BAB 20

Romance Completed 67139

             DERINGAN telefon Aiden sejak dari tadi mengejutkan lelaki itu daripada lena. Tangannya mencapai iphone miliknya yang berada di atas nightstand di sebelah katil. Telefon dilekap pada telinga.

Matanya melirik wajah Adara yang sedang nyenyak tidur. Risau lena isterinya diganggu oleh kerana panggilan telefon tersebut. Aiden menyelimutkan tubuh Adara yang jelas kesejukan dek kerana air-cond yang dipasang hingga ke paras bahu.

Aiden mengatur langkah menuju ke balkoni.  Tak nak Adara terbangun mendengar perbualan dia. Sebelah tangannya menyarungkan sehelai t-shirt yang dipakainya semalam sebelum tidur.

“What?” Lontar Aiden senada. Tak suka diganggu pada waktu pagi-pagi buta sebegini. Rambut hitamnya diraup ke belakang.

“Tuan Malik.” Balas Irsyad sepatah. Aiden diam. Tahu ada perkara yang buruk berlaku setiap kali nama bapanya itu disebut.

“Papa dah tahu?” Teka Aiden dengan tepat sekali. Dia dapat mengagak sudah perkara ini akan berlaku. Perkahwinan dia dengan Adara tak dapat disorokkan daripada pengetahuan bapanya.

“Tuan Malik nak jumpa Tuan. Dia nak jumpa Tuan dekat pejabat.” Sambung Irsyad memaklumkan Tuan Mudanya tentang hal itu. Bukan saja-saja dia menganggu Aiden pada waktu sebegini.

“Postpone semua meeting. Aku tak pergi kerja this week. Halang papa datang office tak kira guna cara apa sekalipun. I don't want to see him.” Arah Aiden tanpa ragu-ragu.

“Tapi Tuan-”

“Buat apa aku cakap, Irsyad. Anything, report immediately.” Aiden bernada tegas.

“Baik, Tuan.” Ucap Irsyad tak mahu melawan. Kedengaran suara Aiden bergumam sebagai balasan. Panggilan segera ditamatkan.

Aiden masuk ke dalam bilik semula. Sliding door ditutup tak mahu udara sejuk di luar masuk ke dalam. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

Mata mengerling jam digital di dalam telefon pintarnya. Menunjukkan sudah tepat pukul tujuh pagi. Aiden melirik pada Adara semula. Dengkuran halus yang kedengaran daripada Adara membuatkan Aiden sedikit tenang daripada berita tentang bapanya tadi.

“Adara, wake up.” Morning voice Aiden cuba mengejutkan Adara daripada lena. Tangan Aiden mengelus lembut pipi isterinya. Memujuk Adara untuk bangun daripada tidur.

“Urm...” Adara mengeliat kegelian apabila merasakan ada sesuatu yang bermain pada wajahnya. Dia memusingkan badan membelakangkan Aiden mahu menyambung lenanya yang terganggu.

Aiden menukar tempat. Selimut isterinya ditarik. Suis aircond ditutup. Tahu Adara akan bangun apabila terasa panas. Dia menepuk lembut pipi gebu Adara sekali lagi mahu mengejutkan isterinya. Penat sangat.

“Bangun, Adara. Breakfast. Kita nak balik.” Suara serak basah Aiden menerjah ke dalam gegendang telinga milik Adara. Adara mengedipkan matanya beberapa kali.

Cuba membuka kelopak mata yang terasa berat kerana rasa kantuk. Wajah tampan Aiden kini dalam pandangan. Adara bangun mengeliat meregangkan seluruh urat sendinya.

“Nak balik sekarang ke?” Tanya Adara masih terbaring. Wajahnya diangkat sedikit mahu melihat Aiden yang berdiri di sebelahnya.

“Yes.” Jawab Aiden sepatah. Dia menundukkan sedikit badan. Membetulkan rambut Adara yang menutupi separuh wajah isterinya. Adara hanya membiarkan. Masih tak sedar apa Aiden buat pada dirinya.

“Tak boleh ke balik esok?” Tanya Adara lagi. Aiden mengerutkan wajah.

“What? No, Adara. Wake up.” Balas Aiden membuatkan Adara menyembamkan wajah pada bantal. Dia nak sambung tidur sebenarnya. Bunyi pintu bilik mereka diketuk disedari oleh Aiden.

Aiden segera menuju ke pintu bilik. Tahu itu adalah room service yang ditempah olehnya untuk menyediakan sarapan dia dan Adara pada hari ini. Adara mengambil peluang itu untuk tidur semula. Hatinya bersorak gembira.

Aiden kembali bersama sedulang makanan. Matanya mengerling pada Adara yang kembali menyambung tidurnya semula. Dia meletakkan dahulu dulang makanan itu di atas meja.

“Hey, woman.” Panggil Aiden. Adara segera bangun apabila mendengar suara Aiden.

“Excuse me, aku ada nama okay?” Bidas Adara tak puas hati mendengar panggilan Aiden kepada dirinya. Woman, woman, woman.

“What's the point call your name, when I can call you my woman instead, Angel?”

“Aiden, stop.”

Adara pandang Aiden yang sedang bersahaja menghirup kopi. Otak dia masih belum berfungsi sepenuhnya nak menjawab semua perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.

“As you wish, my lady. Now, pergi mandi.” Arah Aiden. Sehelai tuala diberikan pada isterinya.

Adara menyambut huluran suaminya. Bibirnya dicebikkan tanda protes. Tangan disilangkan pada dada. Tuala tadi disangkut pada bahu.

Matanya menjeling Aiden tak puas hati apabila diarahkan sebegitu. Nak melawan itu suami dia. Jadi dia lawan pakai mata. Aiden membalas pandangan isterinya.

“Bossy.” ucap Adara perlahan apabila menyedari suaminya sudah tak memandang ke arah dia lagi. Adara mengatur langkah berat ke bilik air.

“Said that again, and I'll kiss your lips sweetheart.”

Pandangan Aiden kini jatuh pada bibir merah Adara yang sedang mencebik. Adara segera menutup mulutnya dengan kedua belah tangan.

“Tak nak!” Adara laju mengeleng kepala. Dia membuka langkah seribu ke bilik air mahu melarikan diri daripada Aiden. Bukan boleh percaya sangat suami dia.

Apa yang Aiden cakap, dia buat.

Aiden smirk. See? That's why he loves to tease Adara.

Walaupun Adara suka menjawab, berani melawan cakap Aiden tapi bila Aiden mengusik dia dengan perkara sebegitu serta merta isterinya menjadi malu.

Like a kitten.
His sweet little kitten.

        
.

      ADARA memeluk tubuh Nek Kalsum dengan erat seolah sudah tak dapat berjumpa lagi. Nek Kalsum menggosok belakang badan cucunya. Dia tersenyum lebar.

“Ara sayang nenek. Terima kasih jaga Ara. Ara janji datang lawat nenek selalu. Nanti rindu.” Rengek Adara tak nak berpisah dengan Nek Kalsum yang sudah membesarkannya sejak dari kecil selepas kematian ibu bapanya.

“Nenek tinggal dengan Ara dengan Aiden tak boleh ke? Rumah Aiden besar. Aiden tak kisah pun. Dia tak marah.” Cadang Adara mahu Nek Kalsum tinggal bersama dia dengan Aiden.

“Dah 20 tahun tinggal dengan nenek. Tak puas lagi ke? Nenek pun sayang Ara. Dengar cakap Aiden. Jaga diri elok-elok dah jadi isteri orang ni. Faham?” Pesan Nek Kalsum meleraikan pelukan. Adara mengangguk faham.

Dia memandang Aiden yang bersembang dengan Irsyad datang ke arah mereka berdua. Adara beralih kepada Adila pula. Memberi peluang kepada suaminya bersalaman dengan Nek Kalsum.

“Ara... Aku tak percaya kau dah kahwin. Nanti siapa nak bersembang dengan aku dah? Siapa aku nak ajak gosip sekaki hah? Kesian aku single sorang-sorang.” Rungut Dila memeluk tubuh kecil Adara. Tak cukup nafas Adara dibuatnya.

“Aku ni bukan nak matilah, Dila. Boleh je jumpa lagi sembang apa semua. Cuma aku dah kahwin, jadi isteri orang. Tak payah nak meroyan macam bini mati laki. Laki pun tak ada.” Perli Adara. Tak lalu nak melayan loyar buruk si Adila ni hah.

Makin melayan, makin menjadi-jadi minah sorang ni. Adila tersengih tak tahu malu. Ada dia kisah apa orang kata? Asalkan hidup dia bahagia sudah.

“Amboi, mulut kau. Lain macam eh pedas dia hari ni. Kau tolong kirim salam dekat abang sana tu boleh? Yang tu.”

Adila memuncungkan mulut pada arah Irsyad berada. Sempat matanya dikenyitkan kepada Irsyad. Namun langsung tak diendahkan oleh lelaki itu. Oh jual mahal ya?

Adara menepuk lengan Adila. Mata dijegilkan sebagai amaran. Mula dah ulat bulu naik daun.  Sampai Adara yang terasa gatalnya sekarang.

“Kau jangan nak merepek, Dila. Jangan buat malu aku. Aku pergi dulu. Jaga diri dengan nenek untuk aku. Aku call, angkat. Faham.” Pesan Adara memeluk Adila sekali lagi. Adila mengangguk saja.

Adara memboloskan diri ke dalam kereta. Cermin kereta diturunkan. Senyuman lebar terukir di wajahnya sambil tangannya melambaikan tangan pada Adila dan Nek Kalsum. Aiden memerhatikan Adara dalam diam.

“Seatbelt.” Tegur Aiden. Adara menoleh ke arah suaminya di sebelah. Melihat Aiden yang mengenakan sehelai t-shirt Polo hitam berlengan pendek bersama sepasang seluar jeans yang senada dengan bajunya untuk hari ini. Berbeza dengan pakaian kerja Aiden yang mengenakan sut sepanjang masa.

Adara segera memakai tali pinggang. Aiden menekan pedal minyak. Memandu dengan senyap. Adara melemparkan pandangan ke luar.

“Aiden.” Panggil Adara teringat sesuatu. Aiden bergumam sebagai balasan. Dia memusingkan stereng kereta dengan sebelah tangan.

“Parents kau mana? Kenapa dia tak datang wedding kita?” Tanya Adara ingin tahu. Setahu dia, dia tak pernah lagi berjumpa dengan mana-mana ahli keluarga Aiden.

“Mama dekat Itali. Ada business dekat sana. Dia tak boleh datang.” Jawab Aiden bernada biasa. Adara mengangguk kecil tanda faham. Patutlah.

“Ayah kau? Dengan mama dekat Itali ke?” Sambung Adara lagi. Serta-merta, wajah Aiden bertukar riak tegang. Dia mengetatkan pegangan pada stereng kereta.

“My parents divorced, Adara.” Berat nada Aiden kali ini. Membuatkan Adara rasa serba salah menanyakan perkara itu.

“Sorry.” Perlahan saja suara Adara. Aiden  mengerling ke arah isterinya. Risau sekiranya Adara menangis atau apa.

“Bukan salah kau. Don't say sorry for something you don't do. Aku okay. I get everything I wanted in this life. Including you.”

Aiden menarik tangan Adara. Diletakkan di atas ribanya. Tak mahu isu bapanya dibangkitkan membuatkan Adara masih terasa serba salah. Sebelah tangannya masih mengawal stereng kereta.

Adara menilik sisi wajah Aiden. Matanya turun semula pada tangannya yang berada di atas riba suaminya. Dia tersentuh dengan kata-kata Aiden tadi yang menghilangkan rasa bersalahnya serta-merta.

“Unfortunately, you can't have my love nor my trust.” Usik Adara sengaja. Dia menarik semula tangannya daripada atas riba Aiden.

“Who said I want your love? I just want you.”

Tangan Adara diambil semula. Aiden mengusap belakang tangan Adara. Cincin perkahwinan mereka yang terletak elok pada jari Adara dikerling sekilas.

“Once mine, forever be mine.”

Tertulis sebaris perkataan itu yang diukir pada cincin perkahwinan milik Adara. Khas untuk Adara memakainya sepanjang perkahwinan mereka.

“I never be yours. Kita cuma kahwin kontrak, Aiden.” Adara cuba mengingatkan Aiden semula. Entah kenapa sejak mereka berdua berkahwin, lain betul layanan Aiden kepada dia.

”Then, should I make you mine forever tonight?”

“Aiden!” Jerit Adara menahan malu. Tangannya yang berada di atas riba Aiden bergerak naik mencubit lengan suaminya. Lain yang dikata, lain pulak yang jadi.

“Until the contract ends, you're mine.”

.

         RUMAH agam milik Aiden muncul dalam pandangan. Aiden memberhentikan kereta pada tempat parkir khas di pekarangan rumahnya.

“Masuk dulu. Aku nak keluar jumpa Dayyan. Ada benda nak kena settle. Apa-apa, call aku. Irsyad ada.”

Adara mengangguk kecil. Dia membuka pintu kereta, memboloskan diri keluar dari perut kereta milik suaminya. Aiden segera memandu  laju selepas memastikan Adara sudah masuk ke dalam rumah.

“Cik Muda, nak saya tolong apa-apa ke?” Tanya Irsyad yang berada di situ. Adara mengeleng tanda semuanya baik-baik saja. Dia melemparkan senyuman kepada Irsyad.

“Panggil je Ara. Tak selesalah Cik Muda bagai ni. Kalau Aiden marah, cakap saya yang suruh.” Irsyad tersenyum kekok. Kepalanya sudah membayangkan wajah dingin Tuan Mudanya.

“Saya minta maaf, Cik Muda. Saya tak boleh buat macam tu. Tuan Muda Aiden tak suka.” Sopan saja Irsyad menerangkan. Adara mengangguk faham.

Garang sangat Aiden agaknya. Sampai di belakang Aiden pun, Irsyad masih mendengar arahan suaminya itu. Harapnya dia takkan melihat sisi garang Aiden dalam masa yang terdekat ni. Seram!

“Kalau awak pun dah kata macam tu, saya nak buat macam mana kan? Tapi boleh tak saya nak tanya something pasal Aiden?” Tanya Adara cuba mengorek rahsia suaminya.

Irsyad mengerutkan wajah mendengar soalan daripada Adara. Tahu niat isteri Tuan Mudanya baik cuma dia risau sekiranya Aiden mengamuk kalau dia terlepas cakap perkara yang tak sepatutnya.

“Maksud Cik Muda?” Soal Irsyad kembali. Adara menahan senyuman apabila Irsyad tidak mengabaikan soalannya kali ini. Ada peluang!

“Parents Aiden dah lama bercerai ke? Awak tahu tak sebab apa?” Tanya Adara dengan penuh rasa ingin tahu. Tak adil sekiranya Aiden sahaja yang mengetahui semua perkara tentang dirinya sedangkan dia langsung tak tahu apa-apa tentang Aiden.

“Tentang tu... Maafkan saya ya Adara. Maksud saya, Cik Muda. Saya ada kerja. Kalau Cik Muda nak apa-apa, saya ada dekat bawah.” Irsyad berlalu pergi dari situ dengan segera. Mahu mengelak daripada menjawab soalan Adara.

“Eh, Irsyad...” Panggil Adara mahu menahan pengawal peribadi suaminya itu. Tetapi Irsyad sudah hilang dari pandangan. Adara melepaskan keluhan kecil. Nampaknya dia kena tanya sendirilah pada Aiden nanti.

Adara mengatur langkah ke bilik tidurnya bersama Aiden. Sekali sekala matanya mengerling ke arah dekorasi mewah rumah agam milik suaminya. Lagipun ini bukan kali pertama dia masuk ke dalam rumah Aiden.

Dia tiba di salah satu bilik yang merupakan master bedroom rumah tersebut. Dia hanya beranggapan itulah bilik Aiden apabila melihat beberapa barang milik suaminya berada di dalam bilik tersebut.

Adara menghempaskan tubuh pada katil King yang terasa empuk. Siling yang bercorak-corak berwarna emas dipandang menjadi tatapan matanya. Tangannya kanannya diangkat. Serta-merta, pandangannya jatuh pada cincin perkahwinan miliknya bersama Aiden.

“Unfortunately, you can't ever have my love nor my trust.”

Kata-katanya sendiri muncul di dalam fikiran. Walaupun niatnya hanya mahu bergurau apabila mengungkapkan kata itu, tetapi sekarang dia merasakan bahwa itulah yang dirasakan olehnya.

Dia tak tahu kalau dia boleh cintakan Aiden selepas apa yang Iqbal dah buat pada dia. Apatah lagi kepercayaan yang ditaruhkan kepada Iqbal sebelum ini hancur begitu saja.

“I never be yours.”

Susah dia mahu menjadi milik Aiden apabila mengetahui hubungan mereka tak akan kekal lama. Hati dia tak tahu siapa pemiliknya. Sama ada masih Iqbal. Atau kini Aiden?

“Nonsense.” ucap Adara sudah mahu berputus asa memikirkan tentang soal hati dan perasaan. Dia tak nak dikecewakan lagi.

Tak ada jaminan bahawa Aiden takkkan meninggalkan dia satu hari nanti hanya sebab mahu jaga keselamatan dia seperti apa yang Iqbal buat.

“Tapi Aiden bukan Iqbal.”

Akhirnya, Adara mengambil keputusan untuk membersihkan diri. Mahu meringankan beban otaknya daripada segala perkara yang memenuhi kepalanya.

.

              “NAK masak apa eh?” Gumam Adara sendiri. Rambutnya yang basah selepas mandi dibiarkan lepas. Matanya ralit mencari bahan masakan mahu dimasak untuk makan malam.

Suaminya pula entah bila nak balik pun tak tahu. Dari tadi tak balik-balik. Adara mencekak pinggang. Nak call ke tak nak?

Lantaklah. Nanti baliklah tu. Nasi ditanak terlebih dahulu. Apa pun nasi yang paling utama. Bukan nama orang melayu kalau tak makan nasi.

Adara membuka kabinet dapur satu persatu. Terjengket-jengket dia dibuatnya kerana kabinet dapur yang terlebih tinggi daripada ketinggian dia. Tahulah Aiden tu tinggi.

“Ha, itupun kau.” Adara tersenyum sendiri apabila menemui cooking pan yang ingin digunakan untuk dimasak nanti. Tangannya terkapai-kapai cuba mencapai hujung handle pan tersebut.

“Sinilah. Apa yang jauh sangat. Dasar pendek.” Kutuk Adara pada handle cooking pan yang terlalu pendek untuk dia capai. Naik lenguh dah tangan dia.

Adara menyingsingkan kedua-dua lengan bajunya. Mahu memanjat naik terus kabinet itu. Tetapi satu suara garau menghentikan niatnya.

“What are you thinking you're doing right now, Adara? Need my help, shortie?”

Tegur Aiden yang sedang bersandar pada pintu. Terpamer signature smile tersungging di bibir suaminya. Adara memincingkan mata ke arah Aiden.

“Diamlah. Mana ada. ” Bidas Adara menafikan kata-kata Aiden yang kata dia pendek. Mana ada dia pendek!

Mata Adara turun pula tubuh suaminya yang kelihatan berpeluh-peluh. Sehingga melekap baju yang dipakai suaminya pada tubuh badan. 

Adara menelan air liur apabila ternampak lekuk lekuk otot milik Aiden pada bahagian abdomen milik suaminya itu. Belum tambah lagi, otot lengan Aiden yang bergerak-gerak apabila Aiden menggunakan tangannya.

“Take picture angel, it last longer.”

Sekali lagi, Aiden menegur tindakan isterinya yang memerhatikan dia macam nak makan. Dia berjalan melepasi Adara. Mahu mengambil cooking pan untuk isterinya.

Adara merampas cooking pan itu daripada tangan Aiden. Dalam hatinya mengucap panjang apabila menyedari tindakannya sebentar tadi.

Astagfirullahalazim!

Tapi tak salah kan?  Aiden suami dia bukan orang lain.

No, Adara... No!

“Ish, sibuk duduk sini kenapa? Pergi mandi. Orang nak masak. Peluh-peluh ni pergi mana tadi?”

Bebel Adara cuba menutup malunya. Aiden mengambil sebiji bual epal untuk dimakan. Mulut Adara yang sedang membebel diperhati penuh minat.

“Gim. Workout.” Balas Aiden sepatah-sepatah menjawab soalan Adara. Adara menghidupkan gas mahu mula memasak. Mulut bergerak, tangannya turut bergerak sekali. Aiden menghentikan tindakan Adara serta-merta.

“Duduk sana. Biar aku masak.” Tahan Aiden memegang tangan Adara. Adara mengeleng tanda membantah. Itu tugas dia sebagai isteri. Bukan Aiden.

“Jangan nak mengada. Tengah lapar ni.” Adara menjengket cuba mengambil cooking pan yang Aiden pegang dengan tinggi ke udara dengan sengaja.

“I don't care.”

Aiden menolak tubuh isterinya duduk di ruang makan. Adara tayang muka tak puas hati. Riak muka dimasamkan. Perut dia sudah berbunyi minta diisi.

Aiden kembali ke dapur. Tangannya mengambil sebungkus roti Gardenia. Jem peanut butter turut diambil. Dia menyapu jem itu pada dua keping roti yang dikeluarkan.

Lalu, dia datang semula pada Adara yang masih setia menunggu dari tadi. Adara menjeling Aiden.

“Nganga. Buka mulut.” Arah Aiden tiba-tiba. Adara mengerutkan dahi.

“Hah?” Tak semena-mena, mulutnya disuap roti yang dibawa oleh suaminya tadi tanpa amaran. Adara mengunyah perlahan walaupun masih terkejut.

Bibirnya yang comot dilap oleh Aiden.

“Good girl. Makan diam-diam. Tunggu aku mandi dulu.”

Arah Aiden lagi. Kepala isterinya diusap lembut. Ganjaran kepada isterinya yang patuh pada arahan.

Adara lantas memegang tangan suaminya. Aiden mengangkat kening terhadap tindakan tiba-tiba Adara

“Tapi nanti kau lapar.” Ucap Adara, merisaukan Aiden yang baru pulang daripada bersenam di gim. Dia mengambil satu lagi gigitan pada roti yang disediakan oleh suaminya.

Tanpa dia sangka, Aiden turut melakukan perkara yang sama. Membulat mata Adara apabila menyedari kedudukan Aiden yang terlalu dekat dengan wajahnya apabila Aiden mengigit roti yang sedang dimakan olehnya.

Aiden mencuit hidung Adara sebelum berlalu pergi. Seolah tiada apa yang berlaku. Jantung Adara yang berdebar-debar bagai nak tercabut ditepuk lembut cuba menenangkan diri.

Gila!

“Dont worry about me, kitten. I'm not hungry anymore.”

Updated ! Happy reading <3 Stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience