BAB 6

Horror & Thriller Completed 2427

“Lena kamu Mostafa.” Setelah dipanggil berkali-kali Mostafa masih tidak sedar, Safar membiarkan saja. Mungkin Mostafa tidak cukup tidur malam tadi. Mostafa ditinggalkan. Safar berlalu, masuk ke dalam bilik tidurnya.

Sebaik daun pintu dikuak, Safar melihat Nora sedang berbaring sambil melemparkan senyuman kepadanya. Safar membalas senyuman lalu duduk di birai katil. Rambut Nora dielus perlahan. Dibelai-belai. Nora membiarkan saja. Matanya separuh terpejam. Senang apabila Safar berbuat begitu.

“Kenapa masih atas katil ni sayang? Bangunlah...mandi...tukar baju. Musyukkk!” usik Safar lalu ketawa kecil. Nora mempamerkan senyum lagi.

Perlahan-lahan kepalanya diletakkan pada paha Safar. Mengusap-usap dada bidang Safar dan menarik lembut janggut sejemput buah hatinya itu. Safar membiarkan saja. Dia membelai pula wajah Nora. Diusap pipi mulus Nora yang licin bagaikan lilin. Dingin! Ya, wajah Nora sedingin ais. Safar berasa pelik mengapa dua tiga hari kebelakangan ini tubuh dan wajah Nora tidak seperti tubuhnya yang hangat. Nora juga tidak mahu bersuara lagi. Tidak bercakap, hanya diam. Membisu.

“Sayang tak sihat ke?” Safar meletakkan hidungnya pada dahi Nora. Hidungnya bermain-main di situ agak lama. Nora tetap senyum dan terus tersenyum. Safar mencubit lembut pula pipi Nora. Sekali lagi Safar berasa pelik. Pipi itu tidak merona merah seperti kebiasaan Safar mencubitnya. Seperti tidak berdarah.

“Hmmm...dahlah...sayang pergi mandi.” Ujar Safar. Tangannya menepuk punggung Nora.

Nora akur. Dia turun dari katil lalu masuk ke dalam bilik air. Tanpa mengambil tuala mandi. Maqael hanya menggeleng melihat sikap Nora yang amat berlainan. Tidak terdengar bunyi pancuran air. Senyap. Safar membiarkan saja. Dia membuka almari pakaian Nora lalu memilih baju apa yang sesuai untuk disarungkan ke tubuh Nora pada pagi itu.

“Yang ni ke? atau yang ni?” Safar bercakap sendirian ketika membelek satu per satu pakaian Nora. Kemudian dia bernyanyi-nyanyi kecil.

“Ya Allah...sampai bila dia nak berkeadaan macam ni? Tanpa dia sedar, keadaannya jauh lebih buruk dari Mostafa. Safar...sedarlah nak. Nora dah tak ada. Dia dah mati.” Di sebalik daun pintu bilik ada mata sedang mengintai. Terjerut hati Mak Eton apabila melihat sikap Safar yang menyedihkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience