Rate

BAB 4 ( SAMBUNG BELAJAR )

Romance Completed 121661

Suasana pagi di SMK Bandar Kota Tinggi, sekolah menengah yang baru sahaja aku tinggalkan hiruk-pikuk dengan bekas-bekas pelajar tingkatan lima yang hadir untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM masing-masing.

"Eisya...woii Eisya..akulah Airis...kau dah tak kenal aku ke"

"Ooo..Airis..ingatlah...macam mana keputusan SPM kau..."

"Oklah..tapi tak bolehlah nak lawan top student macam kau ni...mesti gempak kau punya result kan.."

"Alhamdulillah...syukur Airis...tak sia-sia usaha aku selama ni..."

"Tulah semua cikgu pun puji kau tadi... eh..tu yang tengah tunggu kau tu siapa...? Kemain besar lagi kereta dia bawa...untunglah kau Eisya.."

"Abang Asmara...anak majikan aku..."
Jawab aku ringkas malas nak terangkan panjang-panjang dengan Airis ni takut dengan mulut kepoh dia tu, tak boleh nak dibawa bincang.

"Wow...handsomenya..untunglah kau Eisya kalau dia buat kau jadi isteri...berapa umur dia ?....nampak macam muda lagi...Apa namanya tadi..Asmara...? amboi nama..klasik sungguh...."

'Kan aku dah cakap....kalau dah dapat bercakap tak boleh nak berenti...'

"Emm..mm..Airis aku nak minta diri dulu..kesian pula Abang Asmara tu dah lama tunggu aku kat situ.."

"Yelah...aku pun nak balik dah ni...jangan lupa kirim salam aku kat abang handsome kau tu ye...hihihi.."

'Hai...dah mula dah datang gedik dia yang mengalahkan ulat bulu tu'

Aku hanya menggelengkan kepala melihat rakan sekelasku itu dan terus melangkah mendapatkan Faiz Asmara yang setia menungguku dari tadi.

"What' s up...how your result Eisya...bagi Abang Asmara slip tu...Abang nak tengok..."
Aku menyerahkan slip keputusan SPM ku kepadanya dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibirku sejak dari tadi, sempat aku melihat wajahnya yang agak terkejut saat melihat keputusan cemerlang yang kuperolehi.

"Amazing....congratulation Eisya...Abang tak sangka Eisya sebijak ni...kalah teruk Abang dengan Eisya.."

"Ye ke...Abang Asmara tipu Eisya je ni...Kalau Abang tak dapat best result macam mana boleh belajar kat overseas tu..bakal jadi surgeon lagi.."

Faiz Asmara hanya tertawa kecil, seketika kemudian kami terus meninggalkan kawasan perkarangan sekolah menuju ke sebuah pantai yang telah menarik perhatiannya.

"Eisya...kita singgah kat sini kejap...Abang dah terpikat dengan keindahan pantai ni...macam 'dia' tengah panggil Abang untuk datang sini..."

'Abang Asmara ni ada 'sixth-sense' ke...macam tahu-tahu je aku nak datang sini juga'

Faiz Asmara memakir kereta dan kami berjalan beriringan menyelusuri pasir pantai yang memutih itu. Aku dan Faiz Asmara duduk di sebuah tunggul kayu yang sama tapi masih mengekalkan jarak di antara kami.

"Ok..Abang Asmara ni pelik-pelik je ayat yang keluar dekat mulut Abang tu...Abang Asmara nak ajak Eisya dating ye...?"
Aku memberanikan diri untuk cuba bergurau dengannya.

"Kalau Abang kata ye...Eisya nak kata apa...atau Eisya memang tak sudi nak keluar dengan Abang ni..."

"Eh...tak..tak bukan macam tu...Eisya cuma... cuma...segan dengan Abang Asmara.. yelah Abang Asmara tu 'enggang'.. Eisya ni 'pipit' mananye nak terbang sama tinggi dengan Abang Asmara...macam langit dengan bumi..."

"Apa pulak Eisya...Abang ni manusia lah...Ade ke Eisya samakan Abang dengan enggang..."

"Abang ni...saja lah tu nak kenakan Eisya...Eisya tak naklah cakap dengan Abang Asmara lagi.. tolong hantar Eisya balik..Eisya nak balik sekarang...!!"

"Amboi garangnya dia...dah pandai ye marahkan Abang sekarang...janganlah merajuk...Abang nak gurau sikit pun tak boleh...Abang belanja aiskrim yek..biar sejuk cikit hati cik kesayangan Abang Asmara ni...."

'Cik kesayangan...Abang Asmara kata aku ni kesayangan dia...biar betul mamat ni..'
Hatiku berbisik, ada keraguan di situ namun belum sempat aku ingin bertanya lebih lanjut kepada tuan badannya sendiri, Faiz Asmara sudah membawa dirinya kepada pak cik penjual aiskrim yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat duduk kami.

"Nah..ini untuk Eisya...jangan merajuk lagi ye..Abang Asmara tak pandai nak pujuk..."

Aku sudah tertawa kecil...huluran aiskrim itu aku sambut dan aku menjamahnya dengan penuh kesopanan, takut comot nanti berbakul-bakul aku kena menahan malu dengan jejaka tampan di hadapanku ini.

"Kenapa Eisya pandang Abang macam tu...Eisya nak try seduce me huh..."

"Abang Asmara ni..ishh..ke situ pula dia..tu..tu..."

Aku luruskan jari telunjukku ke hujung sudut bibirnya yang agak menawan dan seksi itu, namun isyarat dariku itu tidak dapat difahami dengan baik olehnya lantas aku mengeluarkan sapu tangan dari 'beg sling' ku dan terus mengelap lelehan aiskrim vanila yang mencemari tepi bibir Faiz Asmara.

Faiz Asmara cuma membiarkan sahaja perlakuan ku terhadapnya tapi tidak aku menjangkakan sengaja dia mengotori lagi tepi bibirnya semula tapi kini yang di sebelah kirinya pula. Terpaksa aku berjongket sedikit kakiku akibat tubuh Faiz Asmara yang tinggi lampai itu. Akhirnya dia tertawa lepas. Puas hatinya dapat mengenakan aku. Aku sudah membuntangkan mataku yang memang sudah sedia bulat itu.

"Cantiknya Eisya buat macamtu...bulat betul mata tu macam mata anak kucing Abang dulu, Chomeii.."

Faiz Asmara tertawa lagi. Riang betul hatinya hari ini dan aku juga merasakan hal yang sama.

"Mana Chomeii...tak nampak pun ada anak kucing dekat rumah Abang Asmara tu..."

"Dah meninggalkan Abang...dia cari teman hidupnya dan tak balik-balik, dah tak ingat dah dekat 'Papa' dia ni..dahlah malas Abang nak ingat balik kat Chomeii tu buat Abang sakit hati.Eisya...jom kita jalan-jalan kejap dekat sana tu.....cantik pantai ni airnya pun biru dan jernih.."

Aku hanya mengekori langkah Faiz Asmara dari belakang. Faiz Asmara sudah melipatkan sedikit ke atas seluar jeans warna hitamnya yang dipadankan bersama kemeja t-shirt polo merah yang tersarung kemas di tubuhnya bak atlet itu.Sesuai sangat dengan kulitnya yang putih bersih.

"Macam ada cerita yang tak best je Abang Asmara dengan Chomeii.."

"Memang anak kucing tak sedar diri..Ooo ingat dia seorang je boleh cari pasangan...Abang pun bolehlah..dah jumpa dah pun..Abang harap dia tak samalah dengan perangai Chomeii tu...kalau tak kemurunganlah Abang balik..."

"Abang dah jumpa gadis idaman Abang...kenalkanlah dengan Eisya ni..."
Tanyaku polos kepada Faiz Asmara yang sedang leka bermain air di gigi pantai.

"Betul ke Eisya nak kenal 'dia' tu..tapi Abang rasa Eisya dah kenal sangat dah dengan pilihan hati Abang ni.."

"Eisya kenal??...siapa...Kak Aleeya ke..??"

"Hah...Aleeya tu....'lambert' lagi...dan tak mungkin Aleeya.."
Faiz Asmara sempat terkejut apabila nama Aleeya meniti di bibirku.

"Habis tu siapa...kalau bukan Kak Aleeya..."
Melihat aku yang sedang memikirkan siapa gerangan gadis pilihan hati Faiz Asmara sampai terlihat berlapis-lapis dahiku segera Faiz Asmara menundingkan jarinya di hadapanku.

Aku kemudiannya menundingkan jari telunjukku ke arah diri aku sendiri seraya Faiz Asmara menundukkan kepalanya, tanda mengiakannya membuat aku seperti orang dalam kebinggungan.Lambat otakku berfungsi untuk mencernakan maklumat yang baru disampaikan oleh Faiz Asmara sebentar tadi. Akibat terlalu terkejut tiba-tiba aku pengsan di situ. Mujur Faiz Asmara sempat mengapai tubuhku dan segera mencempungnya, terus di bawanya masuk ke dalam perut kereta.

"Eisya...Eisya bangun Eisya...dah kenapa pula ni.."

Namun aku masih tidak sedarkan diri..agak lama mengambil waktu untuk sedar semula, Faiz Asmara dengan pantas membuat bantuan kecemasan 'CPR' terhadapku membuatkan aku kembali sedar.

"Alhamdulillah...Eisya dah sedar..."

"Kenapa dengan Eisya ni...bukan tadi kita kat pantai ke..macam mana boleh ada dalam kereta pula..."
Tanya ku lemah kepadanya.

"Nanti Abang ceritalah, kita balik dulu...dah lewat ni nanti risau pula semua yang ada dekat rumah tu.."

"Yelah...dah pukul dua belas lebih ni...Eisya tak masak lagi ni Abang Asmara.."

"Tak payahlah masak harini...Eisya tu tak sihat..
nanti kita semua pergi makan kat luar je..lepas makan kita beli barang dapur. Ok 'Sayang ku Eisya'.."

"Abang betul-betul serius ke ni..."

"Nanti kita bincang semula...sekarang Eisya rest dulu".

Setelah dua puluh minit perjalanan, aku dan Faiz Asmara sampai di rumah arwah Abah.

"Kamu berdua ke mana ni...baru sekarang nak balik..
Ni dengan baju seluar basah ni...kamu ke mana Faiz..?"
Datin Sri Zarina Amylea sudah bercekak pinggang dan terus mengomel di situ, aku yang ketakutan terus membawa diriku masuk ke dalam rumah.

"Takde mana pun Ma, balik dari sekolah Eisya, Faiz bawa Eisya singgah dekat pantai depan tu je..Mama the beach so wonderful...you should must go there..
sebab tu kami lambat balik.."

"Wah...sempat kau 'berasmaradana' ye Faiz... that's my son.. Alaahai Datin Sri oii...macamlah awak tu tak pernah muda..bagilah peluang sikit kat anak teruna awak ni..umur pun dah kira oklah kalau nak cari bakal isteri..."
Dato Sri Zainuddin pula menyampuk di situ sambil tangannya di sangkutkan ke bahu isterinya.

Faiz hanya tersenyum senget, sambil mengusap belakang tengkuknya. Aku lihat telatah Faiz Asmara itu di balik pintu.

"Faiz ke dalam dululah Mama nak mandi...habis dah baju dengan seluar ni basah..."

******************************************************

Pada malam ini, Faiz Asmara telah merencanakan membuat sedikit jamuan untukku hasil daripada keputusan SPM ku yang cemerlang. Banyak makanan yang telah diborongnya di salah sebuah supermarket yang telah di bawa oleh Pak Samad hasil dari tunjuk ajar aku mengenai selok-belok lalu lintas di bandar Johor ini selepas kami semua sudah selesai menjamu selera tengah hari tadi.

"Taniah Eisya...keputusan SPM Eisya begitu baik...Oleh sebab itu, saya rasa nak sponsor Eisya lanjutkan pelajaran...saya minta Eisya bersetuju dengan rancangan saya ni.."
Dato Sri Zainuddin menyatakan hasratnya apabila melihat keputusan peperiksaan SPM aku sendiri.

"Betul tu Eisya... sayang kalau kamu tak sambung belajar..Eisya ni budak pintar...takpe pasal kos belajar tu kami tanggung semuanya..."
Tambah Datin Sri Zarina Amylea pula yang sedang menjamah sedikit fruit salad dan dada ayam bakar yang dipanggang oleh Faiz Asmara sendiri.

"Eisya...Eisya segan lah Dato Sri..lagipun nanti kerja rumah siapa nak uruskan..perbelanjaan persekolahan adik kembar Eisya ..Ernie dengan Eira macam mana.."

"Kamu tak perlu risau...perbelanjaan Eisya, Eira dan Ernie saya tanggung semuanya..Tolong jangan hampakan saya Eisya..."
Sambung Dato Sri Zainuddin lagi dengan penuh pengharapan.

"Kalau Dato Sri dah cakap macam tu...Eisya dah tak boleh nak kata apa dah...ribuan terima kasih Eisya ucapkan kepada Dato Sri sekeluarga..layan keluarga Eisya dengan sungguh baik...semoga Allah melimpahi rezeki buat Dato Sri sekeluarga..."
Air mata kegembiraan aku tumpah di situ. Aku sangat- sangat terharu dengan layanan Dato Sri Zainuddin terhadap keluargaku. Mak Leha juga tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua majikannya itu.

"Ni dah kenapa semua menangis pula ni...malam ni kan kita nak happy-happy...nak celebrate kejayaan Eisya".
Faiz Asmara kebinggungan apabila melihat kami semua menitiskan air mata kerana dia tengah sibuk menganggang pelbagai jenis makanan laut, ayam dan daging di belakang.

"Kamu tu kalau tak tahu apa-apa baik diamlah Faiz.."
Dato Sri sudah memarahi Faiz Asmara yang tiba-tiba muncul dari belakang kerana tidak mahu anak terunanya melihat dia juga sedang menitiskan air mata.Cepat-cepat dia menghapuskan sisa air matanya itu.

"Alaa...Papa nak cover line kan...."

Kami semua mula tersenyum..

'Terima kasih Ya Allah atas kurnia-Mu...aku betul- betul mensyukuri nikmat ini..Engkau sebaik-baik perancang... Umi.... Abah....malam ni Eisya betul- betul gembira.....'

Alhamdulillah done update... Happy reading to all readers.. have a nice day...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience