2

Mystery & Detective Completed 32802

Ketika Adie sedang mengomel sambil memandu menuju ke pejabat, Musa fikirannya melayang teringat cerita pakcik Ehsan tadi.

******

"Hanan seorang yang ceria, selalu datang rumah berbual dengan Ros. Sampai semua gelarkan dia adik Ros kerana kerap bersama".

"Masa anak pakcik dapat sambung belajar, Hanan dapat kerja di utara tak silap. Kehidupan dia berubah dari susah semakin senang".

"Orang kampung biasa la mulut, Hanan balik dengan kereta mewah. Terus kata dia perempuan simpanan la, apa la. Tapi dia tak pernah lupakan pakcik dan Ros. Dia tidak kisah orang kampung mengata. Itu hah, tempat orang kampung niaga ikan tu, Hanan le yang besarkan bagi orang kampung selesa niaga cari rezeki".

"Tapi sayang, dia hilang masa Ros koma akibat kemalangan bersama kamu dulu tidak silap pakcik".

******

"Woii, sudah-sudah la mengelamun. Kita dah sampai".

Musa lihat Adie sudah berdiri tepi tingkapnya di luar.

................

"Suspek mati malam semalam jam 11.45pm, tapi kita dapat laporan ada kes bunuh awal pagi tadi di Taman Aman Shah depan kedai serbaneka jam 5.30am".

"Siapa kata malam tadi suspek utama?", balas Erik menyampuk.

"Betul tu, suspek malam tadi untuk kes anak ikan dari Thai masuk secara haram haritu", balas lagi Wandi.

"Habis kenapa guna team Rat join korang punya operasi malam tadi?".

"Bos, maafkan saya. Saya yang minta Rat turun, sebab mereka dapat info suspek utama kes bunuh tu ada kaitan dengan kelab judi tu. Lagipun dia tinggal di kawasan itu. Kereta dia masih ada di sana", balas Adie.

"Korang ada lagi dua minggu untuk selesaikan ini sebelum saya...".

"Jangan risau, Mereka boleh selesaikan", balas Musa memotong ayat bosnya.

"Baik saya percayakan kamu Musa".

...........

Musa keluar dari pejabat agak lewat hari ini, sampai sahaja di keretanya dia terkedu sendirian. Ada bayangan wanita duduk di tempat duduk belakang keretanya. Tangannya menekan kunci untuk buka pintu kereta.

Dia memandang kelilingnya sebelum masuk. Musa mengeluh dan membuka pintu perlahan. Dia masuk ke keretanya, jaketnya di balingkan ke tempat duduk sebelahnya. Perlahan dia membetulkan cermin belakang dan memandang bayangan wanita itu yang sudah berada dalam keretanya.

"Kenapa pilih kereta saya?, apa saya boleh bantu?".

Musa menghidupkan enjin kereta namun dia masih tenang dalam kereta itu bersama wanita yang berbau harum itu.

"Kenapa diam, masuk ni dah tiga kali awak munculkan diri depan saya?. Perlukan bantuan saya ke?".

Langsung wanita itu tidak menjawab, Musa terus menarik handbrake kereta dan memulakan perjalanan pulangnya. Bau yang sama membuatkan Musa teringat malam mereka berjumpa.

"Apa hubungan awak dengan Gunna yang mati semalam?, Kenapa awak beritahu saya semua ni?".

"Jika saya boleh bantu saya bantu tapi bila awak diam saya tidak dapat baca fikirkan awak?".

Musa mula rasa tidak selesa kerana hari makin senja namun dia cuba kawal perasaannya. Bau itu cuba menggugat imannya tiba-tiba. Awalan bau itu seperti haruman bunga, kemudian bertukar menjadi bau yang sangat busuk dan hanyir memualkan. Laju jarinya terus menekan butang cermin kereta bagi udara luar masuk.

Dia langsung tidak dapat memandu dengan tenang,akhirnya Musa berhenti di perhentian bas di hadapan.

"Maaf yea, saya rasa awak bukan nak saya tolong awak sekarang. Saya turunkan awak disini, nanti awak dah sedia awak tahu nak cari saya. Betulkan?".

Musa beranikan diri pusing ke belakang memandang wanita misteri itu. Buat pertama kali Musa lihat dia mengangguk dan sedikit senyum sebelum keluar.

Musa lihat dia masih berdiri di tepi keretanya langsung tidak berganjak selepas turun. Dia mengetap bibirnya berfikir sejenak sama ada mahu keluar atau pergi dan sekali lagi dia mengeluh panjang.

Jika dia keluar dan berbual dengan wanita itu, orang ramai di situ akan memandangnya dan sangkakan dia gila. Sambil menarik nafas panjang Musa menekan minyak dan beredar dari situ.

"Haisyhhh, apa dia nak sebenarnya ni?, aku tanya tak jawab", merungut seorang diri.

Musa terus meluncur laju dengan keretanya pulang ke rumah namun bau kereta itu masih berbau wanita misteri itu. Sampai di rumah dia lihat ada kereta Pakcik Khaled.

"Assalamualaikum".

"Waalaikumsalam, Musa baru balik?".

"Yea pakcik. Pakcik apa khabar?".

"Baik alhamdulillah, wangi semacam je kamu ni. Baru balik dating ke?", pakcik Khaled mengusik.

Musa hanya senyum sinis pada masa sama dia perasan ibu dan mak Sue memandangnya.

"Dah pergi mandi, nanti terlepas maghrib", ibu menegurnya.

Dia mengangguk dan terus menuju ke biliknya. Selesai sahaja mandi dan solat, sekali lagi Musa terganggu bau haruman itu. Musa yang masih di sejadah tenang dan menutup matanya sambil membaca beberapa ayat yang patut.

"Hanan Batrisya, awak dah sedia ke?", sambil menoleh di tingkap biliknya.

Wanita itu berdiri di situ tidak berganjak. Musa bangun dan menghampirinya.

"Maafkan saya, tapi apa awak nak?".

"Saya nak awak cari mayat saya. Saya mahu abah tahu saya sudah tiada".

Musa memandang Hanan di depannya. Dia tahu yang wanita ini bukan manusia namun dia terpaksa tenang agar boleh berurusan dengan wanita misteri itu.

"Saya boleh tolong, tapi awak kena tunjukkan saya dimana mayat awak?".

Wanita itu mengilai secara tiba-tiba dan melompat keluar dari tingkap. Musa melihat keluar, dahan pokok mangga itu membengkok ke arah luar pagar. Wanita itu duduk di atas pokok itu menunggu Musa. Dia terus menghubungi Adie agar segera ke rumahnya.Sejam kemudian Adie muncul di perkarangan rumah Musa.

"Apa hal kau, minta aku jemput kau ni?. Macam tak boleh jumpa di luar?".

Dia lihat Musa diam tidak bersuara, hanya mengangguk dan senyum namun bukan ke arahnya ketika berdiri di pintu keretanya.

"Saka muncul ke tu?, call aku suruh jemput saka ke ni?", keluh Adie seorang diri membuang puntung rokok keluar tingkap.

"Adie, jom gerak satu tempat. Ko jalan dulu nanti aku tunjuk jalan".

"Hmm, yelah. Tapi kenapa kau bau semacam ni?, mandi bunga ke tadi?".

"Benda kau mengarut, mana ada", sambil menunjukkan jalan.

Sampai sahaja di situ, Adie menegur Musa.

"Apa kau nak buat kat sini?".

"Park je tepi tu, bising je. Aku nak jumpa Hanan", balas Musa bersahaja.

"Oohhh......", terus berhentikan kereta di situ dan rakannya terus keluar kereta.

"Eeehhh ...Kejap,Hanan....?", Mukanya pelik.

Adie pada awalnya sangka rakannya ingin jumpa seseorang, bila dia dengar nama itu membuatkan dia terkejut dan hairan.

"Ini bukan ke rumah...", Adie tidak meneruskan kata-katanya.

Dia keluar dari kereta bersama Musa. Dia mengikut Musa menuju ke rumah itu. Pintu rumah itu di berkunci seperti sudah lama di tinggalkan. Rumah itu seperti menyeramkan baginya yang hanya melihat dengan menggunakan mata manusia biasa.

"Hisyh kau nak buat apa kat rumah ni, mana ada orang?", melangkah dengan penuh berhati-hati.

Adie terasa lututnya bergetar kerana takut. Matanya melilau pandang sekeliling yang ada di situ. Musa menunggu Hanan saat itu sambil membaca sesuatu. Adie disebelahnya masih keliru seorang diri di sebelahnya. Waktu itu juga suasana bertukar sunyi, bunyi cengkerik sahaja kedengaran. Keadaan berangin kuat seperti mahu hujan lebat. Mata Adie bulat bila telinganya dengar anjing menyalak dan suara perempuan menangis secara tiba-tiba.

"Kau tunggu siapa Musa?", Aku tak sedap hati la", soal Adie gelisah.

Sambil mengenggam dan di ramas-ramas tangannya cuba hilangkan gemuruhnya. Bau haruman bunga itu semakin kuat menggangu lubang hidungnya. Berkali-kali dia menggosok cuba hilangkan bau itu kerana tidak selesa.

"Adie, jom ke laman belakang, Hanan ada di sana".

"Hahh, Sudah... Apa kau merepek ni labu".

" Alahai kau ni, tau kan aku ni memang la boleh bertumbuk tapi dengan orang je. Oii dengar tak?", Adie berasa berdebar-debar untuk ikut Musa yang sudah laju pusing ke belakang rumah terbiar itu.

"Oii, tunggu la aku kot ye pun", jerit Adie berlari mendapatkan Musa di depan.

Musa terus masuk dari pintu belakang rumah yang terbuka. Dia dan Adie masing-masing menggunakan lampu di telefon bimbitnya kerana keadaan di dalam sangat gelap. Di mata Musa, dia dapat lihat dengan jelas Hanan menunjukkan apa yang berlaku di dalam rumah itu sebelum ini.

Suasana rumah itu meriah pada waktu siang, beberapa lelaki akan keluar masuk ke rumah itu memunggah dan membawa masuk barang.

"Weii, seram doh masuk rumah ni", Adie menggangu pemandangan Musa secara tak sengaja.

"Adie, diam boleh", memarahi kawannya namun pada ketika itu dia menarik Adie ke depannya.

"Aku tengok bukan ada apa pun, dah la gelap takda orang pun", merungut dalam ketakutan tapi acah-acah berani.

Musa menjeling rakannya yang membebel macam makcik-makcik menggangu fikirannya.

"Meh sini kau, Aku bagi kau tengok", tangannya di letakkan di mata Adie dan dia membaca beberapa ayat.

Kemudian dia menghembus mata Adie dan mengalihkan tangannya perlahan-lahan.

"Wowww, apa ni?, ni ke rumah yang aku nampak tadi. Perempuan ni siapa?", sambil menelan air liur berkali-kali.

"Ni Hanan Batrisya kawan Ros yang pakcik Ehsan cerita tu. Dia ada dengan kau dari rumah hingga ke sini tadi".

Air muka Adie berubah bila dengar kata-kata rakannya itu. Dia lihat Hanan begitu cantik dengan pakaian gaun labuh yang berwarna merah putih, rambutnya yang panjang paras pinggang di lepaskan separuh dan bakinya di sanggul tinggi seperti rambut zaman Saloma.

"Kauuuu bi..bi..biar betul Adie?", Berkali-kali dia mengelip-ngelip matanya memandang Hanan.

"Sudah diam boleh, fokus pada rumah ni", menunjal dahi Adie.

Mereka terus berjalan menuju ke ruang tamu rumah itu. Beberapa kelibat lelaki berbadan sasa dan sado begitu sibuk menguruskan sesuatu.

"Huh, buat projek sini rupanya", rungut Adie bila dia lihat banyak debut dan pasir putih di paket-paket kecil di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience