Bab 32:gembira dan sedih

Romance Completed 204114

Suasana di dalam wad vvip yang menempatkan Hazel sangat gamat dengan suara kegembiraan.Masing-masing berebut mahu memangku dan mencium bayi Tengku Que Iskandar dan Hazel Haufa.Walaupun suara bising di sekelilingnya,bayi kecil itu tetap tidur dengan nyenyaknya.Kulitnya yang putih merah jambu,hidung kecil yang mancung dan bibirnya yg kecil kemerahan membuatkan sesiapa sahaja geram mahu menggomolnya.Sharifah Mariah masih setia mendodoi cucu pertamanya,matanya masih basah dengan airmata kegembiraan.Tengku Benjamin Adame pula hanya tersenyum menemani isterinya.Mata masing-masing tidak lepas memandang ke arah waris lelaki mereka sepertinya tidak puas menatap anugerah yang terindah itu.

Tengku Que Iskandar masih menempel dengan isterinya.Kucupan demi kucupan singgah di wajah Hazel.Tiada kata yang mampu diungkapkan untuk mewakili rasa syukur dan terima kasihnya.Detik-detik kelahiran semalam masih segar dalam benaknya,bagaimana sakitnya Hazel menahan contraction hingga luka bahunya digigit Hazel,bukan satu kesan gigitan yang isterinya tinggalkan tetapi tiga.

"Sayang,cukup satu je baby kita ye!"

"Abang tak sanggup lagi nak tengok sayang sakit macam semalam!"

"Eh mana boleh!"....

Hazel nak empat orang anak!"

"Dua lelaki dan dua perempuan!"

"Hahhhhhh!"...

Tengku Que Iskandar tersengih nakal memandang isterinya.Kalau Hazel sudah bagi green light dia tidak akan sia-siakan peluang yang diberikan.Nampaknya dia perlu bersedia untuk bekerja lebih keras selepas habis waktu pantang
nanti untuk hasilkan tiga lagi little hazelnut mereka.

"Que jangan asyik menempel dengan Hazel!...Bahaya!!"..

Teguran Sharifah Mariah menyebabkn semua mata memandang ke arah Tengku Que Iskandar dan Hazel.Masing-masing tergelak melihat wajah merona Hazel.Que langsung tidak menghiraukan mereka malah semakin merapatkan kedudukan mereka.Bunyi tangisan si kecil memenuhi ruang,Que kelam kabut menyambut bayi mereka dari bondanya untuk di susukan oleh Hazel.Semua orang beredar keluar untuk memberi sedikit privacy kepada keluarga kecil mereka.

"Be patient baby!..Shush..Shush!!"

Tengku Que Iskandar cuba memujuk bayinya walaupun dia masih kelihatan kekok memangkunya.Tangisan semakin kuat kerana Hazel juga masih kekok ingin menyusukan bayi pertama mereka.Hazel membetulkan kedudukan anaknya dipangkuan dan mula menyelakkan bajunya dan menyuakan dadanya pada bayi mereka menyebabkan Que mengemam bibirnya.Ini pertama kali dia melihat scene ini.Hatinya seperti terasa sesuatu,rasa seperti mahu marah tetapi lebih seperti mahu merajuk. Dia sendiri tidak faham apa yang dia rasakan,cuma hatinya tidak nyaman bila perlu berkongsi miliknya.

"Auchhhh".....

Hazel merintih kesakitan bila bayinya terlalu kuat menyedut.Susunya masih kurang,jadi bayinya terlihat sedikit gelojoh mahu menyusu.Mulutnya yang kecil ternganga mencari-cari puting susu bila terlepas sedutannya.Moment itu sangat lucu pada pandangan Tengku Que Iskandar. Bila anaknya sudah tenang melekap di dada Hazel,Que duduk di sebelah isterinya.Ciuman singgah di dahi dan pipi si kecil.Que mengambil kesempatan mencium dada Hazel yang terdedah untuk melepaskan rindu.

"Abang baby tengoklah!!!"...

Merona wajah Hazel dengan sikap nakal Tengku Que Iskandar.Que hanya tergelak dan mencium dahi Hazel.Bibirnya turun mencari bibir hangat isterinya,diusap lembut hujung bibir yang membuatnya kecanduan,sebelum bibir Hazel di tindih dan dilumat dengan perlahan.Bila terasa nafas Que mula sesak,Hazel menolak sedikit badan suaminya untuk menghentikan perbuatan Tengku Que Iskandar.Que melepaskan tautan bibir dan melagakan dahinya ke dahi kecil Hazel untuk menenangkan dirinya yang sedang terbakar di dalamnya.Tengku Que Iskandar cuba mengingatkan dirinya jangan cuba mencari pasal nanti dirinya sendiri yang merana.

*************************

Tengku Isabella masuk ke bilik Hazel dan disusuli oleh Alex.Bella mendekati Hazel sebelum memangku anak saudaranya.Pipi gebu dan montel si kecil di kucup sayang.Nalurinya terasa ingin merasai moment seperti ini bersama orang yang dia cintai namun mungkin impiannya tidak mungkin tercapai.Wajahnya diangkat dan matanya bertaut dengan Mata Alex yang turut melihat ke arahnya dan lelaki itu tersenyum manis kepadanya.Tengku Isabella mendekati Alex yang duduk bersama abangnya.

"Izrael!...Awak nak cuba pegang baby?"

"Sure!....Can I hold your baby tuan!"...Alex meminta kebenaran tuannya walaupun tangannya sudah menyambut bayi comel itu.

"Of course Alex!"...

"Ambil berkat dulu,nanti giliran kau buat baby bila dah kahwin nanti".

"Nanti kirim salam dekat bakal isteri kau!...Jangan lupa jemput aku nanti majlis!"....Tengku Que Iskandar bangun meninggalkan mereka di ruang berehat sebelum dia mendekati Hazel.

"So cute of you little one!"....Alex tersenyum sambil membelai wajah gebu si kecil.Bibirnya mengucup kedua-dua pipi merah jambu bayi tuannya.Tengku Isabella memerhati penuh minat kelakuan Alex namun kata-kata Tengku Que Iskandar lebih menarik rasa ingin tahunya.

"Awak dah ada teman wanita Izrael?"

"Hmmmm....I am engaged!"....Tengku Isabella memegang dadanya.Hatinya terusik dan dan lukanya semakin parah.

"Tapi kenapa semalam awak cakap cintakan saya?"...Tengku Isabella sedikit membentak tetapi hanya perlahan takut di dengari oleh abangnya.Dia rasa seperti Alex sedang mempermainkannya.

"I do love you but it's too late for us,sweetheart !"

"I'm sorry!"...Mata Bella berkaca-kaca dan bibirnya menggigil menahan tangis.Tak mungkin dia menangis di hadapan Tengku Que Iskandar.

********************

"Siapa Mateen Darin?"

"Apa hubungan awak dengan dia Izrael?"...

"Kenapa dia masuk meminang saya tanpa pengetahuan saya malah saya tidak kenal siapa dia!"...

Bagaikan peluru berpandu soalan keluar daripada bibirnya sebaik masing-masing sudah berada di dalam perut kereta.Tengku Isabella perlukan jawapan,dia sangat keliru dengan semua kejadian yang berlaku kepadanya.

"Mateen Darin ialah adik angkat saya..Saya sempat menjadi ahli keluarga mereka sebelum arwah datuk Tuan merekrut saya sebagai pengikutnya".

"Saya hanya anak yatim piatu dan mereka yang mengutip dan memberi saya kehidupan!"

"Saya tinggalkan mereka tanpa sebarang hubungan selama bertahun-tahun untuk mengelakkan musuh menyasarkan keluarga mereka!"

"Kenapa awak sanggup mempermainkan hati saya Izrael sedangkan awak sudah ada tunang!"

"I don't know,I just love you!!...I'm sorry sweetheart!"....Tengku Isabella berang dan naik gila bila mendengar jawapan Alex yang sesuka hati memperlakukannya hingga dia terpuruk dengan perasaannya sendiri.

"Don't call me sweetheart!..You....you're the most useless man I've ever met!"....Tengku Isabella menjerit marah dan memukul-mukul sembarangan hingga tanpa sedar tangannya naik melempang kuat pipi Alex.

"I hate you Alexander Izrael Abdullah!"....Tengku Isabella mencapai handbag dan terus keluar dari perut kereta dengan tangisan yang menyesakkan dadanya.

jangan marah saya ye...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience