Bab 110

Romance Completed 78329

Beberapa bulan kemudian…

Gia mengeluh kecil sebaik saja dia melabuhkan punggungnya selesa di atas sofa. Sejak kandungan aku dah masuk sembilan bulan, aku dah tak larat nak berjalan banyak-banyak lagi. Kadang-kadang nak bangun pun rasa malas. Rasa berat.

Suami aku pulak alhamdulillah…keadaan dia dah makin baik sekarang ni. Pergi buat rawatan lepas tu rajin exercise kaki tu jugak…alhamdulillah dia dah boleh berjalan tapi masih dengan bantuan tongkat.

Kalau pasal hubungan aku dengan Luqman…aku tak tahu nak jawab apa. Hubungan aku dengan dia masih sama macam dulu. Bukannya tak ada perubahan. Ada tu ada tapi cuma sikit je. Aku nampak sejak kandungan aku dah mula sarat, dia mula care pasal aku dan cuba bantu aku itu ini.

Baru saja cakap pasal suami aku, dah muncul depan mata. Gia memandang Luqman yang mebawa dulang berisi makanan untuknya dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memegang tongkat untuk menampung dirinya.

“Dah buat apa awak susah-susah bawakkan saya makanan sampai ke atas? Saya boleh je turun makan dekat bawah.” Ujar Gia sebaik saja dulang berisi makanan diletakkan di sebelahnya.

“Aku cuba tolong kau apa yang mampu since kau pun dah tolong aku banyak kali. Apa salahnya kalau aku balas jasa kau kan sekarang ni? Kau pun dah sarat mengandung. Tunggu masa je nak lahirkan tu.”

“Thank you,” ujarnya lantas mengambil pinggan berisi nasi putih dengan daging masak merah. Bau aroma masakan tersebut membuatkan perutnya berkeroncong. Lapar.

“Kau…dah fikir nama anak kita ni apa?”

Aku salah dengar ke apa? Dia sebut anak kita ke tadi?
“Huh?”

“Apa? Asal muka kau macam tu?”

“Errr…tak ada apa. Emmm…saya pun tak terfikir lagi nak letak nama anak kita apa. Kalau awak ada cadangan, awak letaklah. Saya tak kisah pun nama anak kita apa.”

“Aku nak buat satu permintaan dekat kau, boleh tak?”

“Permintaan apa?”

“Boleh tak kalau lepas kau bersalin nanti, kau duduk je dekat sini dengan aku sebagai suami isteri?”

“Kenapa tiba-tiba?”

“Salah ke? Kita kan suami isteri? Tak lama lagi anak kita pun dah nak lahir. Aku nak kau stay dengan aku dekat sini sebagai isteri aku.”

Maknanya…dia nak aku stay dengan dia hanya atas alasan sebagai isteri? Bukan sebab dia dah boleh terima aku dalam hidup dia dan cintakan aku?

“Awak yakin awak nak saya stay dengan awak Luq? Awak tak takut ke hati awak sakit tengok muka saya tiap-tiap hari?”

Ya Allah Gia…kenapa perlu diungkit lagi cerita yang lepas?

“Kau rasa aku masih marahkan kau ke Gia?”

“Entah. Saya tak tahu apa yang ada dalam hati awak. Mungkin sekarang awak hanya berpura-pura baik dengan saya tapi hakikatnya? Awak masih bencikan saya dan awak terpaksa terima saya dalam hidup awak.”

“Gia…” Dia tak sangka yang Gia masih fikir macam tu. “Kau memang dah hilang rasa percaya dekat aku ke Gia?”

“Maybe yes maybe not. Cukuplah saya kena sekali…saya tak nak benda yang sama jadi lagi. Saya tahu rasa benci awak dekat saya tak dapat dilupuskan sampai bila-bila. Setahun saya mengenali awak Luqman…saya dah tahu macam mana perangai awak. Awak takkan sesenang itu untuk maafkan orang lain.”

“Gia…benda tu dah lalu kan? Kenapa kau masih nak ungkit lagi?”

“Saya bukan mengungkit tapi saya cakap mengikut kenyataan! Awak tanya pada diri awak! Apa tujuan awak angkat status saya menjadi isteri awak? Sebab awak cintakan saya ataupun awak nak balas dendam kepada saya dan apa jugak tujuan awak tiba-tiba nak saya stay dengan awak? Atas dasar simpati je ke Luq?”

Luqman merendahkan badannya. Melutut di hadapan Gia.

“Kalau aku cakap aku cintakan kau…kau percayakan aku? Kau boleh terima aku balik? Kau boleh stay dengan aku sampai bila-bila?”

“Awak hanya cakap je Luq. Bukan ikhlas dari hati awak. Saya tahu…”

“Macam mana kau tahu apa yang ada dalam hati aku sedangkan apa yang aku cakap sekarang ni memang betul! Lain dengan apa yang kau fikir!”

“Jangan paksa diri awak Luq untuk cakap benda yang awak sebenarnya tak maksudkan pun. Saya dah hadap banyak orang macam awak Luq. Dari zaman saya mula start modelling sampai saya dah kahwin dengan awak. Perkataan cinta tu hanya mainan mulut saja. Setiap lelaki yang saya kenal, ucap cinta yang tak ada makna dan tak berharga bagi diorang. Hanya sekadar nafsu semata-mata.”

Kedua-dua tangan Gia digenggamnya erat. “Sampai macam tu sekali kau tak percayakan aku Gia? Kau nak aku buat apa supaya kau boleh terima aku balik dalam hidup kau Gia? Aku perlu buat apa untuk raih kembali kepercayaan kau pada aku macam dulu? Apa yang aku perlu buat? Sujud pada kaki kau? Boleh! Aku boleh buat!”

“Luq! Luq!” Gia segera menarik tangan Luqman dari sujud di kakinya. Apa yang dia cuba buat ni?

“Luq! Awak dah kenapa? Awak suami dan bukannya hamba ataupun orang bawahan yang perlu sujud pada kaki saya! Bagi saya, darjat awak tinggi sebagai suami saya! Kenapa awak buat saya rasa serba salah macam ni?”

Entah keberapa kalinya Gia melihat Luqman menitiskan air mata disebabkannya.

“Aku perlukan kemaafan dari kau.”

“Dengan sujud pada kaki saya? Itu bukan caranya Luq!”

“Habis tu? Kau nak aku buat apa lagi? Aku tahu aku bukan suami yang baik untuk kau. Aku layan kau kasar, marah-marah kau tapi tak bermakna aku tak menyesal dengan apa yang aku dah buat dekat kau! Sumpah aku dah menyesal Gia! Aku dah menyesal!”

“Luq…” Jarinya menghakis pergi air mata Luqman. “Awak jangan buat saya rasa bersalah macam ni. Saya tak suka awak menangis sebabkan saya.”

“Tolong maafkan aku.”

Gia mendiamkan dirinya. Sedih tengok suaminya begini tapi dalam masa yang sama hatinya berat…tak tahulah apa yang rasa berat sangat. Mulut seakan terkunci rapat dari maafkan suaminya.

“Luq…air ketuban saya pecah…” Ujar Gia dengan nada cemas bila terasa seperti ada benda yang meletup kecil tadi dan tiba-tiba saja seluar yang dipakainya basah.

“Kau dah nak bersalin ke?!” Luqman sekali naik cemas! First time tengok air ketuban pecah depan mata sendiri.

“Rasanya…”

“Aku tolong kau bangun,” dengan kudrat sebelah tangannya, dia cuba membantu Gia bangun dan membawanya turun ke bawah. Sebelum keluar dari bilik tadi, sempat dia mencapai beg tangan milik Gia.

“Luq? Gia? Kenapa ni?” Ungku Maria menghampiri mereka berdua dengan matanya tertumpu pada wajah kerut Gia.

“Air ketuban Gia dah pecah ma. Luq nak bawak Gia pergi hospital sekarang.” Jawab Luqman.

“Luq pergi dengan Gia dulu. Barang-barang penting ada sekali?”

“Ada ma dalam beg tangan Gia.”

“Oklah kalau macam tu. Nanti mama datang bawak beg baju untuk Gia. Mama pergi dengan Ira je.”

“Ok ma,” Luqman mendorong Gia ke kereta dan tubuh Gia diletak perlahan-lahan ke dalam perut kereta.

Yang sebenarnya dia dah lama tak drive. Dahlah kedua-dua kakinya tak berapa nak baik lagi tapi dia cuba jugak untuk drive. Apa-apa pun aku kena berani untuk keselamatan Gia dan anak aku.

Dengan lafaz bismillah…dia memandu keretanya keluar menuju ke hospital.

“SABAR Gia…” Luqman cuba memujuk Gia yang dari tadi tak duduk senyap. Mengeluh sakit dan mukanya mula berpeluh. Kain kecil bersih digunakan untuk mengelap peluh Gia. Dalam hatinya berdoa agar Gia dapat bersabar dan tetap kuat dalam menempuh waktu kontraksi.

“Sakit Luq…saya tak larat…” Gia hanya mampu bersuara kecil. Jujur dia rasa dia nak melahirkan sekarang untuk hilangkan semua rasa sakit tapi waktunya belum tiba lagi.

“Sabar ok? Kuatkan diri kau untuk aku dan anak kita. Aku tahu kau kuat Gia. Aku tahu isteri aku memang kuat orangnya…”

Bibir pucat Gia tersenyum kecil. Sedikit-sebanyak kata-kata Luqman memberikannya semangat sedikit.
Setiap tempoh kontraksi diambil oleh doktor yang bertugas. Doktor Rohana. Begitu juga dengan bukaan rahim.

“Luq…saya takut…” Itulah perasaan yang dia rasakan sekarang ini. Tak ada benda yang dia boleh fikir selain takut.

“Kau jangan takut ok? Aku akan ada di sisi kau sampai kau lahirkan anak kita. Aku akan ada dengan kau. Aku janji.” Dahi Gia dikucupnya sekilas. Ya Allah…bilalah penderitaan isteri aku akan berakhir? Aku tak sanggup tengok dia sakit macam ni.

Selepas beberapa jam dalam tempoh kontraksi, akhirnya Doktor Rohana mengesahkan Gia dah boleh mula proses bersalin. Pintu rahimnya dah terbuka sebanyak 10 cm. Kedudukan posisi Gia diubah agar lebih selesa dan sesuai untuk proses bersalin.

Gia menggenggam erat tangan Luqman. Sumpah dia takut. Lagi bertambah takut bila perutnya makin terasa sakit dan kakinya mula dihadapkan ke posisi bersalin.

“Gia…you need to calm down okay? Stay calm dan jangan menjerit sebab bila you menjerit, tenaga you akan habis. Keep avoiding dari menjerit dan jangan curi-curi nafas. You ikut je apa arahan doktor ok?” Gia sekadar mengangguk kecil. Faham dengan arahan Doktor Rohana.

“Ok now…bila I kata push, push ok? Take a breath…and push!”

Gia mula push. Sakitnya memang tak boleh nak bawak bincang. Rasa penat lelah semuanya ada.

“Luq…”

“Stay strong sayang…” Seram dia tengok keadaan Gia saat mula push tadi. Sekali dengan dia rasa nak tercirit.

Setiap kali Gia cakap sakit, setiap kali itu jugaklah dia menitipkan doa dan kata-kata semangat untuk Gia. Dia tahu dia takkan boleh gantikan tempat isterinya sampai bila-bila. Jadi, itu saja dorongan yang dia boleh berikan pada isterinya di saat-saat genting macam ni. Dia nak isterinya tahu yang dia akan selalu berada di sisinya tak kira bila-bila masa.

“Ibu jangan takut ya? Proses melahirkan anak pertama memang ambil masa yang lama dan agak rumit sedikit tapi insyaAllah dengan bantuan Allah dan semangat si ibu, proses bersalin ni akan berjalan dengan lancar,” tutur Doktor Rohana. Dia tahu macam mana perasaan dan rasa bersalin sebab dia pun dah jadi seorang ibu kepada tiga orang anak. Proses melahirkan anak pertama memang agak rumit dan kebanyakkan ibu selalu mengadu mereka takut dengan proses bersalin. Tapi, akhirnya? Berjaya jugak melahirkan.

“Mummy…” Air mata Gia berjurai keluar bila tiba-tiba saja dia teringatkan mummy. Ya Allah…aku rindu mummy. Kalau mummy masih ada sekarang, mesti mummy happy sebab aku dapat bagi dia cucu.

“Gia…” Dahi Gia dikucupnya lama. Dia tahu Gia mesti rindukan Madam Valona memandangkan Madam Valona adalah ibu kandungnya sendiri yang dah pergi buat selama-lamanya.

Beberapa jam bertarung di dalam wad bersalin, akhirnya lahirlah zuriat Gia dan Luqman ke atas muka bumi ini. Tangisan bayi meraung di dalam wad bersalin. Gia pula menghembuskan nafas leganya sebaik saja terdengar tangisan anaknya. Alhamdulillah…anak mummy dah keluar.

“Alhamdulillah…baby boy! Sihat!” Doktor Rohana menyerahkan kepada nurse bertugas untuk membersihkan bayi tersebut.

“Terima kasih Gia…” Sebaik saja dia terdengar tangisan anaknya tadi, automatik air matanya tumpah kerana anaknya yang ditunggu selama beberapa bulan ini sudah selamat lahir ke dunia.

“Si ayah…bolehlah potong tali pusat anak,” satu gunting khas diserahkan kepada Luqman.

“Hah?” Aku tak tahu nak potong macam mana.

Dengan bantuan Doktor Rohana dan nurse di situ, akhirnya Luqman berjaya memotong tali pusat tersebut. Baby pula dibalut dengan kain berwarna putih yang disediakan.

Luqman mengazankan ke telinga anaknya. Aura sebak mula menghurungi hatinya. Rasa sebaknya lain dari sebelum yang ini. Mungkin sebab sekarang ni dia dah bergelar seorang ayah.

“MACAM mana Luq? Gia dengan baby macam mana?” Soal Ungku Maria sebaik saja anaknya melangkah keluar dari wad bersalin. Risau betul dia dengan keadaan menantu dan cucunya. Moga-moga kedua-duanya sihat.
Zahirah dan Zarina berserta suami dan anak-anaknya memandang ke arah Luqman.

“Alhamdulillah ma…Gia dan baby sihat. Luq dapat anak
lelaki!”

“Alhamdulillah!!!” Masing-masing mengucapkan rasa syukur.

Luqman memeluk tubuh mamanya. Rasa gembira dan bersyukurnya tak dapat nak digambarkan sekarang ni.

“Lepas ni…ingat pesan mama ye Luq? Jaga Gia dan cucu mama elok-elok. Perbaiki hubungan yang dah retak ni demi anak sendiri. Kalau ada apa-apa masalah lagi lepas ni, tolong berbincang elok-elok dan jangan guna emosi dalam segala hal. Dalam rumah tangga memang ada pasang surutnya tapi kita kena bersabar dengan semua ujian tu. Itulah yang mengeratkan lagi hubungan kita sebagai suami dan isteri.”

“Ye ma…Luq akan ingat pesan mama.”

Dia bertekad dalam hatinya. Walau apa pun penerimaan Gia terhadapnya selepas ini, dia akan terima dan dia akan cuba sedaya-upaya untuk mengambil hati Gia kembali. Dia ingin bina keluarga bahagia bersama Gia seperti mana yang dia pernah janji waktu dulu ketika Mr. Scott Padilla meninggal dunia. Dia akan tebus semua kesalahannya pada Gia kembali. Dia takkan sia-siakan peluang yang sedia ada.

GIA membuka matanya perlahan-lahan dan memandang sekeliling wad. Dia memandang Luqman yang tidur beralaskan lengannya di sisi katilnya. Tekaknya terasa kering sangat sekarang ini. Dia menoleh ke sebelah memandang sebotol air mineral disediakan.
Perlahan-lahan dia membangunkan tubuhnya dan cuba untuk mencapai botol air mineral tersebut.

Luqman terjaga bila terasa katil sedikit bergoyang. Dia mengangkat kepalanya dan memandang Gia yang cuba mengambil air botol mineral tersebut.

“Gia?”

“Hah?”

“Kau nak air ke?”

“Hmmm…haus.”

Luqman bangun dan mencapai botol air mineral tersebut. Penutup botol dibuka dan mengambil straw lalu diserahkan kepada Gia.

“Terima kasih,” Gia menyedut perlahan air mineral menggunakan straw.

“Kenapa kau tak gerak aku je?”

“Saya tak nak susahkan awak. Nampak awak lena nyenyak sangat.”

“Tak ada yang susah pun kalau melibatkan kau. Kalau kau jatuh katil tadi macam mana?”

“Ok sorry…” Last-last kena bebel.

“Aku mintak maaf kalau kau rasa aku membebel tadi. Tapi untuk kebaikan kau jugak.”

“Ye saya faham.”

Seorang nurse melangkah masuk ke dalam wad bersama troli bayi yang disorongnya ke arah mereka berdua.

Sebaik saja terpandangkan wajah putih bersih anaknya, hati Gia terus rasa tenang. Dia mengambil anaknya dari pangkuan nurse.

“Tu dah mula merengek. Mesti lapar dah tu…” Kata nurse tersebut dengan senyuman mekar di bibir.

Gia tanpa teragak-agak segera menyusukan anaknya.

“Lapar sangat ni,” ujar Gia sambil membelai lembut kepala anaknya lalu dia tunduk mencium dahi anaknya. Aroma bau baby memang wangi.

“Saya minta diri dulu ya? Kalau ada apa-apa, boleh je
panggil nurse.”

“Terima kasih nurse,” ucap Gia dengan senyumannya.

“Sama-sama,” nurse tersebut melangkah keluar dari wad.

“Gia…aku dah ada nama untuk anak kita.”

“Hmmm? Nama apa?”

“Muhammad Faiz Hariq…amacam? Ok tak? Kalau kau rasa tak ok, tak apa. Kita boleh tukar.”

“Boleh je. Sedap nama tu. Saya suka,” aku tak kisah nama anak aku apa-apa pun janji jangan bunyi yang pelik-pelik sudah.

“Gia…”

“Hmmm???”

“Boleh aku buat permintaan?”

“Apa dia?”

“Lepas ni jangan pergi dari aku lagi. Kita dah ada anak sekarang ni dan aku janji dengan kau yang aku akan jaga kau dan anak kita elok-elok.”

“Saya yakin awak boleh jaga anak kita elok-elok.”

“Kau belum janji lagi dengan aku.”

Gia mendiamkan diri seketika. Dia memandang Luqman di sebelahnya dengan wajah yang penuh mengharap. Akhirnya, dia mengangguk kecil.

“That’s mean yes?!”

“Ya…”

“I love you!” Pipi Gia dicium.

“Luq!”

“Apa?”

“Kenapa awak cium pipi saya?”

“Kenapa? Salah ke? Bukannya salah pun. Kita halal dah pun. Siap ada anak lagi.”

“Taklah…buatnya kalau tiba-tiba mama, Ira atau kak Rina masuk tadi macam mana? Malulah!”

“Hehehe…kau nak malu apa? Rilekslah…aku tolong coverkan untuk kau.” Luqman tersengih.

“Mengada!” Gia cuba menyembunyikan senyumannya. Aku tak boleh bayang buatnya tengah dia cium aku tadi tiba-tiba mama, Ira dengan kak Rina masuk…merah terus muka aku! Silap-silap kena usik!

“Tapi Luq, saya ada satu permintaan boleh tak?”

“Apa dia?”

“Saya nak berpantang dekat rumah ibu, boleh?”

“Lah…kenapa kau tak berpantang dekat rumah mama je? Mama pun boleh jaga kau. Tak payahlah susahkan ibu.”

“Boleh ye Luq? Saya nak sangat berpantang dekat rumah ibu. Lepas habis pantang, saya baliklah rumah mama. Boleh ya?” Dia dah buat muka comel. Harap-harap Luqman izinkan dia untuk berpantang di rumah ibu.

“Ok ok. Ikutlah selesa kau. Aku ok je tapi dengan syarat aku pun ada sekali dekat rumah ibu.”

“Ok!” Laju je dia setuju.

hello guys...dah bab 110...wow tak sangka dah banyak bab macam ni sekali. ada beberapa bab je lagi sebelum tamat :) stay tune!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience