BAB 12

Family Completed 7465

“Belum? Bukankah hukuman untuk seorang pembunuh adalah hukuman gantung?” Soal Diana bingung.

“Pada mulanya, ayah Diana di sabit kesalahan hukman gantung sampai mati di bawah seksyen 302. Tetapi selepas beberapa hari kemudian, ayah Diana di bicarakan semula. Dan dia di sabit kesalahan di bawah seksyen 304 kanun keseksaan. Penjara selama 25 tahun atas pertuduhan membunuh tanpa niat.Budi bicara di mahkamah itu luas. Dia akhirnya di berikan hukuman sekadar 19tahun penjara sahaja Diana.” Jelas Mak Kiah panjang lebar. Siap dengan fakta-fakta yang masih lagi segar bermain di fikirannya bagaimana hakim di mahkamah memutuskan setakat itu sahaja hukuman yang di berikan kepada pembunuh adiknya.

“Kalau macam tu, mak izinkan Diana jumpa dengn ayah Diana ye mak.” Penuh dengan pengharapan di hati Diana. Mak Kiah sekadar mendiamkan dirinya. Tidak pula dia terus menjawab pertanyaan si anak. Risau di hatinya, takut Diana tidak akan kembali kepadanya lagi.

“Hermmm abang, tadi saya beritahu Diana hal yang sebenar.” Mak Kiah membuka bicara.Di dalam bilik ini hanya ada mereka berdua sahaja. Jadi memudahkan dia untuk berterus terang dengan Pak Amin perihal Diana.
Mana mungkin dia akan mendedahkan kisah sebenar yang telah sekian lama dirahsiakannya dari pengetahuan diana kalau bukan sebab Along yang pecahkan rahsia masa lalu ini.
Tapi memang patut Diana tahu yang sebenar. Itulah perjanjian mereka bersama Harun sewaktu di penjara. Cukup sahaja umur Diana lapan belas tahun, dia mengharapkan bahawa Diana sudah cukup matang dan bersedia menerima berita ini.

“Jadi apa yang dia nak?” Tanya Pak Amin.Masak sangat dah dengan ayat bunga-bunga isterinya. Tidak perlulah bercerita sepenuhnya sedangkan pagi tadi dia sudah memberi kebenaran isterinya untuk menziarahi pusara iparnya.

“Dia nak jumpa dengan ayah kandung dia bang. Dekat penjara sana.” Akhirnya, terluah juga keresahan di jiwanya sejak pagi tadi menahan rasa. Pak Amin terdiam. Sama seperti Mak Kiah ketika Diana meminta izinnya bertemu ayah kandungnya di penjara. Keesoakan paginya Diana tidak turun ke ladang membantu Pak Amin. Tetapi dia asyik termenung dan berkurung di dalam biliknya sahaja. Perkara ini berlarutan sehingga sebulan lamanya. Dan ia di sedari oleh Pak Amin dan Mak Kiah. Kerisauan dan perasaan serba salah menerjah di hati mereka berdua. Patutkah dia menemukan dua beranak itu?

“Diana …” Panggil Mak Kiah. Dia menghamparkan punggungnya duduk disebelah yang terbaring lesu di katil. Kalau ikut kiraanya, hari ni sudah genap seminggu anaknya itu tidak menjamah nasi waima sebutir nasi.

Along juga perasan akan perubahan Diana, dek dihimpit rasa bersalah dan kasihan, sudah beberapa kali dia memujuk Diana memohon maaf atas kezaliman dan herdikan yang terhadap Diana. Apa yang berlaku terhadap Diana adaah salahnya.

“Diana, makanlah sikit. Kalau kau tak makan, macam mana kau nak jumpa ayah kau dekat penjara?” Along sekali lagi cuba memujuk Diana.Di pegang erat pinggan yang berisi bubur ayam bersama kentang lenyek untuk di suakan kepada Diana.

“Orang tak laparlah..” Itulah kata-kata yang sering keluar dari mulut Diana

“Diana makanlah sikit. Kalau Diana dah ada tenaga, dah sihat mak janji bawak Diana jumpa ayah Diana. Ye sayang..”Sedikit sebanyak pujukan Mak Kiah termakan juga oleh Diana. Dia kembali bangun dari pembaringannya.

“Betul ke mak? Mak janji ye dengan Diana.” Sepeti tubuhnya kembali segar semula. dia mengambil pinggan yang di pegang oleh along setelah Mak Kiah mengiyakan kata-katanya.Dua bulan berlalu. Akhirnya masa yang di tunggu telah tiba. hari ini adalah hari pembebasan ayah Diana.
Dengan hati yang bernunga-bunga dan riang, Diana. menanti dengan penuh sabar.

“Ayah izinkan ayah Diana tinggal bersama kami. Lagi pula rumah dia tu di belakang rumah kami. Jadi senanglah sikt Diana nak menjenguk dia.” Pak Amin berkata sewaktu mereka dalam perjalanan pergi ke penjara ibu kota, Penjara Johor Bahru.Selesai sahaja urusan pembebasan ayah Diana dari penjara, dia di bawa pulang ke rumah.

“Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Kerana abang dengan kakak masih sudi menerima saya di sini. Jaga anak saya. Terima kasih bang. Kakak.” Pak Harun berkata.Walau di hati Mak Kiah tidak punya rasa suka dengan kehadiran bekas adik iparnya itu, tetapi dia terpaksa memaniskan wajah kerena pesanan suaminya agar menghormati tetamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience