Ryan masih bermain dengan pen di jari. Jiwanya tidak keruan setelah berjumpa Zara tempoh hari.
Deringan telefon pejabat mematikan perbuatannya itu.
"Ye pa".
"masuk bilik papa sekarang ada benda papa nak bincang",ujar papanya di hujung talian.
"okay pa.
Ryan melangkah ke bilik papanya yang terletak selang 3 bilik dari biliknya.
"Assalamualaikum pa,
"Waalaikumsalam masuk Ryan.
Ryan duduk berhadapan dengan papanya.
"Macam mana progress untuk majlis ulang tahun syarikat kita ni semua dah settle?
"Alhamdulillah semua dah settle tinggal tunggu hari je.
"Good but dont forget that day also your mama Jas birthday. Make sure she get her favourite cake Ryan.
'Ya Allah macam mana aku boleh lupa ni mati aku'.
"Sure pa everythings under control".
Aku kena jumpa Zara ni.
"Kak Miza,Ryan nak keluar kejap ye apa-apa call saya ye.
"Maaf akak tanya.Kamu nak ke mana?
"Ryan nak pergi Zara cafe & bakery. Ryan lupa tempah kek untuk Puan sri la kak.
Dahulu papanya cuma berpangkat Datuk namun sejak perniagaan berjaya dia telah dianugerahkan pangkat Tan sri. Alhamdulillah papa bukan lagi kasanova seperti dulu berkat perkenalannya dengan seorang ustazah yang sekarang merupakan guru agama merangkap madu Mama Jas nya.
"Maafkan akak lupa nak ingatkan Ryan.
"eh tak apa la kak benda kecil je ni. saya gerak dulu la ye.
"Hati-hati drive ye Ryan.
"Okay kak terima kasih. Nanti angah datang ambil dokumen ni. Ujar Ryan sambil berlalu pergi.
hubungan Ryan dan Kak Miza memang seperti adik beradik mereka akan menjadi formal jika terdapat orang luar ataupun dia depan Tan sri sahaja.
..................
Zara masih leka menyusun kek slice di display chiller.
"Eh Kak Zara tengok tu handsomenye abang tu,
"Apa yang handsomenya Dila. Mananya?sambil mata meliar melihat kelibat yang ditunjuk Dila.
Ryan Haziq!
"Akak kenal ke abang handsome tu.
Jejaka tersebut masuk ke dalam kafe sambil membuka cermin mata hitamnya. Kehadirannya telah menyebabkan pelanggan yang sedang makan di kafe bakerinya berbisik sesama sendiri.
"Zara,saya ada benda nak minta tolong awak ni.
"okay sekejap saya datang awak duduk dulu la.
"Abang,nah pandan layer cake bos saya belanja. kek ni bos buat sendiri tau rasalah sedap.
"oh terima kasih ye...
"Adila boleh panggil dila. Ryan terus makan kek tersebut. Sedap memang sedap.
Hish si Dila ni banyak akal betul la,omel Zara di dalam hati.
"Maaf menunggu,kenapa ye?
"Oh macam ni boleh tak saya nak tambah order untuk esok sebab saya lupa lusa birthday Puan sri.
"Birthday Puan Sri sama tarikh dengan ulang tahun syarikat awak ke?
"Betul,balas Ryan sambil makan kek pandan layer.
"Nak kek apa ye?
"Her favourite kek Devils chocolate cake dengan Red velvet boleh combine tak dua kek ni?
"Saya cuba buat seperti yang awak mintak.
"By the way Zara kenapa sekarang awak tak panggil saya abang ye?Saya tua dari awak kan.
"Saya rasa tak perlu kot sebab saya dah lama tak panggil awak panggilan tu better saya awak je lagipun awak pun dah tak beraku kau dah dengan saya kan!
"Erm okay.
"So nah ni. Invitation from our company untuk company awak as a special guest for thats night.
"Tak perlu la kot sebab saya ditugaskan untuk menyiapkan desserts je.
"Kalau awak segan ajak la Dila sekali kan Dila.
"Dila nak pergi kak Zara.
'hish si Dila ni aku lesing jugak karang.
"Apa khabar best friend awak Dian.
"Owh Dian sambung study dekat Paris. eh takkan abang Ikhwan tak bagitahu awak.
"Ooo lupa Dian dah bertunang dengan Ikhwan.
Sahabatnya itu memang setia pada yang satu.
"Abang Ikhwan tak datang sekali ke?
"Kenapa?rindu abang Ikhwan awak tu ke?dekat saya tak rindu ke?
"Rindu abang Ikhwan tapi dekat awak langsung tak,ujar Zara sambil menjelirkan lidah kepada Ryan sambil berlalu pergi.
Masih tak berubah perangai budak gula kapas ni.
"Terima kasih dila.
Share this novel