BAB 10 - MASANYA TIBA

Mystery & Detective Completed 8363

11 hari sebelum cuti musim panas dan lawatan ke sebuah hotel di tepi
pantai, kelas 4 Biruni kini semakin diselubungi dengan ketakutan. Sejak April
hingga kini sudah empat orang pelajar kelas 4 Biruni, seorang guru, seorang
dokter dan seorang menteri besar serta beberapa pegawai dan pengawal
yang mati di sebabkan oleh malapetaka yang menimpa kelas itu.

Bolehkah pelajar kelas 4 Biruni dapat bertahan dengan keadaan sebegini?
Dapatkah Han, Rin, Shira, Herien, dan Harry membendung malapetaka ini
daripada terus meragut banyak nyawa?

************
Han dan Rin dalam perjalanan ke bilik seni kerana dipanggil oleh Harry,
Shira, dan Herien. Sampai sahaja di pintu bilik, Shira mengarahkan Han
menutup dan mengunci pintu, seperti ada sesuatu yang penting yang ingin
diberitahu olehnya.
"Kenapa kita berkumpul di sini?" tanya Han.
"Sekarang ni, kita ada masalah yang besar. 11 hari lagi cuti musim panas
dan dalam cuti tu kita akan pergi ke hotel di tepi pantai" kata Herien.
"Jadi?" tanya Rin.
"Jika pelajar kelas 4 Biruni ke hotel itu kemungkinan malapetaka itu akan
berlaku dengan lebih pantas dan dahsyat" balas Harry.
"Jadi apa yang kita perlu buat?" tanya Han.
"Kita perlu cari 'Orang Tambahan' itu dan hapuskannya dengan segera
sebelum cuti musim panas" jawab Shira.
"Tapi bagaimana nak cari 'Orang Tambahan' tu. Kita tidak tahu siapa
dia?" tanya Han.
"Sebab itulah kami panggil kamu berdua untuk berbincang" kata Harry.
"Ya. Kami bercadang untuk masuk ke lorong itu" kata Herien pula.
"Apa?!" Han terkejut setelah terdengar kata-kata Herien.
"Apa yang kamu mengarut ni, jika kita masuk, kita akan..."
"Tidak! Saya yakin kita tidak akan mati di sebabkan oleh malapetaka itu!
Hanya itu yang boleh kita buat untuk mengetahui cerita di sebalik lorong
itu! Jika kamu tak nak ikut tak mengapa, kamu boleh keluar sekarang"
marah Shira.
"Betul kata dia. Kita tidak tahu cerita yang sebenar di sebalik lorong
yang menyebabkan malapetaka itu berlaku, untuk mengetahuinya kita
perlulah masuk" sokong Rin.
"Tapi, dulu kamu yang cakap "jangan masuk lorong itu" tapi sekarang ni
kamu dah lain, kamu pula yang nak masuk...."
"Itu lain!" marah Rin.
"Saya dapat rasakan, sesuatu yang harus kita selesaikan di lorong
tersebut" kata Rin.
Keadaan menjadi senyap seketika.
"Baiklah saya akan ikut kamu" kata Han.
Rin tersenyum sinis.

"Baiklah, kita mulakan mulakan esok. Semua setuju?" tanya Shira.
"Ya" balas mereka.
"Baiklah kita jumpa esok disini, ketika rehat tengahari" kata Shira.
"Baiklah" balas mereka.
"Tunggu, kita ke lorong itu, pada rehat tengahari? Bagaimana dengan
pelajaran?
"Tidak mengapa, lagipun keadaan sekarang ini lain" kata Shira.
Han akur sahaja.

************
Setelah itu, Han dan Rin pulang ke dari sekolah.
"Rin, maaflah sebab saya bercakap kuat dengan kamu tadi" rayu Han yang
bersama-sama dengan Rin sambil berjalan untuk pulang ke rumah.
"Tidak mengapa" maaf Rin.
"Jadi, kamu marah ke?" tanya Han.
"Marah? Saya tidak rasa saya marah"
"Jadi, apa yang kamu maksudkan dengan "ada sesuatu yang perlu kita
selesaikan di lorong itu"?" tanya Han.
Rin senyap dan berhenti.
"Sudikah kamu, singgah di rumah saya?" tanya Rin.
"Ee.. Ya, tapi kenapa?" tanya Han.
"Saya ada sesuatu yang ingin diberitahu" kata Rin.

Sampai di kedai patung yang dimana, Rin dan Han kali pertama berbual.
Mereka masuk ke kedai patung tersebut dan turun ke bilik bawah.
"Jadi apa yang kita buat di sini?" tanya Han.
Rin tidak bercakap, sebaliknya bergerak ke sebalik langsir yang
melindungi suatu bilik. Didapat terdapat lif di situ.
"Sukar di percayai disini ada lif" kata Han.
"Ya. Pada mulanya saya pun tidak menyedari itu"
"Jadi, kita nak ke mana?" tanya Han.
" ke Studio R." jawab Rin dan terus memasuki lif tersebut diikuti dengan
Han.
Sampai di Studio R.. Di dapati teedapat sebuah rumah kecil yang sangat
cantik.
"Ini tempat tinggal kamu ke?" tanya Han dengan teruja.
Rin menganguk kepala dan terus ke dapur untuk mengambil air.
"Patutlah orang tua yang menjual patung tu cakap yang dia tidak penah
ada pelanggan sebelum ini" bisik Han.
"Ia tidak begitu besar, tapi cantik" kata Han.
"Jadi ini ke Studio R.?" tanya Han.
"Ya. Dulu Studio R. ialah tempat di mana patung-patung di kedai itu
diperbuat" kata Rin sambil memberikan minuman kepada Han dan duduk di
atas kerusi.
"Jadi Studio R. ialah tempat pembuatan patung suatu ketika dahulu. Apa
maksud R.?" tanya Han.
"R. Bermaksud 'Remake'. Dulu juga banyak patung yang rosak ditinggalkan
di sini, jika membuangnya, akan menyebabkan kerugiaan, jadi
patung-patung tersebut dibuat semula dengan menggunakan patung yang lama"
"Emm.. Siapa nenek tua yang ada di bawah yang menjual patung-patung tu?"
"Dia adalah nenek saya".

Keadaan menjadi senyap seketika. Han meminum air yang diberi oleh Rin tadi.
"Jadi apa yang kamu nak beritahu?" tanya Han.
"Saya ada cakap yang "ada sesuatu yang perlu kita selesaikan di lorong
itu". Sesuatu itu adalah pertolongan" kata Rin
"Pertolongan?" tanya Han.
"Ya. Pertolongan" jawab Rin.
"Pertolongan apa?" tanya Han.
"Saya tidak tahu, tapi saya dapat rasakan ada sesuatu yang sedang
menunggu pertolongan" kata Rin.
"Bagaimana kamu dapat rasakan?"
"Apabila saya memejamkan mata. Saya terlihat sesuatu yang akan terjadi,
tetapi tidak selalu, jarang-jarang saja" kata Rin.
"Tapi kenapa kamu boleh berbuat begitu?" tanya Han.
"Saya tidak tahu, mungkin ada sesuatu yang cuba beritahu saya dan ingin
disampaikan kepada orang lain" kata Rin.
"Jadi jika kita ke lorong itu, adakah kita akan dapat dapat tahu siapa
'Orang Tambahan' yang kita cari selama ini?" tanya Han.
"Saya tidak tahu" jawab Rin.
"Tapi mungkin juga" tambah Rin.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Rin dan Han.
"Rin kamu sudah balik dari sekolah?" tanya ibu saudara Rin iaitu Liana.
"Ya!" balas Rin sambil membuka pintu.
"Kakak, ini kawan saya, Han" kata Rin yang memperkenalkan Han.
"Han, ini ibu saudara saya, Liana"
"Salam perkenalan" kata Han dengan sopan.
"Oh.. Ya.. Salam perkenalan" kata Liana.
"Baiklah kami turun dulu" kata Rin dan terus turun diikuti dengan Han.
Setelah keluar dari kedai,
"Kenapa kita keluar?" tanya Han.
"Dia tidak boleh tahu tentang lorong itu" kata Rin.

Mereka berdua berjalan-jalan di tepi sungai. Permandangan di situ sangat
cantik dengan bunga-bungaan yang tumbuh dengan mekar dan diselubungi
dengan suasana petang.
"Nak ambil ni" kata Rin sambil memberikan sesuatu kepada Han.
"Apa ni, nombor telefon?" tanya Han.
"Ya. Jika kamu ada apa-apa yang perlu untuk di tanya kepada saya,
telefon saja" kata Rin.
"Ya" balas Han.
"Baiklah saya balik dulu, jumpa lagi esok" kata Rin dan terus pulang.
"Ya jumpa lagi esok" balas Han.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience