4 BERUBAH

Romance Completed 259615

"Nella omg!!! I ingat u tak datang hari ni!!" Jerit Ruhainis riang. Dari jauh lagi aku nampak dia tersenyum lebar sampai ke telinga bila nampak aku sudah masuk di pintu bangunan utama universiti.

Aku dekati Ruhainis dengan perlahan. Dia yang tadi nak buka locker terus tak jadi nak buka. Baru semalam kenal, harini aku dan dia boleh serapat ini. Dan aku sedar aku mula ada kawan.

"Mestilah i datang, pelajar cemerlang kot" banggaku sambil buat muka selamba hingga Ruhainis didepan naik menyampah.

"Ye sangat u ni"

"Dah jom, masuk kelas sama-sama. I banyak benda nak gosip" ajak Ruhainis spontan sambil memeluk lenganku dengan erat. Didorong aku jalan sambil berborak kosong hingga tak sedar sedar kami sudah sampai di depan kelas.

Aku tarik mata saat Sir Aisar sedang berdiri membuat pengumuman di depan kelas. Dengan selamba kami masuk, Ruhainis yang jalan ke depan terus, sampai aku tak sempat nak minta maaf sebab masuk kelas lewat.

Terlewat bangun pagi tadi, tambahan lagi malam tadi hujan lebat sampai ke pagi. Makin nyenyaklah aku tidur.

"Duduk cepat, saya ada benda nak sampaikan" arah Aisar tegas. Dengan pantas Ruhainis dan aku berlari anak ke meja masing-masing, meja aku dan Ruhainis di sebelah je.

"Assignment yang saya dah beri haritu, akan mula pada esok. Dan perlu dihantar pada hari yang saya dah tetapkan iaitu 4/5. Bagi pelajar baru, minta rakan sebelah terangkan. Saya takkan ulang dua kali" jelas Aisar kemudian dia pandang aku.

Ruhainis turut pandang aku. Mesti dia perasan yang Sir Aisar asyik pandang aku bila bercakap.

"Tugas kali ni akan dibuat dalam group. Maksimum 3 ke atas hingga 4 sahaja, lelaki perempuan boleh campur. Pastikan takde seorang yang goyang kaki atau seorang saja yang buat. Tolong buat dalam kerjasama. Idea boleh di cari di internet atau laman yang berkenaan, dan takboleh ditiru dari group rakan lain"

"Tiru tolak markah"

Pelajar pelajar mula mengeluh bila Aisar mengatakan tentang penolakan markah jika meniru. Terutamanya pelajar lelaki. Mengeluh tu maknanya mereka pernah buat lah tu.

"Dan jangan buli pelajar lain untuk buat assignment korang atau suruh orang lain. Kalau tak aku rempat kepala korang satu-satu terutamanya pelajar lelaki" tegas Aisar sambil menghentak meja dengan tangan

"Baik Sir!" Pelajar pelajar lelaki membalas dengan nada yang malas. Macam mahu tak mahu saja terima arahan Aisar tadi

"Siap assignment, saya belanja makan" tambah Aisar kemudian dia pandang aku lagi sekali. Ruhainis turut pandang aku lagi sekali. Dia di sebelah memang dah pelik tengok aku.

"Okay siap! 2 hari juga assignment boleh siap Sir!" Balas salah satu lelaki itu dengan penuh semangat. Cakap pasal makan terus laju!

"Okay"

"5 minit dari sekarang. Cari group masing-masing. Maksimum 3-4 orang sahaja dalam group. Gerak sekarang" arah Aisar.

Para pelajar mula sibuk bangun mencari group masing-masing. Namun aku tidak, tunggu saja dimana aku akan ditempatkan.

"Sorry Nella, i gerak dulu. Sorry tau" ulang Ruhainis berkali-kali namun aku angguk angguk mengerti. Ruhainis dah maklumkan tentang assignment itu pada aku semalam dan dia kata dia sudah ada group sendiri.

"Takpela, u pergi je. I okay lah" balasku sambil menepuk-nepuk bahu dia. Ruhainis buat muka sedih.

Sedih sangat sebab nak pisah dari aku, tulah aku. Lambat sangat masuk universiti, tu yang dia dah diambil oleh group lain. Nak tolak atau keluar pun Ruhainis tak sanggup nak buat ,takut teman sekelasnya kecil hati. 

Ruhainis pergi ke tempat duduk yang lain masing-masing dalam group mereka. Hanya aku yang masih kekal di situ dan perhatikan gerak geri mereka menukar tempat duduk.

"Excuse me?" Aku berpaling ke belakang. Seorang lelaki dari kelas aku menegur aku.

"Awak dah ada group?" Soalnya sambil tersenyum manis. Disebelahnya ada seorang lagi lelaki yang kacak rupanya.

"Takde"

"Kalau takde jomlah masuk group kitaorang, kitaorang tak cukup ahli ni. Nak kena cukup 3 orang. Boleh kan?" Pintanya namun aku teragak-agak untuk buat keputusan. Takkan aku sorang saja perempuan? Malulah aku.

"Jangan takut..saya baik orangnya. Takpernah dalam sejarah saya yang saya kacau perempuan. Sumpah tak pernah" katanya bagi menyakinkan aku

"Em.."

"bolehlah kalau macam tu lagipun saya takde group nak masuk" balasku kemudian kedua mereka tersenyum suka. Serentak kedua lelaki itu mengambil kerusi tambahan kemudian mereka berkumpul di meja aku.

Bila tengok gelagat mereka buat aku tertarik. Perwatakan mereka comel dan peramah, nampak macam cepat mesra.

"Btw nama awak sapa? Saya Akem dan ni Jean" kata lelaki itu kemudian dia kenalkan pula kawannya yang kacak tadi iaitu Jean. Jadi nilah yang Ruhainis sukakan tu.

"Saya Brunella, nak senang panggil saya Nella" kenalku semula. Kedua mereka menghulur tangan serentak seperti mahu bersalaman tapi aku balas dengan menunduk kepala sahaja.

"Sorry saya tak biasa" jelasku kemudian mereka tarik tangan sambil mengangguk angguk kepala tanda mereka faham

"So awak dah tau ke pasal assignment ni kena buat apa?"

"Dah, Ainis dah terangkan" balasku dengan mengenakan nama Ruhainis dengan nama singkatnya iaitu Ainis. Lebih senang nak sebut, kalau tidak takdelah aku berbelit belit nak sebut.

"So apa kata petang esok, kita ke cafe? Leps habis kelas macam tu. Awak free?"

"Saya free je, jam berapa nak pergi sebab esok kelas habis awal"

"Okay boleh. Awak chat saya tau. Ambik nombor telefon saya dari group kelas kita" balasku bagi memudahkan jalan. Malas aku nak keluarkan telefon dan save nombor telefon mereka sekarang.

"Okay nanti saya chat"

Aku menoleh ke tepi apabila aku menyedari ada seseorang yang sedang berdiri disebelah aku. Aisar Malik

"Ni pahal duduk semeja ni, duduk tempat sendiri"

"Kitaorg segroup lah Sir. Tak cukup orang tadi, tu yang ajak Nella sekali. Dia pun takde kawan group" jelas Akem namun Aisar pasang muka tidak puas hati.

"Sekumpulan dengan lelaki? Macam tu ke?"

"Tadi Sir kata lelaki perempuan boleh campur. Lagipun kitaorg nak buat assignment je Sir. Bukan buat benda yang tak elok pun" celah Jean dengan nada yang sedikit tinggi.

"Nella bangun, biar i uruskan group u"

"Excuse me Sir? Suka hati sayalah nak masuk group mana pun. It just for assignment bukan untuk main-main" balasku kemudian aku tukar cara panggilan pula.

Kalau di luar kelas saja aku akan panggil dia dengan panggilan yang aku suka sebut. Kalau di kelas tidak, takut pelajar lain pandang yang aku ni biadap dengan lecturer pula.

"I tak suka u bergaul dengan lelaki. Tak faham bahasa ke?" Balas Aisar tanpa memikirkan Jean dan Akem yang turut dengar di depan.

Kedua mereka tersentak mendengar ayat yang keluar daripada mulut Aisar tadi, kemudian mereka pandang aku. Pasti mereka sangka yang aku dan Sir Aisar ada hubungan sulit.

"Sir Aisar cuma lecturer saya. Kenapa Sir Aisar perlu ada perasaan suka atau tak bila saya duduk dengan lelaki" balasku lantang hingga dia terdiam seketika. Pelajar lain mula tumpu ke arah kami.

"Kalau Sir Aisar tak suka, saya boleh ganti kelas"

"Okay okay fine. Ikut apa yang u nak buat. Selesai kelas ni jumpa i!" Marah Aisar kemudian dia menghentak kaki pergi daripada situ. Peduli pula aku, macamlah dia tu bapa aku nak mengawal setiap perbuatan aku.

Ruhainis berkerunyut dahi, apa hubungan Nella dan Sir Aisar? Kenapa Sir Aisar asyik pandang dan perhatikan Nella sedangkan Nella cuma pelajar baru di sini.

'bahayalah kalau macam ni, takut pula kalau Sir apa-apa kan Nella. Kesian Nella..' getus Ruhainis di hati sambil memandang Nella dari jauh.

Selepas Nella ceritakan perjalanan hidupnya selama 22 tahun ini kepada Ruhainis semalam. Ruhainis jadi simpati. Pasti sukar untuk Nella terima dan jalankan hidup seorang diri tanpa keluarga.

'balik ni aku kena cepat ambik Nella sebelum Sir Aisar dapat. Mesti Nella pun terfikir nak lari sekarang' kata hati Ruhainis bersuara lagi. Wajah Nella yang kegelisahan itu dipandang lama.

-

Segala bahan dimasukkan ke dalam beg sandang setelah selesai kelas sebentar tadi sambil mata memandang Ruhainis yang sedang berlari ke arahku sekarang

Aku membulat mata saat lengan aku ditarik selamba oleh Ruhainis. Aku dibawa keluar daripada kelas secepat mungkin kemudian dibawa masuk ke dalam tandas perempuan

"Kenapa? Ada apa-apa jadi ke?"

"I cuma nak selamatkan u. Sir Aisar tu macam gilalah Nella. I takut kalau dia apa-apa kan u. Jangan sebab dia lecturer paling muda kat universiti ni, dia berani kacau u. I taknak kawan i kena kacau" balaa Ruhainis kelam kabut sambil melihat ke pintu tandas.

Takut sangat kalau Aisar masuk tapi itupun kalau Aisar boleh masuk tandas perempuan

"Takde apalah Ainis, lagipun i memang nak jumpa Sir Aisar. I perlu bincang dengan dia sesuatu perkara" balasku sambil mengusap lengannya agar dia tidak susah hati.

"U okay ke? Nak i teman tak? I free je sekrg ni"

"Takperlulah. U balik je dulu. Apa-apa jadi i akan text u on whatsapp. Dont worry, if ada apa-apa jadi pun. I akan minta bantuan u, u just need to ready"

"Betul ni? Janji? Anything happen terus text i?"

"Ye i janji"

"Okay kalau macam tu biar i hantar u dengan Sir Aisar baru i lega. Kalau tak i ikut u sampai balik"

"Ey dia ni. Yela yela jom, u hantar i dekat depan bangunan tu je. I perlu tunggu Aisar jemput i" balasku sambil mencubit pipinya yang berisi. Bertuah aku dapat kawan yang caring seperti Ruhainis

"Wait. U tunggu Sir Aisar jemput?"

"Means u akan keluar berdua di tempat lain ke? Bukan dekat sini je ke?"

"Ye kat luar lah. Kalau pelajar lain nampak, tak manislah pula kan kalau lecturer dengan pelajar duduk berbincang berduaan. I taknak salah faham berlaku"

"But Nella it so danger for u. Macam mana kalau Sir Aisar culik and bawa u ke tempat lain?"

"Ish takdelah sampai macam tu sekali. I akan tanya dia ke mana dia bawa i then i akan inform dengan u. Apa-apa jadi kalau i tak balik atau hilang nanti, u boleh report polis tentang keberadaan i. Its easy right?" Balasku namun Ruhainis masih teragak-agak.

"Hmm yela yela. U jaga diri tau. Bawa sesuatu untuk keselamatan diri. Apapun jangan lupa text i. I risau tau tak" pesan Ruhainis seperti mak mak di depan tatkala aku mengangguk angguk faham.

"Yah i know Ainis. Dont worry"

"Dah dah jom, i dah lambat ni" pergelangan tangan Ruhainis ditarik perlahan dibawa keluar daripada tandas itu.

Belum sempat aku dihantar hingga ke depan bangunan, Sir Aisar awal-awal sudah tunggu di depan tangga perempuan. Mungkin dia tau aku akan lalu di situ.

"I pergi dulu" kataku perlahan di telinga Ruhainis

"Hati-hati, jangan lupa text i tau" pesannya lagi sekali sebelum dia tinggalkan kami berdua di sebelah tangga. Ruhainis telah pun keluar daripada bangunan itu terlebih dahulu, dari jauh aku melambai dia yang hendak pulang itu.

Jelas mukanya gelisah risaukan aku. Namun aku tetap senyum, apa yang nak dirisaukan? Aku dah besar. Boleh je melawan kalau orang jahat kacau.

"Jom" ajak Aisar kemudian dia pegang tangan aku tiba-tiba namun aku dengan pantas menarik semula

"Takpayah nak pegang pegang tanganlah, jaga batas u Sir. Tak manis u buat macam ni dekat pelajar u" tegurku namun dia pasang muka tidak puas hati.

"Dulu waktu i buat macam tu, u tak pernah melawan tau even kita dekat tempat awam sekalipun" ujarnya dengan nada yang geram namun tetap perlahan sebab tidak mahu pelajar lain dengar.

"Apa masalah u ni? Berapa kali i nak cakap i bukan Bella. Maksudnya bukanlah" aku balas dengan nada perlahan.

"Apa yang u nampak dekat i sampai u ingat i Bella hah?" Soalku namun soalan aku diabaikan. Dia terus ke depan meninggalkan aku di belakang.

Aku mengekor di belakang. Sebenarnya aku pun ada benda nak bincang dengan dia sebab tu aku ikut. Alat pengawal jauh kereta ditekan oleh Aisar.

Pintu kereta dibuka untuk aku kemudian aku bergegas masuk tanpa sebarang kata. Setelah itu barulah dia masuk ke dalam kereta di tempat memandu.

"U nak bawa i pergi mana?"

"Tempat biasa i selalu bawa" balasnya ringkas dan suara yang tegang

"Yela tapi kat mana?"

"Cafe De LyRossa" jelasnya kemudian aku bergegas keluarkan telefon dan memberitahu nama cafe itu kepada Ruhainis. Aku dah janji jadi aku akan buat.

"U bagitau sapa?"

"Takde apalah" telefon aku tutup dengan cepat waktu dia cuba untuk curi-curi tengok skrin telefon aku

"Lelaki ke?"

"Jangan nak cemburu sangatlah Sir Aisar. Lelaki ke perempuan itu bukan urusan u"

"U isteri i Nella. Jangan degil, i tak suka u berkawan dengan lelaki mahupun bercinta" aku buat muka menyampah. Peduli pula aku. Macamlah dia siapa.

"Tiada bukti pun yang u suami i, so u takkan boleh buat perkara suka suka hati ke atas i" balasku sambil menyilangkan tangan ke dada.

"If i ada? U akan balik dengan i ke?" Soal Aisar semula hingga membuatkan jantungku berdegup laju. Kenapa aku tak sedap hati? Dia ada bukti ke? Kenapa dia berani berkata begitu

"Jawablah soalan i kenapa u diam je" tegur Aisar apabila aku mendiamkan diri di sebelah. Aku mengangkat bahu dua kali, tanda tidak tahu

"Lain betul u sekarang"

"Masalah i memang bukan Bella. Nak kata lain celah mana pula" bantahku, asyik-asyik nak buat nada kecewa macam tu. Naik benggang juga aku yang mendengarnya.

"Makin lainlah, makin berumur makin seksi" pujinya hingga mukaku memerah jambu. Gila punya lelaki, kenapa dia kata begitu. Malu aku dibuatnya.

"Jangan merepek boleh tak? Celah mana yang seksi. Takpernah pun i pergi kelas pakai baju low kelas tak cukup kain macam budak kelas u" sindirku selamba namun dia pula terdecik perlahan. Nak ketawa tapi tidak.

"Adalah, bahagian bahagian tubuh u yang dah mendewasa" balasnya bersahaja tanpa fikir perasaan malu aku.

Bercakap macam dia tu pernah nampak aku berpakaian tidur di rumah, di rumah mungkinlah dia akan nampak pakaian aku macam mana. Singkat singkat sebab rumah aku tu panas, sejuk pun kalau ada hujan saja.

"Kotorlah mulut u ni. Baik u diam je, geli tau tak i dengar" balasku lepas, malas nak pendam. Kalau dah sampai buat aku malu, memang terpaksa aku jujur.

"What? I cakap benda betul je pun. Nak malu apa, i suami u kot" balas Aisar spontan namun lepas dari itu terus aku tak balas lagi. Diam je sampai kami telah tiba di destinasi yang dimaksudkan. Makin aku layan, makin sakit hati aku.

Kereta diparking elok ditempat yang disediakan seraya dengan enjin kereta dimatikan.

"Tunggu jap" arahnya kemudian dia keluar daripada kereta terlebih dahulu. Aku perhati gerak Aisar ke pintu sebelah yang aku duduk.

Pintu aku dibuka luas, dialu alukan aku keluar bak puteri di lakonan Cinderella. Ohh dia nak bukakan. Aku ingat dia nak tinggalkan aku mereput dalam kereta ni.

Aku keluar daripada isi kereta. Beg sandang aku tinggalkan saja di situ cuma dompet dan telefon saja aku bawa dan aku masukkan ke dalam poket seluar.

"Mana cafenya?"

"Ada kat dalam mall, jom" ajaknya kemudian dia tarik lengan aku perlahan

"Eh eh takpayahlah nak sentuh bagai, i tak suka tau" aku menepis perlahan. Tak mahu disentuh walaupun seinci dari kulit Aisar. Even dia masih muda sekalipun, aku tetap tidak mahu.

Aisar merenung aku lama kemudian dia lepaskan keluhan.

"U ni banyak berubah tau Nella" ujarnya dengan nada kecewa namun dia tetap sentuh aku tapi dia sekadar sentuh baju dibahagian lengan aku.

Aku buat muka menyampah, tak dapat sentuh sekarang nak sentuh baju aku pula. Memang kalau lelaki tak betul. Kalau dah memang tak betul, buat apa-apa pun memang menyakitkan hati je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience