Bab 15 : Jinak atau Buas?

Adventure Completed 1374

BAB 15 - JINAK ATAU BUAS ?

Apa yang sudah berlaku di alam ini sebenarnya? Fikir Ismail Razak.

Matanya sedang memandang wajah ceria isterinya.

“Duduk… Baring… Pandaiii ,” gembira Shasya Edrina.

Tidak pernah terfikir di benak fikirannya yang serigala juga boleh menjadi jinak seperti anjing. Selepas Ismail Razak menggerakkan dahan pokok di hadapan makhluk itu, mereka tekun mengikut gerakan dahan tersebut. Apabila dibaling dahan itu, laju mereka mengejarkan dan membawa dahan itu kembali pada Ismail Razak.

Mereka juga menanti balingan seterusnya dengan setia. Ragu Ismail Razak dengan perubahan besar itu. Sampai sekarang, makhluk itu masih belum bersuara lagi. Jadi, dia tidak boleh melakukan siasatan terhadap ‘penjaga’ itu.

Selesai dia bermain dengan makhluk itu, tugasannya diambil alih oleh isterinya.

Selepas persoalan di dalam fikirannya tidak terjawab, dia mendekati isterinya dan makhluk itu. Ketika itu, serigala berkepala tiga sedang baring manakala kaki dan tangannya berada di udara. Kedengaran gelak-tawa Shasya Edrina yang terhibur melihat telatah itu.

Ismail Razak tersenyum sambil mengusap lembut badan dan leher makhluk itu. Seronok makhluk itu diperlakukan seperti itu.

Ini serigala ke atau anjing ataupun kucing? Semua sifat itu ada pada makhluk di hadapannya ni. Keliru Ismail Razak dan Shasya Edrina.

Selepas penat bermain, makhluk itu mula terlena. Tersenyum Shasya Edrina apabila mendengar dengkuran makhluk itu.

Matanya teralih melihat suaminya yang sedang duduk bersandar pada pokok tidak jauh dari tempatnya. Secara perlahan-lahan, dia mendekati suaminya.

“Sedang fikirkan apa tu?” soal Shasya Edrina.

Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan jejaka itu.

“Raz peliklah. Bila di aras 1 tadi, ‘penjaga’ di sana sangat buas dan gerun. Tetapi, ‘penjaga’ di aras 2 ni jinak dan tidak gerun. Lagi satu, Raz perasan yang ‘penjaga-penjaga’ ni semakin mengecil,” balas Ismail Razak.

“Mengecil? Maksudnya?” bingung Shasya Edrina.

“Akitty, Bbetty dan Comel. Saiz tubuh mereka tidak besar dan tinggi seperti 5 tahun yang lepas. Malah, ketinggian mereka hampir dengan ketinggian Raz. Cuma, mereka lebih tinggi sedikit sahaja. Adakah ‘racun’ itu mengecutkan saraf-saraf tubuh mereka?” luah Ismail Razak.

“Berdasarkan pengalaman Ed pada 5 tahun lepas, bila Raz dan Ima terkena racun tu, tubuh korang masih normal. Cuma, ‘tindakan’ korang sahaja yang tidak normal,” tutur Shasya Edrina dengan selamba.

“Tak normal? Ed nak kata yang abang ni tak normallah ye?” terasa Ismail Razak.

“Eh? Mana ada, abang. Ed maksudkan kejadian silam tu je. Abang jangan terasa ye. Ed minta maaf jika kata-kata Ed menyakiti hati abang pula,”

Pantas dia mengucup tangan suaminya tanda minta maaf.

“Yelah. Abang maafkan. Lain kali, jangan cakap lepas saja. Nanti ada yang terasa, susah Ed nanti,”

“Baik, abang,”

**********

Di Aras 1 (Musim Luruh)

Nur Halimah tersenyum sambil memandang pasangan yang sedang tidur di hadapannya. Tangan pasangan itu saling berpaut. Selepas Shahril terjaga dan mengadu kesakitan, pantas Tengku Ehsan menyuapkan ubat tahan sakit serta air mineral yang berada di dalam beg galasnya ketika itu.

Kemudian, Shahril kembali lena. Mila yang turut makan vitamin yang diberikan oleh Nur Halimah turut tertidur bersebelahan dengan suaminya.

Selepas menyelimutkan Mila, dia mendekati suaminya yang ketika itu sedang memerhatikan suasana di luar rumah pokok.

“Ada ke Akitty dan Bbetty?” tanya Nur Halimah.

Mata dialihkan memandang gadis yang sudah duduk di sebelahnya. Dia membetulkan duduknya dan menatap wajah isterinya.

“Tak nampak pula mereka. Mungkin jauh dari rumah ini,” balas Tengku Ehsan.

“Abang,”

“Emm?”

“Boleh Ima berjumpa dengan ‘mereka’ tak?” terkejut Tengku Ehsan mendengar permintaan isterinya.

“Abang tak bagi Ima berjumpa dengan ‘mereka’. Ima pun tahu yang abang Shahril cedera disebabkan mereka, kan?” tegas Tengku Ehsan walaupun menggunakan nada yang lembut agar isterinya tidak kecil hati.

“Tapi, Ima dapat rasakan mereka berada dalam kesengsaraan. Pasti mereka perlukan seseorang untuk meluahkan rasa sakit dan derita mereka. Abang, Ima merayu. Bagi Ima berjumpa dengan mereka sekejap,”

“Ima, abang bukan tak bagi. Cuma, abang risaukan kak Mila dan abang Shahril. Jika kita berdua pergi, siapa yang akan menjaga mereka? Jadi, selepas Raz, Ed, Akil dan Syaza pulang, kita berjumpa dengan Akitty dan Bbetty ye, sayang?” pujuk Tengku Ehsan sambil mengusap pipi isterinya.

Nur Halimah mula sedari sebab mereka berada di aras satu. Tugas mereka adalah menjaga Mila dan Shahril. Dia mula berasa bersalah. Dia hampir melanggar amanah yang diberikan oleh sahabat-sahabatnya yang lain.

“Maafkan Ima, abang. Ima terlalu ikut perasaan sampai terlupa amanah ni,” sebak Nur Halimah.

Tersenyum Tengku Ehsan. Dia menarik tubuh isterinya masuk ke dalam dakapan. Belakang tubuh isterinya diusap lembut.

“Tak mengapa, sayang. Abang faham yang sayang rindukan Akitty dan Bbetty. Bukan salah sesiapa pun,”

Terharu Nur Halimah. Dia beruntung kerana memiliki suami yang memahami dirinya.

Di luar rumah pokok, sepasang mata sedang merenung ke arah rumah itu tanpa disedari oleh penghuni di dalam rumah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience