I bought diamonds at my dentist
I've been playing like tennis
Grand slam like tennis
You're the one I'm tryna finish
Ice on my teeth (eh), ice on my teeth
MAUREEN menggenggam erat beg kertas di tangannya, melangkah perlahan menuju ke studio seni. Hatinya sedikit gementar. Tempat itu bukanlah tempat yang dia suka. Bising.
Pintu kaca besar ditolaknya, dan serta-merta, bunyi muzik yang kuat,
studio itu penuh dengan orang.
Lelaki dan perempuan berlatih menari, bergerak seirama dengan muzik yang dipasang. Cermin besar di dinding memantulkan bayangan mereka, tubuh-tubuh yang lincah.
Di satu sudut, dia nampak Madison, kakak kembarnya yang periang dan lincah sedang menari bersama Fabian. Mereka berdua tampak sempurna, saling melengkapi.
Fabian, dengan wajahnya yang tampan dan gaya yang tenang, bergerak serasi dengan Madison, menarik perhatian sesiapa saja yang melihat.
Maureen menarik nafas dalam, rasa tak selesa makin menebal. Dia lebih suka sunyi. Lebih suka duduk dengan buku-bukunya, jauh dari kebisingan dan orang ramai. Tapi hari ini, dia terpaksa juga datang.
Dengan langkah perlahan, Maureen menuju ke arah Madison. Baru nak sampai, Madison dah perasan kehadirannya.
"Mau!" Madison menjerit, senyum lebar sambil melambai. "Akhirnya sampai jugak kau!"
Maureen menghulurkan beg kertas yang dibawanya. "Barang kau ni. Lupa lagi?"
Madison ketawa kecil, "Ala, biasalah aku. Terima kasih banyak, sayang! Kalau tak ada kau, haru biru hidup aku."
"Hai, Maureen. Lama tak nampak. Rindu studio tak?" Fabian berseloroh, senyum di bibir.
Maureen senyum kelat. "Bukan tempat aku la ni."
Fabian angguk, senyumannya masih tak hilang. "Tahu, kau tak suka tempat ramai orang macam ni."
Madison ketawa lagi, menepuk bahu adiknya. "Relax lah. Kau kena try enjoy sikit. Mana tahu, boleh jadi suka."
"Tak kot. Tak kena dengan jiwa aku." jawab Maureen balik.
Madison angkat kening. "Kau ni, asyik nak selesa je. Cuba keluar sikit dari kotak tu, dik. Orang bijak macam kau pun kena belajar adapt dengan dunia luar, tau."
Fabian menyampuk, "Betul tu. Sometimes, kita kena buat benda yang kita tak selesa. Tak semestinya seronok, tapi mungkin kita belajar something baru."
Maureen mengangguk perlahan, tak berapa yakin. Tapi, dalam hati dia tahu, ada betulnya kata-kata mereka.
"Okaylah, aku balik dulu," Maureen akhirnya berkata. "Banyak kerja lagi nak kena siapkan."
Madison tersengih, "Eh, jangan lupa makan! Jangan asyik study sampai lupa diri."
Maureen senyum kecil, mengangguk. Sebelum dia berpaling pergi, Fabian bersuara lagi, "Maureen, bila-bila kalau kau rasa nak try benda baru, kita orang ada. Tapi jangan paksa diri, okay?"
Maureen tak berkata apa, cuma angguk lagi. Kata-kata Fabian terngiang-ngiang di kepalanya. Maureen cepat-cepat melangkah keluar dari studio yang bising itu, lega akhirnya dapat keluar dari suasana yang sesak dengan muzik dan tarian. Tapi nasib tak menyebelahinya hari ini, kerana sebaik sahaja dia melepasi pintu, dia terlanggar seseorang. Seorang lelaki.
"Eh, maaf!" Lelaki itu tersentak sedikit tapi cepat-cepat stabilkan diri. Maureen tersentak juga, sedikit terkedu.
Lelaki bermata sepet itu memandang Maureen dengan mata yang berkelip-kelip. "Awak… kembar Madison, kan?"
Maureen hanya angguk, tanpa suara. Dia memang tidak pandai bercakap dengan orang yang dia tidak kenal. Lebih-lebih lagi dalam situasi macam itu, dia akan bersedia nak cabut dari tempat yang membuatkan dia tak merasa selesa.
"Hai, saya Mickey. Junior kat sini." Lelaki itu menghulur tangan, tapi Maureen hanya memandang dengan sedikit terkejut, tak tahu nak buat apa.
Mickey tarik balik tangan dia, sikit pun tak terasa hati, sebaliknya tersengih macam biasa. "Betul la kata orang, kalau satu tu cantik, kembar pun cantik. Eh, betul ke apa saya cakap ni." Dia ketawa kecil, cuba memecahkan kekok antara mereka.
Maureen cuma tersenyum nipis, tak tahu macam mana nak respon. “Maaf, saya kena pergi,” katanya pendek, tunduk sikit sebelum beredar dengan langkah cepat, berharap pertemuan ini cepat tamat.
Mickey garu kepala, memandang Maureen yang semakin menjauh. Dia senyum sendiri. "Cantik walaupun pakai cermin mata," dia berbisik kepada diri sendiri, kemudian menyambung, "Comel, menarik, tertarik, kau memang da-bomm!" Mickey menyanyi kecil sambil ketawa, lalu melangkah kembali ke dalam studio.
Datin Natalia, CEO universiti berprestij itu, seorang wanita elegan berusia awal 50-an yang terkenal dengan sikap profesional dan pandangan tajamnya dalam pengurusan, berjalan bersama penolong kanannya, Puan Zara. Mereka berdua berlegar memeriksa sekitar universiti, memastikan semuanya berjalan lancar. Datin Natalia sentiasa serius dalam kerjanya, tak pernah biarkan apa-apa pun terlepas dari pandangannya. Bagi dia, setiap sudut institusi ini adalah refleksi reputasi keluarganya.
Semasa mereka melalui kawasan studio seni, Datin Natalia secara tak sengaja terpandang ke dalam, Fabian, anak tunggalnya yang tampan itu, sedang berlatih tarian bersama Madison. Mereka tampak begitu mesra, ketawa riang sambil berbual. Fabian dengan senyuman manisnya, memegang pinggang Madison sambil membimbingnya untuk terus mengikuti rentak muzik. Datin Natalia memperlahankan langkah, lalu mengeluh kecil.
Puan Zara yang peka dengan keadaan itu, menjeling ke arah Datin Natalia. "Datin okay?" dia bertanya dengan nada lembut tapi penuh makna.
Datin Natalia menarik nafas dalam, memalingkan wajah dari pemandangan dalam studio itu. "Entah la, Zara. Saya tak berapa suka tengok Fabian rapat sangat dengan dia."
Puan Zara angguk perlahan, faham benar dengan perasaan majikannya. "Madison tu nampak bijak, Datin. Cantik pun, tapi… mungkin bukan yang Datin nak untuk Fabian?"
Datin Natalia mengetap bibir, berfikir sejenak. "Bukan tentang bijak atau cantik, Zara. Saya nak Fabian dengan seseorang yang tahu jaga diri, tahu nilai tanggungjawab. Saya risau kalau Madison tu… dia macam terlalu bebas. Selalu nampak lebih fokus pada hiburan daripada masa depan."
Puan Zara senyum nipis, tahu apa yang terbuku dalam hati Datin Natalia. "Fabian masih muda, Datin. Mungkin dia cuma seronok buat masa sekarang. Saya rasa, dia akan sedar juga nanti. Lagipun, anak Datin bijak. Tak mungkin dia buat keputusan terburu-buru."
Datin Natalia memandang studio sekali lagi, kali ini pandangannya lebih tajam. "Saya harap awak betul, Zara. Saya harap dia tahu beza antara suka-suka dan serius."
Puan Zara tersenyum sambil memerhati. "Cuma beri masa, Datin. Kadang-kadang budak muda ni perlukan masa untuk faham apa yang terbaik untuk dia."
Datin Natalia terdiam sejenak sebelum mengangguk perlahan. "Ya, mungkin awak betul. Masa. Tapi saya tak boleh tunggu terlalu lama. Universiti ni… keluarga ni, semua ada harapan besar untuk Fabian."
Mereka berdua terus berjalan, meninggalkan kawasan studio itu. Puan Zara hanya tersenyum, cuba menenangkan hati majikannya. Sebagai ibu, Datin Natalia sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Fabian—bukan hanya dari segi cinta, tapi juga dari segi masa depan. Namun, dia juga sedar, ada perkara yang tak boleh dipaksa. Fabian harus belajar sendiri.
“Kadang-kadang,” Puan Zara menyambung sambil mereka berjalan keluar, “Kita kena biarkan mereka buat kesilapan dulu, baru mereka nampak jelas mana yang betul.”
Datin Natalia tersenyum kecil, walaupun hatinya masih gusar. “Itulah yang saya takut, Zara. Saya tak mahu Fabian buat kesilapan yang boleh hancurkan masa depannya.”
Puan Zara tak menjawab, tapi dalam diamnya, dia tahu—pengajaran terbesar dalam hidup selalunya datang dari kesilapan.
Madison memaut erat lengan Fabian sambil mereka keluar dari lobi universiti itu. Gelak tawanya yang ceria mengisi ruang, dan Fabian, seperti biasa, hanya tersenyum kecil melihat tingkah laku kekasihnya itu. Setiap kali mereka melangkah, Madison tak lupa menegur pelajar-pelajar lain yang berselisih dengan mereka.
“Hai, Maya! Dah ready untuk final project kau?” Madison sempat menyapa salah seorang pelajar perempuan yang sedang sibuk membawa portfolio.
Pelajar itu tersenyum sopan sambil memandang ke arah Fabian, tapi matanya jelas tak lekang daripada wajah tampan lelaki itu.
"Oh, hai Madison! Ya, sikit lagi nak siap," jawabnya, tapi lebih kepada Fabian yang nampak macam tak perasan perhatian tersebut.
Biasanya, pelajar perempuan yang lalu lalang akan cuba curi-curi pandang Fabian, dan tak kurang juga yang melambai malu-malu. Fabian memang terkenal di kampus—bukan sahaja kerana dia anak Datin Natalia, pemilik universiti, tapi juga kerana ketampanannya yang selalu buat ramai cair.
Madison memandang mereka dengan senyum sinis. "Amboi, ramai peminat, ya? Popular betul kau," katanya, menyindir dengan ketawa kecil yang hanya Fabian faham.
Fabian menjeling ke arahnya dengan senyuman, sedikit menggelengkan kepala. "Biasa je. Diorang kan friendly. Kau je yang cepat cemburu."
Madison mengerutkan hidung, pura-pura tidak puas hati. "Friendly? Hah, friendly sangat sampai tak tengok kiri kanan lain dah. Mata diorang asyik kat kau je."
“Takkan la semua orang kena tunduk pandang lantai bila lalu sebelah aku,” Fabian balas, sambil tergelak kecil.
“Tunduk la sikit! At least jangan sampai pandang lama-lama macam nak makan kau hidup-hidup,” Madison menjawab sambil mencubit manja lengan Fabian, masih dengan nada bergurau tapi jelas ada sedikit rasa cemburu di sebaliknya.
Fabian hanya tersenyum, tahu benar perangai Madison yang suka menyindir dalam gelaknya. “Kau ni... tak habis-habis cemburu tak bertempat. Relax la, kau sorang je dalam hati aku.”
Madison mengerling sambil tersengih. "Janji? Tak ada tukar-tukar, ya?"
Fabian ketawa perlahan sambil mengusap lembut bahu Madison. "Janji. Tak ada orang lain."
Madison diam seketika, kemudian menjelirkan lidah sambil ketawa. "Tapi serius la, aku tahu kau ramai fans kat sini. Takkan la aku nak biar je, kan?"
Fabian memandang Madison dengan penuh kasih sayang. “Aku sayang kau sebab kau selalu berterus-terang. Kau cakap apa yang kau rasa. Itu yang buat kau berbeza.”
Madison tersenyum lebar, gembira dengan kata-kata Fabian. Tapi sebelum Madison sempat membalas kata-kata Fabian, sebuah kereta mewah berwarna hitam tiba-tiba berhenti di hadapan mereka. Pintu cermin tempat duduk belakang perlahan-lahan diturunkan, menampakkan wajah Datin Natalia, ibu Fabian yang terkenal dengan perwatakan serius dan tegas.
"Fabian, jangan lambat balik nanti. Mama ada hal nak bincang," ucap Datin Natalia dengan nada tegas, pandangan matanya sekejap beralih kepada Madison, tapi jelas sekali, tatapan itu dingin dan penuh dengan ketidaksenangan.
Madison hanya mampu terdiam. Dia tak berani nak pandang wajah Datin Natalia secara langsung. Dia tahu, ibu Fabian tak pernah suka hubungan mereka. Mungkin sebab keluarga Fabian terlalu tinggi statusnya untuk seorang gadis biasa seperti dia. Jadi, Madison lebih memilih untuk tunduk, sekadar mendengar.
"Baik, Mama," jawab Fabian dengan tenang, tersenyum kecil pada ibunya sebelum kereta itu berlalu pergi dengan pemandu peribadi Datin Natalia.
Walaupun senyuman itu tak mengubah apa-apa, Fabian tahu, ibunya jarang memandang sesiapa dengan penuh mesra, lebih-lebih lagi Madison. Selepas kereta hilang dari pandangan, Madison menarik nafas perlahan, cuba menahan rasa sedih yang mula muncul di hatinya.
Dia tak pandai menyembunyikan perasaan, jadi dia bersuara, "Sayang... Mama kau memang tak suka aku, kan?" Nada suaranya penuh dengan rasa kecewa, matanya sedikit redup.
Fabian memandang Madison dan segera memeluknya dari sisi, tangan kirinya melingkar di bahu Madison. "Sayang, bukan tak suka. Cuma dia... dia belum ready tengok anak dia yang handsome ni ada girlfriend cantik macam kau," usik Fabian, cuba menyelitkan gurauan untuk menceriakan hati Madison.
Madison tersengih kecil, tapi jelas matanya masih sayu. "Betul ke tu? Atau kau sekadar nak buat aku rasa okay?" dia cuba berjenaka, tapi hati kecilnya masih terusik dengan pandangan dingin Datin Natalia tadi.
Fabian menggeleng dan menatap Madison dengan lembut. "Bukan macam tu, Mad. Mama aku cuma... dia risau. Dia nak pastikan aku ada masa depan yang terjamin, tahu? Semua ibu bapa macam tu. Tapi dia belum kenal kau betul-betul lagi. Kalau dia tahu betapa baiknya kau, pasti dia berubah."
Madison menghela nafas perlahan, cuba memahami. "Mungkin. Tapi susah la, Fabian. Kadang-kadang aku rasa tak layak untuk kau. Kau ni dari keluarga besar, kaya, berpengaruh. Aku ni cuma gadis biasa."
Fabian cepat-cepat menarik Madison lebih rapat kepadanya.
"Madison, jangan pernah cakap macam tu lagi. Kau ni lebih dari cukup untuk aku. Kau buat aku bahagia, buat aku rasa tenang. Duit, status... semua tu tak bermakna kalau aku tak ada orang yang aku betul-betul sayang. Dan orang tu ialah kau." Fabian mengucapkan kata-kata itu dengan serius, membuat Madison terdiam.
"Yakin betul kau dengan ayat tu, eh?" Madison tersenyum sedikit, hatinya lega dengan kata-kata Fabian. Dia tahu, Fabian selalu tahu cara nak buat dia rasa dihargai.
Fabian mengangguk. "Yakin seratus peratus, sayang. Kau ni bukan sekadar girlfriend. Kau partner hidup aku."
Madison tersenyum lebih lebar kali ini. "Baiklah... Aku percaya kau. Tapi jangan lupa, kau kena yakinkan mama kau juga."
Fabian ketawa kecil. "Itu aku punya misi seterusnya. Satu hari nanti, mama akan terima kau, aku janji."
Welcome to my new novels :)
Share this novel
best. nex