45

Romance Series 93217

Ezmal menolak daun pintu dengan kasar. Wajahnya kelihatan sedikit tegang. Kelibat Yasir dicari sehinggalah matanya tertancap ke arah satu susuk tubuh yang sedang terbaring di atas katil. Berbekalkan rasa amarah yang masih bersisa di dalam hati, Ezmal segera mendekati Yasir. Jika diikutkan rasa hatinya, mahu sahaja dia menghadiahkan tumbukan padu ke atas wajah Yasir saat ini. Namun akalnya melarang. Dia perlu menyelesaikan perkara ini dengan baik. Sebolehnya Ezmal tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan kerana itu semua bisa mengundang perhatian seluruh ahli keluarga mereka.

Yasir bangun dari tidurnya dengan wajah yang bingung. Dia memisat - misat matanya sebelum wajah tegang Ezmal ditatap. Entah mengapa dia merasakan seperti ada yang tidak kena dengan reaksi abangnya itu. Hatinya mula dilanda dengan perasaan kurang enak.

“Apahal kau ni? Tiba - tiba je masuk bilik orang macam samseng. Tak reti hormat privacy orang ke?" Soal Yasir bengang.
Ezmal tertawa sinis saat mendengarkan soalan itu. Matanya mencerlung memandang ke arah Yasir. Pernafasannya dikawal sebaik mungkin.

“Kau tak perlu nak pura - pura tak tahulah, Yasir. Aku rasa kau pun dah boleh agak kan kenapa aku datang cari kau kat dalam bilik ni? Lagipun aku bukan jenis yang suka cari pasal kalau orang tu tak mulakan. So, kau bangun sekarang. Aku ada hal penting nak bincang dengan kau." Ujar Ezmal serius.

Yasir langsung tidak mengendahkan permintaan Ezmal. Sebaliknya dia kembali berbaring dan menarik bantal menutupi mukanya. Baginya tiada apa lagi yang perlu dibincangkan jika ianya melibatkan diri Ramona. Apa yang melanda diri Ramona ketika ini bukanlah berpunca darinya. Jadi mengapa dia perlu bersusah payah untuk memikirkan masalah wanita itu? Yasir terus sahaja memejamkan matanya tanpa mempedulikan Ezmal di situ.

Melihatkan reaksi Yasir, kesabaran Ezmal semakin tercabar. Tanpa menunggu lama, dia segera menarik kolar baju Yasir agar bangun menghadapnya. Wajahnya semakin kemerahan akibat menahan marah.

“I'm talking to you, Yasir!! Please don't be rude. This problem is all from you. So please don’t take your hands off that easily!!" Tengking Ezmal kuat.

“Hoi!! Kau ni dah kenapa? Syaitan apa yang dah rasuk kau sekarang ni, hah? Masuk bilik orang tiba - tiba nak buat kecoh. Come on lah. Kau tak payah nak tunjuk hero dekat sini. Kau ingat apa yang dah terjadi dekat Ramona tu semua berpunca dari aku sorang aje ke? Kau silap besar, Ezmal!! Selama ni dah berpuluh jantan yang dia layan kat belakang kau, kau tahu tak? So, no wonder la dia boleh dapat penyakit tu!!" Herdik Yasir penuh penghinaan.

Buat kedua kalinya, Yasir semakin galak mencabar kesabaran Ezmal. Dadanya sudah semakin berombak menahan geram. Tanpa menunggu lama, Ezmal terus sahaja menghadiahkan satu tumbukan padu tepat ke arah Yasir. Pergelutan di antara mereka tercetus. Masing - masing tidak mahu mengalah. Kekecohan itu sudah pastilah mengundang perhatian seluruh ahli keluarga mereka. Hanya dalam sekelip mata sahaja bilik Yasir kini menjadi tumpuan seluruh ahli keluarga. Puan Sri Elise panik melihatkan situasi itu. Dia cuba untuk meleraikan pergaduhan itu malangnya tubuhnya tertolak sehingga jatuh terduduk di atas lantai.

“Ezmal, Yasir stop it!!! Don't be so childish!!!What happened with both of you??" Tengking Tan Sri Zamir kuat. Dia segera merapati isterinya lalu dihulurkan tangan untuk membantu Puan Sri Elise bangun semula.

Ezmal dan Yasir saling berpandangan antara satu sama lain. Pandangan mereka penuh dengan kebencian.

“Ezmal, kenapa ni? Apa yang terjadi sebenarnya? Yasir?" Soal Tan Sri Zamir.

“I don't know, dad! You better ask him." Ujar Yasir sambil mengesat saki baki darah yang mengalir di celahan bibirnya.

Tan Sri Zamir merenung Ezmal tajam. Dia menantikan penjelasan dari Ezmal dengan penuh tanda tanya. Yasir dilihat tersenyum sinis memandang ke arah Ezmal. Dia yakin Ezmal tidak akan meceritakan segala - galanya kepada keluarga mereka. Ya. Yasir amat pasti akan hal itu kerana dia sangat mengenali dengan sikap Ezmal yang memang tidak gemar menceritakan hal keburukkan orang lain kepada sesiapa. Jadi di dalam situasi ini, pasti Ezmal tidak akan membuka mulut kerana ianya turut melibatkan maruah keluarga mereka. Memikirkan hal itu, Yasir seakan mampu menarik nafas lega.

“Are you sure you want me to tell the truth, Yasir? Kau cabar aku ke sekarang ni? Kau tak menyesal?" Sinis sahaja pertanyaan itu keluar dari bibir Ezmal. Wajahnya sudah kelihatan sedikit tenang berbanding awal tadi.

“Apa masalah korang berdua ni sebenarnya? Jangan buat dad and mom risau boleh tak? Tolong jelaskan semuanya sekarang!!" Soal Tan Sri Zamir lagi.

“Baiklah dad, mom. I will explain everything! Tapi sebelum tu Ez nak minta maaf kalau apa yang bakal Ez ceritakan ni buat dad and mom terkejut. Ianya melibatkan hal maruah keluarga kita. Hope dad and mom boleh terima dengan hati yang terbuka." Ujar Ezmal tenang.

Yasir kalut. Tiba - tiba jantungnya berdegup kencang. Wajah tenang Ezmal ditatap cemas. Namun lelaki itu tidak sedikit pun menoleh ke arahnya. Kelihatan Nadira sedang memandang ke arahnya dengan senyuman sinis. Pasti wanita itu juga sudah mengetahui akan segala - galanya. Jika tidak mengapa Nadira perlu memberikan senyumas sesinis itu kepadanya.

“Ez, kenapa ni sayang? Cuba terus terang je. Ez jangan buat mom risau boleh tak? Selama mom besarkan korang, mom tak pernah tengok Ez berkelakuan macam ni. Apa yang mom tahu Ez ni seorang yang penyayang. Tapi kenapa sampai bergaduh bertumbuk bagai semua ni? Apa yang terjadi sebenarnya ni?" Soal Puan Sri Elise bimbang.

“Ez minta maaf, mom. Ez takde niat nak buat mom dan dad risau. Cuma kali ni Ez rasa Yasir betul - betul dah melampau." Ezmal bersuara sayu.

“Apa yang Yasir dah buat?" Soal Tan Sri Zamir tidak sabar.

Yasir semakin tidak betah. Tiba - tiba dia merasakan biliknya terlalu bahang walaupun suhu penghawa dingin berada di tahap 16'C. Peluh mula memercik di seluruh tubuhnya.

“Putusnya pertunangan Ez dan Ramona sebelum ini semuanya berpunca dari Yasir, mom, dad. Kalau mom dan dad nak tahu, selama ni Yasir dan Ramona dah menjalinkan hubungan sulit di belakang kita semua." Luah Ezmal akhirnya.

Yasir terkesima. Dia benar - benar tidak menyangka Ezmal akan menceritakan segala - galanya kepada keluarga mereka. Sangkanya Ezmal hanya menggertak dirinya sahaja. Tapi siapa sangka betapa Ezmal sangat tekad. Tekad untuk menjatuhkan dirinya buat selama - lamanya.

“Astaghfirullahal'azim!!" Tan Sri Zamir dan Puan Sri Elise mengucapnya serentak.

Hanya itu sahaja yang mampu mereka berdua katakan saat ini. Sesungguhnya mereka masih belum mampu untuk mentafsir cerita Ezmal itu dengan fikiran yang waras.

“Tidak cukup dengan itu, mereka turut bersekedudukan seperti pasangan suami isteri, mom, dad." Cerita Ezmal lagi.

Sekali lagi Yasir terkesima dengan kenyataan yang dikeluarkan Ezmal. Tubuhnya kaku. Dia benar - benar tidak mampu bersuara ketika ini. Yasir menundukkan wajahnya menghadap lantai. Lagaknya tidak ubah seperti seorang banduan yang sedang menunggu giliran untuk menerima hukuman gantung sampai mati.

“Allahuakhbar!! Yasir, betul ke apa yang abang kamu cakapkan ni??" Soal Tan Sri Zamir lagi. Kali ini dia benar - benar terduduk sebaik mendengar kenyataan itu.

Sungguh dia tidak menyangka hal seperti ini akan terjadi di dalam keluarganya sendiri.
Yasir tidak menjawab. Wajahnya ditunduk rapat ke lantai. Tidak sanggup dia menatap wajah bengis Tan Sri Zamir saat ini. Bunyi tangisan Puan Sri Elise juga sudah semakin jelas kedengaran di telinganya. Betapa Yasir merasakan dunianya seakan menjadi gelap tika ini. Tiada apa lagi yang mampu diperkatakan. Semua kesalahan dirinya semakin jelas terbentang di hadapan seluruh ahli keluarganya.

“Jadi Ramona dapat penyakit HIV tu berpunca dari kamu jugalah kan?" Soal Tan Sri Zamir dengan nada yang sukar dimengerti. Wajahnya benar - benar tampak kecewa.

“Ez tak tahu hal tu, dad. Lagipun bukan Yasir sorang je yang terlibat dalam hal ni. Actually ramai lagi lelaki lain yang menjalinkan hubungan dengan Mona. Tapi bagi Ez itu semua tak penting. Apa yang penting sekarang, Ez nak Yasir bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat. Jangan nak lepas tangan macam tu aje. Dah sebulan lebih Ramona tu menanggung derita dekat hospital tu. Tapi sekali pun Yasir tak datang jenguk dia. Nak bertanya khabar apatah lagi. Yang dia tau, nak puaskan nafsu serakah dia tu je. Entah berapa ramai lagi perempuan yang dah jadi mangsa dia pun Ez tak tahulah." Kali ini nada Ezmal berbaur sedikit ketegasan.

Tangisan Puan Sri Elise semakin kuat kedengaran memenuhi ruang bilik. Nadira yang sejak tadi berdiri di sisi suaminya mula mendekati ibunya. Bahu Puan Sri Elise dipaut erat. Dia cuba menenangkan keadaan ibunya. Sejujurnya dia turut berasa kecewa dengan apa yang telah melanda keluarga mereka. Namun begitu itu semua tidak mampu untuk memadamkan perasaan marahnya kepada Yasir.

Tan Sri Zamir bangun. Langkah kakinya mula mendekati Yasir yang sejak tadi hanya diam seribu bahasa.

Pang!!!!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Yasir. Kali ini Tan Sri Zamir benar - benar sudah hilang sabar. Dadanya berombak. Ikutkan hatinya, lunyai Yasir ingin dikerjakan. Namun tangisan kuat isterinya seakan menghalang Tan Sri Zamir dari meneruskan niatnya.

“I'm very disappointed with you, Yasir! Dad and mom tak pernah ajar anak - anak kami buat perangai yang tak senonoh macam tu. Kalau betul pun kamu sukakan Ramona, bagitahu kami dengan cara yang baik dan bukannya dengan berbuat maksiat seperti ini. Jantan jenis apa kamu ni Yasir? Sudahlah kamu dah rosakkan anak dara orang. Kemudian kamu lepas tangan macam tu je??" Tengking Tan Sri Zamir kuat.

Yasir terkedu saat ditengking seperti itu. Namun dia masih jua tidak berani bersuara. Baginya jika dia melawan kata - kata Tan Sri Zamir saat ini, tidak ubah seperti dia mengelar lehernya sendiri.

“Mulai dari hari ini, dad tak nak tengok lagi muka kamu kat rumah ni. Kemas barang - barang kamu, dan keluar dari sini!! Dad lebih rela hilang anak yang hanya tahu memalukan nama mak bapak dari menanggung malu saat berdepan dengan khalayak ramai nanti. Pandai - pandailah kamu hidup dekat luar sana tu. Faham!!!" Kali ini Tan Sri Zamir benar - benar tekad dengan keputusannya.

Tanpa menunggu lebih lama, Tan Sri Zamir bergegas keluar dari bilik itu dengan wajah yang kecewa. Manakala Puan Sri Elise pula hanya mampu menangis mengenangkan keputusan tekad suaminya itu. Dia tahu suaminya tidak bergurau. Wajah Ezmal, Nadira dan Yasir dipandang silih berganti. Akhirnya perlahan - lahan Puan Sri Elise keluar dari bilik itu dengan perasaan yang sukar dimengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience