Aku pandang wajah mereka berdua, satu persatu. Wajah Aizat yang gelisah, wajah Kea Hin yang gusar.
"So?"
Aku peluk tubuh sambil tunggu jawapan mereka berdua.
"Sementara Emir takde, baik ceritakan hal sebenar dekat cikgu. Cikgu tahu, kamu bertiga rahsiakan sesuatu daripada cikgu."
Aizat pandang Kea Hin. Kea Hin pandang Aizat. Silent communication. Akhirnya, mereka berdua tarik nafas.
Aizat dan Kae Hin ambil tempat duduk di sebelahku sambil menundukkan kepala.
"Kalau saya cerita kat cikgu, cikgu jangan bagitahu Emir tau. Janji."
Aku angguk."Janji."
Aizat tutup muka sekejap. Kea Hin buang pandang ke arah bilik rawatan, seolah-olah mengawasi kelibat Emir.
Aizat dan Kea Hin sama telan air liur. Aku diam sahaja menanti hal sebenar daripada mulut mereka berdua.
"Sebenarnya, Emir tak bersalah cikgu. Emir tolong saya dengan Kea Hin daripada dibelasah oleh budak-budak samseng."
Aku mengerutkan dahi. " Awak berdua buat apa?"
"Kami berdua pergi ke kedai CD, lepas tu ternampak ada budak-budak kacau dua orang budak perempuan. Kami tegur mereka. Tapi tak expect mereka berdendam cikgu. Masa on the way ke parking, tiba-tiba budak-budak tadi pukul kami. Kebetulan masa tu, Emir dengan geng-geng dia lalu. Merekalah yang tolong kami cikgu."
Kea Hin sambung cerita. Aizat angguk-angguk kepala.
Aku mengeluh. "Habis tu, macam mana boleh terlibat dengan polis pulak?"
"At the same, somebody make report to the police. Then, budak-budak yang pukul kami tu terus lari bila nampak polis. Emir suruh geng-geng dia lari. Dia pun suruh kami lari, tapi tak nak. Emir cakap, biarlah dia bertanggungjawab."
Aku tarik nafas sambil menyandar di kerusi. Mataku pejam.
"Cikgu marah kami ke?"
Aku toleh muka Aizat dengan Kea Hin. Rasanya inilah kali pertama pelajar Tingkatan Enam Pluto tanya aku marah ke tidak?
Boleh tak aku daki Gunung Kinabalu sambil jerit dengan muka excited?
Sebab, selalunya mereka buat muka toya, muka seposen ,muka tak peduli aje bila aku marah, mengaum di dalam kelas. Boleh lagi dok usik kawan-kawan?
"Cikgu tak marah. Tapi lain kali, elakkan lah kalau situasi ni terjadi lagi. Cikgu puji tindakan awak untuk lindungi orang lain, tapi itulah, kita tak sangka mereka bertindak sampai macam tu sekali. Nasib baik Emir ada tolong awak berdua kan."
Aku mengulas lanjut. Aizat dan Kea Hin diam sambil mengangguk.
"Terima kasih Cikgu," ucap mereka berdua serentak disulami rasa bersalah dan rasa bersyukur.
Aku mengangguk lalu kembali bersandar.
"Awak bagitau cikgu kalau Emir dah keluar dari bilik rawatan nanti. Cikgu penat ni, baru balik dari kampung."
"Baik cikgu."
Aku pejam mata sekejap. Penat menguasi diriku. Penat akibat perjalanan jauh ditambah lagi dengan kes di balai polis. Mujurlah esok cuti. Sempat lagi mahu berehat.
Aku tersedar dari tidur apabila terasa haba badan seseorang dekat denganku. Aku angkat kepala dan hampir terkeluar mataku apabila melihatkan Emir yang begitu dekat denganku. Buntang mataku sekejap sebelum cepat-cepat mengalih badan ke arah lain.
"Sedap tidur cikgu?"
Soalan Emir buat aku berpaling semula ke arahnya.
"Penat bahu saya cikgu." Dia bangun seraya memicit-micit bahunya.
Aku kerut dahi. "Kenapa?"
"Takde apa-apa." Katanya sambil senyum segaris.
"Aizat dengan Kea Hin mana?" Aku bangun sambil menggeliat sebentar. Lega sedikit apabila tidur sekejap.
"Tandas."
Sepatah jawapan Emir.
"Serentak?"
"So?" Muka Emir kembali jengkel. Cemberut mulai menghiasi wajahnya. Grumpy.
"So, baliklah." Aku menepuk-nepuk muka lalu mengambil kunci di dalam poket seluar.
Ketika melangkah ke arah kereta, kelihatan Aizat sudah duduk mencangkung manakala Kea Hin sudah bersandar di kereta. Pelik.
" Emir cakap awak berdua pergi tandas?"
Sambil membuka kereta, aku menyoal mereka berdua.
"Kami tung..." Lengan Aizat disiku Kea Hin.
"Tung apa?"
"Cepatlah balik cikgu. Mengantuk dah ni." Suara Emir mulai geram. Tangannya digenggam erat.
Bipolar. Tadi elok aje. Sekarang? Macam naga jantan.
Aku mengeluh lalu keluar dari perkarangan klinik dan memulakan misi menghantar Aizat, Kea Hin dan Emir balik. Mujurlah rumah Aizat dan Kea Hin dekat. Masalahnya sekarang, dua kali aku pusing roundabout tak jumpa jugak rumah si Emir ni. Dah kena sembunyi oleh yang satu tu ke?
"Rumah awak mana Emir? Tak jumpa pun?"
Mataku meliar ke arah luar kereta. Memerhati sambil mencari nombor rumah yang dinyatakan Emir.
"Still tak jumpa ke cikgu? Bawak saya ke rumah cikgulah kalau macam tu. Esok still school holiday kan?"
Nasib baik kali ini aku tak terbreak mengejut. Namun jantung aku yang break mengejut. Gila ke apa? Percuma saja nak kena tangkap dengan JAIS?
"Boleh tak jangan main-main dengan cikgu? Cakap betul-betul rumah awak kat mana?"
Suaraku sudah naik seoktaf.
Muka Emir berpaling ke arahku. Serius dan berpeluk tubuh.
"Muka saya ada main-main ke cikgu? Saya taknak balik rumah malam ni. Balik rumah cikgu ajelah."
Ni syaitan mana merasuk si Emir sekarang ni. Tetiba nak balik rumah aku. Eh, ini kerja gila.
"Nope. Never. Baik awak bagitau sekarang where is your house Emir Hafiz!"
"Nope. Never. Saya nak balik rumah cikgu jugak."
Aku rasa macam nak facepalm muka sendiri. Nak tampar Emir pun ada. Keluhan kasar keluar dari mulutku.
"Nope. Never too. Your house number Emir!"
Emir pandang aku dengan senyuman sinis. "I will never told you unless you take me to your house. Period."
Aku terasa ingin meraung sekarang jugak!
Share this novel