Hari ini Iman akan pergi ke sebuah syarikat untuk menyiapkan tesisnya.
Dia sudah nekad yang dia akan pergi ke syarikat yang kini berdiri gah
di Negara ini.Iman tidak menjamah makanan yang telah disediakan oleh rakan sebiliknya malah dia terus bergegas keluar sahaja.
"Eh Iman,kau tak sarapan dulu ke ?".Jerit Amira kepada Iman yang sudah pun berada di luar rumah sedang menyarungkan kasutnya ke kaki."Tak lah,aku dah lambat ni ".Ujar Iman yang terus meninggalkan rakannya itu bersendirian di rumah."Hmm,yelah kau dah lambat..sebab semalam kau dah buat kerja gila yang orang tak pernah buat kan".Ujar Amira seorang diri dengan perangai sahabatnya itu.Amira terus mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan dan disuapkan ke dalam mulutnya.Selepas makan dia terus bersiap untuk kerumah ibu bapanya yang agak dekat dengan kawasan perumahannya.
Di F.I. Empire yang agak sibuk dengan tetamu dan juga kakitangan
syarikat tersebut.Tuan Faizal sedang meneliti fail dan dokumen-dokum
en penting di biliknya.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh seseorang dari luar."Yes,come in".Arah Tuan Faizal Kepada gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu."Ahh,Tuan..Tuan ada tetamu..saya dah cuba
halang dia..t...tapi dia taknak dengar".Luah Marina pembantu peribadi Tuan Faizal."Siapa yang nak jumpa saya ?".Soal Tuan Faizal kepada pembantunya itu.Tiba-tiba terjegul satu wajah yang amat dia kenali dan wajah itulah yang membuatkan fikirannya bercelaru semalam.
"Assalammualaikum Tuan,ingat saya lagi ?".Soal Iman seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam yang membuatkan orang dihadapannya terjerit kuat melihat kad ucapan pemberiannya itu."Eh,awak macam mana boleh masuk ke bangunan ni ? kalau ada apa-apa urusan selain kerja saya tak layan.Tolong keluar sekarang !".Marah Tuan Faizal dengan Iman,tetapi Iman hanya memberi riak wajah selamba seperti tidak takut dengan suara yang agak keras diberi oleh Tuan Faizal."Alaa,
Tuan saya cuma nak jumpa Tuan,rindulah".Terkejut Tuan Faizal dengan penyataan gadis itu.Sedangkan dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan gadis dihadapannya."Awak jangan nak buat kerja gila lagi ye,
cukuplah semalam awak dah buat saya gila...".Kata-kata Tuan Faizal mati apabila dibidas oleh Iman."Haa,gila..Tuan gila apa ?....Tuan gilakan saya ke ?Hahaha..saya tahu memang ramai gilakan saya tapi saya tak gilakan dorang saya gilakan Tuan je..Hahaha".Penyataan Iman itu membuatkan Marina yang berada di sisi majikannya itu terbutang mata dan tenganga mulutnya.Tuan Faizal tidak mampu berkata-kata dengan gadis itu lagi.Dia mengurut-urut dahinya yang terasa denyut kerana melayan gadis yang tidak waras itu."Eh,Tuan sakit kepala ke ? hmm tulah Tuan,saya suruh kahwin dengan saya Tuan taknak..kalau dah jadi bini boleh saya tolong picitkan kepala Tuan,tapi bukan setakat picit kepala..Nak picit dari atas sampai bawah pun boleh ?".Nyata Iman dengan riak wajah tidak bersalah.Marina menepuk dahinya sambil mengeleng-gelengkan kepalanya kerana tertekan dengan perangai gadis itu.
"Iman Khalida,sepanjang saya didalam karier ni belum pernah sekali pun ucapan atau hadiah yang pelik saya dapat,tapi semalam awak berjaya ubah hidup saya jadi gila..awak memang ada sesuatu kelainan Iman..saya belum pernah dapat kad ucapan yang orang ajak saya kahwin.Iman awak muda lagi masih jauh perjalanan awak,dan saya doakan awak jumpa dengan jodoh yang mampu bahagiakan awak ye Iman".Luah Tuan Faizal kepada gadis dihadapannya."Ohh,okay..so kira saya kena reject lah ni ? takpa-takpa saya akan usaha lagi untuk dapatkan Tuan ye ?".Ucap Iman bersahaja.Tuan Faizal dan Marina saling berpandangan,gadis ini terlalu berani dengannya.
~~~~~~~~~~~~~~
Selepas habis kelas bersama pelajar bidang arkeologi Hadi terus menuju ke kafe untuk membasahkan tekaknya yang sudah kering akibat terlalu banyak bersuara sepanjang sesi mengajar."Amira,tunggu kejap".Panggil Hadi yang ternampak kelibat gadis itu menuju ke suatu arah."Eh,Prof Hadi..ye kenapa Prof panggil saya ?".Soal Amira ingin tahu."Awak dari mana ? bukan ke selalu awak dengan Iman ? mana dia ?".Soal Hadi ingin tahu tentang keadaan gadis itu."Aah,harini saya sorang je..Iman ada kerja so saya datang sorang je lah..saya dari rumah mak saya..datang sini pun nak ambil barang kejap".Terang Amira."Ohh,
awak boleh bagi saya nombor Iman tak ?".Tanya Hadi meminta Izin.
"Eh,Prof nak buat apa dengan nombor Iman,ada urusan ke ? kalau ada apa-apa Prof boleh jumpa Iman dekat sini je lah kan ?".Tanya Amira yang mengesyaki sesuatu terhadap Hadi."Bukan,saya kan ada buat group tesis..tapi saya tengok nombor Iman takda..tu saya mintak sebab saya nak invite dia dalam group Whatsapp tu".Jawab Hadi yang ingin menutup curiga Amira terhadap dirinya."Ohh,okay..nanti saya bagi Prof dekat personal Whatsapp ye".Beritahu Amira.Hadi hanya tersenyum dan mengangguk kerana permintaannya diterima baik.
"Okaylah Prof saya nak cepat,pastu nak balik".Ucap Amira meminta diri."Okay,jaga diri".Ucap Hadi ringkas.Dia rasa lega kerana dia bakal dapatkan sesuatu daripada Amira tentang Iman khalida.Dia tersenyum sinis.
~~~~~~~~~~~~~~
"Ibu...oh Ibu...Ibu Hanum balik ni".Hanum memanggil Ibunya yang tidak kelihatan semenjak dia memasuki rumah itu."Haa,dah balik kamu Hanum ?".Tanya Pak Ahmad yang datang dari arah bilik baru sahaja selesai solat asar."Aah ayah,baru je sampai..Ibu mana ?".Tanya Hanum kepada ayahnya."Ibu kamu pergi rumah makcik Zaleha katanya ada barang hantaran yang belum disiapkan lagi".Jelas Pak Ahmad."Ayah..
Hanum nak cakap dengan ayah boleh ?".Hanum meminta izin ayahnya sebelum memebincangkan sesuatu perkara."Haa,kamu nak cakap apa?".Soal Pak ahmad.
"Ayah,yakin ke Hadi boleh terima Hanum jadi isteri dia ? bukan apa ayah sebab Hanum tengok sepanjang kami bertunang dia tak pernah pun tanya tentang persiapan majlis kami ni..dia pun dah lama tak balik kampung..takkan lah dia nak tunggu Majlis kami nanti baru dia nak balik ?".Soal Hanum yang rasa dia bertepuk sebelah tangan."Hishh,
kamu ni Hanum..mungkin Hadi tu terlalu sibuk dekat UTM tu..kamu kenalah faham kerja dia".Terang Pak Ahmad."Hanum bukan tak faham kerja dia ayah,tapi dia pun kenalah faham yang dia nak kahwin ni dengan nyawa bukan anak patung".Jelas Hanum yang agak keras kerana geram dengan ayahnya yang masih ingin pertahankan Hadi.Dia terus mengambil barang-barangnya dan masuk ke bilik.
Pak Ahmad termenung seketika,dia sendiri sudah berasa ragu dengan penyataan anak gadisnya itu.Hanum kini sudah dewasa dan dia mampu untuk berfikiran lebih matang daripada ayahnya.Pak Ahmad runsing dengan bakal menantunya itu.Dia sendiri perasan yang Hadi tidak mempedulikan Hanum sepanjang tempoh mereka bertunang.Dia harus memikirkan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan.
Pak Ahmad turun ke bawah rumah,dia membuka kolong yang menyimp
an banyak kenangan sewaktu dia baru menceburi badan uniform dan sehingga dia pencen.Sedang dia asyik membelek barang-barang tersebut dia terjumpa sesuatu.Dia mengambil barang tersebut dan ditenung lama barang tersebut."Ayah nanti kalau Pejal dah besar Pejal nak jadi usahawan berjaya tau".Ucapan lelaki itu terngiang-ngiang tiba-tiba.Dia menyimpan semula barang itu,supaya tiada sesuatu yang bertandang dihatinya.
~~~~~~~~~~~~~~
Tuan Faizal kini menuju pulang ke rumah,kenderaan yang dia naiki dipandu oleh pemandu peribadinya dan diikuti Marina.Tuan Faizal hanya menyepi sepanjang perjalanan sehinggalah mereka tiba di rumah agam yang besar itu.
"Selamat pulang Tuan".Ucap seorang pembantu rumah Tuan Faizal sebaik sahaja lelaki separuh abad itu melangkah masuk kedalam rumah.
"Ye,ada sesiapa yang cari saya ke Mak Biah ?".Tanya Tuan Faizal dengan wajah yang menyimpan 1001 masalah.
"Takda Tuan,cuma tadi Cik Erin ada datang..tak lama lepastu dia minta diri".Terang Mak Biah kepada Tuan Faizal.
"Hmm,yelah..saya nak rehat sekejap dekat bilik nanti waktu makan malam panggilkan saya ye Mak Biah ?".Pinta Tuan Faizal sambil melonggarkan ikatan tali lehernya.Marina yang berada di sisinya tersenyum nakal dan memaksudkan sesuatu.Dia mendapat akal untuk mengenakan majikannya yang menjadi kegilaan ramai itu.
"Takpalah Mak Biah,biarkan je lah Tuan rehat sekejap..dia nak cari akal tu nak bawak bakal menantu untuk Mak Biah".Jawab Marina sambil menyengih kepada Tuan Faizal.Tuan Faizal membalas dengan pandang
an yang kosong kepada wanita itu.
"Eh,Tuan dah ada calon ke ? tak bagi tahu Mak Biah pun..bila nak bawak balik rumah ni ? Tak elok rumah besar-besar tapi takda penghuni".Jelas Mak Biah kepada Tuan Faizal yang mengurut-urut dahinya.
"Habis rumah ni bukan dihuni oleh manusia ? ke saya sorang je manusia ?".Soal Tuan Faizal kepada wanita yang telah dianggap ibu selepas dia kehilangan seorang wanita yang amat dia sanjungi sebelum ini.
"Ehh,Mak Biah..calon Tuan ni lain macam sikit..biasa Mak Biah dengar lelaki lamar perempuan kan tapi yang ni dia terbalikkan konsep tu perempuan lamar lelaki..hihihi..dia ikut konsep Ahmad Albab lah Mak Biah".Jawab Marina diiringi ketawa besar.Tuan Faizal terus bangun dari kedudukannya dan menuju ke anak tangga untuk ke bilik tidurnya.
Sampai sahaja lelaki itu di bilik,dia menghempaskan badanya di atas tilam king yang besar dan gebu itu.Dia memandang siling bilik dengan pandangan yang kosong.Dia sendiri keliru dengan perangai Iman Khalida.Gadis itu betul-betul tunjuk perasaan suka dan cinta pada dirinya tetapi dia tidak sanggup kerana dia belum bersedia untuk jatuh cinta pada sesiapa.Patut ke dia sahut cinta gadis yang bernama Iman itu ?.
~~~~~~~~~~~~~~
Hadi telah menghabiskan waktu kerjanya.Dia kini berada di rumah sewanya.Dia sedang membancuh secawan air untuk diminum.Sedang dia sedang asyik menonton TV rakan serumahnya memberi salam.
"Assalammualaikum".Salam diberi oleh rakan serumahnya.
"Waalaikummusalam,lambat kau balik harini ?".Soal Hadi sebaik sahaja sahabatnya itu melangkah masuk kedalam rumah.
"Aah,aku siapkan projek yang nanti nak pamer tu..so alang-alang dah tak banyak..siapkan terus lah".Jawab rakannya itu."Eh,Di kau dah minta cuti ke belum ? dorang approve tak ?".Soal rakannya lagi bertalu-talu.
"Dah,lagi dua minggu aku balik lah kampung..nanti kau jangan tak datang majlis aku pulak".Ajak Hadi pada rakannya itu.
"Insyaallah,nanti kalau tak busy dengan new project aku datang,tapi aku tak janji tau ?".Jawab rakannya.Hadi hanya mengangguk dengan penyataan rakannya itu.Mereka menonton TV bersama-sama.
~~~~~~~~~~~~~~
Puan Hasnah sedang membasuh pinggan di sinki.Dia tidak sedar dengan kehadiran seseorang dibelakangnya.Hanum yang mendapat akal untuk mencucuk ibunya sehingga melatah sudah bersedia seperti musuh di belakang wanita itu.CUT !.
"Oh Mak Kau".Latah Puan Hasnah.
"Hahaha..dah lama tak kacau Ibu".Ujar Hanum sambil ketawakan ibunya itu.
"Hishh,kamu dah takda kerja ke ? sabar je lah ada anak perangai macam ni..ni baru kamu belum adik kamu si Iman tu lagi..mau pengsan Ibu dengan usikan dia tu".Nyata Puan Hasnah kepada Hanum.
"Haahaha..ibu lah yang kena hati-hati dengan dia".Ujar Hanum kepada ibunya.
"Ibu...nak tanya sikit boleh ?".Tanya Hanum kepada Puan Hasnah.
"Tanyalah,kamu nak tanya apa ?".Soal Puan Hasnah yang merasakan ada sesuatu yang Hanum ingin tahu.
"Pejal sapa ? kenapa ayah nak marah kalau sebut nama dia ?".Soal Hanum bertubi-tubi.Puan Hasnah merasakan kepala lututnya longgar apabila mendengar nama yang diseru Hanum itu.Kerana Ego suaminya lelaki itu hilang dari hidupnya.
"Suatu hari nanti,kamu akan tahu jugak".Jawab Puan Hasnah ringkas,
dia tidak mahu memberi harapan pada anak gadis itu.Dia terus naik ke ruang tamu dan mengemas apa yang patut.
Share this novel