Bab 31

Crime Series 28897

Mira terlopong mendengar cerita aku. Tak sangka semuanya jadi begini.

"Okay. End of story."

"Macam drama la cerita kau ni. Kalau tulis novel pun laku."

Aku menghirup Milo panas. Penat tekak bercerita.

"So, apa plan kau lepasni? Kau dah bebas dari genggaman Lee or Qarl."

Aku menjongket bahu.

"Mana dia sekarang? Kau taknak cari dia?"

"Dia tak tahu aku balik KL. Dia suruh aku stay dekat kampung. Dia kata sana je tempat yang selamat untuk aku."

"Laa yang kau balik sini gak kenapa?"

"Mati kutu la duduk kampung. Aku nak cari dia."

Biskut dicecah ke dalam Milo sebelum sempat dikunyah.

"Kau tak payahlah ada kaitan dengan dia. Bahaya la. Dia tu criminal. Kau tu student universiti. Kau kena clean, rekod bersih."

Aku menjeling Mira.

"Habis tu kalau apa-apa jadi kat dia macam mana?"

"Biar jela. Yang penting sekarang hidup kau bebas."

Mudahnya Mira cakap.

"Kalau May apa-apakan dia?"

"Not related with you, my dear."

"Mira... Dari semalam aku tak dapat khabar berita dari dia. Sunyi sepi je."

"Hmm. Aku taknak kau masuk campur, Anna. Lupakan Lee. Dia tak sepadan dengan kau."

"Mira..."

"Jangan la kisahkan Lee tu lagi. Semester baru kau dah nak start. Aku taknak dia bagi effect kat study kau."

Tapi...

"Dengar cakap aku, kalau kau berdegil jugak, kita putus kawan."

Mira bangun dan tinggalkan aku yang masih terkedu.

Sampai hati Mira.

Kedua-duanya aku sayang.

Qarl, where are you?
. .
. Qarl sudah lama tidak jejakkan kaki ke sini. Kondominium mewah milik May. Dia mahu membuat perhitungan dengan May sebelum dia mengarahkan konconya bertindak.

Loceng pintu ditekan. Ting tong.

Tiada sahutan dari dalam. Minah gila ni takde kat dalam ke?

Ting tong. Ting tong.

Ditekan sekali lagi bertalu-talu.

"Wait... I'm coming."

Pintu dibuka. Dilihatnya May dari atas bawah yang memakai pijama merah separas peha yang menampakkan lurah dada.

Seksi betul. Dipadankan dengan rupa May tentulah sepadan dengan kariernya. Model.

May terkejut. Qarl datang menjenguknya setelah sekian lama mereka tidak bersua.

"Qarl... Hai. Baby, you datang sini jenguk I?"

"Kenapa kau terkejut macam nampak hantu? Boleh aku masuk?"

"Sure, baby. You datang tepat pada waktunya."

May menarik Qarl ke dalam pelukan.

"May, aku datang bukan sebab nak buat semua benda ni dengan kau."

May memeluk Qarl. Sengaja nak membangkitkan nafsu Qarl supaya bergelora.

"I miss you, baby. Please... Don't leave me again."

"Kau tengah tunggu someone datang ke?"

Sengaja mahu lihat reaksi May.

"Err... Mana ada. Of course I'm waiting for you sayang."

May menarik Qarl duduk di atas sofa. Dia rindukan belaian manja dari Qarl. Teringat saat mereka bersama. Semuanya indah.

"Baby... Look at me."

Qarl menatap mata May.

Huh. Hipokrit punya perempuan. Plastik.

"I nak you. I dah lama menantikan you, darling."

"Bukan ke kau dah ada pengganti aku. Siapa namanya, Jason kan?"

May melarikan mata.

"Mana ada. I sayang you jela. You jangan dengar gosip liar."

Qarl ketawa berdekah.

Tanya sikit je minah ni dah start gelabah.

"Sampai hati you tuduh I bukan-bukan."

Jari jemarinya berlari ke kolar baju milik Qarl.

"You datang sini sebab rindukan I kan?"

Dia nak Qarl jadi miliknya malam ni. Hanya Qarl boleh puaskan dia.

