3

Romance Series 93217

Kebelakangan ini Aayra sering kali dilihat pulang lewat ke rumah. Semuanya gara - gara menemani Ezmal ke sana ke sini bagi mengendalikan masalah projek terbaru mereka. Walaupun agak letih, namun digagahkan jua diri untuk membantu ketuanya itu. Apatah lagi disaat dia melihat Ezmal sering kali mengadu kurang sihat sejak dua tiga hari ini. Seperti kelmarin, satu hari Ezmal hanya terbaring di dalam biliknya. Semua meeting dan janjitemunya dengan clients untuk hari itu terpaksa dibatalkan. Semuanya gara - gara dia mengadu sakit kepala. Jadi mahu dan tidak mahu Aayra terpaksa memanggil doktor peribadi Ezmal untuk datang memberi rawatan kepada lelaki itu. Mujurlah selepas diberi rawatan, Ezmal beransur pulih. Jika tidak pasti ketuanya itu akan terus dibawa ke hospital.

Walaupun hari ini merupakan hari minggu, tetapi Aayra tetap jua bangun awal pagi. Dia sudah berjanji untuk keluar beriadah bersama abangnya hari ini. Lagi pula sudah hampir sebulan lebih Aayra tidak bertemu dengan abang kesayangannya itu. Komitmen Aayril sebagai seorang pilot memang memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Jika jadualnya untuk bulan itu agak padat, ini beerti mereka terpaksa berpisah dengan Aayril hampir sebulan lamanya. Justeru itu, saat ada waktu kelapangan seperti hari ini pasti tidak akan disia - siakan Aayra begitu sahaja. Tambahan pula dia dan Aayril memang agak rapat sejak dari kecil lagi. Almaklumlah. Mereka hanya dua beradik. Jadi jika bukan dengan Aayril, dengan siapa lagi Aayra ingin bermanja.

“Awalnya anak - anak mama ni bangun. Nak pergi mana?" Soal Puan Husna lembut. Tangannya sibuk menyediakan sarapan pagi buat keluarganya.

“Jogging." Jawab Aayra dan Aayril serentak. Masing - masing tertawa sebaik menyedari akan hal itu.

“Seronoknya!! Mama pun dah lama tak pergi jogging. Asyik terperap aje kat rumah ni. Itu yang badan pun makin membesar dengan jayanya tu." Ujar Puan Husna.

“Kalau mama nak ikut sekali jomlah. Kita orang ok je. Kan adik?" Balas Aayril bersama senyuman yang mekar di bibir.

“Kenapa tak bagitau mama awal - awal dari semalam? Kalau tak bolehla mama ajak abah sekali. Kalau macam ni mana sempat. Mama pun tak siap lagi. Abah korang pun baru aje bangun tu. Lain kali aje lah." Ujar Puan Husna memberi alasan.

“Heleh mama tu. Ada je alasan kan? Padahal bukan lewat sangat pun. Baru pukul 6:45. Sempat lagi kalau mama dan abah nak siap - siap." Kali ini giliran Aayra pula bersuara.

Puan Husna tertawa geli hati mendengar usikan Aayra. Faham benar anak gadisnya itu dengan sikapnya yang satu itu. Jika melibatkan aktiviti beriadah, dia memang agak liat untuk ikut serta. Tambah - tambah di usia sebegini. Paling kurang pun jika diajak beriadah, dia hanya memilih untuk berjalan kaki pusing taman sahaja. Lebih dari itu memang dia agak malas.

“Apa yang abah dengar kecoh - kecoh sampai atas ni? Korang semua bercakap pasal apa?" Soal Encik Nadzmi yang tiba - tiba sahaja muncul itu.

“Mama ni hah, abah. Tadi masa abang bagitahu nak pergi jogging, bukan main excited cakap seronok. Tapi bila diajak ikut sekali, macam - macam alasan mama bagi." Adu Aayra.

Sekali lagi cerita Aayra itu mengundang tawa Puan Husna. Malah kali ini semua orang turut mentertawakan Puan Husna. Encik Nadzmi lansung menjeling sambil membuat mimik muka ke arah isterinya. Faham benar dia dengan perangai isterinya yang satu itu. Sedangkan dia ajak main badminton di halaman rumah pun isterinya sering memberi alasan, inikan pula mahu pergi jogging. Mustahil.

“Amboii!! Seronok ye korang gelakkan mama. Ok. Ok. Takpe. Hari ni hari korang. Mama bagi chance la." Balas Puan Husna dengan nada merajuk.

Tawa hilai berkumandang di seluruh pelosok rumah mereka. Begitulah aktiviti mereka sekeluarga jika berkumpul. Pasti ada sahaja di antara mereka yang akan menjadi mangsa usikan ahli keluarga yang lain. Betapa hubungan kekeluargaan di antara mereka sangat utuh dan akrab.

****************************************

Hampir 4 pusingan Aayra dan Aayril berlari, akhirnya kini mereka berjalan beriringin menuju ke kerusi yang disediakan oleh pihak pengurusan. Masing - masing kelihatan letih dan lesu. Hal ini mungkin kerana mereka sudah lama meninggalkan aktiviti itu. Aayra mencapai sebotol air minuman yang dibawanya dari rumah tadi. Dia meneguk air itu dengan rakus. Kemudian dihulurkan pula botol itu kepada Aayril.

“Adik keje macam mana? Ok?" Soal Aayril membuka bicara. Penutup botol air ditutup lalu botolnya diletakkan disisinya.

Aayra tidak terus menjawab. Dia melepaskan segala lelahnya terlebih dahulu. Sisa saki baki peluh yang memenuhi ruang dahi dan leher langsung dilap menggunakan tuala kecil yang dibawa bersamanya sejak tadi. Kini pandangannya mula tertumpu ke arah Aayril.

“Alhamdulillah. Keje semua ok, abang. Environment bagus, colleagues pun baik - baik and yang paling penting adik dapat bos baik punyaaaaa." Cerita Aayra sambil mengajuk intonasi suara kartun animasi boboiboy.

Aayril tersenyum. Kepala adiknya digosok - gosok perlahan.

“Untunglahhhhh. So, maksudnya lelaki yang abang dengan mama nampak semalam tu bos adik la?" Aayril mula menduga.

Buntang mata Aayra saat mendengar soalan Aayril. Dia cuba mengingati peristiwa semalam. Seingatnya semasa dia pulang ke rumah semalam, abah dan mama sudah tidur. Cuma yang tinggal hanyalah Aayril. Itupun kerana Aayril berada di dapur untuk mendapatkan air. Jadi sejak bila pula mama dan abangnya melihat moment dia dihantar oleh Ezmal?

“Kejap!! Kejap!! Bukan ke masa adik sampai semalam abah dan mama dah tidur? Yang tinggal abang sorang je masa tu. Then bila pulak mama nampak bos adik hantar adik?" Soal Aayra pelik.

Aayril tersenyum kembali. Melihatkan reaksi Aayra yang bingung itu sungguh menghiburkan hatinya.

“Jadi betul la kan lelaki semalam tu bos adik?" Duga Aayril lagi.

Aayra tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya menganggukkan kepala sebagai tanda jawapan bagi soalan Aayril.

“Amboi! Special juga adik abang ni eh? Bos hantar sampai ke depan rumah. Hmm.. Ada apa - apa yang abang tak tahu ke ni?" Usik Aayril.

Laju sahaja Aayra menggelengkan kepala. Lengan Aayril langsung menjadi bahan cubitannya. Aayril mengaduh kesakitan. Ternyata cubitan Aayra itu meninggalkan kesan merah di lengannya. Aayril pantas menggosok - gosok lengannya perlahan.

“Padan muka!! Lain kali fikirla bukan - bukan pasal adik lagi. Kan dah mendapat." Ujar Aayra geram.

“Mana ada abang fikir bukan - bukan. Abang tanya tu kan. Adik yang tiba - tiba panik kenapa? Haaa.. Adalah tu kan?" Usik Ezmal lagi.

“Abang!!! Dahla tu. Ishhhh!!" Gumam Aayra geram.

Aayril ketawa besar melihat reaksi Aayra. Pipi Aayra sudah kemerah - merahan menahan malu. Sekali lagi kepala adiknya digosok kuat sehingga membuatkan rambut Aayra bertukar menjadi kusut.

“Chill la! Kalau betul pun apa salahnya kan? Cuma kalau boleh, janganlah sampai mendatangkan buah mulut orang. Adik tu perempuan. Tak manis kalau nampak dek jiran." Tegur Aayril mendalam.

Aayra semakin bingung. Kali ini sepasang anak mata Aayril ditenung sedalam - dalamnya. Dia cuba mencari maksud di sebalik kata - kata abangnya itu tadi.

“Maksud abang? Boleh tak straight to the point je? Peningla adik nak faham maksud - maksud tersirat abang tu." Pinta Aayra separuh mendesak.

Aayril menarik nafas panjang lalu dilepaskannya secara perlahan - lahan. Raut wajah Aayra ditenung dengan penuh kasih. Sesekali rambut gadis itu dibelai lembut. Kasihnya Aayril kepada Aayra tiada tolok bandingnya. Aayra satu - satunya adik yang dia miliki. Sebagai seorang abang, pasti dia mahukan yang terbaik buat Aayra. Jujur Aayril katakan, bahawa dia sangat bimbang jika hati adiknya itu disakiti mahupun dikecewakan. Dia tidak sanggup untuk melihat Aayra menanggung semua itu.

“Actually semalam masa adik sampai rumah tu, mama belum tidur pun. Mama ada je dekat tepi tangga tu. Tapi mama sengaja tak bagi abang bagitahu adik." Cerita Aayril.

Aayra tersentak. Jujur dia tidak tahu apa maksud mamanya berbuat sedemikian. Wajah Aayril tetap menjadi tatapannya sehingga kini. Aayra terus menantikan cerita Aayril yang selanjutnya.

“Mama ada cerita dengan abang yang lately ni adik selalu sangat balik lewat malam. Kadang - kadang time adik balik tu, mama dan abah tak sedar pun. Sedar - sedar je, adik dah nak pergi kerja semula. Mama cakap adik busy sangat sekarang ni sampaikan adik langsung takde masa nak spent time dengan mama dan abah macam dulu - dulu. Sebagai seorang mama, for sure la dia terasa hati. Tapi dia tahu adik buat semua tu demi tanggungjawab adik kepada kerja."

Aayra termangu. Entah mengapa hatinya menjadi sebak tiba - tiba. Dia tidak menyangka kesibukkannya kini mampu membuatkan mama berkecil hati dengannya. Sungguh dia terasa berdosa.

“Then, mama cerita lagi lately ni dia selalu sangat nampak ada lelaki datang jemput adik di rumah. Lelaki yang mama nampak tu adalah lelaki yang sama kami tengok bersama adik semalam. Tapi sampai sekarang mama masih belum berkesempatan nak tanya adik siapa lelaki tu dan apa hubungan adik dengan dia. Mama bukan nak halang adik berkawan dengan sesiapa. Cuma mama bimbang sebab adik langsung tak kenalkan kepada dia orang siapa lelaki tu dan kenapa dia selalu datang jemput adik. Tak cukup dengan tu lelaki tu juga yang selalu hantar adik pulang ke rumah lewat - lewat malam."

“Tapi kami takde buat apa - apa. Malah kami takde apa - apa hubungan pun. Cukup sekadar teman sekerja aje." Balas Aayra membela diri.

“Yes, betul korang tak buat apa - apa. Itu kata korang. Tapi kalau jiran - jiran nampak, adik rasa apa yang jiran - jiran akan fikir? Keluar awal - awal pagi buta then lewat malam baru balik. Orang lain pun bekerja juga. Tapi takdelah sampai tahap macam tu. Betul tak? Sebab jiran - jiran tak kan tahu dan tak akan amik tahu pun apa yang kita lakukan. Dia orang cuma akan bercakap dari apa yang dia orang nampak aje." Sambung Aayril lagi. Kali ini nadanya berbaur sedikit tegas.

Aayra tertunduk lemah. Dia akur dengan apa yang diperkatan Aayril. Ada benarnya kata - kata abangnya itu. Dia sepatutnya kena lebih berhati - hati dalam setiap perbuatannya kerana setiap apa yang dilakukan, dia membawa nama abah dan mamanya bersama.

“I'm so sorry, abang. Adik takde niat nak buat mama or abah susah hati. Yes, I admit. Lately ni memang adik selalu sangat balik lewat. Tapi itu semua sebab tanggungjawab adik pada kerja. Dua tiga hari ni we got an issued dekat ofis. Itu yang kami terpaksa stay back sampai lewat malam. But I'm promise you it won't be happen again." Janji Aayra.

Aayril tersenyum. Lantas dia memaut bahu Aayra ke dalam pelukannya. Dia yakin Aayra tahu menjaga dirinya sendiri. Lagipun Aayra bukanlah jenis yang gemar bersosial. Malah sebelum ini pun jarang sekali mereka dapat melihat Aayra berkawan atau bercinta dengan mana - mana lelaki walhal ramai sahaja lelaki diluar sana yang berebut - rebut ingin mendapatkannya.

Dalam mereka tidak sedar, rupa - rupanya perbuatan mereka itu sedang diperhatikan dari jarak jauh. Entah mengapa perasaan cemburu melihat kemesraan di antara Aayra dan Aayril terbit di sanubarinya. Namun perasaan itu langsung ditepis jauh - jauh. Tanpa menunggu lebih lama, dia segera beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience