"Haiqal mengusik temannya.

"Banyaklah kau punya jatuh hati.Buat pengetahuan kau Tengku Haiqal Iskandar bin Dato' Tengku Mustaffa aku ni sikit pun tak minat budak tu.Innocent,direct,menyusahkan."Faqih mencebikkan bibir.

Haiqal tergelak.Lawal sial muka Faqih.Macam orang yang tengah tahan geram.Aduh sakit perut!

"Ok-ok,so kenapa dengan budak tu?"Haiqal bertanya dengan tawa yang masih bersisa.Faqih menjeling.

"First day pun dah buat aku marah.Tengah aku busy tu dia datang kacau.Dia tanya kat mana bilik mesin fotostat.Apa dalam tingkat tu tak ada orang lain ke nak tanya?"Faqih meluahkan.apa yang terbuku di hati.

Sekali lagi Haiqal ketawa.Muka Faqih dah masam.Eyh dia ni.Aku serius dia boleh gelak-gelak.

"Ok aku surrender.Tapi dia tanya ajakan.Kau tolong apa salahnya.Oh one more thing kau lupa ke,tingkat tu ada berapa pekerja je.Aku boleh buat senarai kalau kau nak."Haiqal tersenyum sinis

"Hmmm,tak payah lah kau terlebih rajin.Boleh aja dia turun tingkat tanya."Faqih masih menjaga egonya.Haiqal mengangkat bahu.Ikut suka kau lah bro.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience