9

Family Completed 11588

“ni sungai ke tok?”

“ni apa benda?”

“ikan apa pula ni tok?”

Aisyah meniru mimik muka tengku adi setiap kali lelaki titu bertanyaa soalan. Dasar budak bandar ejek aisyah.

“kamu kenapa, aisyah?” soal tok chik pelik melihat cucunya yang memuncungkan mulut dan mengembangkan hidung tanpa sebab. Meremang pula dirasakan secara tiba-tiba.

“aisyah, dekat kaki kau tu apa?” soal tengku adi sambil menunding ke arah kaki aisyah. Aisyah segera menunduk untuk melihat ‘benda’ yang dirunding tengku adi.

Kelihatan satu serangga berwarna merah dan banyak kaki merayap di kakinya yang berbalut sweatpants berwarna kelabu. Aisyah terus menjadi kaku.

“atuk, ni serangga apa?” soal tengku adi masih naif. Aisyah yang geram dengab tindakan tengku adi itu mahu saja dia menumbuk jejaka itu kerana tidak menolomgnya. Tok chik yang sibuk memmerhatikan ayam dan itik yang berkeliaran, terus berpaling ke arah cucunya. Terus dia menerpa ke arah aisyah.

“ya allah, ni lipan. Kalau kena sengat, memang alamatnya bengkaklah. Aisyah, jangan takut tau. Atuk nak buang lipan ni guna apa pun atuk tak tahu.” Ujar tok chik sambil menggaru kepalanya bingung.

“tak apalah, adi dah buangkan.” Ujjar tengku adi selamba. Ranting kayu diletakkan ditepi. Dia menguis lipan tersebut sehingga jatuh ke tanah semula. Aisyah menarik nafas lega setelah pergerakan kaki-kaki kecil lipan yang dirasakan tadi sudah hilang.

“te..terima kasih, adi.” Ucap aisyah tergagap-gagap. Orang trauma katakan.

“yelah. Sama-sama. Jomlah balik. Aku penat. Atuk, jom balik.” Ajak tengku adi. Dia terlebih dahulu mendahului tok chik dan aisyah.

Seusai saja mereka selesai menunaikan solat isyak, mata tangku adi dapat menangkap kelibbat aisyah yang berlari keluar rumah. Tanpa disedarinya, kakinya mengekori aisyah. Disangkanya aisyah mahu berfoya-foya, rupaanya berlawan silat di depan rumah.

“suraya, kau cuba buat gerakan yang aku ajar kau.” Arah aisyah kepada gadis berambit pendek parasa bahu. Tanpa membantah suraya mula membuka langkah. Mata aisyah tidak lekang dari memerhatikan buah silat suraya andai suraya melakukan kesilapan.

“kau makin hebatlah, su” puji aisyah. Dia menepuk tangan penuh bersemangat sehingga amsuraya tersipu malu dibuatnya.

“jomlah kita bertarung. Ajaklah nek limah sama. Boleh dia jadi pengadil.” Suraya memberi cadangan. Tengju adi yang sedari tadi memerhati terkejut mendengar perkataan bertarung disebut.

Sebaik saja aisyah dan su membuka kuda-kuda, tengku adi menerpa ke tengah-tengah gelanggang. Tercengang aisyah dan suraya dibuatnya.

“jangan bergaduhlah. Tak elok.” Ujar tengku adi menghalang. Aisyah sudah berkerut dahi memandang tengku adi. Suraya tersenyum melert melihat gelagat tengku adi.

“kau merepek apa ni, adi? Mana ada nak bergaduh. Nak bertarung je, kau ketepilah.” Aiayah menolak tengku adi ketepi. Tengku adi bergerak smeula ke tengah-tengah gelanggang.

“sanalah adi.” Arah aisyah tegas. Tengku adi masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

“kalau aku ketepi, nanti korang berdua bergaduh, aku takkan benarkan. Kornag bergaduh sebab apa ni? Semua masalah ada penyelesaian. Tapi bergaduh bukan jalan penyelesaiannya.”terang tengk uadi panjang lebar. Suraya sudah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat tengku adi yang keras kepala.

“nek limah, tok chik tengok adi dengan aisyah ni.” Laung suraya. Bergegas nek limah dan tok chik menuju ke luar rumah.

“ha, ada apa suraya?” soal tok chik. Suraya menunding ke arah tengku adi dan aisyah.

“ya allah, adi kamu kenapa berdiri macam patung cendana dalam gelanggang tu? Mari sini.” Panggil tok chik. Tengku adi menggeleng tanda tidak mahu. Kalau dia melangkah pergi, seorang daripada aisyah dan suraya mati macammana? Adakah dia pembunuh? Tak nak, aku tak nak jadi pembunuh laung tengk uadi kuat di dalam hati.

“kenapa tak nak? Marilah. Su dengan aisyah nak bertarung tu. Macammana nak bertarung kalau kamu tercegat dekat situ?” panggil nek limah pula.

“tapi, macammana kalau ada yang terbunuh? Takkan kita nak biarkan, mencegah itu lebih baik dari merawat nek.” Balas tengku adi. Jawapana yang dinerikannya meletuskan ketawa aisyah dan suraya. Nek limah dan tok chik tersenyum menahan ketawa.

“kau ni bendullah. Ni gelanggang silat. Nampak tak? Memang untuk bertarung pun. Kitaorang bukannya bertarung kasar-kasar macam naj lawan pembunuh tu. Kalau lebam-lebam tu biasalah.” Tengku adi tersedar sesuatu. Pantas dia menuju ke tepi gelanggang sambil menutup mukanya yang merah padam. Malunya.

“sudah, aisyah. Kamu berdua teruskan. Nenek akan jadi pengadil.” Aisyah dan suraya terus memgambil tempat.

Apabila nek limah mengatakan perkataan mula, aisyah dan zuraya membuka kuda-kuda. Aisyah memerhati sudaya tajam. Suraya memulakan serangan. Dia menumbuk ke arah pinggang aisyah tetapi sempat dielak. Aisyah membalas dengan menetak tengkuk suraya. Tidak sempat mengelak, suraya jatuh ke tanah.

Aisyah yang datang menyerangnya disepak dan dia segera bangun. Aisyah yang telah bangun dari tanah membuuat serangan lagi. Kali ini dia menendang suraya dan suraya cuba menetak tengkuk aisyah tetapi aisyah sempat mengesan gerakabnya dn membuatkan dia ditendang. Dia jatuh buat kali kedua. Tanpa sempat mempertahankan diri, dia ditumbuk bertubi-tubi di dada oleh aisyah. Ia cuba untuk bangun tetapii ditahan oleh aisyah. Tangannya juga dikilas oleh aisyah sementara menumbuknya.

“aisyah, hebatlah kau. Tak sangka kau hebat boleh kalahkan suraya tu.” Puji tengku adi kagum. Gadis itu keelihatan berbeza di atas gelanggang silat tadi.

“suraya, kau okay tak? Sorry aku over tadi. Lebam tak dada kau?” soal aisyah prihatin. Suraya Cuma menggeleng.

“tak, aku okay je. Macam tak saja kau bertarung dengan aku.” Ujar suraya. Dia menepuk bahu aisyah.

“aku balik dulu. Bapak aku tu bukannya boleh aku lama-lama dekat sini. Aku balik dulu. Bye, aisyah. Bye adi.” Aisyah mengangguk sambil memerhati susuk tubuh suraya yang menghilang dan masuk ke dalam rumahnya.

“sudahlah, jom masuk rumah. Dah nak tengah malam ni.” Ajak aisyah. Tengku adi membuat muka selamba saja.

“tak ada apa-apalah. Penakut.” Ujar tengku adi. Aisyah Cuma menganfkat bahunya sebelum berlalu masuk ke dalam. Tak nak masuk sudah aku pun tak ingin nak ajak masuk ujar hati aisyah menyampah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience