Khalis mengesat rambut yang basah. Tuala disidai pada ampaian kecil yang terdapat di penjuru bilik. Dia melangkah ke balkoni. Udara segar dihirup.
"Tuan muda!"
Panggilan dibiarkan tanpa menyahut. Khalis ingin bersendirian. Dia yakin ayah angkatnya mahu membahas tentang dirinya dengan Chaca. Terasa angin membelai tubuh yang masih basah. Sejuk sehingga ke tulang. Khalis memeluk tubuh. Mata memandang bulan penuh. Indah. Ketukan pada pintu tidak dihiraukan.
Tak sedar senyuman tipis terukir pada bibir. Senyuman yang menyembunyikan luka. Tangan memegang erat pagar balkoni. Taman landskap yang terdapat di halaman rumah mereka dipandang. Lama. Khalis mengimbau kenangan. Itulah tempat mereka bertiga selalu bermain.
Disitu terdapat beberapa jongkang-jongket. Dulu kebiasaannya dia akan bermain dengan Abang Adam. Namun setelah ayah angkatnya mengambil seorang lagi anak angkat. Adam tidak lagi membuang perhatian terhadapnya. Tiada lagi gelak tawa mereka berdua. Setiap kali Khalis balik daripada sekolah, dia akan memerhati Abang Adam bermain dengan Chaca di taman itu dari balkoni. Memerhati dari jauh sudah memadai. Tersenyum-senyum seorang diri.
Bila usia mereka menjejak belasan tahun. Mereka dengan urusan masing-masing. Tak sedar waktu memisahkan mereka berdua. Khalis sememangnya dari kecil tidak rapat dengan Chaca. Kadang-kadang rasa tidak puas hati bertandang. Namun cepat-cepat dia membuang rasa itu. Takut berdendam. Kini bila besar disuruh berkahwin dengan gadis yang sudah dianggap sebagai adik. No. Dia tak sanggup.
Khalis sendiri keliru. Ada juga rasa cemburu melihat Adam begitu rapat dengan Chaca. Khalis mahu merapati Chaca. Berkawan seperti Adam. Namun ianya mustahil. Malah Chaca semakin jauh.
Lamunan jauhnya terhenti. Khalis Rayyan menongkat dagu. Tawa kecil terbit menutup rasa kecewa di dada. Dia bangun melangkah mendekati katil. Badan dihempaskan pada tilam katil. Mata dipejam. Mengusir jauh-jauh kekusutan di kepala. Matanya mula terasa berat. Khalis ketiduran.
______
Chaca menggigit bibir lembut. Ragu-ragu mahu mengentuk pintu bilik Abang Khalis. Baru sahaja tangan mahu menyentuh pintu bilik, pintu dibuka dari dalam. Chaca menunduk. Dapat dia lihat sepasang kaki sedang berdiri di hadapannya.
"Kenapa?"
"Ayah panggil turun."
Khalis melangkah tanpa banyak berbunyi. Diekori Chaca dibelakang. Sampai di anak tangga terhujung, mereka berhenti. Adam memandang mereka dengan tatapan membunuh.
"Kau buat apa dengan Chaca?" Adam menyoal keras. Kolar baju Khalis dicengkam.
"Tak ada apa-apa pun bang. Chaca panggil Khalis ajak turun."
Jawapan Khalis tidak diendahkan. Dia menumbuk perut lelaki itu. Entah kenapa hatinya meruap-ruap marah. Tanpa memohon maaf dia berlalu pergi.
Chaca mendekati Khalis. Risau dibuatnya melihat hujung bibir abang angkatnya itu terdapat sedikit darah.
" Abang okey?"
Khalis mengangguk. Dia bangun menuju ke ruang tamu. Darah digosok kasar. Khalis duduk bertentangan dengan ayah angkatnya. Renungan tajam si ayah ditentang berani.
"Kenapa baru turun?"
"Khalis tertidur."
"Jangan nak bagi alasan!" Tan Sri Zaidi bangun berdiri. Gelas yang dipegang dilempar ke dinding. Mencelang memandang anak angkat yang agak tidak beradab.
Khalis mengeluh. Kalau dia tahu akan menjadi sebegini, dia takkan turun. Berkurung di dalam bilik lebih baik dari melayan amukan marah ayah angkatnya.
"Uncle, kenapa ni? Ada masalah ke?" Khalis bangun. Bahu Tan Sri Zaidi dipaut. Redup tatapan dilemparkan ke arah lelaki itu.
Tan Sri Zaidi mengeluh kecil. Tangan Khalis diturunkan. Dia mengatur langkah keluar dari rumah. Naik berang dibuatnya tadi bila anak angkat lelakinya yang tak pernah membuat hal mula menunjuk belang. Tapi saat lelaki itu memujuknya. Dia berasa sayu. Adam Harris, anak kandungnya sendiri tidak pernah berbuat sebegitu.
Khalis memandang tubuh ayah angkatnya yang menjauh. Dia berjalan menuju ke dapur.
"Kak Lin!"
Muncul seorang wanita sebaya dengannya. Khalis menunjuk ke arah ruang tamu.
"Ada gelas pecah, boleh tolong kemaskan? Khalis ada kerja nak buat."
Linda mengangguk. Khalis bergerak naik ke bilik. Dia berhenti tatkala melihat Adam sedang berpeluk dengan Chaca di depan sofa tanpa menyedari kehadirannya. Hatinya remuk. Khalis menyambung langkah. Pintu bilik dikunci. Dia menuju ke balkoni. Sekali lagi perasaannya berkecamuk.
_________
Adam mengetap bibir. Terasa dibuatnya bila Chaca menolak ketika dia mahu memeluk. Lantas dengan paksaan, gadis itu ditarik masuk ke dalam dakapan. Rontaan Chaca tidak dihiraukan. Senyuman puas terukir pada bibir.
"Apa ni abang!? Chaca tak suka abang buat macam ni!" Chaca memijak kaki Adam. Sudah merah padam mukanya. Tiba-tiba dia berasa kurang senang dengan sikap Adam. Tangan naik mencapai bantal yang ada diatas sofa. Badan lelaki itu dipukul.
"Chaca, ini bukti abang cintakan Chaca sangat-sangat." Adam cuba mencium adik angkatnya yang kelihatan begitu menggoda pada malam itu.
"Abang Khalis! Tolong!"
Jeritan nyaring itu berjaya sampai ke pendengaran Khalis. Khalis bangun. Dia turun ke bawah. Kosong! Dia yakin suara itu datangnya dari situ. Matanya membulat sempurna melihat kaki Chaca terjulur keluar di pintu bilik Adam. Dia mendekat. Pintu ditolak.
Dia tergamam. Khalis berlari masuk. Cengkaman Adam pada baju Chaca ditarik. Badan Adam ditolak menjauh.
"Chaca, pergi."
Chaca akur. Dia berlari keluar dengan rasa ketakutan yang masih tersisa.
Khalis menentang tatapan tajam Adam.
"Apa ni abang?"
"Kau jangan panggil aku abang. Meluat tahu tak! Kau tak layak jadi adik aku, bodoh! Bagi tahu ayah pasal apa yang jadi, biar orang tua tu tahu aku takkan mengalah begitu mudah!" Adam menolak Khalis keluar dari bilik.
Khalis mengetap bibir. Tangisan Chaca kedengaran. Dia menuju ke bilik Chaca. Pintu diketuk.
"Chaca, aku ni. Abang Khalis."
Pintu terbuka lebar. Khalis masuk mendekati Chaca yang duduk memeluk lutut di bucu katil. Kepala gadis itu diusap.
"Stop nangis. Jom pergi makan. Kau tak makan lagi kan?" Khalis menyoal datar.
Chaca bangun. Tanpa memandang ke arah abang angkatnya itu, dia terus bergerak menuju ke dapur. Kabinet dibuka. Roti Gardenia dikeluarkan. Jem kaya disapu. Siap membuat, roti dihulurkan kepada Abang Khalis. Kemudian baru dia membuat untuk dirinya sendiri.
Khalis menyambut. Dia memasukkan ke dalam mulut. Mata tak lepas dari memandang gerak geri Chaca. Tawa tergetus pada bibir. Cukup perlahan membuatkan Chaca tidak mendengarnya.
Adam memerhati. Nafasnya naik turun. Rahang diketap. Dia menjeling tajam sebelum menyambung langkah ke arah kereta di luar.
Share this novel