Bahang matahari yang menembusi langsir tidak menghalang sekujur tubuh yang nyenyak tidur.
Telefon yang berbunyi langsung tidak dihiraukan olehnya. Kali ketiga telefon berbunyi membuatkan tidurnya yang terasa diganggu.
Dengan malas dia mencapai Iphone 7 plus diatas meja kecil disebelahnya. Dia menyambut panggilan tersebut.
"Hello" ucapnya mamai. Matanya masih tertutup rapat.
"Tengku Syafiqah Binti Tengku Halim! Kamu tak bangun lagi ke?! Dah pukul 11 pagi ni" marah seseorang di telefon.
Mendengar singa telah mengaum terus sahaja matanya segar bugar. Dia melihat nama panggilan itu membulat matanya.
Lovely mom??
Dia berdehem seketika untuk rasa gugup didalam hati kemudian baru dia melekap kembali telefon ditelinga.
"Mm-mana ada Ika tidur lagi mama. Ika sekarang tengah tengok tv ni dekat ruang tamu" tipu Tengku Syafiqah. Alah bukan selalu tipu pun. Ni cara nak mengelakkan dari kena bebel dengan ibu terchenta.
"Yeke ni?" soal Tengku Rina musykil. Anak dia ni bukan boleh percaya sangat kadang-kadang. Ada je otak bijaknya ingin mengenakannya.
"Ye mama" jawab Tengku Syafiqah bersungguh-sungguh. Mata birunya melihat jam yang tergantung di dinding biliknya. Sekarang telah menunjukkan pukul 11:15 pagi.
"Hmm ok. Oh mama lupa nak bagitahu malam ni mama tak balik tau. Ayah kamu angkut mama sekali ikut dia oustation dekat Terengganu" kata Tengku Rina.
Terus sahaja Tengku Syafiqah bangun dari pembaringan. "Mama biar betul. Habis Ika sorang jelah dekat rumah nanti?"
soal Tengku Syafiqah terkejut. Huh sedihnya hidup seorang Tengku Syafiqah.
Tergelak Tengku Rina dicorong telefon. "No sayang, kamu takkan tinggal sorang. Nanti ada akan teman kamu dekat rumah" ucapnya.
Tengku Syafiqah mengerut dahinya. Siapa pulak? "Ika kenal ke?" soalnya pelik.
Tengku Rina tersenyum biarpun anaknya tidak dapat melihat. "Iya kamu kenal. Dah lah mama nak tutup call. Malam nanti kita call balik ya sayang, bye asslammualaikum" kata Tengku Rina.
"Walaikummusalam" jawab Tengku Syafiqah dan menutup panggilan.
Dia membuka wifi dan membuka aplikasi whatsapp. Dia scroll kebawah. Kebanyakan mesej group dari sekolah, asrama, kelas dan keluarga. Tiba-tiba matanya tertacap pada group Aspuri.
Huh pagi-pagi dah mesej? Ada apa-apa ke?
Dia membuka chat group Aspuri.
Aspuri?
Iman??
Korang jom kita keluar nak hari ni? Kita beli barang kem
Syaf ??
Aku ok je. Lagipun barang tuk kem tak de lagi
Farah ??
I on je....
Pukul berapa kita jumpa
Syaf ??
Sharp kul 12:30 dkt City Mall
Farah gedik
Ok
Aira ??
Ok... By the way, tadi abang aku pesan suruh bwk abg ii korang katanya nak jumpa
Iman??
Ok
Farah ??
Ok Aira
Syaf ??
Ok we
Syaf ??
Jap Ika tak on lagi ke whatsapp
Aira ??
Tido lagi kut... Tak pe kejap lagi dia tengok lah tu whatsapp
Ika kau dah tengok nanti terus pergi auu dkt City Mall kitaorang tunggu dkt situ
Tengku Syafiqah menutup kembali mesej dan keluar dari aplikasi whatsapp. Dia menyelak comfoter dan bangun menuju kearah meja belajarnya.
Dia memcas telefon pintar itu dan meletakkan disebelah novel englishnya. Dia membuka pintu dan keluar dari bilik. Dia memasuki lif dan menekan butang aras 1 terus sahaja pintu lif tertutup dan menurun.
Sampai dibawah dia keluar dari lif. Dia menuju ke dapur dan membuka pintu peti ais. Hanya ada tauge, fishball dan ayam sahaja yang lain kebanyakan susu, aiskrim dan coklat miliknya.
"Haish ni mesti mama tak beli lagi ni barang dapur" bebel Tengku Syafiqah sambil mengeluarkan kesemua bahan itu dan meletakkan diatas meja.
Dia menutup pintu peti ais dan berlalu kearah sinki. Ada bakul penapis dalamnya ada kuey teow yang telah direndam.
Mesti mama yang rendam semalam.
Dia membuka paip dan mencuci semua bahan itu. Selepas itu, dia memotong ayam menjadi kecil. Dia mengambil kuali yang digantung dan meletakkan diatas dapur api.
Selesai masak keoy teow dia meletakkan diatas meja. Dia mencuci segala benda yang digunakan tadi untuk memasak.
Dia mengelap tangan dikain yang disediakan dan menuju ke tangga. Dia ingin masuk bilik dan mandi dahulu baru makan.
Ding... Dong
Ding... Dong
Bunyi loceng yang kedengaran membantut dirinya ingin naik tangga. Dia mencapai tudung yang diletakkan diatas sofa dan menuju ke pintu. Dia memulas tombol itu dan menariknya.
Terkedu dia melihat lelaki itu. Dia memeluk lelaki itu erat tanpa ingin lepas. Lelaki itu tergelak melihat perangai manja Tengku Syafiqah. Dia membalas pelukan.
"Miss you abang" ucap Tengku Syafiqah disebalik pelukan. Lelaki itu tersenyum nipis dia menggosok lembut kepala Tengku Syafiqah.
"Abang pun rindu dengan adik abang sorang ni" kata lelaki itu lembut.
Tengku Syakir anak sulung dalam keluarga dan abang kepada Tengku Syafiqah.
"Bila abang balik sini? Bukan ada lagi setahun ke? " soal Tengku Syafiqah pelik. Dia melepaskan pelukan dan memandang wajah kacak abangnya.
"Memang betul lagi setahun tapi masalah dekat Dubai dah selesai tu yang abang fly sini " jawab Tengku Syakir.
"Oo, masalah tu ke? " soal Tengku Syafiqah dingin. Dia memandang tajam kearah Tengku Syakir. Lelaki itu apa kurang juga terus menjadi dingin dan berwajah ketat.
"Hmmm" jawab Tengku Syakir. Tengku Syafiqah berdecit kasar.
"Abang masuklah adik nak pergi mandi kejap lagi nak keluar. Dekat atas meja adik ada masak keoy teow abang makanlah dulu" kata Tengku Syafiqah dan berlalu masuk. Tengku Syakir mengikut dari arah belakang.
Tengku Syakir meletakkan begnya disofa dan menuju kearah dapur.
15 minit kemudian, datang Tengku Syafiqah.
?
aq tk tahu cam ne nk explain so aq bgi gambar je muka tu abaikan
Dia duduk dihadapan abangnya dan mengambil pinggan dan sudu garfu ditepinya. Dia mengambil keoy teow dan diletak diatas pinggan.
Keadaan sungguh senyap tanpa kedengaran suara. Hanya sudu garfu yang berlaga sahaja kedengaran.
"Tadi adik kata nak keluar kan? " soal Tengku Syakir kepastian. Tengku Syafiqah hanya mengangguk.
"Abang nak ikut boleh? Bosanlah duduk rumah besar gedabak ni sorang sorang" kata Tengku Syakir. Tengku Syafiqah tersenyum dan mengganguk kepalanya.
Selesai makan Tengku Syafiqah dan Tengku Syakir keluar dari rumah. Tengku Syafiqah mengunci pintu rumah dan menyimpannya dalam beg. Dia membuka rak kasut dan mengambil kasut berwarna putih.
Dia berjalan kearah abangnya dan menadah tangannya. Tengku Syakir memandang pelik.
"Asal? " soal Tengku Syakir.
"Nak kunci kereta."
"No! "
"Please abang " rayu Tengku Syafiqah.
Ni yang buat dia lemah dengan rayuan adiknya. Dia menyeluk tangannya dalam poket seluar dan mengeluarkan kunci kereta porschenya berwarna putih. Dia memberikan kepada Tengku Syafiqah.
"Adik jangan buat jalan raya tu jalan adik punya nanti" Tengku Syakir memberikan amaran kepada adiknya. Adiknya bukan boleh jangka.
Tengku Syafiqah mengangguk dan mengambil kunci ditangan abangnya. Mereka masuk kedalam kereta. Tengku Syafiqah keluarkan kereta dari porch dan terus menekan kuat pedal minyak.
Terus sahaja porsche berwarna putih itu meluncur seperti kereta lumba. Membulat mata Tengku Syakir dia memandang tajam kearah Tengku Syafiqah.
"Adik perlahankan kereta! "
"Ummi papa selamat pagi" kata Ku Syaf Ariana ceria. Dia mencium kedua pipi orang tuanya dan duduk dihadapan Tengku Rohani.
Dia mengambil sandwich dan meletakkan diatas pinggan kemudian dia mengambil ketayap dua biji dan diletak diatas pinggan.
"Selamat pagi angah" serentak kata Tengku Rohani dan Ku Umar.
Tengku Rohani memerhati kearah anaknya. Dia menaikkan alis kanan. "Angah cantik-cantik ni nak pergi mana? " soalnya.
Dia memakai sweater berwarna biru laut dan berseluar jeans. Ditambahkan lagi seri tudung bawal berwarna kelabu.
Ku Syaf Ariana berhenti dari menguyah. Mata berwarna kelabu itu memandang kearah umminya.
"Iman ajak keluar katanya nak beli barang kem " jawab Ku Syaf Ariana tenang.
Dia menelan makanan yang terakhir dan mengambil gelas. Dia menuang air masak kedalamnya dan meneguk dengan rakus.
Kornea mata itu memerhati jam dipergelangan tangan. Dia berdiri dan menuju kearah orang tuanya
"Ummi papa angah pergi dulu" Ku Syaf Ariana bersalaman dengan Tengku Rohani dan Ku Umar.
Dia mengambil kasut vans berwarna hitam putih dan memakainya kemudian dia berlalu kearah ferarrinya pemberian papanya berwarna merah.
Dia membolos diri kedalam kemudian keluar dari perkarangan rumahnya. Dia membetulkan kedudukan sedikit dan terus dia menekan pedal minyak. Ferrari itu berjalan menyusuri jalan raya.
Disuatu tempat, mereka semua berkumpul disatu meja. Masing-masing berwajah dingin dan ketat.
"Macam mana dengan kita punya plan? " soal lelaki itu kepada ketua mereka.
Ketua mereka hanya diam sahaja. Dia memandang tajam satu persatu wajah ahli mereka sebelum dia mengangguk kecil dan tersenyum menyenget.
Yang lain faham maksud ketua mereka hanya tersenyum sinis.
Share this novel