Bab 6

Romance Completed 13383

Bab 6

Sepanjang percutian mereka hanya sekali sahaja dia membawa isterinya pergi bersiar-siar.Selebihnya dia banyak menghabiskan masa dengan Susanti buah hatinya. Hari itu setelah bosan ditinggalkan seorang diri didalam bilik,Aliana keluar untuk bersiar-siar disekitar hotel tempat penginapan mereka. Dia memasuki sebuah kedai cenderamata untuk membeli hadiah buat teman-temannya.Sedang asyik dia membelek koleksi disitu,tiba-tiba mata terlihat sepasang kekasih yang sedang rancak membelek barang disitu. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu dan terkejut.Dia tidak menyangka suaminya sanggup membawa perempuan itu ke Paris.Sedangkan waktu itu mereka datang untuk berbulan madu. Mood untuk membeli cenderamata terpadam dek kerana melihat Lim bersama Susanti.Dia terus keluar dari kedai itu lalu pergi tepi tasik yang berhadapan dengan hotel. Dia tidak tahu sama ada perlu dia menangis atau pun hanya berdiam diri sahaja. Walau apa pun dia terpaksa menghadapi semua itu dengan tabah.Mungkin ini baru permulaan dugaan. Masih banyak dugaan yang harus dia hadapi dimasa depan. Apa pun terjadi dia tidak boleh mengundur diri atau pun menyesal dengan keputusan untuk berkahwin dengan Lim kerana dia sudah pun mengetahui yang dia akan menghadapi dugaan seperti ini.

Setelah selama satu jam,dia termenung di tepi tasik sambil melayan perasaan yang berserabut itu,dia pun pulang ke tempat penginapannya. Dia berasa takut andai Lim sudah pulang dan melihat dia tiada didalam bilik,tentu dia akan dimarahinya. “Ah.biarkan dia risau.apa aku peduli.dia berseronok dengan perempuan lain diluar, aku pula terperap dalam bilik seorang diri.”kata hati kecilnya.

Apabila dia tiba dibilik,dia dapati Lim masih belum pulang.Lega hatinya kerana dia tiba lebih awal dari suaminya. “Kemana Lim bawa Susanti pergi. Betuah sungguh kau Susanti.Aku isteri dia yang sah pun tak dibawa kemana sedangkan ini percutian bulan madu kami tetapi kau yang cuma kekasihnya dibawa kau berjalan sambil membeli-belah dan kau mendapat layanan yang sepatutnya aku yang dapat.” Aliana bermonoloq seorang diri. Tanpa dia sedari Lim telah pun duduk disebelahnya sambil tersenyum mendengar leteran isterinya. Dia tidak tahu apa yang dirungut oleh isterinya.

“Amboi,amboi …….. bercakap sorang diri nampak. Apa yang tak puas hati ni ?’’ Lim menarik muka Aliana supaya berhadapan dengannya.Dia merenung mata Aliana. Dia mendapati mata isterinya yang redup dan sedap mata memandang.Aliana yang terkejut, berpura-pura tidak ada apa-apa.Apabila Lim merenungnya begitu,dia berasa malu lalu menundukkan kepalanya.Dia hanya menggelengkan kepala. Lim seperti tidak berpuas hati

“Sejak bila isteri abang jadi bisu dan sejak bila pula jadi gila.Setahu abang,isteri abang tak bisu dan bukan orang gila bercakap sorang diri?” Aliana mendongak kepala lalu membalas pandangan Lim. Dia tidak menyangka yang Lim sanggup berkata begitu walaupun hanya gurauan saja. Memang aku gila.Aku gila pun disebabkan kau juga. Rungut Aliana didalam hati.

“Habis Liana nak cakap dengan siapa?Hanya Liana saja dalam bilik ni. Jadi Liana cakap dengan almari,katil atau apa-apa saja nak bercakap dengan Liana.” Aliana berasa puas kerana akhirnya dapat juga dia melepaskan isi hatinya. Lim ketawa bila mendengar kata-kata isterinya.Dia tahu Aliana memerlikan dirinya kerana dia kerap tinggalkan Aliana seorang diri didalam bilik. Aliana yang terasa hati dengan kelakuan suaminya itu menarik muka masam terus menolak Lim dari memeluknya.Dia berjalan menuju ke balkoni dan memandang diluar sana.Dia malas hendak melihat muka Lim yang masih belum habis ketawakan dirinya. Lim terus kearah isterinya lalu memeluk dari belakang sambil mencium pipi Aliana.

“Esok sebelum kita naik flight,kita pergi beli buah tangan untuk mereka di malaysia ye sayang?” Lim cuba memujuk Aliana. Aliana tiada pilihan lagi hanya setuju saja apa yang dirancang oleh suaminya.

“Boleh Liana tanya sikit?” Lim hanya menganggukkan kepala.

“Selama kita bercuti disini,abang pergi mana?”

Lim terkejut dengan pertanyaan dari isterinya. Dia menarik Aliana supaya memandangnya.

“Kenapa?sayang curiga dengan abang ye?Abang jumpa kawan abang yang bekerja disini.” Lim terpaksa membohongi isterinya. Tanpa pengetahuannya ,Aliana sudah tahu kemana dia pergi selama ini. Ah, sanggup abang tipu Liana. Apa salah kalau abang berterus terang.Liana takkan marah. Ngomel Aliana didalam hati.

“Kenapa ni?Tak percaya?” Aliana hanya menggelengkan kepala. Dia terus masuk kedalam untuk membersihkan dirinya. Lim merasa curiga dengan Aliana. Adakah Liana sudah tahu yang aku keluar dengan Susanti? Tapi macam mana dia boleh tahu sedangkan dia hanya terperap didalam bilik.Dia cukup kenal dengan perangai isterinya. Aliana tidak akan berjalan seorang diri ditempat asing seperti ini. Isterinya seorang yang penakut. Ah mungkin perasaannya saja.Yelah aku sentiasa tinggalkannya seorang diri. Tentu dia dapat syak sesuatu.

Keesokkannya,selesai saja sarapan,mereka terus pergi bersiar-siar dan membeli apa yang patut untuk dibawa pulang ke Malaysia. Mereka berdua sempat lagi mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan. Sedang asyik mereka berjalan sambil menikmati suasana sekeliling,tiba-tiba telefon Lim berdering.Setelah melihat diskrin tertera nama Susanti terus dia menjauh diri dari Aliana. Setelah bercakap sebentar,dia pergi semula pada Aliana.

“Ok le sayang.Jom kita ke airport. Kita ada lagi sejam setengah.” Aliana dan Lim terus menarik beg dan terus naik kedalam teksi yang telah menunggu mereka dihadapan hotel.

Setiba dibalai ketibaan,kelihatan keluarga mentuanya sedang menunggu mereka dan melambai-lambai kearah mereka. Mereka berpelukkan dan melepaskan rindu . Sesampai sahaja dirumah, mereka sentiasa diusik oleh ahli keluarga Lim. Aliana tidak mampu untuk melarikan diri dari mereka terutamanya adik bongsu Lim yang bernama Lin Ling. Kini hubungan aku dengan Lin menjadi rapat dan kadang-kala membuatkan Lim berasa cemburu dan kuatir jikalau aku terlepas cakap mengenai hubungan kami yang sebenar. Walaupun usia perkahwinan kami sudah genap hampir enam bulan tetapi layanan yang diberi oleh Lim terhadap aku tetap baik dan dia tidak pernah mengasari aku. Ini membuatkan perasaan cinta,kasih bertambah terhadap dirinya walaupun tanpa pengetahuan darinya.Segala rahsia hati ku,telah aku coretkan didalam diari ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience