CEMAS 1
Adlia terjaga dari lelapnya. Terasa bagai ade sesuatu yg menolak tilam dari bawah.
"Mimpi ape pulak ni!!"
Sambil melihat jam di dinding.
"Baru 2 pagi...dah lah esok class pukul 9...hadoi.. bencinya..!!"
Dia cuba melelapkan matanya kembali..
Tiba2 dia terdengar dengusan nafas yang kuat. Dengusan itu semakin kencang. Bunyi seperti dari bawah katil. Adlia hendak melihat siapa yang nk bergurau di pagi2 keliwon ni. Dia teringat rakan biliknya, seroja yang berasal dari sabah. Seroja pernah cuba menakutkan adlia dengan menyorok di bawah katil dan menendang tilamnya keatas. Pada ketika itu, baru seminggu mereka menjadi teman sebilik. Adlia melompat kerana ketakutan tapi diketawan oleh rakan biliknya.
"Hahahha itulah kau, lain kali sebelum tidur baca doa dulu, ini kau sebelum tidur bersembang dengan kekasih"
Tapi, seroja belum pulang lagi. Dia ke rumah keluarganya di puncak alam..adlia beranikan diri..perlahan dia bergerak hendak memandang ke bawah katil. Tiba2 terdengar bunyi pintu dibuka
"Adlia!!kau diam disitu!!"
Seroja menjerit memberi amaran.
"Aku nak kau berdiri atas katil dan lompat ke sini" sambil menunjukkan ke pintu utama bilik mereka.
Adlia masih lagi mamai, dia menyangka rakannya ingin bergurau lagi. Lalu dia duduk dan kakinya melunjur di lantai. Tiba kaki adlia ditarik ke bawah katil dengan laju disulam dengusan nafas yang kuat. Adlia hanya ternampak wajah yang berbulu kehitaman dengan mata merah menerkam ke arahnya. Adlia pengsan tidak sedarkan diri..
LARI
seroja masih dalam keadaan terkejut dan ketakutan. dia bingung dan menangis dengan apa yang terjadi di hadapan matanya. kaki adlia seperti menggigil dan tangannya meronta2 di bawah tindihan lembaga hitam itu. jelas lembaga itu seperti ingin masuk kedalam badan adlia melalui mulut dan mata.
"adlia!!!! bangun!!adlia!!!"
jeritan seroja didengari oleh sarah dan zila di tingkat bawah yang baru pulang dari kelas tarian. mereka bergegas ke atas ingin melihat apa yang terjadi.
"Ya Allah weh!!! ape tu!!! Astaghfirullahalazim!!!" jerit sarah yang melompat2 ketakutan.
zila pengsan. semua tahu zila seorang yang penakut. pernah dia pengsan kerana katak tiba2 melompat di atas kepalanya semasa larian hutan. tapi kali ini zila pengsan dan berbuih mulut. sarah cuba membantu dengan menarik zila ke tempat yang selamat.
"aku pergi cari ustaz amir. kau tengok-tengokkan adlia dan zila" jerit seroja lantas berlari menuju ke bawah blok.
seroja berlari menuju ke rumah ustaz amir di sebelah surau.
"Assalamualaikum ustaz!! bangun ustaz!!! tolong ustaz kawan saya ustaz!!! seroja menjerit dan menangis memekik sekuat hati di depan rumah ustaz amir.
"eh kenapa kamu menjerit tengah pagi ni..semua orang dah tidur kamu buat ape?!!" marah ustaz amir
"ustaz, kawan bilik saya..ada lembaga hitam di atas badan dia..besar ustaz..tolong kami ustaz!!!tolonglah ustaz!!!" seroja masih menangis ketakutan meminta bantuan orang yang mungkin tahu ilmu2 perubatan islam itu.
"baik2!! saya bersiap dan wuduk dulu. kamu tunggu sekejap!"
ustaz amir bersiap dengan teliti. bukan pertama kali kejadian seperti ini berlaku. cuma jarang terjadi kerana dia sudah buat perjanjian dengan "pemilik" kawasan itu 10 tahun dahulu. sesuatu yang pelik dan mencurigakan.
mereka bergegas ke bilik seroja. dari bawah terdengah jeritan sarah cuba mengejutkan zila yang pengsan. ramai pelajar perempuan berdiri di hadapan bilik masing2 ingin mengetahui apa yang terjadi.
tibanya ustaz amir di bilik, dia membacakn doa dan merenjiskan air jampi ke muka zila. selepas beberapa saat zila sedar dan memeluk sarah.
"weh ape tadi weh!!!jom lari weh!!aku takut!!" tangis zila merayu kepada sarah.
tanpa membuang masa ustaz amir meluru ke dalam bilik. terlihat sekujur badan di bawah katil tapi tiada lembaga seperti yang dikata seroja. ustaz mengarahkan seroja membantunya mengalihkan badan adlia ke tempat yang lebih luas dan selamat. adlia masih pengsan, tetapi wajahnya seperti menahan kesakitan.
"kamu tunggu di pintu bilik..jangan dekat...Bismillahirrahmanirrahim...."ustaz amir memulakan jampinya. seroja di luar bilik mengharao rakannya kembali pulih semula.
selesai membaca jampi, ustaz amir merenjiskan air jampi ke seluruh badan adlia. dia memalingkan kepalanya kepada seroja.
"insyallah xd apa2, malam ni kamu tolong...."
belum sempat menghabiskan arahan tiba2 adlia bangun dan menerkam leher ustaz amir. dia mengigit leher ustaz amir sehingga putus. penuh darah di lantai. seroja, sarah & zila terkejut . dengan wajah yg bengis, adlia memandang ke aras mereka.
"arrrrghhhhhhh!!!! sarah zila!!!! lari!!!!!" jerit seroja.
mereka lari ketakutan. semua pelajar perempuan ketakutan dan lari tiada arah tuju.
adlia bangun merangkak seperti binatang buas mengejar mangsa. dia behenti di bilik sebelah.
shida sedang belajar dan leka mendengar muzik di headphones tidak tahu apa yang terjadi. adlia masuk ke dalam bilik mendekati shida. adlia menghempas kepala shida ke meja, 1 tusukan perhiasan menara klcc benar mengenai kedua-dua belah mata shida. dia mati dalam keadaan masih mendengar lagu.
adlia merangkak dengan dengusan yang kuat menuju ke bilik seterusnya...dia dapat menghidu darah manusia yang masih ada di dalam bilik itu. pintu bilik dibuka tapi tiada orang. adlia mencakar pintu bilik sambil menyanyi dalam nada yang seram
"kawanku....keluarlah...aku datang ingin bermanja denganmu...sayangku...kembalilah...hehehehe.." adlia mengilai dengan kuat
ika menyorok di dalam almari ketakutan...dia cuba mengawal suara tangisannya agar tidak didengari adlia. dia melihat dari celah2 pintu almari adlia sudah tiada. dia kaku senyap. beberapa kali ika mengantai memastikan adlia benar2 tiada di depan biliknya
. tiba-tiba adlia muncul di depan almari dengan muka yg penuh darah, mata hitam, rambut serabai penuh darah n daging manusia.
"maaaakkkk!!!!!!" ika menjerit ketakutan
..adlia memecahkn pintu almari dan terus mengigit wajah ika sampai terkoyak. sedang mulutnya merobek2 wajah ika, tangannya mencungkil perut ika sehingga terburai isi perut. mengigil2 badan ika menahan sakit. adlia masih rakus membunuh untuk memakan daging manusia. ika mati dalam keadaan yang sangat dasyat dan mengerikan.
seroja yang berlari turun dari tingkat 4 itu terjatuh, diselamatkan oleh liza, mereka semua dalam ketakutan dan hilang arah tuju.
"weh!!kenapa weh korang semua lari???ade orang kene rasuk ke?" soal liza
"adlia kene rasuk, dia dah gigit ustaz amir sampai mati!!! aku tak tahu nk buat ape ni weh!!!!"
liza memimpin seroja turun ke bawah. dalam perjalanan mereka ke bawah, terdengar beberapa dentuman kuat, seperti benda berat jatuh ke lantai. mereka biarkan sahaja kerana terlalu takut. setibanya ke tingkat bawah, mereka ternampak 5 mayat di lantai di tengah blok. keadaan masih tak terkawal. jeritan bersulam tangisan jelas kedengaran di seluruh blok.
liza memberanikan diri mendekati mayat mayat itu.
"Ya Allah....kenapa ni....!" mengigil2 ketakutan liza kaku ditengah tengah mayat.
dengan nafas yang deras ..seroja bersuara...
"aku tak tahu nk lari mana lagi...adlia...sarah..zila....aku tak tahu...aku tak tahu!!"
tiba-tiba terdengar suara dari tingkat atas...
"seroja...kenapa kau tinggalkan aku...kan kau sayang aku" jelas ternampak adlia memandang seroja dengan jelingan tajam dan suara yang menyeramkan daei tingkat atas.
"lizaa!!!! lari!!!!" jerit seroja. dalam keadaan kelam kabut, liza lari meninggalkan seroja. kini dia sudah tidak mampu berlari..dia cuba mengesotkan badannya ke jalan raya. sudah nampak lampu jalan. ramai pelajar sedang menyelamatkan diri, tidak menghiraukan seroja yang kesakitan.
sedang dia cuba menyelamatkan diri, dia terdengar dengusan nafas yang sangat laju dan kasar. semakin lama semakin dekat...seroja tidak berhenti menangis dan tangisan dia semakin kuat.
"kenapa kau tinggalkan aku seroja, kau kan kawan baik aku??"
1 susuk badan yang membongkok menuju kearahnya..adlia muncul dengan wajah yang sangat mengerikan.
"adlia..aku mintak maaf...tolong lah..jangan buat aku macam ni...aku minta maaf pada kau" rayuan seroja yang kesakitan
"siapa adlia?ini akulah, zalanbur, kawan kau dari kecil, kenapa kau tinggalkan aku?kenapa kau lupakan aku??" soal sosok itu dengan suara yang berubah menjadi garau dan kasar.
tersentak seroja. nama itu sudah lama tidak didengar. itu adalah "peneman" keluarganya sejak berkurun lama.
"kau!!!kau!!! kenapa kau datang ke sini!!! aku tak nak kau lah!!!" marah seroja.
"sebi...ibu mu sedang bertarung maut, dia perlukan pengganti, dan sebelum kau menggantikan warisannya, aku harus mengorbankan 44 nyawa untuk dipersembahkan pada nenek moyangmu"
sebi adalah nama seroja sebelum dia memeluk islam. dia berasal dari keluarga pejuang iban yang telah memengggal lebih 1000 kepala manusia. menurut tradisi keluarga mereka, kepala,-kepala mangsa akan diletakkan di halaman rumah sebagai perhiasan, bukti kehebatan dan keagungan .dan badan2 mereka akan dijadikan persembahan nenek moyang rumah adat.
"fikir ibumu sebi, mereka ini tidak bermakna untuk hidup, jika kau tidak membantu, ibumu akan disekasa di alam petaka dan seluruh keturunan mu akan mendatangkn bala kepada rumah adat" jelas zalanbur.
tanpa berfikir panjang seroja bersetuju, demi ibunya yang tercinta.
zalanbur menjilat dan menggigit ibu jari kaki seroja. Seperti diberikan nyawa yang baru, seroja kini sudah tidak sakit dan berwajah bengis.
"demi ibu" bisik seroja
dalam keadaan tidak terkawal, masih ada lagi pelajar yang cuba melarikan diri dab menyorok di dalam bilik. tiba2 terdengar pengumuman.
"kepada semua pelajar, sila berkumpul di dalam dewan makan, keadaan sudah terkawal"
tidak tahu siapa empunya suara, sarah dan zila yang sedang menyorok di dalam surau lega dengan pengumuman itu. mereka menangis berpelukan.
"weh....dah selamat..huhuhu...aku takut sarah!!!" nangis zila yang memeluk sarah dengan erat.
"jom lah...aku pon takut...aku taknak duduk sini lagi...aku nak nak balik!!" sarah yang berpelukan denagn zila menangis sekuat kuatnya.
mereka keluar dari surau dan bergerak ke dewan makan. terlihat, ramai pelajar yang sedang berjalan dalam keadaan menangis dan ketakutan menuju ke dewan. mereka saling memandang , seperti takut kemunculan adlia secara tiba-tiba.
setelah beberapa minit, mereka yang tiba berpelukan dan mempersoalkn apa yang terjadi, tangisan tidak henti dan jeritan kecewa dengan kematian rakan-rakan mereka.
tiba-tiba muncul seroja di pintu dewan. dia mengunci pintu, dan mengarahlan semua rakan2 nya duduk di lantai. setelah mereka duduk...seroja bersuara
"maafkan aku kawan2...demi ibu"
pelajar lain saling berpandangan sesama sendiri. tiba, 1 susuk dari arah belakang muncul.
pada malam itu, jeritan, tangisan, rayuan..makin lama semakin berkurang..hinggalah dewan makan menjadi senyap. tiada lagi suara, tiada jeritan manusia dan rayuan tangisan kedengaran.
beberapa orang pelajar yang berjaya menyelamatkn diri melaporkn kepada polis bantuan universiti. mereka bergegas ke blok. banyak mayat bergelimpangan. laporan kepada bahagian forensik telah dibuat. polis dan ambulan memenuhi blok. ramai wartawan hadir ingin mengetahui apanyang terjadi.
polis menemui adlia di bucu dewan makan, dalam ketakutan. badannya dipenuhi darah dan daging manusia. tiada apa yang dapat dijelaskn kepada polis kerana dia dalam keadaan terkejut.
sebanyak 44 jasad tidak berkepala ditemui di dalam dewan makan. kebanyakan mayat dalam keadaan mengerikan. ada mayat yang dikeluarkan usus perut, ada mayat yang tangan disumbay ke dalam mulut, ada mayat kaki dan tangannya putus seperti ditarik sesuatu yang kuat.
ini adalah kejadian yang sangat dasyat sepanjang penubuhan universiti itu.
adlia dibawa ke hospital untuk rawatan dan siasatan. kini, kisah serak ini menjadi rahsia antara mereka yang masih hidup dan yang telah mati.
setelah 6 bulan menerima rawatan, adlia pulang ke kampungnya di kedah. cctv membuktikan, adlia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa kejadian. dia tidak disabitkan sebarang kesalahan, namun tidak lagi dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke universiti itu. adlia meneruskan hidup dengan membantu ibunya menjual kuih. setiap 2 minggu, dia harus melaporkan diri dan mendapatkan rawatan di hospital.
setahun berlalu, adlia duduk di tepi bendnag melihat keindahan ciptaan tuhan. dia lega kerana kini dia telah pulih dari trauma dengan apa yang disaksikan dihadpaan matanya. mayat rakan2nya yang tidak berkepala, dan dalam keadaan yang menyedihkan. adlia nekad ingin meneruskan kehidupan di kampung. dia sudah menemui cinta sejatinya di kampung.
adlia pulang ke rumah, untuk mandi. apablia hendak melangkah ke dalam bilik air dia ternampak 1sosok manusia yang dikenalinya. sosok itu sendang menjilat pad yang masih berdarah. lidahnya panjang,.mencangkung bagaikan jerangkung. sosok itu memalingkan wajahnya ke belakang.
"seroja!!!"
TAMMAT.
Share this novel