Series
                        
4680
                    Bum !
   Pintu bilik dihempas kuat . Nasib baik Emelya tak ada dekat dalam bilik ni , kalau tak memang berkulat telinga ni dengar bebelan dia yang tak ada koma atau noktah tu . Sekali lafaz saja bebelan dia . 
   Aku pun hairan macam mana dia boleh tahan nafas dia bila membebel . Lepas tu kan , cara dia marah macam tengah rap saja bunyinya . Laju betul . 
   Emelyn melangkah ke arah bilik air . Sekali lagi pintu dihempas kuat .
   Huih . Semua pintu jadi sasaran kemarahan . Kesian kau pintu . Maafkan daku huhu .
   Aku pelik . Asal emosi sangat aku hari ni ? Cleo marah aku buat aku emosi . Cleo berlembut dengan aku pun buat aku emosi . 
   Dan yang paling buat aku emosi tahap tak boleh tahan punya , bila tengok Alyaa dekat dengan Cleo . Arghh ! Stress aku ! 
   Emelyn berdiri betul-betul di hadapan cermin , benda pertama yang dilihatnya adalah dagunya . Luka.. 
   Hah yang ni lagi lah buat aku emosi ! Punyalah susah aku jaga kulit aku , senang senang saja dia lukakan ! 
   Darah yang sudah beku didagu di lap kasar . Aku tak tau lah apa yang nak jadi dengan aku sekarang ni .
   Dah tau sakit , masih juga nak lap kuat-kuat .
   Keluhan berat dilepaskan . Wajahnya diraup perlahan . Sabar.. 
   Kalau marah sangat nanti ada yang jadi pontianak harum sundal malam dekat sini .
    Emelyn melangkah keluar lalu menuju ke arah balkoni . Disini sajalah satu-satunya harapan untuk menenangkan diri .
    Angin malam yang meniup wajah itu dapat menghilangkan segala tekanan yang bertimbun di akal fikirannya . 
“ Malam yang sunyi tanpa sebarang bunyi sentiasa menenangkan hatiku . Ditambah lagi dengan angin semula jadi yang meniup perlahan wajah ini . ” kata Emelyn perlahan .
    Cewah . Buat ayat pula aku ni hehe . Ini lah yang aku selalu buat masa aku bosan . Buat ayat yang tak masuk akal .
    Tapi tak apa , dah jadi habit kan . Okay meh kita sambung . 
“ Dan masa itulah aku terfikir.. ” kata Emelyn sambil memejamkan matanya . Menghayati gitu ahak .
“ Kau buat apa tu ? ” soal seorang lelaki yang sudah berdiri di sebelah Emelyn .
“ Kau cintakan aku tak ? ” sambung Emelyn serentak memandang sebelahnya .
    Bulat matanya apabila melihat Cleo yang turut tergamam dengan kata-kata itu .
    Erk ! Sejak bila kau masuk ni ? Aku tak sedar pun ! 
    Suasana menjadi sepi . Jantung berdegup dengan kencang . Cleo menatap dalam mata gadis itu . Begitu juga dengan Emelyn . 
“ Erh . A.. awak jangan salah faham . Saya bercakap seorang diri tadi . Saya tak perasan yang awak tengah berdiri dekat sebelah saya . ” terang Emelyn dengan laju . Yalah , takut nanti dia salah faham . Dia pun satu ! Masuk tak ketuk pintu !
Lama Cleo memandang wajah di hadapannya . Jantungnya juga turut berdegup laju apabila mendengar kata-kata Emelyn sebentar tadi .
“ Kau cakap dengan siapa tadi ? ” soal Cleo untuk membuang debaran di hatinya .
Lah . Kau tak dengar ke apa aku cakap tadi ? Ke kau buat masuk telinga kiri , keluar telinga kanan ?
“ Bercakap dengan angin saja . ” jawab Emelyn .
“ Dah tak ada orang lain ke sampai kau tanya angin tu cintakan kau atau tak ? ” soal Cleo pula sambil tersenyum sinis .
Amboi . Mengejek nampak . Tak apa , aku lebih rela dicintai angin tau !
“ Habis nak tanya siapa ? Awak ? ” usik Emelyn sambil tersenyum nakal .
“ Why not ? ” usik Cleo semula . Senyuman nakal dia ni lebih menyeramkan dari senyuman kejam dia tau !
Mati terus senyuman Emelyn dibuatnya . Jantung pula dah berdapdipdup dekat dalam .
“ Awak buat apa dekat sini ? ” soal Emelyn . Tukar topik lebih baik .
“ Rumah aku kan . Suka hati aku lah nak pergi mana . ” jawabnya selamba .
Hah ! Kau ingat ni bapak kau punya rumah ? Eh . Memang bapa dia punya rumah pun . Adoi . Terlupa pula sis .
“ Baik awak keluar . Takut nanti kekasih tercinta awak marah sebab masuk bilik perempuan . ” kata Emelyn . Bola matanya turut berpusing ke atas . Apasal dengan aku ni sebenarnya ?
Cleo memandang wajah Emelyn semula . Pelik . Siapa kekasih tercinta aku ni ? Lama dia memandang wajah gadis itu sebelum dia ketawa kecil lalu tersenyum nakal .
“ Cemburu ? ” soal Cleo sambil menjongketkan keningnya .
“ Saya ? Cemburu ? ” soal Emelyn sambil menunjuk dirinya sendiri lalu ketawa kecil sambil menggeleng perlahan .
“ Mungkin bukan kau yang cemburu . Tapi orang yang ada dekat dalam diri kau tu . ”
   Aku terdiam sejenak . Betul juga kan ? Mungkin Cealyn yang cemburu sampai hati aku pula yang dia gunakan untuk feel cemburu tu . 
   Tiba-tiba Cleo memegang lembut kedua pipi Emelyn . Cleo mendekatkan wajahnya . Terkebil-kebil Emelyn memandangnya .
   Dah sekarang ni kau guna watak Romeo ke ? 
“ Lyn . Walau apa pun yang terjadi , saya tetap cintakan awak . Tak ada siapa yang dapat gantikan awak di dalam hati saya . ” kata Cleo sambil tersenyum manis lalu melepaskan pipi gadis itu .
   Aku pula ? Hah dah tersenyum lebar . Kalau boleh senyum sampai ke telinga . Rasa bahagia pula hati ni . 
   Cleo yang melihat reaksi Emelyn terus menolak dahi gadis itu lalu ketawa kecil . 
“ Aku bercakap dengan Cealyn , bukan kau . Jangan nak perasan sangat . ” katanya lalu melangkah keluar dengan ketawa yang sudah pecah .
   Aku masih lagi terkaku di tempat aku berdiri . Blur kejap .
   Cealyn dalam diri aku kan ? Argh ! Kenapa aku perasan sangat ! Buat malu saja ! 
   Emelyn menepuk-nepuk dahinya sendiri . Malu yang tidak terkira . Kenapa aku pula yang rasa bahagia bila dia cakap macam tu ?
   Aku.. suka dia ke ?
••••
    Masuk saja dalam bilik , badannya terus dilambungkan ke atas katil yang empuk . 
   Senyumannya masih mekar di bibir . Tercuit hatinya melihat telatah gadis itu . Sudah lama dia tidak rasa gembira seperti ini . 
   Memang sama . Wajah sama , perangai sama , senyuman sama , semua sama . Kalau lah kau ingat aku kan bagus .
    Cleo memegang dadanya sendiri . Jantungnya masih terasa berdebar . Kenapa ni ? 
    Debaran ini juga sudah lama dia tidak rasai . Kerana semua perasaan yang dirasainya sekarang hanya untuk dia . Cealyn.. 
    Tetapi manusia itu mampu untuk mengembalikan segala perasaan yang sudah lama terpadam . 
     Kenapa ? Kerana rupa dia sama seperti Cealyn ? Entahlah , dia sendiri pun tidak mengerti . 
    Wajah tampan itu diraup perlahan .
     
     Aku suka dia ke ?
Share this novel