"Aku nak straight forward. Aku datang sini sebab nak kau lepaskan konco aku. Kalau kau taknak sesuatu buruk berlaku pada kau dan konco kau, jangan cabar aku."

May menolak dada Qarl kasar.

"Oh, jadi you nak pergunakan I la. Biar Iepaskan konco you. Jangan harap, Qarl. No way, Qarl."

"Aku ada tawaran untuk kau."

Qarl mengeluarkan surat dari kocek seluar.

"Ni agreement penyerahan harta yang kau idamkan sangat tu. Kau boleh ambil, tapi jangan ganggu hidup aku lagi."

Terbuntang mata May membaca. Yes, inilah yang dia idamkan selama ini. Harta Qarl.

"You nak bagi I semua ni?"

Qarl mengangguk.

"I nak dengan you sekali. And we live happily ever after, baby."

"Aku taknak kau."

"Kenapa? You dah ada betina lain ke?"

Qarl diam. Malas nak menjawab.

"Take it or leave it."

"I taknak. I nak hidup dengan you. Kalau dapat harta tapi you takde nak buat apa."

May mencarut dalam bahasa Mandarin.

Qarl tahan ketawa.

"Baby, you saja nak mainkan I kan?"

"Depends to you. Kalau taknak, takpe."

Qarl bangun. Mahu berlalu pergi. May menarik Qarl jatuh ke atas riba.

"You nak pergi mana, sayang? Stay."

May mengelus rambut Qarl. Memaksa Qarl menciumnya.

"I know you want me. I can give you everything, sayang."

Qarl telan air liur. May terlalu seksi untuk ditolak. Dia jadi kalah dengan layanan menggoda May.

Bibir mereka hampir bersatu.

Kalau Anna layan aku macam ni kan best. Anna?

Argh, Anna.

Dia menolak May.

"Sorry. Aku taknak."

May mencebik tak puas hati.

"Sikit lagi je kita nak kissing. What's wrong with you?"

"Aku takde mood sensual dengan kau."

Qarl bangun. Menuju ke pintu.

"Offer yang aku bagi dah tamat. Kau takkan dapat satu sen pun harta aku. And remember May, I'm not yours. Bye, honey."

Pintu dibuka dan Qarl terus menghilang.

"Argh, setan. Kau saja nak mainkan aku. Tak guna punya jantan. Aku akan pastikan kau menyesal sebab buat aku macam ni, Qarl Lee!"

May menjerit seperti orang kurang siuman.

Semua barang yang ada di atas meja dilemparnya jatuh ke atas lantai.

Qarl tak mahukan dia lagi. Qarl takkan jadi milik dia.
. .
. Qarl masuk ke dalam kereta. Shark memerhati.

Qarl meraup muka.

Nasib dia cepat tersedar tadi. Bahaya betul bila tergoda dengan May. Wajah Anna menyelamatkan diri dia dari terhanyut. Tak sanggup nak lukakan hati Anna kalau dia redah semua adegan tadi.

"Bos, are you okay?"

Dilihat Qarl seperti tak okay.

"Aku okay."

"So, macam mana?"

"Dia tak bagitahu. Kita kena serang dia."

"Saya dah agak dah. Dia mesti banyak agenda. Kenapa bos jumpa dia?"

Qarl memakai tali pinggang keledar.

"Sengaja aku nak biar dia meroyan."

"Maksud bos?"

Shark ni asyik tanya maksud je. Pikir la sendiri.

"Bila aku datang jumpa dia. Aku psikologi dia sikit sampai dia naik meroyan."

"Kalau dia serang kita dulu macam mana?"

"Kita balas jela. Kau jangan lupa, minta backup dari konco uncle aku, Mr. Ramon."

"Boleh percaya ke kat uncle bos tu?"

Shark seperti ragu-ragu.

"Nak percaya tu takdela sangat. Tapi aku tahu uncle aku tu tak bodoh macam May. Dia takkan bocor rahsia kita."

"Baiklah. Nanti saya setelkan semua."

Terbayang wajah polos Anna. Sihatkah dia? Apa agaknya dia buat di kampung?

Selagi semuanya tak selesai, dia tak boleh nak hubungi Anna.

Anna... Aku rindu kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience