bab 4

Romance Completed 119597

Seperti biasa Rania bangun dan terus mandi dan mengerjakan dua rakaat sebagai umat islam .

Beralih ke cermin melihat dirinya ,mematut seketika ,memandang wajahnya tiada cacat dan celanya.

Miliki paras rupa yang cantik,alis tebal terukir ,bulu mata melentik ,berkulit cerah biarpun tidak secerah poselin dan kulit tetap mulus kerana dia selalu membuat perawatan kecantikan tiap-tiap bulan.
Untung ada gaji sendiri dan boleh sesuka hati untuk miliki apapun meskipun papanya selalu memberinya duit setiap bulan sebelum ini malah selepas dia bekerja pun papanya tetap menyisakan duit belanja buatnya apabila tiba waktu gaji.

" ini wang belanja" Razlan menghulurkan beberapa keping duit lima puluh kepada Rania anak perempuannya itu.

" pa...kan Rania dah ada gaji sendiri"

" itu gaji kamu...ini nafkah buat anak kesayangan papa...itu kamu simpan buat apa sahajalah...duit papa ni untuk buat belanja harian"

" kerja atau tak tetap akan papa berikan ...ambil" Razlan tetap berkeras menghulurkan duit tersebut kerana bagi Razlan duit yang dia hasilkan selama ini adalah untuk anak dan isterinya.

Walaupun nantinya Rania sudah pun menjadi tanggungjawab orang lain.

Kerana isteri dan anak lah yang menjadikan dia sekarang,rezeki yang tidak pernah putus.

" thanks papa...you're the best father in the world" langsung tubuh tinggi Razlan dipeluk erat dan kedua pipinya dicium.

" papa tetap akan berikan duit untuk anak papa ni...hanya kamu Rania anak kami...rezeki kita...walau nantinya Rania dah kahwin" ucap Razlan lagi.

Itulah kata-kata daripada papanya yang tetap Rania ingat selalu.
Kasih sayang antara keluarganya tidak pernah kurang sebab itu jugalah apabila dia dan Faiq diminta untuk menikah dia terpaksa akur meskipun hati menolak.

Pengorbanan orang tua yang tidak pernah berbelah bahagi.

Rania masih menatap wajahnya di pantulan cermin.
Merenung lama wajah itu,wajah yang sentiasa terukir senyum namun di dalam hatinya yang penuh galau itu tidak ada siapa pun yang tahu.

Namun apa kekurangan yang ada padanya sampai Faiq tidak pernah memandangnya melainkan menganggapnya sebagai sebatas teman sahaja.

Benar cinta itu bukan hanya lahir daripada memandang kecantikan luaran tapi juga dalaman.

Tapi dia juga bukan jahat malah mungkin juga wanita idaman lelaki .

Tapi mungkin semua pandangan berbeza pada orang yang berbeza.

" ah..biarlah apapun aku kan akan jadi isteri dia ,dia memang tidak cintakan aku pun sekarang ini tapi aku yakin satu saat hatinya akan bisa nilai yang aku ikhlas terimanya" Rania berbicara sendiri.

Selesai memastikan penampilannya kemas dia terus melebarkan langkahnya menuju ke bawah.

" assalamualaikum mama,papa" seperti biasa kedua orang tuanya sudah pun berada di meja makan.

" waalaikumussalam sayang" jawab kedua mereka bersamaan.

Rania duduk berhadapan kedua mereka.

Mengambil sepinggan nasi goreng ,dia tidak pernah kisah pasal makanan selain alahan pada udang dan tidak suka beberapa jenis ikan.

" dah bagitahu Faiq?" tanya mamanya.

Rania menghentikan makannya seketika.

" pasal?" dia bertanya balik .

"pasal hari ini beli cincin dan fitting baju" lirih mamanya.

" oh..dah malam tadi" dia hanya berkata dah tapi bukan itu jawapan yang tepat kerana sampai ke pagi ini tunangnya itu tidak menelefon atau membalas pesanannya.

" ok nanti jam lima mama tunggu kat butik Datin Farida"

Datin Farida adalah ibu Faiq bermakna bakal ibu mertua Rania.
Memiliki butik pakaian pengantin dan pakaian berjenama .

Rania hanya mengangguk dan meneruskan makannya.

Setelah selesai dia berpamitan dengan mama dan papanya.

Fikirannya tidak sekalipun tenang daripada kelmarin sejak menjadi tunangan lelaki bernama Faiq Haikal itu.

......
.......

Faiq sejak malam tadi menghabiskan malam bersama dengan Intan di apartment terjaga jam sudah pun tujuh pagi dan tidak sempat bersarapan terus bersiap ke pejabat kerana hari ini ada mesyurat bersama pelabur.

Sesampainya di pejabat kelihatan semua pekerjanya sudah pun datang dan menjalani tugas mereka.

Saat dia melewati untuk masuk ke biliknya sempat dia melirik ke arah wajah cantik Rania.

Wajah yang rias tanpa makeup tebal itu seolah mencuri pandangannya pagi ini.

Tuan empunya badan sedang sibuk menatap laptop di depannya tanpa perasan ada mancuri pandang ke arahnya.

" ehem" deheman dari belakang mengejutkan Faiq.

" curi-curi pandang atau curi hati?" tanya Faiz menepuk bahu sahabatnya itu.

Faiq menjeling dan berlalu masuk ke ruangannya dan Faiz tergelak turut membuntutinya.

" ini dokumen mesyuarat,terlewat ya bos malam tadi berapa ronda?" tanya Faiz memerli Faiq.

" hal dalam kain aku kau nak tahu buat apa?" Faiq mendecak geram.

" hahah...tengok muka pun tahu kau letih...ingat Faiz jangan terlalu asyik main perempuan tak takut penyakit ker?" Faiq melotot tajam ke arah Faiz seawal pagi sudah dengar omelan orang memang bukan waktu yang tepat.

Perutnya kosong ,fikiran jadi serabut .

" aku main dengan satu perempuan aja" lirihnya malas nak berdebat panjang dengan Faiz.

" suka hati kaulah Faiq,cuma aku tak nak kau sakitkan hati Rania,ingat kalau kau sakiti hati dia bermakna kau juga sama sakiti hati aku" Faiz bangun dari duduknya.

Hatinya memang geram saat tahu Faiq menerima perjodohan ini hanya untuk kesenangan hati orang tuanya sahaja.

" ingat meeting jam sepuluh" sempat Faiz berbalik dan berpesan kepada share partnernya itu.

Faiq hanya mengangguk.

Teringat telefonnya tidak sempat dia melihatnya lagi.

Beberapa panggilan tidak dijawab dan pesanan dari Rania.

Dia bangun dan beralih ke bilik Rania.

" ya bos ada apa?" pertanyaan formal macam biasa.

" temankan saya breakfast jap" wajah dia mempamerkan harapan agar tunangnya bersetuju atau sekaligus untuk menebus kesalahan tidak menjawab atau membalas panggilan.

Rania melirik jam di tangannya sudah jam hampir sembilan Faiq datang dengan perut kosong memang sah malam tadi kurang tidur.

" ok" dia bangun dari duduknya dan mengambil beg tangannya.

Keluar bersamaan dengan Faiq menuju ke cafe yang berada di seberang berhadapan dengan pejabatnya.

" kenapa tak makan di cafe office jer kan dekat,kejap lagi ada meeting" tanya Rania hairan .

Faiq tidak menjawab sebaliknya memesan makanan terlebih dahulu.

Perutnya perlu diisi terlebih dahulu sebelum bercakap.

Banyak perkara di fikirannya kini untuk diluahkan pada Rania.

Rania hanya diam memerhati tidak mahu menganggu fikiran Faiq saat ini.

Faiq mempelawanya untuk makan sekali namun Rania menolak dan hanya memesan segelas air sahaja kerana tadi dia sudah pun bersarapan di rumah.

Rania memang tidak boleh terlewat makan kerana ada gastrik jadi dia juga tidak akan pernah lupa untuk ambil makan sarapan meskipun cuma sekeping roti bersama secawan air.

" maaf pasal malam tadi,telefon silent mode" ucapnya seketika suasana sunyi.

" faham,tapi bos dah bacakan pesan saya?" tanya Rania dan dapat anggukan dari Faiq.

Seketika pesanan dah sampai di meja.

" saya dah sarapan tadi" Rania melihat di meja semua pesanan ada dua,maka Faiq juga memesan untuk ya.
Meskipun menolak tadi tetap Faiq memaksa juga.

" makan ajalah ,temankan aku" nada datar merumitkan keadaan.

" suka paksa orang" Rania memayungkan bibirnya,Faiq tersenyum sinis dia tahu Rania tidak akan menolak soal makanan.

Terpaksa Rania makan biarpun perutnya sudah penuh nasib hanya roti sahaja yang dipesan oleh Faiq tadi.

" aku ada something nak cakap dengan kau" Faiq kembali bercakap selepas menghabiskan sarapannya.

" apa dia? soal kita atau Intan?"

" dua-dua" sudah Rania menduga pasti ada yang tidak kena melihat wajah serabut Faiq.
Wajah yang mempamerkan sejuta masalah dan pasti masalah yang akan lelaki itu khabarkan nanti akan menyesakkan dadanya.

" hurm...rasanya tak tepat " Rania melirik jam di tangannya .

" petang nanti lepas waktu kerja kita boleh bercakap kan," Rania bangun tapi lengannya ditahan oleh Faiq.

" kita dah lewat bos,hampir jam sepuluh kan bukan bos tepati masa?" Faiq melepaskan pergelangan tangan Rania.

Tentu masalah besar lagi gumam Rania dalam hatinya.

Dia membayar harga makanan dan membuntuti Rania dari belakang.

Mereka hanya berjalan kaki ke seberang.

Saat ingin melintas Faiq menggengam erat tangan Rania.

Rania terkejut ,bukan dia tidak biasa bersentuahn dengan Faiq mahupun Faiz namun kali ini pegangan itu rasa berbeza.

Rania hanya membiarkan Faiq menggenggamnya sampai di lobi pejabat bahurulah dilepaskan kerana tidak mahu semua mata tertumpu ke arah mereka.

Biarpun sudah tahu status mereka sekarang tetapi tidak perlu mereka mempamerkan kemesraan pada waktu kerja.

Hampir dua jam akhirnya mesyuarat berakhir .

"Rania" panggil Faiq apabila wanita itu ingin melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

"ya bos" Rania berpaling.
Faiz yang melihat situasi itu hanya menggelengkan kepala dan meneruskan langkahnya menuju keluar malas untuk dia masuk campur urusan dua sahabatnya itu.
Hatinya masih merasa kesal dan kecewa saat ini.

"masuk bilik kejap" Rania mengangguk dan membuntuti Faiq masuk melalui pintu yang menghala ke ruang pejabatnya.

"something wrong bos?" tanya Rania hairan sejak dari tadi lagi lelaki itu seolah sembunyikan sesuatu dan ingin meluahkannya.

"duduklah" dia mempersilakan Rania duduk di sofa.

Rania duduk berhadapan dengan Faiq.

"ada problem ?" Rani bertanya terlebih dahulu menatap wajah serabut Faiq.

Faiq menghela nafas dan mengangguk.

" Intan hamil" ucapnya datar,umpama terhempap batu besar di kepala Rania saat terdengar kata Faiq.

Rania terpaku diam antara mimpi atau realiti ,percaya atau tidak,sejauh ini rupanya perjalanan cinta mereka,lupa halal dan haram.
Mereka ternyata menghalalkan segala cara untuk bersama.

Aneh dengan manusia yang lupa dosa,hanyut dalam dunia percintaan sanggup gadaikan maruah.

Lelaki tak pernah kerugian melainkan wanita,kalau ada yang ingin bertanggung jawab ya nasib baik jika sebaliknya murung sepanjang hidup dan makhluk yang tak berdosa yang jadi mangsa kerakusan nafsu.

", berapa bulan?" Rania menuetralkan kata meskipun saat ini kerongkongan terasa tersekat namun dia berlagak tenang.

Fikiranya menjadi kosong,tunangannya milik orang lain dan juga akan miliki anak juga.

Dia tertawa dalam diam,ketawa atau sedih?
Tak, memang wajar begitu,Faiq bukan cintakan dia hanya Intan yang bertakhta di hatinya dan tubuhnya juga.

Rupanya dia sudah dimadukan terlebih awal sebelum pernikahan terjadi.

" katanya lima minggu", jawab Faiq ada nampak gurat kegusaran di matanya.

Berani buat berani tanggung,nikmat yang dapat dan hasilnya juga pasti ada.

" so apa masalahnya.?" tidak ada soalan yang mampu Rania ajukan saat ini.

" aku sendiri bingung Rania..tak.sangka jadi macam ni" dasar lelaki sama sahaja apakah cinta itu perlukan tubuh untuk yakinkan kejujuran?

"kenapa tak nikah aja dengan dia?", soalan berani mati,biarpun dia sendiri tidak rela di madukan dan berbahagi semuanya.

Tapi itulah hakikatnya cinta Faiq hanya untuk Intan dan tidak ada bezanya dimadukan atau pun tidak kerana sekarang pun dia sudah pun hidup bermadu.

Kelihatan Faiq termenung dan tidak menjawab soalan Rania.

"saya tak kisah,sama ada awak nak nikah dia atau saya dulu,ataupun lebih baik kita batalkan pertunangan kita"sinis Rania dia tahu tidak ada bezanya siapa yang terlebih dahulu jadi isteri Faiq kerana keutamaan tetap pada Intan dan bukan dia.

Faiq memandang lekat wajah Rania yang kini sudah pun menjadi tunangannya.
Wajah cantik yang sudah beberapa tahun menjadi sahabat terbaiknya itu.

Bohong rasanya dia tidak pernah ada rasa terhadap Rania sebelumnya namun cuma dia hanya tidak berani bermain dengan api.

Baginya Intan adalah wanita yang pertama dia jatuh cinta dan tidak akan menduakan wanita itu setelah apa yang telah dia korbankan selama ini.

Perasaan terhadap Rania tidak dapat dia tepiskan cuma rasa cinta sahaja yang tidak mampu dia bahagiakan meskipun sebentar lagi mereka akan menjadi suami isteri seperti apa yang diimpikan oleh kedua orang tua mereka.

Cincin tunang di jari manis Rania direnung lama.

Dia sedar Rania kini adalah tunangnya dan juga sahabatnya tapi Intan juga harus dia tanggungjawab.

"Saya pergi dulu,fikirlah yang mana baik,biarpun kita nikah Intan tetap istimewa di hati bos kan?" Rania bangun dari duduknya.

Bukan niat nak membuka apa yang terbuku di hatinya.

Faiq diam tak terkutik tidak mengiya atau menidakkan ucapan Rania,tapi dia tahu pasti Rania terasa .

Faiq hanya memandang pemergian Rania.

Fikirannya sedikit tenang,namun masih dalam di lema ,andai diberikan pilihan antara Rania dan Intan ternyata dua-dua dia perlukan.

Rania pilihan orang tuanya dan Intan adalah cintanya.

dua bab untuk hari ini harap berpuas hati..selamat membaca semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience