BAB 3

Other Completed 247

“hoiiii, kau jangan nak tipu aku, cuba jujur dengan aku,”

Izzati terus mendesak. Rizal naik rimas. Bahu di jungkit tanda tak tahu.

“huh, kau ni tak pernah serik ke? Aku nak tanya kau ni, tak pernah ke
kau rasa nak berubah?”

“mat rempit tak pernah kenal erti serik,”

Rizal masih cool.

“hurmmm, 23:115! Kau tahu tak ape tu?”

Rizal tenung Izzati dalam-dalam. Baru je bibir atas dia terbuka untuk
berbicara, Izzati sudah memotong.

“kau tak tahu kan? Tu surah Al-mukminun, maksud ayat tu macam nak cakap
yang kita diciptakan bertujuan, sampai masa kita akan kembali pada Dia.

“ Apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa
tujuan) dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada kami?” 23:115

“emmm,”

Rizal senyum sebelah pipi. Agak sinis.

“kau ni kan, tak kesian ke kat mak kau, siang malam susah..”

Belum sempat Izzati menghabiskan ayatnya, Rizal terus memotong.

“aku dah lama tak race,dah nak dekat sebulan,”

Nada suara Rizal agak perlahan, muka dia ditundukkan.

“sebab Amsyar? Sebab dia dah takde?

Muka Rizal ditundukkan. Nafas ditarik panjang-panjang dan dihembus perlahan.

“tak cukup ke contoh depan mata?” nak ke mati katak macam Amsyar tu, tak
sempat taubat.”

Izzati agak lantang, dia cuba sedaya upaya mengawal emosi.

“kita tak tahu pengakhiran seseorang, tu semua kuasa Allah,”

Rizal membalas, malas mencari gaduh. Izzati senyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience