H6

Crime Series 45700

Buk! Buk! Buk!


Ezhar yang sedang membersihkan diri di ruang bilik mandi penjara itu, memperlahankan kelajuan pancutan air, ketika telinga menangkap bunyi sesuatu di sudut kamar mandi itu.

Buk! Buk! Buk!


Semakin lama, bunyi itu makin kuat dan sekali sekala disertakan bunyi erangan kesakitan.


Pili air, Ezhar tutup. Tuala nipisnya diambil dan dililit ke pinggang. Perlahan kakinya melangkah ke arah bunyi tersebut.


Semakin dekat semakin kuat bunyi seakan sesuatu yang mengetuk besi.


Apabila matanya melihat seorang banduan sedang menghantuk kepala ke dinding besi, terus Ezhar berlari mendapat lelaki tersebut.


"Eh! Kau ni dah kenapa?!"


Soalan Ezhar tidak lelaki itu jawab, kepalanya makin kuat dihantuk kedinding sehingga mengalir darah pekat dari sisi kepala banduan itu.


Ezhar cuba membantu, dia menarik lelaki itu sambil mulutnya meminta pertolongan dari warden penjara.


Lelaki itu pula bagaikan dirasuk, terus sahaja menghentam kepala di dinding tanpa sedikitkan riak sakit diwajahnya.


Teriakan Ezhar menyebabkan beberapa orang warden penjara berlari kearah mereka.


"Tolong! Tolong! Arrgghh! Sakit! tolong!"


Ketika ternampak warden penjara menghampiri, banduan lelaki itu tiba-tiba menjerit seolah-olah merayu untuk dilepaskan dari Ezhar.

Kaku Ezhar sebentar melihat aksi banduan lelaki itu yang berbeza dari tadi.

"Tuan! tolong tuan! Ezhar pukul saya?! Ezhar hantuk kepala saya kat dinding! tolong tuan?!"


Laju Ezhar memandang banduan yang tidak dikenali itu. Namun lelaki itu hanya menundukan kepala sambil menangis hiba.

"Kau buat apa ni Har? tak puas 5 tahun kau meringkuk dalam ni? Kau nak sambung lagi ke?"

Pak! Pak! Pak!
Buk! Buk! Buk!


Sesuai warden penjara memaki Ezhar, dia terus dipukul bertalu-talu tanpa sempat Ezhar menyatakan hal sebenar.

"Tolong tuan! bukan saya yang pukul dia tuan! Tolong tuan! saya tak salah! saya tak salah tuan!"

Ezhar terus merayu namun sikit tidak terkesan oleh warden penjara yang seramai 5 orang itu. Pukulan demi pukulan dihentam pada setiap sudut tubuh Ezhar tanpa belas.

"Tolong tuan... saya tak salah tuan... bukan saya yang pukul dia... tolong tuan... sakit tuan.. tolong..."

"Har..."

"Sakit... tolong henti kan... tolong.."

"Har!"

"Arrggh!"
Ezhar membuka mata ketika terasa dirinya digoncang kuat.
Wajah pertama yang dia lihat adalah Dafika.
Ah! maksudnya dia bermimpi tadi.
Bukan! bukan mimpi! itu semua realiti! Realiti dimana Ezhar terpaksa meringkuk 2 tahun lagi setelah dituduh memukul seorang banduan yang sebenarnya tidak dikenali sehingga sekarang.

"Awak okay Har?"

Dafika bertanya lembut, matanya menangkap renik peluh di sisi dahi Ezhar. Dia pasti lelaki itu bermimpi buruk.


Seusai mengosok pakaian sekolah anaknya tadi, telinga Dafika terdengar suara Ezhar merayu-rayu.

Segera dia keluar ke ruang tamu dan melihat lelaki itu terbaring di sofa kayu, sambil tangannya meronta-ronta seakan menepis sesuatu.


Ezhar tidak menjawab pertanyaan Dafika, wajah petaknya dilurut dengan tapak tangan berkali-kali. Entah kenapa kisah 2 tahun lalu kembali menjelma.

Melihat Ezhar yang terus mendiamkan diri, Dafika bangun menuju ke dapur untuk mengambil air.
Dan ketika dia kembali ke ruang tamu, Ezhar sudah berdiri di tepi tingkap yang terbuka sambil menyalakan hujung rokok dengan pemetik api.

"Minum air ni Har.."
Dafika menghulur segelas air masak dan disambut lelaki itu tanpa sedikit pun memandangnya.

Laju Ezhar teguk air yang diberi oleh Dafika hingga habis sebelum dia menghulurkan kembali gelas kosong kepada wanita itu yang masih berdiri disisinya.

"Awak mimpi ke Har.."

Setelah agak lama mereka berdiam, akhirnya Dafika bertanya.

"Mimpi benda yang dah jadi"

Singkat jawapan Ezhar.

"Maksud awak?"


Ezhar menghembus asap rokok yang disedutnya tadi sepuasnya sebelum menjawab soalan Dafika.
"Aku mimpi lelaki yang tuduh aku pukul dia sampai aku kena extend 2 tahun lagi dalam penjara."


Dafika pandang sayu sisi wajah Ezhar, Nyata banyak kisah duka yang cuba lelaki itu tutup dari mata orang sekeliling.

Dia tahu Ezhar tak bersalah bila dituduh memukul Malik. 5 tahun Dafika menunggu lelaki itu keluar dari penjara. Namun tika berakhirnya tarikh ikatan Ezhar, dia tiba-tiba dituduh memukul seorang banduan didalam penjara.

Kisah tu pun Dafika tahu bila Wan bercerita kepadanya. Wan pun tahu dari ayah Ezhar, Tan Sri Iskandar.

"Fika, kau kenal ke 3 ekor lelaki yang datang kedai siang tadi?"

Soal Ezhar kembali.

"Saya tak kenal sangat, cuma yang bercakap dengan awak tu, nama dia Hidayat. Budak kampung sebelah yang dua orang lagi kawan dia, saya tak kenal."

"Dah lama ke diorang datang kacau kau?"

"Tak jugak, rasanya dalam setahun ni kot."


Ezhar melurut perlahan jambang tipis didagunya, mata kembali menatap kelam malam. Rokok yang baru habis sebatang tadi ditenyeh membuang bara sebelum dicampak keluar jendela.

Jawapan dari Dafika menguatkan sangkaan Ezhar terhadap lelaki yang dia nampak bersama Hidayat siang tadi.

Teringat kisah 2 tahun lepas, ketika Ezhar yang hampir lembik dibelasah warden penjara hingga dia bertelanjang bulat apabila tuala yang dipakai tercabut dari ikatan, matanya sempat melirik banduan yang menuduh nya itu.


Ketika mata mereka bertemu, lelaki itu tersenyum joker melawan pandangannya. Maka tahu lah Ezhar, dia sedang dipergunakan sekali lagi seperti kes memukul Malik.


Mungkin kah banduan itu sama dengan kes 7 tahun yang lepas?

"Aku nak jumpa Hidayat?!"

"Hargh? nak buat apa awak jumpa dia?"
Hampir terkejut Dafika tentang kenyataan Ezhar. Takkan lah dia marahkan kes siang tadi sampai nak balas dendam kot. Bukan nya Hidayat kacau Ezhar pun, yang kena kacaunya Dafika.

"Aku nak suruh dia bawa jumpa kawan dia yang ada sama siang tadi. Aku pasti, member dia tu yang tuduh aku pukul dia masa kat penjara."


Dafika hanya memandang Ezhar yang masih berdiri memandang keluar tingkap, kedua tangannya dimasukan kedalam kocek seluar track.

Walaupun kadang kala Ezhar tampak tidak serius, namun Dafika pasti jauh disudut hati lelaki itu banyak memikirkan perkara demi masa depannya.

*****

"Mana Reen tahu abang kat sini?"
Soal Ezhar seraya menarik keluar kerusi plastik dan duduk dihadapan adiknya.

"Wan la bagi tahu, nak tunggu abang, huh! dah sebulan, langsung tak bagi khabar berita. Reen ni lah yang kelam kabut tak tahu abang pergi mana."

Bebel Ezreen sambil bibirnya tersenget-senget waktu bersuara.

Semalam tergerak hatinya untuk bertelefon Hajah Salhah. Dan syukur, bila neneknya menyatakan Ezhar tinggal dengannya. Apa lagi hari ni terus lah dia memandu ke kampung ini.

"Kecoh lah Wan tu,."

"Bagus lah Wan kecoh, Kalau tak Reen tak tahu abang tinggal dengan Wan dan bantu kat kedai makan ni."

Mata Ezreen memandang setiap ruang kedai makan milik neneknya. Tak besar mana pun. Hanya ada lebih kurang 10 biji meja. Pelanggan pun ramai.

Boleh ke dia biarkan Ezhar hidup macam ni?

"Reen datang dengan siapa ni?"

"Allah lupa Reen pasal Kak Wana."

Ujar Ezreen sambil menepuk tengah dahinya. Matanya mula menoleh kepada Harwana, wanita yang bersamanya datang kesini.

"Awak dah lupa ke siapa saya Har?"

Harwana yang dari tadi mendiamkan diri, kini bersuara. Senyuman dipamit indah ketika mata Ezhar memandang tepat kearahnya.

Ah! rindu.

"Tak silap kita satu sekolah masa kat bandar dulu kan?"
Ezhar mengetuk jari terlunjuk pada tengah dagunya, memikirkan sesuatu.

"Ye lah! Abang Har kan satu sekolah dengan Kak Wana sampai form 4, sebelum abang sambung sekolah kat kampung ni."


Jawapan Ezreen membuatkan Harwana dan Ezhar tersenyum lebar.

Masing-masing menerbak kenangan di zaman persekolahan dulu.

"Saya tak pernah lupa awak Har, awak je yang buang ingatan pada saya."


Ezhar terus senyum mendengar bicara Harwana yang lembut seperti dulu.

Antara mereka, pernah menyimpan perasaan cinta namun tak pernah diluahkan sehingga Ezhar berpindah untuk tinggal bersama Wan dan Atoknya.

"So, awak kerja apa sekarang? nampak bergaya je?"

Soal Ezhar kepada Harwana, semerta lah dia cuba ubah perbualan mereka tadi.

"Awak pun tahu cita-cita saya sejak dulu kan?"

"Mmm... Awak jadi lawyer ke?"

"Well.. you still remember Har.."

Senyum simpul Harwana, ketika tekaan Ezhar tepat padanya.

"Kak Wana juga salah seorang lawyer yang dihired oleh papa untuk uruskan syarikat kita."

Kini Ezreen pula menokok cerita, suka benar melihat Ezhar rapat dengan Harwana. Terbayang-bayang jika Harwana menjadi kakak iparnya, mesti seronok!

"Awak buat apa sekarang Har?"

Soal Harwana pula.

"Susah nak jawab soalan awak tu Wana. Kalau saya kata saya jadi loyar buruk awak percaya tak?"

"Awak ni dari dulu, suka nak bergurau."

Ujar Harwana lantas menyua gelaknya mengiringi tawa Ezhar.

"Kan saya dah kata awak tak percaya, Awak rasa banduan seperti saya layak ke dapat kerja yang bagus? Jadi loyar buruk pun dah kira beruntung."

Hujung ayat Ezhae turut disambung dengan tawa.

"Abang... Reen tak suka abang rendah diri sangat, lagipun kita orang tahu, abang tak salah. Malik tu sengaja je nak kenakan abang. Memang patut pun dia mati, tu balasan orang yang aniaya orang lain!"

"Reen.. Malik tu tetap sepupu kita tau."

Ezhar menepis kata-kata adiknya, kerana dia sendiri pun masih tak pasti, benarkan Malik sengaja mengenakannya.


Ezreen hanya mencebik ketika mendengar Ezhar masih menyebelahi Malik. Dia betul-betul marah pada sepupunya itu.

"Har... awak taknak balik ke bandar ke? Uruskan syarikat papa awak? Apa yang saya tahu Tan Sri nak luaskan lagi empayar perniagaan dia. Sudah tentu dia perlu bantuan dari anak-anak dia."

Harwana bertanya lagi, sengaja mengubah perbualan tegang dua beradik ini.

"Wana, saya ni tak pandai, SPM pun fail, macamana la nak bantu Tan Sri uruskan syarikat yang besar macam tu."

"Awak cerdik sebenarnya Har,awak lupa yang awak tu pernah jadi best student masa PMR? Sekarang masih belum terlambat kalau awak nak mula kan balik."

Harwana terus memujuk. Dia taknak Ezhar kecundang. Kali ni dia akan lakukan apa sahaja untuk membantu lelaki itu.

"Betul cakap Kak Wana tu bang, abang balik lah bandar, duduk dengan papa dan Reen. Kita sama-sama uruskan syarikat papa. Papa pun dah tua bang. Dia selalu tanya pasal keadaan abang."

Sesi memujuk diteruskan lagi oleh Ezreen. Seperti Harwana, dia lebih lagi memerlukan abangnya untuk berada disisi sentiasa.

"Buat masa ni abang selesa kat sini, bagi lah peluang abang tenang kan fikiran dulu."

Ezhar akhirnya mengalah, tak mahu cerita keluarga mereka dihebahkan kepada Harwana.

"Yelah.. Tapi jangan lama-lama duduk kat sini.. Nanti Reen dengan Kak Wana rindu abang."

"Eh. apa pulak Kak Wana?"

Laju Harwana memangkah kata-kata Ezreen. Pipinya sudah terasa bahang. Lebih-lebih lagi ketika melihat mata Ezhar menyorot kearahnya.

"Kalau abang tak pindah sekolah, mesti abang dah couple dengan Kak Wana kan?"

Sekali lagi Ezreen memancing pasangan dihadapanya. Sengaja.

"Hish! mengarut je Reen ni, tu semua kisah kecik-kecik, waktu sekolah dulu. Sekarang abang ngan Wana masing-masing dah tua la."
Terbak Ezhar, cuba menafikan ayat adiknya.

"Awak je lah yang tua, saya masih muda."

Wana berseloroh lagi menyebabkan mereka bertiga ketawa riang.


Setelah lama mereka berborak, Ezreen dan Harwana meminta diri untuk pulang.

Harwana awal-awal lagi sudah masuk kedalam kereta untuk memberi ruang kepada Ezreen berborak dengan abangnya lebih lama.

"Abang ni Handphone dan sikit duit untuk abang."

Ezreen menghulurkan sebuah telefon bimbit beserta sampul coklat yang berisi wang didalamnya kepada Ezhar namun lelaki itu tidak menyambut.

"Nak buat apa Reen bagi kat abang, abang cukup makan pakai kat sini, Tak payah lah susah."

"Apa susahnya bang, Abang kan abang kandung Reen. Duit Reen duit abang jugak.".

Sekali lagi wang dan telefon bimbit disua kepada Ezhar.

"Abang tak perlu duit banyak pun duduk kat sini. lagipun duit yang Reen masuk kat akaun abang tiap-tiap bulan masa abang kat penjara pun tak pernah abang sentuh lagi. "

"Hah? bila masa Reen masukan duit untuk abang?"

Soal Ezreen kembali sambil wajahnya berkerut seribu.

"Kalau bukan Reen masuk kan, maknanya Tan Sri la masukan?"

"Hish! apalah Tan Sri. Tan Sri. Dia tu kan papa kita. Tak boleh ke abang panggil dengan panggilan papa?"

Ezreen menampar lembut lengan abangnya yang masih keras kepala!

"Eh! betul ke papa yang masukan duit untuk abang? Berapa?"

Soal Ezreen lagi, macam tak percaya pulak papanya mahu membantu Ezhar. Sedangkan kedua mereka mempunyai ego tahap maksima!

"Last abang cek baru ni 7000."

"7000? Abang... papa takkan masuk setakat 7000 je. Paling kurang pun 70 ribu abang dapat."


Ezhar garu sisi kepalanya yang tak gatal seraya bersuara.
"Habis tu, siapa yang masukan untuk abang?"

Ezreen angkat kedua bahunya tanda tak tahu.


Siapa pulak yang baik hati, masukan duit untuk aku?

Ezhar bersoal sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience