BAB 4 : PELIK!

Humor Series 106134

Dia dah jadi orang lain dah, itulah kesimpulan aku memerhatikan dia sepanjang majlis ni berlangsung. Dia sangat ramah, banyak bercakap, banyak berkongsi pendapat, mendengar dengan teliti dan terserlah sifat penyayangnya sepanjang majlis. Sangat berbeza dari apa yang aku perhati semasa kami berdua berada dalam kereta. Dalam kereta, dia hanya berdiam diri macam banyak sangat benda yang difikirkan. Aku bukanlah duduk berkepit je dengan dia sepanjang acara ni. Aku perhati dia dari jauh je sebab mesti dia tak selesa bila aku ada disamping dia macam bodyguard yang tak diperlukan. Aku hanya mengkaji, duduk perhati dari jauh pun boleh. Pemerhatian tu salah satu dari kaedah kajian.

“Nak air?’ seseorang tiba-tiba hulurkan segelas air kat aku. Aku toleh pandang perempuan tu. Walaupun dah minum dan makan tadi, aku ambil jugaklah huluran tersebut. Dia dah susah payah angkut air tu, aku kenalah hargai usaha dia.

“Oh, boleh jugak, terima kasih” aku sambut lalu kami sama-sama bertukar senyuman. Tetapi senyuman dia lain macam je pada pandangan aku. Nipis, senget ke tepi macam banyak benda yang dia tak puas hati. Dia macam simpan perasaan dendam kat aku. Pandangan mata dia jugak mara membara. Aku ada buat apa-apa salah ke sepanjang majlis ni? Setahu aku tak, aku hanya bantu tengok dan bantu pasang alat bantu pendengaran kat kanak-kanak selepas diberi taklimat pendek oleh doktor pakar sebentar tadi. Aku rasa aku tak buat salah lagi. Aku takdelah cucuk-cucuk telinga budak-budak tu sampai diorang nangis. Ingat aku ni takde perasaan ke?

Bila dah sampai sini baru aku tahu apa sebenarnya majlis yang dihadiri oleh Mr. Millionaire ni. Dia rupanya adalah penyumbang terbesar dalam majlis ni. Menyumbangkan sejumlah wang untuk membeli dan membekalkan alat bantu pendengaran untuk kanak-kanak dan remaja yang kurang upaya dalam pendengaran. Sebab tulah Mr. Millionaire ni akan dijemput setiap kali berlangsungnya acara ni. Seronok bila dah kaya dan dapat bantu orang lain. Banyak pahala dia. Orang lain mesti banyak doakan dia. Tetiba nak jadi Millionaire macam dia pulak. Nak jugak bantu orang lain.

“Ada apa-apa ke dengan Amril?” tiba-tiba perempuan itu mengajukan soalan. Nak tersembur air yang aku teguk tu kat wajah dia. Kot ye pun nak bertanya, tunggulah aku teguk air ni, biar ia melalui esofagus aku dan jatuh dalam perut aku ni dulu. Tersembur kang kat muka kau, kau jugak yang buat drama kat sini nanti. Aku teguk air tu cepat-cepat supaya drama dalam kotak kepala aku tu tak terjadi.

“Eh, takde kaitan langsung” aku jawab laju. Mati aku kalau dia ni salah seorang kipas susah mati si Amril tu.

“Habis tu? Dia tak pernah bawa sesiapa datang sini lagi. Tak pernah perempuan duduk kat dalam kereta dia. Kaulah orang pertama” erk! Mestilah, sebab aku sedang kaji pasal diri dia? Aku jawab dalam hati. Tapi, tak perlu rasanya aku bagitahu benda tu kat dia. Tak penting untuk dia tahu.

“Ye ke? Aku setiausaha temporary dia aje” aku sengih, takut.

“Temporary? Maksudnya?” dia macam tak suka aku je dengan intonasi yang dah ditinggikan sikit. Hurm, memang Millionaire disukai ramai. Aku tahu aku berada dalam keadaan yang tak selamat sekarang ni.

“Setiausaha dia yang sebenar sedang bersalin. Jadi aku gantikan untuk sebulan ni” aku dah ramah dengan sebaiknya. Kalau dia tetap nak cemburu sebab aku satu-satunya orang yang dia bawa kat sini, tu bukan urusan aku. Aku hanya jalankan tugas dan aku hanya nak kenaikan pangkat dan gaji. Tak lebih dan tak kurang dari tu . Kalau nak cemburu, pergi cakap dengan si Amril tu, bukan dengan aku. Gerutu aku dalam hati.

“Oh, ye ke? Untunglah ye dapat duduk berduaan dia dalam kereta” eh? Aku pandang dia dengan pandangan pelik. Ni dah apa hal pulak ni?

“Takde untungnya. Aku cuma jalankan tugas aku je” aku keraskan sikit nada suara aku biar dia tahu aku bukan seorang yang senang-senang dia boleh ejek dan sindir macam ni.

“Macam mana dia boleh percaya kau untuk naik bersama dalam kereta dia? Dia tak pernah percaya kat perempuan” dia pandang aku tanpa berkelip. Ni yang aku malas ni. Nanti karang aku bagitahu rahsia sebenar aku, satu Malaysia nanti tahu yang aku sebenarnya penipu. Eee, perempuan ni kan. Sengaja nak cari pasal dengan aku.

“Aku tak tahu tapi, dia tak percaya dengan perempuan? Kenapa?” aku soal dia balik. Aku mesti nak tahu rahsia ni. Instinct jurnalis aku dah keluar dah. Aku dapat rasakan mataku membulat pandang dia. Betul-betul dah berminat dah ni.

“Betul ke kau ni setiausaha dia, perkara kecik macam ni pun tak tahu?”

“Tak tahu”

“Hmph! Maknanya, dia tak percaya lagilah kat kau kalau macam ni” dia terus blah macam tu je lepas jeling aku. What?! Perempuan ni memang. Dah tanya soalan yang entah apa-apa entah, buatkan aku tertanya-tanya dan lepas tu, jeling dan blah macam tu je. Kurang asam! Ada lagi rupanya perempuan macam ni kat dunia. Ingatkan dah pupus. Sabar Arisa, aku sabarkan hati aku.

Aku jalan terus ke meja buffet dan letakkan gelas tu kat dalam besen cawan. Sabar jelah. Meskipun aku dah jumpa banyak ragam orang, perempuan tulah pemenangnya setakat ni. Macamlah aku kepingin sangat dengan Mr. Millionaire dia tu. Dari jauh aku tengok dia berdiri bersebelahan Amril dan ketawa, ketawa yang dibuat-buat. Geli aku! Dia pandang aku dan terus jeling kat tempat lain. What the hell?! Dia mungkin tengah buat joke yang dia seorang je faham. Paksa orang lain dalam circle tu untuk sama-sama ketawa dengan dia. Eee, aku pulak yang naik rimas dengan gaya terlebih dia tu. Nasib baiklah aku tak tahu nama dia. Kalau aku tahu, confirm dah lama aku jaja kat Iryana.

Aku cepat alihkan mata aku yang dah nak terkeluar tengok aksi dia ke tempat lain. Aku nampak seorang budak yang baru dipasang alat bantu pendengaran, seorang diri, bercakap dengan diri sendiri. Mesti dia rasa seronok dapat dengar suara sendiri. Bila ke tempat ni, barulah aku rasa bersyukur sangat dengan apa yang aku ada dalam hidup ini. Banyak anugerah Allah beri yang kita tak syukuri. Bila dah hilang nanti, barulah rasa menyesal. Typical human being, macam aku.

“Hai, adik” aku lambai-lambai tangan aku depan dia. Dia pandang aku. Dia senyum gembira lantas membalas lambaian tangan aku. Aku duduk berlutut supaya tinggi kami sama.

“Hai” balas dia ramah. Comel budak lelaki ni. Gigi dia cantik, putih, tersusun rapi.

“Nama adik siapa?” aku tanya dia lambat-lambat, supaya dia dapat dengar dan balas soalan aku.

“Aaron”

“Aaron... Aaron datang sini dengan siapa?” aku soal lagi.

“Denan atuk” mungkin dia belum biasa dengan sebutan ‘ng’.

“Atuk Aaron mana? Boleh tunjuk akak?” Aaron terus melilaukan pandangannya sekitar dewan tersebut, mencari-cari atuknya. Adik ni seratus kali lebih baik daripada perempuan yang sapa aku tadi. Sapa orang dengan niat lain dalam hati. Hai, perempuan-perempuan. Tak boleh ke kita hidup aman dan damai sahaja seperti lelaki? Eh, lelaki hidup aman damai je ke? Entah tapi sekurang-kurangnya diorang kurang sikit emosional banding kaum Hawa, kan?

“Tu!” adik tu tunjuk ke depan, betul-betul ke arah seorang lelaki yang sedang bercerita dengan Amril. Aku nampak perempuan tu pandang aku lagi. Lepas tu, jeling sekali lagi. Apalah perempuan ni nak, kan? Adoilah.

Lantak kaulah.

“Oh, mana satu?”

“Baju oren”

“Oh” aku angguk-angguk faham. Cepat tu jugak aku larikan pandangan aku dari diorang. Malaslah nak layan perempuan banyak drama yang dah banyak kali jeling kat aku ni. Aku pandang adik tu, pegang tangan dia yang masih menunjuk ke arah kumpulan tersebut dan jatuhkannya. Tak naklah dia tunjuk lama-lama. Nanti, apa kata diorang pulak.

“Ibu bapa Aaron tak datang sama ke?” aku soal lagi dengan sebutan satu-satu.

“Aaron dah tak ada ibu. Ibu menin-gal. Ayah tak tahu kat mana” aduh! Aku pulak yang sedih dengar dia cakap macam ni. Aku usap kepala dia. Kesian dengan dia. Tinggal dengan atuk sahaja. Atuk pun dah tua. Akak harap adik berjaya dalam hidup. Jangan biarkan orang lain kata adik tak boleh biarpun dengan kecacatan yang adik punyai. Usaha tangga kejayaan. Kejayaan tak kenal orang kurang upaya atau tak. Kejayaan hanya kenal orang yang berusaha.

Rasa bersalah pulak bila tanya soalan macam tu.

“Aaron nak hadiah tak?” aku soal dia. Nak bagi dia gembira sikit dan jugak nak buang rasa bersalah aku yang dah berhurung dalam hati ni.

“Nak, nak” dia angguk banyak kali sambil pegang telinga dia yang dah dipasang alat bantu pendengaran, takut jatuh kot. Aku seluk benda dalam poket baju kurung aku. Lepas tu berpura-pura alihkan benda tu dari kiri ke kanan kat belakang badan aku. Dah tu, aku unjukkan kedua-duanya sekali kat dia.

“Aaron pilih salah satu. Kalau Aaron pilih betul, Aaron dapat hadiah tu. Kalau Aaron pilih salah, tak dapat apa-apalah” aku senyum kat dia. Dia pandang kedua-dua tangan aku yang aku dah telangkupkan ke bawah. Berkerut-kerut dahi dia nak pilih salah satu.

“Ni” dia tunjuk tangan kanan aku. “Eh, bukan” dia gelak. Baru je aku nak cakap ‘anda yakin?’ tapi tak jadi bila dia dah cepat-cepat ubah fikiran. “Ni” sekarang dia tunjuk pulak tangan kiri aku.

“Yakin?” aku soal dia. Dapat jugak aku ujarkan soalan tersebut. Dia angguk. “Yakin?” aku soal lagi.

“Yakin!” dia balas kuat, bertenaga dan yakin. Aku buka tangan kiri aku, kosong! “Alaaa...” katanya sambil garu-garu kepala. Aku sengih je dan kemudiannya, buka tangan kanan aku, sebiji coklat Ferrero Rocher. Aku memang selalu bawa benda ni ke mana-mana pun aku pergi. Macam dah jadi satu rutin, kebiasaan yang aku dah tak boleh buang. Oh ya! Aku kena kaji rutin harian Mr. Milloniare, macam morning ritual dia? Aku kena mulakan esok. Thanks Aaron sebab bagi akak idea! Aku berterima kasih dalam diam. Kadang-kadang lebih seronok bercakap dengan budak berbanding orang besar, banyak inspirasi yang kita boleh dapat. Mungkin sebab, jiwa diorang masih suci kot, kan? Aaron tengok aku dengan senyuman manis tapi penuh pengharapan. Nampak kecewa pun iya jugak.

“Kenapa tak teruskan pilih ni tadi?” aku goyang-goyangkan coklat tersebut kat depan dia.

“Tak tahu”

“Takpe, akak belanja. Nak tak?”

“Nak”

“Nah, ambiklah” dia sambut coklat tu.

“Terima kasih, akak” dia senyum lalu membuka pembalut coklat itu dan terus kunyah.

“Adik kena baca doa makan” aku bagitahu dia.

“Hee, lupa” dah habis makan, barulah dia baca doa.

“Apahal ni?” tetiba ada suara sapa kami berdua dari arah belakang.

“Akak belanja Aaron coklat” Aaron gelak, dah kecoklatan gigi dia.

“Ye ke?”

“Aku belanja sebijik je. Baki coklat aku” malu pulak. Dahlah belanja sebijik je, hee!

“Aaron” panggil Amril sambil duduk berlutut supaya agak separas dengan budak tu, macam aku tadi. “Abang dan akak dah nak balik ni” dia bagitahu sambil usap-usap tangan Aaron.

“Akak baik. Janan tin-gal akak” si kecil Aaron senyum, dah mula melambai kat kami berdua. Harunya budak ni cakap begini kat aku.

“Tak, abang tak tinggalkan akak, jangan risau” dia pandang sekilas kat aku lalu pandang semula kat Aaron. “Aaron pergi kat tempat atuk, okey?” Aaron angguk dan perlahan-lahan dia mula berjalan. Amril dan aku melambai kat dia. Kami berdua bersalaman dengan orang sekeliling dan gerak balik. Betul aku cakap, gaya dia dengan orang kat sana sangat berbeza. Tutup je pintu kereta, dia tetiba jadi orang paling pendiam pulak. Aku yang naik takut.

“Dah lama ke buat benda ni?” aku soal takut-takut tapi aku kena soal jugak. Dia kan kajian aku?

“Erm, taklah. Baru mula dua tahun lepas”

“Kenapa buat benda ni?”

“Kenapa nak tahu?”

“Yelah kan aku sedang kaji trait dan personaliti kau”

“Ha’ah, ye tak ye jugak” dia sengih. Hurm, dia lupa ke tujuan sebenar aku?

“Aku bukannya lahir-lahir terus kaya. Aku mula dari bawah. Sebab tu aku buat benda ni. Untuk ingatkan diri aku bahawa aku boleh kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Untuk ingatkan diri aku bahawa aku bukannya siapa-siapa, tanpa kedua orang tua aku, tanpa orang-orang yang sayangi dan bersusah payah dengan aku dulu. Allah boleh tarik semua yang aku ada sekarang ni bila-bila masa. Aku harap dengan buat begini, aku takkan lupa siapa diri aku yang sebenar” aku pandang dia. Kagum aku dengan prinsip dia. Bertuah sangat berjumpa dengan dia.

“Kenal ke dengan perempuan rambut ikal tu?”

“Firhana ke, kenapa?” entahlah nama perempuan tu siapa. Yang aku tahu dia rambut ikal dan perasan cantik. Macamlah dia satu-satunya perempuan cantik kat dunia ni. Boleh blah!

“Ada apa-apa dengan dia?” terus je meledak ketawa dia.

“Kau ni dah kenapa? Dah tukar title jadi isteri aku pulak ke tanya soalan macam ni?”

“Bukan, tadi dia tanya samada kita ada apa-apa atau tak. Aku jawab takde dan bagitahu yang aku ni cuma setiausaha sebulan je. Dia macam tak puas hati. Siap jeling aku lagi. Aku rasa dia ada hati kat kau. Takut pulak” makin dia gelak dengan penerangan aku.

“Apa pulak yang kau nak takut?”

“Nanti semua fans kau serang aku kat rumah” hei, nilah tugas aku yang menyebabkan ramai orang tak sukakan aku.

“Takdelah. Ingat aku ni banyak sangat fans ke?”

“’Banyak. Tu baru satu yang aku jumpa. Esok-esok belum tentu lagi”

“Jangan risaulah part tu” hmph! Macam senang je dia kata jangan risau. Aku dah risau separuh mati ni.

“Kau tak tahu ke dia suka kat kau?” mustahil dia tak tahu.

“Tahu...”

“Habis tu?”

“Habis tu apa?” dia kerut kening dia.

“Tak nak bagi chance?”

“Adoilah! Banyak lagi lelaki lain kat dunia ni”

“Tapi dia nak kau je”

“Aku tak nak dia” okey, fine.

“Nanti lepas ni, bagitahu aku ahead of time kalau ada perempuan macam tu lagi yang bakal kita jumpa bila nak pergi mana-mana”

“Hurm, tengoklah macam mana. Aku tak reti pasal benda-benda macam ni. Aku pun nak lari jugak dari diorang semua ni” aku senyum dalam hati. Aku nak korek rahsia dia. Dah tertarik sangat ni. Instinct journalist aku dah muncul dah.

“Mesti banyak yang sukakan kau, kan?”

“Bila banyak duit, orang sukalah, kan? Dulu waktu aku bukan siapa-siapa takde pulak yang sanggup bersusah payah dengan aku” sedih pulak aku yang mendengar.

“Kau pernah ada girlfriend ke?”

“Pernah, dulu. Waktu aku study kat Korea” lepas tu, dia diam. Macam tak nak bagitahu. Aku nak tahu jugak sebab aku ni jurnalis dan beginilah lumrah jurnalis. Agak jaga tepi kain orang sikit.

“Lepas tu?” dia diam jugak. Perahsia sangat Mr. Millionaire ni. Nak korek pasal masa lalu dia pun susah sangat. “Ex kau tinggalkan kau ke?” Firhana atau apa sahaja nama perempuan rambut ikal tu cakap dia tak percaya kat perempuan. Sebab ditinggalkan oleh ex dia ke?

“Aku nak balik rumah. Aku dropkan kau kat depan ofis je” lain pulak jawapan dia. Dia tak nak kongsi kisah hidup dia yang satu ni kot. Baiklah, aku tanya lain kali. Belum habis lagi kajian aku untuk bahagian yang satu ni. Aku ni tak kenal perkataan putus asa selagi aku tak dapat jawapan. Kena sangat dengan kerjaya aku. Told you, aku ni penyampai berita lebih pantas dari mami jarum! Tapi kali ni kena tune sikit ayat tu. Penyampai berita yang lebih ‘kepochi’ dari mami jarum!

“Okey”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience