BAB 21 - PENGAKHIRAN
Disebabkan ranting yang menjadi tangan kepada orang-orang salji membolehkan mereka menyentuh cahaya yang menjadi laluan ke aras lain, Siti Syazanah bertindak untuk membentuk tangan mereka daripada salji.
Rumah pokok menjadi semakin subur dan sihat. Perkara itu menyebabkan semua ‘penjaga’ kembali menjadi sedia-kala. Malah, suasana malap yang menyelubungi setiap aras kini semakin terang.
Sebelum pulang ke bumi, lapan manusia terpilih itu membantu para ‘penjaga’ untuk mengembalikan semula keadaan alam aneh kepada yang asal.
**********
Di pangsapuri, enam sahabat sudah kembali ke tempat terakhir mereka. Manakala, Mila dan Shahril sudah tiba di rumah mereka.
“Akhirnya, kita masih tidak tahu rupa ‘king of guardian’ alam aneh tu,” kecewa Siti Syazanah.
“Biarlah rahsia, Syaza. Yang penting, alam aneh sekarang sudah selamat dan mungkin tidak memerlukan bantuan kita lagi. Rasa sedih pula,” luah Nur Halimah.
“Jangan sedih. Biar Ed ceritakan pengalaman kita pada semua orang. Ed akan bukukan kisah kita yang bertajuk ‘Adventure to the Strange World’..,” bersemangat Shasya Edrina beserta tangan di awangan.
“Tapi, mereka kan suruh kita merahsiakan perkara di alam aneh pada dunia ni?” tutur Nur Halimah.
“Jangan risau, Ima. Sekarang banyak karya fantasi di luar sana. Pasti mereka tidak mempercayai kisah kita. Biarlah hanya kita sahaja yang tahu,” balas Shasya Edrina.
Seminggu telah berlalu sejak kejadian di alam aneh. Kini, mereka menjalani kehidupan mereka seperti biasa.
Bunyi loceng rumah kedengaran. Siti Syazanah yang ketika itu sedang melipat pakaian di ruang tamu bingkas bangun dan membuka pintu.
“Kak Yuza rupa-rupanya. Mari masuk,” pelawa gadis itu.
Di ruang tamu, Siti Syazanah menghidangkan minuman dan sedikit kuih pada kakaknya.
“Kenapa kak Yuza nampak gelisah saja ni? Ceritalah pada Syaza,” lembut suara Siti Syazanah.
Aneh dia dengan sikap kakaknya seperti orang yang membuat kesalahan.
“Err…sebenarnya… kakak..,” teragak-agak Siti Syuzanah.
“Kakak kenapa?” makin pelik dia melihat kakaknya seperti cacing kepanasan.
“Kakak nak kahwin!”
“Alhamdulillah. Baguslah tu, kak. Kenapa teragak-agak nak beritahu Syaza pula?” geli hati Siti Syazanah.
“Jadi, kakak dah beritahu ibu dan ayah ke? Bila majlis nak berlangsung? Kakak nak kahwin dengan siapa?” bertubi-tubi soalan adiknya.
Dia pula berasa tidak sabar untuk mendapat abang ipar. Geli hati Siti Syuzanah melihat telatah adiknya.
“Rombongan pihak lelaki akan datang esok. InsyaAllah malam ni kakak beritahu ibu dan ayah. Majlis tidak pasti lagi bila akan berlangsung. Bakal suami kakak, kita tunggu esok ye,” Siti Syuzanah menjawab setiap pertanyaan adiknya.
“Alaa…berahsia pula kakak ni. Nampaknya, adik kena pujuk suami adik untuk balik ke kampung. Lagipun, kami pun ada berita nak beritahu,” ujar Siti Syazanah.
“Apa beritanya?” tanya si kakak.
“Mana boleh beritahu. Kita tunggu malam ni ye,” usik Siti Syazanah dengan menggunakan ayat kakaknya.
“Eee adik ni. Nak kenakan kakaklah tu,”
Melihat rupa marah kakaknya, si adik ketawa. Siti Syazanah turut ketawa apabila melihat adiknya ketawa kerana berjaya mempermainkannya.
Pada malam itu, keluarga Siti Syazanah berkumpul di ruang tamu.
“Alhamdulillah. Akhirnya, sampai juga jodoh Yuza,” syukur Puan Mazlina.
“Jadi, rombongan lelaki tiba esok ye? Nampaknya, kita kena masak sedap-sedap ni,” teruja Encik Ahmad Shamsol.
“Syaza akan bantu dalam bab memasak!” Siti Syazanah mempelawa dirinya.
“Yuza pun,” sampuk Siti Syuzanah.
“Mesti sedap nanti bila wanita-wanita kesayangan ayah masak,” puji Encik Ahmad Shamsol.
Serentak mereka gelak bersama-sama.
“Oh ya. Syaza, apa berita yang nak disampaikan tu?” baru teringat Siti Syuzanah.
Semua mata memandang anak bongsu keluarga Ahmad Shamsol. Wajah gadis itu mula berona merah.
“Err…sebenarnya…,” teragak-agak Siti Syazanah.
Dia memandang wajah suaminya yang duduk di sebelahnya untuk meminta bantuan. Geli hati Nik Akhil melihat kecomelan isterinya.
“InsyaAllah, tidak lama lagi, ibu dan ayah akan dapat cucu,” terlopong mereka apabila mendengar berita gembira itu.
“Betul ke, Syaza?” teruja Siti Syuzanah.
Tidak sabar dia untuk menerima anak buah. Melihat anggukan gadis itu, pantas Puan Mazlina memeluk tubuh anaknya. Begitu juga dengan Siti Syuzanah.
“Alhamdulillah. Tahniah Syaza dan Akil,” ucap Encik Ahmad Shamsol sambil memeluk menantunya.
“Berapa usia kandungan adik?” soal Siti Syuzanah.
“4 minggu,” sekali lagi, mereka terlopong.
“Ooh.. ini mesti bunting pelamin, kan? Baru dirikan rumah tangga 3 minggu, sudah mengandung 4 minggu,” usik Puan Mazlina.
Makin bahang wajah Siti Syazanah. Dia berasa malu untuk memberitahu perkara itu pada keluarganya serta keluarga mertuanya. Disebabkan itu, dia menyuruh suaminya untuk merahsiakan kehamilannya dari sesiapa.
“Cepatlah ayah dapat cucu. Bagus Akil,” puji Encik Ahmad Shamsol.
“Mula-mula Akil terkejut juga, ayah. Bila dapat tahu ‘bunting pelamin’ ni wujud, barulah Akil faham yang Syaza subur ketika malam pertama kami,”
Semakin membahang wajah Siti Syazanah.
“Dah dah. Kesian anak ibu ni. Habis merah mukanya diusik oleh ayah dan suaminya,” ujar Puan Mazlina.
**********
Keesokkan harinya, seperti dirancang, rombongan pihak lelaki tiba di rumah Ahmad Shamsol.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikummusalam. Mari-mari, jemput masuk semuanya,” ceria Encik Ahmad Shamsol mempelawa tetamu yang dinantikannya.
“Eh? Raz?” terkejut Nik Akhil apabila melihat salah seorang dari tetamu yang datang ialah sahabatnya.
“Akil? Ini rumah ayah awak ke?” soal Ismail Razak dengan nada terkejut.
“Bukan. Ini rumah mertua Akil, ibu dan ayah Syaza,” jawab Nik Akhil.
“Jadi, bakal pengantin perempuannya…,” tergantung kata-kata Ismail Razak apabila ditegur oleh ayahnya.
“Korang kenal antara satu sama lain ke?” soal Encik Ismail Ramli.
“Kenal, abi. Kami berdua kawan sejak 5 tahun yang lalu,” jujur Ismail Razak.
“Baguslah kalau begitu. Akil, bawa kawan kamu tu masuk,” akur Nik Akhil dengan arahan ayah mertuanya.
“Syaza, tetamu dah sampai,” muncul Nik Akhil di depan pintu dapur.
“Baik, abang. Bolehlah bawa minuman dan kuih-muih dulu ke depan. Syaza nak hidangkan makanan di meja makan pula nanti,” balas Siti Syazanah dengan sopan walaupun wajah suaminya hanya dipandang sekilas.
“Nampak sibuk je, sayang. Ni ada ‘bantuan’ datang nak tolong sayang,”
Kata Nik Akhil sebelum beredar sambil membawa dulang yang berisi gelas dan jag air.
“’Bantuan’?” pelik gadis itu.
Walaupun sibuk untuk memasak ikan 3 rasa, dia memandang semula ke pintu dapur. Bulat matanya apabila melihat susuk badan yang amat dikenalinya.
“Syaza!” pantas tubuh gadis itu dipeluk.
“Ed? Macam mana awak boleh ada di sini?” keliru Siti Syazanah.
“Hehehe. Sebenarnya, bukan Ed saja. Raz dan keluarga dia pun ada sekali di depan,” balas Shasya Edrina.
Mata Siti Syazanah semakin bulat.
“Ed, Raz nak kahwin satu lagi ke?” serius wajah Siti Syazanah.
Terhambur gelak sahabatnya. Makin keliru Siti Syazanah.
Mengikut logik di akalnya, rombongan lelaki ada di depan. Bermaksud, keluarga Ismail Razak yang datang ke rumahnya. Jadi, Ismail Razaklah bakal suami kepada kakaknya.
“Seronoknya gelak, sayang. Boleh kongsikan tak?” muncul Ismail Razak di sisi isterinya.
“Haha.. Syaza kata, abang yang bakal pengantin lelaki tu,” jawab Shasya Edrina dengan ketawa yang masih bersisa.
“Apa salahnya, kan?” seloroh Ismail Razak.
Terus berubah wajah Shasya Edrina menjadi bengis. Siti Syazanah masih bingung. Nik Akhil mendekati isterinya.
“Tak baik korang buli isteri Akil yang lurus ni. Syaza, yang menjadi pengantin lelaki itu ialah abang Raz. Nama dia Ismail Razali,” terang Nik Akhil.
“Oooh. Barulah Syaza faham. Ingatkan Raz nak menduakan Ed. Terkejut Syaza tadi,” lega gadis itu.
“Takkanlah Raz sanggup untuk menduakan gadis kesayangan manja ni, Syaza. Dialah satu-satunya perempuan yang berjaya mencuri hati Raz sejak 5 tahun yang lepas,” balas Ismail Razak sambil memeluk bahu isterinya yang masih dingin.
“Yelah tu,” geram Shasya Edrina.
“Janganlah marah, sayang. Abang bergurau saja. Abang hanya cintakan sayang seorang sahaja sepertimana cinta Adam dan Hawa serta Nabi Muhammad dan Siti Khadijah,” pujuk Ismail Razak.
Geli hati Nik Akhil dan Siti Syazanah melihat drama percuma di depan mereka.
Pada waktu yang sama, cincin pertunangan disarungkan pada jari manis Siti Syuzanah oleh Puan Zaida, iaitu bakal ibu mertua Siti Syuzanah.
Syukur mereka apabila ikatan sebelum ikatan yang sah sudah dilakukan.
Share this novel