Bab 12

Romance Completed 21373

Naila bermain dengan Izhan di atas sofa. Dialah yang menemani Iris selama ini. Izhan sudah dianggap seperti anak sendiri. Sungguhlah anak rakannya ini begitu comel. Setiap hari, tentu pipi itu akan dicium dahulu.
Iris sibuk memasak di dapur. Hari ni giliran dia memasak. Malas mahu makan diluar. Cuti begini tentu ramai orang. Nasib baik Naila tidak balik ke kampung kerana ibu bapanya tidak ada di rumah. Adalah teman.
"Siapa Ryan Izhan? Siapa?" diagah-agahnya bayi itu. Terkekek-kekek Izhan ketawa.
Ding dong.
Naila berpaling ke pintu. "Siapa?" tanya Iris kepada Naila. Naila dan Iris memakai tudung. Api dapur ditutup. Naila mengendong Izhan. Iris membuka pintu. Terkejut dia melihat seluruh ahli keluarga ada didepan pintu pagar rumah sewa mereka.
"Siapa diaorang tu?" tanya Naila yang sedang mendodoi Izhan. Iris tidak menjawab. Perlahan-lahan dia membuka pagar. Mereka diam membisu. Sebaik sahaja pagar dibuka, tanpa segan silu, Rayyan memeluk Iris. Rindu! Hanya perkataan itu menterjemahkan perasaannya terhadap Iris.
Terbeliak mata Naila. 'Mungkin itu suami dia kut?' dia berfikiran positif. Pelukan terlerai. Mata Rayyan tertancap pada bayi yang dikendong Naila.
"Dya, umi dan walid rindu sangat pada Dya." ibu bapa Iris memeluk tubuh kecil itu pula. Ilhan tersenyum. Dia menyalam Iris. Kakak kut! Diikuti dengan Irdina, ibu bapa Rayyan. Hareez membalas senyuman sahaja dengan Iris.

"Eerrrr.. marilah masuk dahulu." Iris berasa sedikit tidak selesa apabila Rayyan memerhatinya dengan pandangan tajam. 'Adakah suaminya itu sudah tahu tentang Izhan?'
*****************
"Yang ni Naila, kawan Iris." dia memperkenalkan Naila kepada keluarganya. Naila menyalam ibubapa Iris dan Rayyan serta adik beradik mereka.
"Naila, ni ibu bapa aku, ibu bapa mertua aku, abang ipar, adik, kakak, dan ......" Iris terhenti apabila jarinya menunjuk kepada Rayyan. "Suami kau, kan?" Naila pantas meneka. 'Handsomelah laki Iris ni. Patutlah anak comel gila.'

"Yang ni siapa ya, Iris?" tanya Rayyan sambil mengambil Izhan dari tangan Naila. Anaknya itu dikendong lalu dicium pipi itu. Semua mata menumpu ke arah bayi itu. Tangan mereka asyik mencuit pipi montel itu.

"Ryan Izhan." jawab Iris perlahan. Naila sudah masuk ke dalam biliknya. Biarlah keluarga Iris berbincang tanpa gangguan. "Anak kita." Iris tidak pasti sama ada itu penjelasan atau pertanyaan.

"Dya, kenapa tak beritahu kami yang Dya pregnant dulu?" Puan Sri Hadina memegang tangan Iris.

Iris menelan air liur. Akhirnya rahsianya terbongkar. "Maafkan Dya. Dya bukan tak mahu beritahu tetapi keadaan masa tu tak mengizinkan." perlahan suara Iris. Anak matanya melihat Rayyan yang asyik bermain dengan anak mereka. Merah pipi bayi itu akibat selalu dicium.

"Ke awak tak suka saya? Awak tak boleh terima ke ni anak saya juga? Benci sangat ke awak pada saya hingga saya tak merasai detik-detik berharga semasa mendapat cahaya mata? Tak dapat azankan anak saya sendiri? Tak tahu pun kewujudan dia.Tak tahu nama dia. Tarikh lahir dia. Apa salah saya pada awak?" Rayyan memandang Iris. Memang itu luahan dari hati Rayyan.

Tipulah dia kalau dia kata dia tidak ada kemahuan meneman isteri sendiri di saat mengandung dan melahirkan zuriatnya. Dan mengazankan anak. Setelah beberapa bulan anaknya melihat dunia, barulah dia memunculkan diri. Rasa tidak berguna ketika ini.

"Bu.. bukan macam tu. Saya cuma takut sebab saya, awak dan Tania berpisah. Saya taknak. Kalau awak nak tahu semua pasal dia, biar saya beritahu. Nama dia, Ryan Izhan bin Rayyan Hadif, beratnya 5.3kg. Tarikh lahir, 23 Mei. Err.. apa lagi?" Iris gelabah. Dia tidak mahu mengguris hati Rayyan.

"Itu pun dah cukup." ujar Rayyan lagi. Mereka bergilir-gilir mengendong bayi itu. Berebut besan-besan itu ingin memegang cucu sulung mereka. Tidak sangka mendapat cucu seawal ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience