Chapter 2

Fanfiction - KPOP Completed 2792

Haneul PoV

“Andwae!! Awak tak boleh bunuh diri macam tu !! andwae!! “.

Aku berlari mendapatkan perempuan itu tetapi dia sudah tiba di tengah jalan. “Chogiyo!!yah!!!! ke tepi!! “ //Pon ponnnnnnn// “Andwae!!!!!!!”.

End Pov

“Andwae!!!!!”. Haneul terjaga dari tidur dengan keadaan peluh membasahi muka nya.

“Y-yah..gwencha-“. Tanpa sempat Taehyung berkata Haneul terus memeluk erat Kim Taehyung .Taehyung hanya membiarkan sahaja Haneul memeluk nya .Kebelakangan ini dia sering melihat Haneul mimpi bukan-bukan.Kadang-kadang dalam tidur pun Haneul menangis tanpa dia sedari.

Beberapa minit kemudian …

“Omo (o.o) apa aku buat niii //pakkk//”. Haneul menolak kuat bahu Taehyung sehingga Taehyung jatuh tergolek di lantai.

“Oii minah! Kau dah la peluk aku sesedap kau je! Pastu tolak aku pulak, banyak cantik muka kau!!”. Taehyung berdiri sambil menepuk punggung nya yang sakit .

"Awak buat apa dalam bilik saya ni? awak langgar peraturan ea tak ketuk pintu dulu?!". Haneul memandang Taehyung dengan panas.

"Oi gile aku dah ketuk pintu kau macam nak roboh lagi kau boleh cakap aku langgar peraturan?kau tu haaa tidur sampai kol berapa dah ni! tah bo meletop pun kau tak dengar! aku lapar bongok,gi siapkan makanan untuk aku ". Taehyung memusingkan badan nya menujuk ke pintu keluar.

"Kejap!!!". Jerit Haneul.

"Rule no 3 ! awak buat hal awak,saya buat hal saya ,so masak ke minum ke buat sendiri la! ".

"Kau ni .Cakap bodoh kang marah! rule no 1! jangan bantah cakap aku! maksud rule no 3 aku maksudkan tu hal peribadi ,masak makan minum untuk suami tu tanggungjawab kau ngokk,jangan lurus bendul sangat! dah bangun gi mandi cepat sebelum aku mandikan kau!". Taehyung berpeluk tubuh memandang Haneul yang dari tadi tidak berganjak dari atas katil .

"Arraso! arraso! ". Haneul segera bangun dari katil dan menggapai tuala nya menuju ke bilik air .
. .
. 1 jam 30 minit kemudian ...

Haneul turun dari tangga sambil mengelap rambut nya yang basah.

"Mandi kalah badak berendam lagi .Lambat nauu". Taehyung menjeling Haneul yang buat muka tak bersalah .

"Oi minah! kau takde baju nak pakai ea? ke saja nak uji iman aku? kan aku cakap aku tak tertarik dengan kau, tak perlu susah-susah nak pikat aku laaa dengan baju tu". Kata Taehyung sambil mata nya tidak lekang menonton tv .

"Awak , boleh tak jangan perasan sangat? simpan jauh-jauh la awak punya perasan tu .Siapa nak goda awak?hey bangla dekat luar sana lagi menarik perhatian saya la dari hadap muka awak setiap hari dalam rumah ni" .Haneul menjeling pada Taehyung lalu menuju ke dapur .

"Kejap lagi ada jugak kena kiss free dengan aku .Kau bandingkan aku dengan bangla pempuan?pergghh seriouslyyy". Taehyung bebel sorang diri .

//ting tong// Bunyi loceng rumah TaeNeul apabila ditekan.

"Sape pulakk datang time-time nii". Taehyung menuju ke pintu utama dan melihat di paparan cctv di sebelah pintu .

"Minju-ssi? buat apa senah ni datang sini". Taehyung terus membuka pintu .

"Oppa!! lama Min tak nampak oppa ! oppa pergi mana selama niii Min call tak angkt pun".

"I busy sik-". Tanpa sempat Taehyung habis cakap Minju terus memeluk Taehyung .

Haneul keluar dari dapur sambil membawa pinggan berisi roti sandwich dan air susu.

"Perempuan mana pulak suami aku bawak ni". Haneul hanya menjeling lihat aksi jelly perempuan gedik tu pada suami nya.Bukan jeles, tapi geli! .

"Aa Minju-ssi boleh tak kita jum-".

"Yahh!! kau siapa?Kau buat apa dalam rumah hubby i ni?!!" Marah Minju apabila ternampak Haneul yang baru sahaja menyuap sandwich ke dalam mulut nya.

"Dia pembantu rumah ni ". Kata Taehyung sambil menolak perlahan Minju dari memegang tangan nya.

"Bwo? pembantu?asal dia pakai macam tu?". Minju memerhati Haneul dari atas sampai bawah.

"Siapa aku?tu tak penting. Yang pasti sekarang kau dah terlewat satu langkah dari aku". Haneul terus berjalan melaga bahu Minju .

"Yahhh do-".

"Dah-dah Min! Min balik dulu boleh tak?".

"Macam man Min nak balik oppa dah curang dengan Min?!". Minju terus menangis di hadapan Taehyung.

"Adumakk pempuan ni nangis pulak". Taehyung mengusutkan rambut nya.

"Minju-ssi .Tu isteri i ,so mulai saat ni we are nothing ye .So please keluar ". Taehyung menolak Minju perlahan keluar pintu lalu menutup pintu rumah nya.

"Oppa!!!". Jerit Minju dari luar rumah TaeNeul.

"Woww dah habis ke drama hindustan tu?". Haneul berdiri di tangga sambil menepuk tangan.

"Yahh pempuan.Aku dapat kau siap!". Baru sahaja Taehyung berjalan ke arah Haneul ,Haneul terus melarikan diri ke dalam bilik nya dan megunci pintu dari dalam.

"Haa kau duduk la dalam bilik tu sampai esok! kau jangan tunjuk muka kau depan aku kalau tak!".Omel Taehyung di depan pintu bilik Haneul.

"Kalau tak apa haa!". Jerit Haneul dari dalam bilik nya.

"I stole your first kiss". Kata Taehyung perlahan lalu berlalu pergi.

"Bwoo? tak dengar la! ". Haneul melekapkan telinga nya di pintu bilik nya .//krik krik// "bwoya! dia kata apa tadi! ". Haneul berpeluk tubuh.
. .
skip
. .
//tingg// bunyi notifikasi di dalam telefon Haneul .
' Neul yaa~~ datang la rumah omma,harini omma buat kek kesukaan kamu ni?' [Puan Shin/omma]

"Bwoya! makanan favourite aku!!!". Haneul terloncat-loncat.
'Arraso Haneul datang sekarang omma' [Haneul]
'Haa jangan lupa bawa suami kamu sekali ye,appa kamu nak jumpa borak-borak dengan dia' [Puan Shin/Omma]

"Bwo??ajak si playboy tuuu?! huarghhhh mana bolehhh!!Haneul nak berdepan dengan dia pun tak boleh ni tadi dia kejar Haneul!!!". Teriak Haneul sorang diri dalam bilik nya.

'Aaa suami Haneul busy harini omma,lain kali dia datang tau omma.Haneul nak siap-siap dulu ni.Kejap lagi Haneul sampai' [Haneul]

'Ohh.Arraso.Omma tunggu ye' [Puan Shin/Omma]
'Nae omma' [Haneul]

Haneul mencampak telefon bimbit nya di atas katil lalu bersiap-siap mencari pakaian .
. .
. "Mana kau pempuan tak keluar-keluar bilik lagi.Serius kali ni kau memang kena dengan aku sebab kau awek aku tinggal aku". Taehyung sengaja baring menonton tv di ruang tamu sedangkan dalam bilik dia pun ada tv .Dia tau Haneul masih lapar lagi kerana Haneul perut tong! tak boleh makan sikit-sikit.Kalah orang bela saka lagi tapi tetap kurus macam Taehyung tak kasi dia makan.

Setelah beberapa lama mendandankan diri Haneul perlahan-lahan membuka pintu bilik nya .Dia menjengul kepala lihat di sekitar luar bilik nya .

"Sepatutnya dia dah pergi jumpa awek dia ni time ni". Haneul mengerling jam di tangan nya menunjuk kan pukul 1 petang .Dia perlahan-lahan menurun tangga tanpa sebarang bunyi .

"Eh? dia tak tutup tv ke ".Haneul terus menggapai remote tv dan menutup tv .Tanpa sempat Haneul mengorak langkah seseorang memeluknya dari belakang .

"Bb-Bwoya (o.o) ". Terkejut .Haneul tiba-tiba kaku tidak dapat bergerak.

"Aku dah kasi warning kan jangan keluar bilik kalau tak nahas kau". Taehyung bisik di teling Haneul.

"Yy-yah..le-lepas laaa". Haneul menarik tangan Taehyung yang melingkari pinggangnya dan memusing menghadap Taehyung.

"Yah awak dah langgar peraturan perta-". Tanpa sempat Haneul menghabiskan percakapan nya Taehyung terus mengucup bibir nya sepantas kilat .

"Y-yah do jinj-". //chu~// sekali lagi Taehyung mengucup bibir nya dengan laju .Haneul terus stuck tidak dapat bergerak .Pipi nya mula merah macam tomato .

"Hergh! lain kali jangan cari pasal dengan Kim Taehyung". Taehyung terus berlalu pergi lepas balas dendam dekat Haneul .

"Apa...yang...berlaku....". Haneul mati kata.

-BERSAMBUNG-

(A/N; ok,first of all saya minta maaf part last tu,siapa yg inesen tu takyah baca.kang x pasal author kena cop byuntae plk nt ..aniya ,tu kiss biasa ja..jgn slh fhm tau..kali ni author buat pendek sikit,sng nk baca..anything komen juseyo ????)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience