Alya, Sofea dan Atiffa masuk ke dalam kelas 5A. Awie dan Aiman sudah keluar entah ke mana. Awie dan Aiman merupakan seorang pengawas. Begitu juga dengan Alya, Sofea dan Atiffa. Disebabkan mereka ialah pengawas maka mereka boleh masuk ke kelas sesuka hati namun masih perlu menjalankan tugas mereka selepas itu.
"Nah Nad..." Atiffa memberi roti berperisa coklat kepada Nadia.
"Thanks wey...nanti aku bayar eh" kata Nadia.
"Alaaa takpayah laa...aku belanja...lagi pon roti je, " ujar Atiffa.
"Makanlah Nad, nanti kau penat pula" kata Sofea prihatin.
"Ada aku benarkan dia makan ka?" tanya Adam kejam!
"Ala wey kesian la kat dia. Dia mesti lapar. Aku ni kalau tak makan waktu rehat...perut aku bunyi tauuu~~~" kata Alya sambil memegang perutnya.
"Itu KAU bukan DIA" kata Adam menekankan Kau dan Dia menunjukkan perbezaan orang.
"Tapi dia still manusia laaa...nanti dia pengsan macam mana?" tanya Sofea.
"Dah sekarang ni korang pergi bertugas! Biar ja la dia nak pengsan ka apa ka! Lantak la!" ujar Adam tegas.
"Tapi-" Sofea ingin bercakap namun kata-katanya dipintas
"ENGKU SOFEA BINTI ENGKU HAIKAL PERGI BERTUGAS!" jerkah Adam
"Fine!!!" Kata Sofea lalu beredar dari kelas! Ahh bapak singa ni! Sikit-sikit marah! Period ka apa?
"Yang korang berdua ni? Kenapa tercegat dekat sini? Nak aku jerkah juga ka?" tanya Adam sambil melihat muka Alya dan Atiffa.
"Nak pergi bertugas la ni!" kata Alya lalu beredar dari kelas. Atiffa hanya mengikut langkah Alya.
Keadaan di dalam kelas sunyi semula.
"Awak...kalau awak marah saya sekalipun...janganlah marah kawan saya" tutur Nadia perlahan.
Adam hanya membisu. Ahh stress la! Diam je kerja, memang takdak mulut kot! Nadia hanya mendiamkan diri. Malas nak bercakap semula. Kang dia pula yang ditengking.
Kruk kruk...
Aduhhh perut buat hal pula!! Erm tadi Nadia tidak bersarapan. Sekarang perutnya meminta untuk diisi. Erm...Nadia menggigit bibirnya.
"Makan roti tu" kata Adam perlahan tetapi Nadia tidak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Adam.
"Hah? Apa awak kata?" tanya Nadia
"Haih...KAU DENGAR NI! BUKA TELINGA TU LUAS-LUAS...AKU TAKKAN ULANG LAGI! AKU CAKAP MAKAN ROTI TU" marah Adam
Nadia terkaku. Wau Adam bagi aku makan? Yeay!
"Erm boleh saya duduk? Tak baik makan sambil berdiri" kata Nadia sambil tersengeh.
"Hm" Adam hanya meng"hmm"kan saja. Malas nak borak. Bukan apa takut cair dengan senyuman manis bak gula dan madu.
Nadia turun dari kerusi dan memakai kasutnya kembali. Kaki dan tangan diregang dek berdiri terlalu lama. Nadia duduk di atas kerusi lalu membuka bungkusan roti. Dibaca basmallah lalu menyuapkan sedikit roti ke dalam mulutnya.
"Terima kasih awak sebab bagi saya makan dan duduk" ujar Nadia.
"Jangan fikir bukan-bukan eh...aku bukan kesian dekat kau! Perut kau tu berbunyi sangat. Bising kau tau tak? Aku nak study pon tak boleh! Habis makan berdiri semula!" arah Adam.
Nadia hanya diam menikmati roti itu. Kata-kata Adam hanya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nadia perlu kuat dan kental dengan sikap panas baran Adam. Nadia pelik kenapa Adam tidak bergaul dengan perempuan dan hanya bergaul dengan sesetengah lelaki sahaja.
Di sebalik pintu kelas 5A.
"Kau dengarkan?" tanya Atiffa tiba-tiba.
"Ye aku dengar! Adam suruh Nadia makan dan beri dia duduk!" kata Sofea yakin.
"Pelik.. adakah Adam suka dekat Nadia?" tanya Alya.
Sedang mereka berborak mereka terkejut dengan suara seseorang
"Apa yang pelik?" tanya Aiman yang baru muncul ibarat hantu. Sekejap ada sekejap hilang.
"Bodoh kau ni! Pehal datang tiba-tiba ni! Kau ni kan macam hantu tau dak...apa tu datang tak diundang!" marah Alya.
"Haih pelikla...kau ingat tak dulu ada seorang budak ni...anak Dato Azman...dia pon kena berdiri juga tapi dia berdiri dekat padang! 3 jam! Tengah panas pula tu! Pastu budak tu kata dia lapar dan perut dia berbunyi tapi Adam hanya abaikan dia ja padahal tu kesalahan pertama dia...so pelikla sebab ni juga kesalahan Nadia yang pertama malah dia berdiri di tempat yang tak panas dan tak sejuk! Tapi senang-senang je Adam beri Nadia makan! Alasan nak study so bising...padahal bukan study pon...tengah melukis je...ingat aku tak tahu kot!" terang Sofea panjang lebar.
"Erm no comment" kata Awie yang entah dari mana muncul!
"Eh kau ni pon! Datangnya tak diundang!" marah Sofea pula.
"Hehe Sorry!" kata Awie sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal.
" TAK BERTUGAS!" jerit seseorang.
Sofea, Alya, Atiffa, Awie dan Aiman terkejut dengan suara seseorang lalu memusingkan badan melihat siapa yang berbunyi! Ah sh*t la Aina ni!
"Korang buat apa di sini? Sepatutnya korang bertugas di Blok B dan Kantin! Aku report dekat Adam!" kata Aina sambil memandang mereka dengan pandangan sinis.
"Diam la Ai-" Kata-kata Sofea dipintas oleh seseorang.
"Apa yang berlaku ni?" tanya Adam. Ketika dia sedang melukis tadi dia dikejutkan dengan suara seseorang. Haih serabut! Dengan Nadia yang sering tanya apa yang berlaku di luar. Haihhh! Serabut! Ganggu betul lah!
"Hai Adam...ni ha saya tangkap mereka berlima tak jalankan tugas. Sepatutnya mereka bertugas di blok B dan kantin. Saya yang bertugas di blok ni." ujar Aina dengan suara yang sengaja dilentok-lentokkan. Btw Aina juga seorang pengawas sekolah. Pelikkan? Orang jahat jadi pengawas. Alaa dia minta ayah dia untuk lantik dia jadi pengawas. Katanya nak jadi lebih bertanggungjawab. Ayah dia merupakan orang besar dan berpengaruh...so nak tak nak pihak sekolah kena ikut juga...malas nak dipanjangkan hal ini kepada owner sekolah. Tanggungjawab konon! Mehh buat dosa je ada. Langsung tak bertugas. Sebenarnya nak ikut Adam je. Dasar gila psiko.
Adam hanya diam tetapi merenung setiap orang. Yang lain hanya menunduk! Habislah!! Bila Adam diam itu tanda dia marah!
"Betul ka apa yang Aina cakap?" tanya Adam dalam nada mendatar.
Mereka diam membisu.
"AKU TANYA NI BODOH! KORANG NAK AKU MAKI KORANG KE? JAWABLAH!" kata Adam.
Walaupon Aiman dan Awie rakan karib Adam namun tidak dikecualikan sekiranya mereka melakukan kesalahan. Tapi bila Adam langgar peraturan sekolah tiada siapa berani bersuara.
" Betul" jawab Atiffa tenang. Fuhh!
"Aku akan denda korang juga. Kawan tetap kawan! Aku nak korang berdiri juga. Berdiri di luar kelas! Jangan masuk ke dalam kelas! Berdiri sampai balik! Faham?" ujar Adam.
"Faham" jawab mereka serentak.
"Saya tak dapat balasan ke Adam? Atas tangkapan dan tanggungjawab saya?" tanya Aina sambil cuba memaut lengan sasa Adam.
"Kau nak berdiri dengan diorang atau berlari di padang 10 round?" tanya Adam sarkastik.
"Okay saya pergi bertugas dulu." kata Aina lalu pergi meronda ke setiap tingkat. Tak kuasa dehhh nak berlari tengah panas. Nanti I pengsan!
Adam hanya menggelengkan kepalanya. Ah serabut! Banyak betul masalah!
"Bro...jangan malukan kami...please ahh...jatuh maruah aku nanti" bisik Aiman
"Lain kali jangan mengelat dari bertugas." bisik Adam semula.
Adam masuk ke dalam kelas semula dan melihat Nadia sudah berdiri di atas kerusi dan memegang beg di kepalanya. Adam terus duduk di kerusinya dan loceng berbunyi menandakan rehat sudah tamat. Pelajar-pelajar yang lain mula memasuki kelas dan duduk di tempat masing-masing serta mula mengulang kaji pelajaran kerana ujian 1 bakal bermula. Semua orang tidak berani mengeluarkan suara kerana Adam berada di dalam kelas. Masa berlalu dengan cepat...hanya tinggal sejam saja lagi kelas akan berakhir bermakna denda Nadia dan rakan-rakan yang lain bakal tamat. Adam berdiri lalu berjalan keluar dari kelas. Suasana kelas berubah 360°. Suasana kembali bising. Nadia hanya termenung jauh. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara seseorang!
Okay guys! Thanks for vote!! Please support! Tekan ??? tunggu next chapter! Thank you guys?
Share this novel