Setelah beberapa bulan berpisah dengan anak menantu, Darmawati sudah terasa bahang saat merindui mereka.
Secawan kopi diletakkan di atas meja. Punggung dihenyakkan sebelah suaminya.
"Abang, saya ingatkan nak datang rumah budak-budak tulah." Darmawati menyuarakan hasratnya.
"Laaa, nak buat apa? Janganlah kacau diorang laki bini tu."
"Saya ni tak lepas rindu lagi, rindu sangat dekat diorang tu. Lama diorang tak balik rumah kita kan."
"Hmm sebab saya pernah cakap dengan awak dulu, tak payah minta izin dekat saya sebab awak tu bukan nak dengar cakap saya pun kan. Saya cakap macam mana sekalipun, tetap nak ikut kata awak kan?" Hazrul mengangkat keningnya.
"Yalah, saya minta izin ni. Kalau boleh saya naklah pergi dengan abang. Saya nak ajak abang sama-sama jenguk anak menantu kita tu. Kita pun tak pernah lagi pergi rumah Amanda tu."
"Yalah Wati, bila awak nak pergi?"
"Saya rancang hujung minggu ni. Okey tak? Abang bawalah saya."
"Boleh pergi sendiri nak susahkan kita juga." rungut Hazrul perlahan.
Namun dapat didengari Darmawati. Terus diketil paha suaminya. Geram.
"Ouch! Awak... sakitnya."
"Padan muka."
Hazrul tergelak kecil dan menggeleng.
"Dah bagitau Darris belum? Nanti buatnya budak berdua tu tak ada rumah nanti."
"Alaaa kita datang terjah ofis diorang. Buat surprise."
"Yalah awak nak buat kejutan. Abang takut nanti awak yang terkejut balik." wajah isterinya dipandang dengan ekor mata.
"Abang ni. Cakaplah elok-elok sikit."
"Ikut awak lah Wati oi." balas Hazrul.
Lagipun orang perempuan punya cakap tak boleh bantah. Ada je yang nak dibahaskan nanti.
"Saya pergi dapur dululah nak ambil biskut. Abang nak tak?"
"Boleh juga."
-
"Betulkan sikit baju abang tu." tegur Darmawati. Matanya jatuh ke butang baju Hazrul yang terbuka.
"Tak perasan pula."
"Abang tu memang."
Mereka sama-sama jalan masuk ke dalam bangunan gah itu.
Butang lif ditekan. Ketika Darmawati ingin melangkah masuk, matanya terpandangkan satu wajah yang dikenali. Kakinya terpaku di situ
"A-Amanda? "
Amanda mengangkat wajah mencari orang yang menyebut namanya. Bagai hendak terkeluar jantungnya saat dia bertemu empat mata dengan mertuanya.
"M-mama? Mama buat apa dekat sini?" pucat lesi wajah Amanda dengan pertemuan ini.
"Amanda ke ni? Menantu mama?"
Mana tidaknya, Darmawati memang terkejut dengan penampilan menantunya. Seorang wanita yang tidak memakai tudung dan berbaju seperti tidak cukup kain.
Mengucap panjang Darmawati apabila wanita di hadapannya mengangguk mengakui bahawa dia adalah menantunya. Dadanya dipegang. Menggigil tubuhnya.
Ya Allah, Ayra. Kenapa berubah sangat Ayra sekarang ni berbanding yang dulu?
"Kenapa Amanda pakai macam ni? Mana tudung semua hilang?"
"Mama... err... mama dah lama sampai ke sini? Darris... err... abang tau tak mama datang sini?"
Tersekat-sekat suaranya. Habislah semuanya sudah diketahui oleh ibu mentuanya.
Namun, apa dia kisah? Biar mereka tahu siapa Amanda yang sebenar berbanding Nuhayra yang mereka kenali dulu.
"Mama tanya kenapa Amanda pakai macam ni?"
"Mama, ni ofis kut. Jom kita masuk bilik abang."
"Astaghfirullahalazim... Kenapa Amanda berubah ni?"
Menggeleng Darmawati melihat menantunya. Langsung tiada rasa bersalah berpakaian seksi begitu. Mana maruahnya sebagai seorang muslimah?
"Abang... Abang tengoklah menantu awak ni. Sakit dada saya."
Wajah suaminya dipandang. Hazrul sendiri terkejut dan kesal dengan apa yang dilihatnya.
"Sabar, Wati. Awak tu nanti jatuh sakit pula. Darris mana, Manda?" soal Hazrul.
"Dia dekat dalam bilik dia. Kat atas." giginya diketap.
"Papa nak jumpa kamu berdua. Di rumah." tegas suara Hazrul.
Amanda mengeluh perlahan. Semuanya sudah terbongkar dan dia rasa lega walaupun ada rasa bersalah. Selepas ini dia tidak perlu berpura-pura lagi.
"Sekarang!"
segalanya akan terlerai
Share this novel