Rate

Bab 1

Family Series 3707

15 tahun kemudian~

Masa berlalu dengan sangat pantas. Iman dan Imani sudah berusia 15 tahun. Manakala, Emir dan Emyra sudah berusia 25 tahun. Puan Alia menghidap penyakit kanser paru-paru, tahap 3. Dia menyorokkan kesihatan dia daripada pengetahuan anak-anaknya. Sedih hatinya, apabila dia mengetahui dia tidak akan hidup lama dan penyakitnya tidak dapat dirawat lagi. Dia tawakal dengan ujian Allah. Dia memberhentikan segala rawatan susulan yang diambil sebelum ini. Dia redha semuanya. Puan Alia mula mengumpul duit bagi masa depan anak-anaknya yang masih lagi bersekolah.

2 tahun kemudian~

Puan Alia sedar,tidak sampai 1 bulan lagi dia tidak akan hidup lama. Kansernya semakin teruk akibat dia memberhentikan rawatan susulan yang diambil sebelum ini. Anak-anaknya sudah besar. Insya Allah, dia yakin mereka pandai menjaga diri dengan bantuan abang dan kakak mereka.

Suatu hari, Puan Alia ada menulis satu surat.

Ke hadapan, anak-anak ibu.
Di saat kalian mendapat surat ini, ibu sudah tiada di sisi kalian. Maafkan kesalahan ibu selama menjaga kalian. Ibu tahu kalian sangat rindukan ayah, di saat ini juga, ibu telah pergi berjumpa dengan ayah.
Maafkan ibu selama ini, ibu meyorokkan rekod kesihatan ibu. Ibu baru tahu yang ibu menghidap penyakit kanser paru-paru, tahap 3. Di mana, ibu tidak akan hidup lama. Ibu berhenti membuat rawatan susulan untuk menyimpan kewangan untuk masa depan kalian.
Berkongsi lah, duit yang telah ibu sediakan. Jangan bergaduh kerana semata-mata hanya kerana duit. Ibu tidak suka. Ibu sayangkan kalian. Semoga kita dapat berjumpa bersama di sana, akhirat kekal. Insya Allah.
Yang Benar,
Alia Binti Zaid, ibu.

Puan Alia meletakkan surat itu di laci meja soleknya. Ketika mereka makan bersama, Puan Alia menyuruh anaknya untuk mengambil pinggan untuk beliau. Dia menyuruh anaknya, Iman kerana dia masih berdiri.

IMAN'S POV
"Ala, malasnya. Kenapa ibu tak ambil sendiri? Iman baru sampai nak makan, kenapa tak suruh Imani. Imani, kau pergi ambil pinggan untuk ibu. Aku malaslah". Iman merungut apabila ibunya menyuruh mengambil pinggan untuknya. Imani segera mengambil pinggan dan diberikan ibunya. Sempat Imani berkata kepada ibunya, "Ibu, jangan marah alang, ya. Dia stress sebab pelajarannya dapat gred C. Takpe, lain kali, ibu suruh je Imani, Imani tak kisah" Imani membisikkan separuh perlahan kepada ibunya, supaya abang kembarnya tidak mendengar apa yang dikatakan kepada Puan Alia. Ibu hanya tersenyum mendengar kata-kata Imani.

Sudah banyak kali, Iman menengking, menjerit, memarahi Puan Alia kerana sebab-sebab yang remeh. Puas Emir dan Emyra menegur cara Iman melayan ibu mereka.

Suatu hari, Iman menyuruh ibunya membuat air teh o' untuknya. Ketika siap menghidang, ibunya berjalan mendekati Iman untuk memberikan secawan teh o' panas untuknya, tiba-tiba, Puan Alia sesak nafas menyebabkan air teh itu terjatuh dan terkena kaki Iman.

IMAN'S POV
"Aduh, sakitlah ibu! Ibu ni tak reti buat kerja ke?" Iman mengambil penyapu lidi yang digunakan oleh ibunya tadi, lalu menyebat ibunya. "Ish, kau tau tak, sakit kaki aku. Dah lah buat, guna air panas, lepas tu, tuang je semua dalam cawan. Kau ingat kau guna ais buat teh? Sakit kaki aku lah!" Imani yang kebetulan mendengar bunyi bising di luar segera menghalang abang kembarnya dari menyebat ibu menggunakan penyapu lidi.

IMANI'S POV
"Alang, alang dah gila ke? Bawa mengucap lah! Jangan pukul ibu, ibu sakit lah! Alang berhenti pukul Imani dengan ibu". Ibunya segera menghalang penyapu itu daripada terkena Imani yang menangis kesakitan.

IMAN'S POV
"Baru puas hati aku, lain kali, buat air elok-elok. Letak guna tangan, bukan guna kaki". Kesat kata-kata Iman kepada ibunya. Puan Alia hanya berdiam diri apabila Iman berbuat demikian. Iman segera masuk ke dalam biliknya. Imani masih menangis sambil memeluk ibu. Ibu membawa Imani masuk ke dalam biliknya.

PUAN ALIA'S POV
"Imani, kalau abang Iman pukul Imani, Imani cepat-cepat bagitau along dengan angah, ya? Ibu nak, bila ibu tak ada nanti, Imani jaga along, angah dengan alang elok-elok. Hormat mereka. Ibu nak kalau ibu dah tak ada nanti, Imani buka laci ibu tu, tapi sekarang biar je dulu. Sekarang, biar ibu sapu ubat dekat badan Imani dulu. Imani sakit sebab alang pukul Imani kan? Lain kali, kalau alang pukul ibu, Imani jangan halang. Ibu tak nak Imani sakit sebab alang. Imani biar je, ibu tak kisah. Ibu sayang anak-anak ibu". Puan Alia memberitahu segala isi hatinya kepada Imani, sebelum menyapu ubat di badan Imani, akibat pukulan Iman tadi. Padahal, Kesakitan yang dirasai Puan Alia lagi teruk, tapi dia menyembunyikannya daripada pengetahuan Imani. Selepas selesai menyapu ubat, Puan Alia menyuruh Imani baring bersamanya di atas katil. Lama-lama mereka tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience