BAB 23

Romance Completed 2294

“Sudah Noriah, jangan diingat lagi. Kedua-dua lelaki yang menyerang you sudah kami tangkap. Mereka mengaku yang mereka telah disuruh oleh Haidid . Mereka akan didakwa…You are safe now Noriah…rest ok?” jelas Wan Daim

“Ye Nori , betul tu….sebenarnya Haidid menaruh dendam terhadap engkau, dia telah menyuruh kawan-kawannya serang kau, mujur kau selamat Nori . Dan….dan aku nak mintak maaf kat kau Nori . Aku rasa aku yang bersalah. Kalau kau ikut aku malam tu mungkin perkara ni tak akan berlaku,” sambung Carmen dengan nada kesal.”

“Hmm aku tak ada apa, cuma luka sikit je. Dan Encik Wan Daim saya pun nak minta maaf juga kerana tak dapat hadir malam tu.”

Carmen beredar dari situ tinggalkan aku dengan Wan Daim . “Pertemuan I dengan Carmen malam tu begitu bermakna sekali dalam hidup I,” Wan Daim tiba-tiba je bersuara.

“Dalam pertemuan itu, I telah dapat mengenali diri you dengan lebih mendalam lagi, banyak yangI dapat tahu dari Carmen . I dah tahu semuanya Noriah. You tak perlu nak jelaskan apa-apa lagi pada I. In fact, I have always admire your courage from the first day I met you. Dan I ingin menjadi teman you Noriah, I ingin menemani you mengharungi hidup ini. Bagi I paras rupa bentuk badan tidak menjadi persoalan, yang pentingnya hati. I want to spend the rest of my life with someone with a big heart and I have found all that in you Noriah. Sudikah you menjadi teman hidup I?”

Pengakuan Wan Daim membuat jiwa ku cair. Aku begitu terharu. Air mata gagah
mula membasahi pipiku. Barulah sekarang ada manusia yang faham, yang ambil berat dan menyayangiku. Seakan-akan dalam mimpi, aku sama sekali tidak menyangka.

“Dan…I tahu youlah Putri Comel…Carmen yang bagi tau. You selalu chat malam malam dengan Hensem Guy…..dan I lah sebenarnya Hensem Guy.”

“Whatt????…errrrr……” aku tak tahu apa nak cakap.

“Sudahlah Noriah, you don’t have to say anything. Just say that you are willing to accept me.”

Air mata terus mencurah-curah keluar, aku menangis bukan kerana sedih, tapi, tangisan gembira hingga sebak dada ini.

“Heyyy Nori !…ngapa nangis ni? heheh…” Carmen tiba-tiba je masuk.

“Eh ni ada kawan-kawan kita nak tengok kau, tadi semua nak masuk tapi nurse kat luar tu tak kasi,” Kak Ros, Maimon, Siti, Azah dan Shanti datang menemui aku.

Mereka membawa sejambak bunga dan buah tangan yang lain. Aku gembira melihat kawan-kawan ku semua. Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang paling bermakna dalam hidupku. Aku rasa yang aku ni bukan Nori Gagah lagi…namaku Noriah…dilema menjadi Nori Gagah sudah kukuburkan buat selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience