Prolog

Romance Completed 799537

"KITA putus!"

"Abang, sampai hati abang buat Maya macam ni! Maya sayangkan abang! Maya merayu sangat dengan abang, tolonglah... dengar dulu penjelasan Maya. Maya tak buat semua tu!" setitis demi setitis air mata wanita itu mula mengalir. Kecewa lantaran keagungan cintanya diragui oleh satu-satunya insan yang selama ini begitu teguh terikat di hati hanya kerana satu penglihatan yang tidak tentu kesahihannya.

"Abang tak sangka, Maya sanggup buat abang macam ni! Abang ikhlas sayangkan Maya, macam-macam dah abang buat untuk Maya, tapi ini balasan Maya pada abang?" Syahril meraup wajah, mencuba untuk menghalang air mata daripada merembes keluar namun payah. Semua itu terlalu menyakitkan.

"Kalau abang betul-betul sayangkan Maya, abang akan percaya semua kata-kata Maya! Abang, tolonglah bang, Maya... Maya tak buat semua tu. Maya setia dengan abang seorang je. Maya hanya sayangkan abang, Maya tak pernah curang di belakang abang." Maya cuba meraih tangan teman lelakinya namun tiba-tiba sahaja ditepis kasar oleh lelaki itu.

"Maya ingat abang buta?? Abang nampak apa yang Maya buat dengan Harraz! Maya dah tidur dengan dia kan?!"

"Abang!!" Maya menjerit gila. Kolar baju Syahril dicengkam kuat. Wajah tampan itu dilahap-lahap, biar lelaki itu tahu kemuncak kemarahannya saat itu seperti apa.

"Jahat-jahat Maya, Maya tak pernah buat benda yang terkutuk tu!" jeritan itu bersambung kembali. Kali ini bukan hanya suara, malah air mata yang sudah berhenti mengalir tadi kembali menitis laju. Sebegitu hinakah dia di mata Syahril? Satu-satunya insan yang dia sayangkan setengah mati.

"Abang tak percayakan Maya! Maafkan abang, kita... putus. Selamat tinggal." Syahril memberi kata pengakhiran tanpa membalas pandangan Maya. Dia enggan wanita itu membaca hatinya, dia enggan wanita itu melihat kesedihannya.

"Abang!" Maya mahu menjerit namun hanya esakan yang kian terbuang jelas. Dia mahu menarik tangan lelaki itu, namun semuanya sudah terlambat.

Syahril terus pergi meninggalkan Maya tanpa mempedulikan esakan dan laungan wanita itu lagi. Sesungguhnya dia sendiri juga tidak kuat untuk berdepan dengan perpisahan itu, namun keadaan yang memaksa.

'Maafkan abang, Maya. Abang janji bila keadaan dah okay, abang akan datang pada Maya. Abang akan cari Maya, abang cintakan Maya. Abang tahu, Maya tak salah! Semua tu, fitnah. Tapi abang tak mampu tolong Maya... tunggu abang, Maya."

***********

Maya memicit bahagian pelipisnya yang terasa berdenyut-denyut sedari tadi. Dadanya ditekap kuat dek menahan rasa mual yang juga menyerang sedari tadi. Seksanya semakin kuat terasa ditambah lagi dengan kebasahan pada wajahnya oleh air mata.

Rutin hidupnya kian menjadi tidak menentu setiap kali memikirkan insan yang begitu dia cintai sepenuh hati. Dia tahu, lelaki itu semakin menjauhkan diri, malah nombor telefonnya juga telah disekat.
Setelah bertahun-tahun lamanya menyulam kasih bersama, angan-angan mahu berakhir ke jinjang pelamin namun semuanya kini hancur. Bukan mudah mahu memadamkan sebaris nama cinta pertama dan telah dijanjikan akan menjadi yang terakhir.

"Dahlah tu, Maya... Kau move on je lah. Dah dia tu dah tak nak, buat apa nak dipaksa?"

"Kau takkan faham, aku terlalu sayangkan dia Ryn. Dia cinta pertama aku, tak mudah untuk aku lupakan dia. Dia dah janji dengan aku, walau apapun yang berlaku, dia takkan tinggalkan aku. Aku rindukan dia Ryn, rindu...."

"Maya, kau tahu kan aku sayangkan kau? Aku dah anggap kau macam adik beradik kandung aku sendiri. Aku tak sanggup tengok kau terus terluka macam ni. Hidup dah tak tentu arah. Bangkitlah Maya! Entah-entah, Si Syah tu dah bahagia dah pun dengan perempuan tu! Kau je yang..."

"Apa maksud kau, Ryn?" Maya laju mencelah. Wajah Eryna ditatap penuh sambil telinga tetap menunggu wanita itu menjawab pertanyaannya namun tetap sahaja berjeda kerana ketika Eryna sedang terkial-kial mencipta alasan untuk menyelamatkan diri. Mulut yang sedang melopong penuh dek sudah ketiadaan akal lantas ditekup dengan telapak tangan kanan.

'Ah, andai sahaja waktu bisa diputar kembali atau andai sahaja Maya tidak mendengarkan bicaranya sebentar tadi!'

"Eryna!" Maya menepuk bahu sahabatnya dengan sangat kuat lalu tersentak dengan spontanlah wanita itu dibuatnya.

"Hahhh? Tak...tak ada apa!" Eryna menjawab laju, berlagak yakin sekali dengan jawapan yang dilontarkan.

"Kau rahsiakan sesuatu daripada aku kan?" Maya mula mencungkil. Riak gugup dan kalut Eryna benar-benar menyakinkan tebakannya.

Eryna menggaru kening lalu pergi ke kepala biar tiada sedikit pun rasa gatal. Namun, melihat tampang bengis Maya, dia tahu walau bumi terbelah dua sekalipun, pertanyaan yang sudah diajukan oleh wanita itu harus dijawab dengan segera. Bibir bawah diketap duluan sambil otak mula merangka satu dua baris ayat.

"Se...sebenarnya, Syah..."

Tersekat lalu jeda.

"Cakaplah Ryn, sebenarnya apa?" Maya kembali mendesak. Bukan sahaja nadanya yang dikeraskan, malahan romannya juga kian digarangkan. Biar wanita itu takut. Ada hati mahu berahsia!

"Syah...ada orang lain, Maya. Dia tak setia pun dengan kau." Eryna seperti dapat merasa bumi sedang bergegar, ombak besar sedang memalu, panahan petir sedang berlaga di atas langit gelap. Sudah mahu khiamat agaknya dunia? Sempatkah makhluk-makhluk Tuhan mencari jalan taubat? Saat itu juga Maya terus mencerlungkan bebola matanya, bahkan lebih luas dan besar daripada yang dia miliki. Nafasnya juga ikutan menderu kencang sedang hati pula terasa binasa dilahap marak api. Hangus, hitam dan sangat menyakitkan!

"Kau jangan nak buat cerita, Ryn! Aku kenal dia tu macam mana! Kau saja je kan?" Maya mengherdik seperti ketiadaan akal. Habis ketinggian suaranya dilantunkan. Eryna yang tadinya kekalutan langsung merasa bengang.

"Aku tak tipu, Maya! Aku pernah nampak...dia keluar dengan perempuan tu, siap pegang tangan lagi. Terpulanglah sama ada kau nak percaya atau tak, aku cuma tak nak kau terus macam ni. Kalau dia happy dah kat luar tu, kau pun berhak Maya. Jangan bodohkan diri kau!" wanita itu memberi balasan dengan herdikan yang lebih kuat. Perwatakan Eryna sememangnya kasar dan tegas, kerana itu jugalah Maya selalu sahaja merasa selamat mendampinginya.

"Kau ada bukti ke, Ryn? Aku tak percaya Ryn, aku tak percaya!" Maya mula teresak pilu. Hatinya cuba untuk menyangkal tetapi dalam masa yang sama, kepercayaanya terhadap Eryna juga terlalu tinggi. Seperti apa keakraban mereka, usah dipertikaikan biar berlainan keturunan dan orang tua.

"Aku tak ada bukti, tapi kau percayakan aku kan, Maya? Kau tahu kan yang aku sayangkan kau?" Eryna melembutkan suara yang kedengaran amat sumbang kerana ketika itu, dadanya juga mulai sebak dek memikirkan nasib Maya.

"Ryn...sampai hati dia buat aku macam ni! Aku sayangkan dia, Ryn!" sepasang mata itu mula memuntahkan berbutir-butir mutiara jernih. Sekeping hati itu mula kecarikan berdarah juga suaranya mula terpesong nada. Eryna terus bangkit dari duduknya. Tubuh yang seakan-akan sedang menggigil itu dipegang lalu ditarik ke pelukan.

"Sabar. Kuatkan diri kau, Maya. Buktikan yang kau boleh hidup tanpa dia. Ni nasib baik dia buat hal sebelum korang kahwin tahu tak, dibuatkan perangai masa kau berdua dah berkahwin, dah beranak pinak. Tu lagi sakit Maya. Sekurang-kurangnya, kau masih bernasib baik.."

"Tapi kenapa kau rahsiakan semua tu daripada aku selama ni?" Maya menyoal dalam sedu sedan. Bahu Eryna diramas kuat. Selain sedih, dia juga merasa geram.

"Sebab aku... tak nak kau sedih. Aku takut kau tak boleh terima, sebab aku tahu kau sayangkan Syah sangat-sangat. Tapi bila dah berlaku macam ni, aku dah tak boleh dah nak simpan rahsia ni. Kuatkan diri kau, Maya. Aku akan selalu ada di sisi kau...."

"Sampai hati dia buat macam ni, Ryn. Hati aku sakit sangat. Sampai hati dia!"

"Dah, pergi mandi. Bersihkan diri tu, biar nampak cantik macam selalu. Ni dah macam ibu mengandung dah, mual sana mual sini! Ke kau...memang..."
belum habis bicara Eryna, Maya yang duluan membawahkan matanya. Perut yang mengempis cantik itu spontan dipandang dan diusap. Lidahnya terkelu mati, hanya otaknya yang sedang ligat menyusun akal sambil air mata kian deras meluncuri pipinya.

'Mengandung? Aku mengandung?'

Share this novel

test_account
2024-04-04 20:49:49 

test_account

Khairunnisa Mayang
2022-09-09 20:46:34 

sambung la lagi

Safura Badarudin Fura
2022-08-29 13:18:30 

alhamdulillah dpt bace ade sesetengah novel yg percuma,,terima kasih sgt2 pada penulis bg bce tanpa coin,,nk beli coin xmampu,ni jela dpt menghiburkn...


NovelPlus Premium

The best ads free experience