Series
                        
4680
                    Suasana di rumah itu sangat sunyi . Tiada siapa yang tahu keberadaan rumah itu . Oleh kerana rumah itu berada jauh dari kawasan perumahan yang lain . Tambahan pula , rumah ini kelihatan usang dan sudah lama ditinggalkan .
   Disitu kelihatan seseorang yang lagi duduk di kerusi sambil meneguk air berwarna merah pekat . Bibirnya tidak lekang mengukir senyuman sinis .
   Pandangannya dihalakan ke luar tingkap . 
“ Jadi kau memang dah kembali . Dan aku tak akan berdiam diri . Aku akan bunuh kau sekali lagi dan membuatkan kau tak akan kembali lagi ! ” jeritnya lantang .
Air berwarna merah itu diteguk rakus sebelum perlahan-lahan dia ketawa dengan penuh kebencian .
“ Kau tunggu kedatangan aku.. Cealyn ! ”
••••
   Aku yang tengok syok menonton memori indah Cealyn dan Cleo ni tiba-tiba terdengar suara budak perempuan menangis . 
   Aish ! Potong jalan betul lah !
   Aku memerhati sekeliling taman itu sambil tercari-cari tuan punya suara sehinggalah bola mata aku terhenti ke arah sosok tubuh seorang budak perempuan yang lagi duduk mencangkung membelakangi aku . 
   Budak perempuan itu lagi memeluk lututnya sambil menangis teresak-esak . Eh budak ni dah kenapa ? Sesat kah ?
“ Adik ? Adik okay tak ni ? ” dengan perlahan Emelyn menyoal .
Budak perempuan itu masih seperti tadi . Menangis tanpa menghiraukan Emelyn di belakangnya .
Gulp..
   Aku nak buat apa ni ? Dah lah aura budak ni menakutkan . Serupa macam Annabelle saja aku tengok . 
   Perlahan-lahan Emelyn mendekati budak perempuan itu lalu memegang bahunya dengan lembut . 
“ Adik ? ” panggil Emelyn lagi .
   Tiba-tiba budak perempuan itu berhenti menangis . Lama suasana menjadi sepi . 
   Aku yang ada dekat sini pun seram sejuk tau dengan perangai budak ni . 
“ Sa.. saya sesat . ” kata budak perempuan itu sambil memusingkan tubuhnya .
   Aku menarik nafas lega . Tak lah takut sangat bila dia dah mula bercakap . 
   Tapi kan , budak ni buat apa jalan-jalan waktu malam ? Dekat hutan pula tu .
   Oh ya , lupa nak cakap . Taman ni sama saja kedudukan dia , dekat dalam hutan . Cuma dekat sini kurang seram lah . 
   Aku perhatikan anak matanya , sama seperti manusia . Dia Vampire , syukur . Ingatkan Demon tadi .
“ Nama adik apa ? ” soal Emelyn semula .
Sebelum memulakan misi detective conan mencari rumah budak ni , mesti kena tau nama dulu kan ?
“ Anna . ” kata budak perempuan itu sambil mengesat air matanya .
Aku terdiam seketika .
Anna ? Annabelle ?
   Emelyn menggeleng perlahan , membuang segala fikiran yang bukan-bukan di dalam minda . 
   Jangan cakap dunia ni ada Annabelle bagai . Mahu bunuh diri aku dibuatnya . 
“ Rumah Anna ada dekat sana . Tapi Anna takut nak balik rumah seorang sendiri . ” sambung Anna sambil menunjuk ke dalam hutan .
Rumah dia dalam hutan ? Serius lah ?
“ Tak apa , kakak temankan . ” kata Emelyn sambil tersenyum manis .
   Laju saja Anna menarik tangan Emelyn masuk ke dalam hutan .
   Emelyn hanya menurut namun timbul perasaan pelik di hatinya . Excited betul budak ni nak balik rumah . 
   Aku pelik . Asal jauh sangat rumah dia ni ? Dari tadi lari saja masuk dalam hutan . Tadi bukan main cakap dah nak dekat .
  Dah lah budak ni bawa aku lari masuk jauh ke dalam hutan .
“ Anna . Rumah Anna dekat mana sebenarnya ? ” soal Emelyn sambil memberhentikan lariannya . Naik semput oi .
   Anna hanya mendiamkan diri . Genggaman di tangan Emelyn dilepaskan sebelum tiba-tiba dia ketawa kecil . 
   Ahh sudah . Terasa aura menakutkan di situ . Aku nak lari , tapi dah tak larat . Kang pengsan aku tengah hutan ni macam mana ? 
“ Well , well . ” kata Anna sambil ketawa kecil .
Uik pandai kau klon kata-kata penjahat dalam cerita Sleeping Beauty tu kan . Siapa nama penjahat tu ? Maleficent ?
“ Mangsa dah masuk perangkap . ” sambungnya lagi sambil memusingkan tubuhnya untuk menghadap si mangsa .
  Serentak tubuhnya yang bersaiz kanak-kanak bertukar menjadi tubuh seorang lelaki dan matanya juga turut bertukar menjadi merah . 
  Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata ahli sihir tu .
‘ Demon pandai menyamar . ’
Damn ! Macam mana aku boleh lupa !
  Dengan kekuatan yang aku masih ada , laju saja aku membuka langkah seribu untuk meninggalkan hutan ni .
  Dan dengan tu jugalah senang senang je dia muncul depan aku balik . Wah ! Kelajuan kau memang power .
  Alien pun kalah dengan kelajuan kau . 
“ Nak pergi mana ? ” soal Demon itu sambil mencengkam dagu Emelyn dengan kuat .
Ahh dia ni tanya soalan bonus pula !
“ Aku nak pergi picnic . Nak ikut ? ” soalku pula sambil cuba melepaskan cengkamannya .
Memang menempah maut aku kali ni .
Demon itu ketawa sinis sambil menguatkan lagi cengkamannya .
“ Aku memang tengah picnic pun sekarang . Dan kau adalah makanannya ! ” jeritnya lantang .
    Perasaan takut mula menguasai diri aku sekarang ni . Cealyn mana kau ? Tolonglah kembarmu ini huhu . 
   Serentak cengkamannya terlepas apabila memandang wajah aku yang lagi menahan kesakitan .
    
    “ Cealyn.. ” katanya perlahan .
    Aku menggosok daguku yang mungkin sudah merah sekarang ni . 
    Apa dia cakap tadi ? Cealyn ? Oh Cealyn.. Kau lah penyelamat hidupku huaaaaa !
“ Bagus sangatlah kau ada dekat sini sekarang . Dapat juga aku bunuh kau , sekali gus menambahkan lagi kekuatan aku . ” katanya sambil ketawa sinis .
Jap , apa maksud kau ‘ Menambahkan lagi kekuatan aku ’ ?
“ Kita tengok siapa yang akan terbunuh di sini nanti . ” kata Emelyn perlahan sambil tersenyum kecil .
   Cealyn ! Kau kawal aku ke sekarang ni ?! Oh tidak ! Kau tau aku ni hanya manusia lemah kan ? Lain lah kalau aku ada kuasa Ultraman ! 
    Demon itu memandang tajam ke arah Emelyn . Semakin merah matanya . Tercabar sungguh dengan kata-kata Cealyn . 
    Ya dia tau Cealyn bukan lawannya . Tapi dia tidak akan melepaskan peluang ini ! Dia akan buktikan bahawa dia lah yang terkuat di dunia ini ! 
“ Baiklah . ” kata Demon itu sambil berlari laju menuju ke arah Emelyn .
   Okay , jujur aku belum bersedia dengan tindakan dia ni . Jadi aku hanya mampu berdiri tegak dengan mata terpejam dan hanya menunggu masa untuk fly away .
    Serentak.. 
“ Argh ! ”
    Kedengaran jeritan mengerang kesakitan disitu .
    Aik ? Aku berdiri tegak pun boleh buat kau kesakitan kah ?
    Terbuka luas mata aku apabila merasakan seseorang lagi memeluk aku dengan erat .
    Aku tak tau lah siapa yang peluk aku sekarang ni , sebab kepala aku melekat betul-betul di dada bidang dia . 
“ Ini hukuman kau sebab kau sentuh dia ! ” jerit lelaki itu lantang tanpa meleraikan pelukannya .
   Macam aku kenal suara ni . Demon tu pun sudah terbaring lemah di lantai .
   Emelyn meleraikan pelukannya lalu memandang wajah yang baik hati kerana menolongnya tadi . 
Emelyn terkaku . Tidak tahu apa yang harus dirasakan sekarang .
Share this novel