BAB 17

Drama Completed 5869

Hasby memandang wajah Laila yang ralit memandang gambar itu. Banyak perubahan yang dapat dilihat dari gambar tersebut dengan isterinya yang berada di hadapannya kini. Wajah comel itu tidak hilang tetapi kematangan itu dapat dilihat,kerana itu dia berani menyatakan hasrat ingin mengahwini Laila dihadapan Ayah.

“ Sayang tahu tak,abang happy sangat hari nie,”

“Kenapa?” Laila memandang suaminya yang sedang tersenyum manis dihadapannya. Cair rasa hatinya melihat senyuman Airel, ditambah pula dengan wajah yang menyejukkkan mata.

“Sebab ibu dan bapa sudi datang majlis resepsi kita. Tak sangka yang diorang sanggup langgar perintah atuk sayang,” kata Airel. Tangannya melingkar dipinggang Laila.

Laila tersenyum mendengar kata-kata Airel. Bahagia rasanya apabila melihat ibu dan bapa nya datang tadi. Ibu memeluknya erat dan meminta maaf kerana membuangnya dahulu. Semua yang terjadi atas perintah Tengku Hafizi,seminggu selepas membuang Laila mereka merasa bersalah tetapi perasaan itu dibuang oleh Tengku Hafizi dengan menyatakan Laila tidak berguna.

“Tapikan sayang,siapa Mahfis ?”

Laila memandang Hasby apabila soal Mahfis diutarakan,” Is tu cuma sepupu Laila je,”

“Ooo…abang bukan apa,sehari sebelum kawin dia ada datang jumpa abang. Dia suruh batalkan majlis nie,” kata Airel.

“Maybe sebab dulu atuk pernah nak jodohkan kami tapi dibatalkan. Sebab tu dia halang abang,” Laila memandang suaminya yang sedang memandang wajahnya. Ciuman dihadiahkan di pipi Hasby sehingga membuatkan senyuman timbul di muka Airel.

Hasby memeluk erat tubuh Laila,ubun-ubun isterinya dicium penuh kasih. Walaupun ada rasa cemburu apabila mendengar Tengku Hafizi pernah hendak menjodohkan Laila dengan Mahfis tetapi dia pasti yang Laila hanya untuknya selepas akad dilafazkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience