BAB 21

Humor Completed 78146

NASIB Adam masih ingat lagi jalan untuk ke rumah Aisyah sewaktu mereka bernikah dahulu.Harap jangkaan nya tepat Aisyah ada di sana.

Adam tenang memandu keretanya.Dalam fikiran hanya terbayangkan Aisyah.Bila jumpa Aisyah dia nak peluk Aisyah ketat-ketat.Dia nak cakap yang dia dah jatuh cinta dengan Aisyah.Harapannya tinggi untuk Aisyah terimanya kembali.

Sambil memandu,Adam memasang radio bagi menghilangkan kantuknya.Adam terus menguatkan suara radio bila lagu Aisyah Khumaira dimainkan.Macam tahu-tahu sahaja apa yang ada di hati Adam.Adam ikut nyanyi sama.

Mulia,indah,cantik berseri
Kulit putih,bersih,merah di pipimu
Dia Aisyah,putri Abu Bakar
Isteri Rasulullah...

Sungguh sweet Nabi mencintamu
Hingga Nabi minum di bekas bibirmu
Bila marah,Nabi kan bermanja
Mencuit hidungnya

Aisyah..
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama
Hingga hujung nyawa kau di samping Rasulullah
Aisyah...
Sungguh manis,oh,sirah kasih cintamu
Bukan persis Novel mula benci jadi rindu
Kau isteri tercinta
Ya Aisyah Khumaira......

Adam ulang menyanyi lirik yang sama beberapa kali.Tidak dapat dinafikan bait-bait lagu Aisyah Khumaira sedikit sebanyak menyamai Aisyah.

Kulit Aisyah yang putih bersih kemerahan.Malah tiada sebarang cela pun.Aisyah hanya bermekap nipis sahaja pun dah nampak cantik.Cantik yang bukan biasa-biasa.Pipi Aisyah akan bertambah merah bila Aisyah malu.Yang ini Adam paling suka tengok.

Macam mana Adam tahu.Teringat kejadian dalam lif.Adam berdiri hadapan Aisyah dan menghadap dadanya ke arah Aisyah.Waktu tu Adam perasan pipi Aisyah bertukar warna.

Dan satu lagi ketika Aisyah tidak bertudung.Walau sepantas kilat Aisyah lari ke bilik tapi Adam masih nampak pipi Aisyah yang kemerahan.Jantung Adam tak berhenti berdegup bila nampak Aisyah dalam keadaan begitu.Adam senyum lagi.

Tetapi layak kah Adam jadi macam Rasulullah.Yang penuh kelembutan melayan isteri.Yang menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang pada seorang isteri.Tidak menyakiti hati isteri.

Adam akan cuba memulihkan kembali hubungan dia dan Aisyah.Jauh di sudut hati Adam risau juga sebenarnya takut Aisyah tak akan menerimanya kembali.Kalau Adam di tempat Aisyah pun sudah tentu susah untuk terima kembali.

Tak apa Adam janji akan berusaha bersungguh.Biar dia buktikan dulu yang dia mampu menjadi seorang suami yang bertanggungjawab pada Aisyah.

Datin Mazni mengamuk sakan bila dapat tahu Adam pergi mencari Aisyah.Darjah kemarahannya pada Aisyah meningkat.Nak halang pun Adam dah pergi jauh.

"Maz sudah-sudah la mengamuk.Abang tak tahu nak cakap apa lagi dengan awak ni.Awak terlampau degil sangat.Malu lah sikit pada anak-anak."marah Dato Rais.

"Abang tak tahu betapa sakitnya hati Maz.Maz tak suka perempuan tu jadi menantu kita!"

""Abang nak tanya.Apa salah Aisyah sampai Maz benci sangat pada dia?"

Datin Mazni terdiam seketika.Memang dia benci.Muat tengok Aisyah.Sebabnya Aisyah yang bertudung tak boleh di bawa ke tengah.Tengoklah macam dia walaupun sudah berusia rambut masih lepas bebas.Adella juga begitu.Malu lah kalau nak bawa pergi majlis mak-mak datin.Lain lah macam Julia.Dah biasa bergaul dengan orang-orang ternama.Nak bawa ke hulu ke hilir pun tak ada rasa malu.Malah bangga lagi ada.

"Maz benci sebab dia bertudung.Maz tak suka.Nanti kawan-kawan Maz perli Maz.Mana nak letak muka ni."

Nak tergelak juga Dato Rais.Sebab Aisyah bertudung dia tak suka.Orang lain bersyukur kalau dapat menantu macam Aisyah.Ni lain pula isterinya.Nak menantu rambut berkarat kalah besi karat.Tergeleng kecil Dato Rais.Pening dengan sikap isterinya.

"Maz.Bertudung tu menutup aurat.Sepatutnya Maz dan Adella pun dah kena tutup kepala.Dosa Maz abang yang kena tanggung.Salah ker Adam dapat isteri macam Aisyah.Adam pun dah mengaku sayangkan Aisyah kan.Biar lah Adam hidup dengan Aisyah."

"Abang memang tak akan faham Maz.Maz kenal sangat Adam tu.Tak kan semudah itu dia nak sayangkan perempuan tu.Patutnya abang satukan Adam dengan Julia.Bukan perempuan tu!"

"Ya Allah Maz.Macam mana abang nak cakap lagi.Maz ni patutnya lebih matang dari Adam.Tapi Maz ajar Adam perkara yang bukan-bukan.Abang tak nak Maz sebut lagi pasal Julia.Dah buat hal masih lagi nak menangkan dia."

"Abang jangan nak burukkan Julia.Maz sayangkan Julia macam anak Maz sendiri.Kesalahan Julia tu sedikit saja.Adam dengan Julia barulah sepadan.Bukan perempuan kampung tu!"

Tak habis-habis dia nak menangkan Julia.Sikit salah Julia katanya.Wah Datin Mazni ni dah buta mata buta hati agaknya.Dah terang-terang Julia mengaku ada hubungan dengan orang lain sampai gugurkan kandungan pun masih nak harapkan Julia lagi.Boleh naik balik darah Dato Rais macam ni.

"Maz tak kira macam mana pun Maz nak pergi cari Julia.Maz nak pujuk dia balik dengan Adam.Abang jangan nak halang Maz.Maz yang akan satukan balik Adam dengan Julia!"

Terus Datin Mazni capai beg tangannya.Sambil berjalan hentak-hentak kaki menuju ke anak tanga mahu turun ke bawah.Dalam hati segala sumpah seranah di lemparkan pada Aisyah.

Perempuan tak tahu malu!perempuan tak sedar diri!dasar perempuan kampung!ada hati nak jadi menantu aku! Boleh berambus lah!Tak ingin aku terima kau jadi menantu aku sampai bila-bila!Siap kau kalau Adam bawa balik. Tahu lah macam mana aku nak ajar kau!baru kau kenal langit tu tinggi ker rendah!

"Maz!Maz!...jangan berani nak cari Julia lagi!Abang tak benarkan Maz keluar!"jerit Dato Rais geram.

"Argghhh! Maz tak peduli!Maz nak cari Julia jugak!"jeritnya kembali sambil berlari anak turun ke tangga.

Berdebam!!!

Dato Rais terperanjat mendengar bunyi benda jatuh.Tak sempat nak sambut.Datin Mazni jatuh tergolek-golek dari anak tangga atas hingga ke bawah.Yang dengar hanya erangan kecil yang keluar dari mulut Datin Mazni.Kepala dan mulut dah basah dengan darah.

Datin Mazni pengsan!Terus dikejarkan ke hospital.

Share this novel

rimatanti
2021-11-26 15:09:06 

best jg cerita ni.. tq Sakura Lio..


NovelPlus Premium

The best ads free experience