“Mana Mel ni. Janji pukul 11 tapi ni dah 11.30, batang hidung dia pun aku tak nampak. Ni la janji melayu, lain cakap lain yang dibuat.”
Zetty sempat membebel. Tak pasal-pasal tuduh semua warga melayu.
Zetty mengorak langkah menuju ke meja berdekatan. Disebabkan dirinya telah berjanji dengan Melissa untuk lunch di sini terpaksalah menunggu walau lambat sekalipun. Itulah prinsip dirinya. Janji tetap janji.
Restoran Indah Permai dipilihnya kerana makanan di situ memang sedap. Layanan mereka juga bagus apatah lagi pemandangannya yang menyejukkan mata memandang.
Tanpa disedari, dirinya asyik menjadi tatapan mata seorang lelaki. Tajam sekali renungannya. Lelaki itu cuba mengingati wajah gadis yang direnungnya. Wajahnya diamati dengan jelas. Segala memori berputar di mindanya. Akhirnya dirinya tersenyum. Memang gadis itu yang dicarinya.
“Hai, sorang je ke?”
Muka Zetty berkerut cuba mengingati wajah lelaki yang menegurnya. Sah! Memang orang sesat yang menegurnya. Jangan-jangan orang ni mahu menculiknya. Fikirnya lagi.
“Eh, tak lah. Ada ni kat kanan dan kiri bahu saya. Tak nampak ke?”
Zetty menayangkan muka selamba sambil menunjukkan ke arah kanan dan kiri bahunya.
“Awak, saya…”
“Awak nak jual insurans? Takpe la, saya tak berminat pun. Zaman sekarang ni bukan boleh percaya. Harap muka aje innocent, tapi hati siapa tahu. Mula-mula nak jual insurans, dah dapat kepercayaan naik kereta sama-sama kononnya nak pergi syarikat isi borang. Tapi lain pulak yang jadi, kena rogol la culik la. So, saya mintak diri dulu yer Encik..”
“Naufal”
“Hah, Encik Naufal. Carilah mangsa lain yer.”
Zetty meninggalkan Naufal yang mula berasap. Panas hatinya setelah mendengar tuduhan melulu Zetty. Panjang lebar pulak tu. Niatnya untuk memulangkan rantai milik gadis itu terbantut.
Hampir sebulan lamanya dia menyimpan rantai gadis tersebut. Sepanjang masa itu jugaklah, gadis itu dicari namun baru hari ini dia berjaya menemuinya.
“Hampeh punya perempuan. Muka kacak macam aku, disalah anggap sebagai penjual insurans??!”
Naufal menghamburkan rasa geram.
“Dia ingat lawa sangat ke? Aku rasa orang nak culik pun tak ingin.”
Naufal berlalu pergi dari restoran tersebut.
Share this novel