Alhamdulillah, setelah 3 jam berada di dalam dewan bedah, aku selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat. Aku ditolak ke katil. Sempat mengerling ke arah katil Lisa yang masih kemas tersusun rapi. Selepas sejam berlalu dan kudrat ku semakin baik untuk bercakap, aku berbual kosong dengan Razif. Aku bertanyakan hal Lisa, adakah dia sudah pulang ke rumah. Menurut Razif dia tidak bertemu dengan Lisa langsung kerana menunggu aku di depan bilik bedah. Jururawat datang dan memeriksa tahap kesihatan ku. Sempat aku bertanyakan hal Lisa kepadanya.
“Misi, Lisa katil sebelah ni dah keluar wad ke? Tanya ku
“Lisa? Nama penuh dia Lailalisa ke? Ke Lisa lain? Kenapa yer? Banyak betul pertanyaan jururawat tu.
“Malam tadi saya kirim suami dia beli burger. Nak bayar dia balik duit burger tu,” jawab ku perlahan.
“Setahu saya, Lisa dah di bawa balik rumah dua hari lepas oleh keluarganya. Tak tahu la ni Lisa yang mana?
“Lisa tu muka dia macam Fouziah Ghous sikit. Dia kata anak dia meninggal dalam perut,” terangku.
“Ha, betul la tu. Muka macam Fouziah Ghous sikit. Memang dia duduk katil sebelah ni hari tu. Dia dah tunggu masa nak bersalin dah masa tu, kami tahan kat wad sebab bayi dia tak berapa gerak. Nak jadi cerita dia sakit perut, terus masuk tandas, kebetulan cleaner baru lepas cuci tandas. Tak berapa kering lagi lantai. Dia tergelincir. Tumpah darah..Lama baru kami perasan masa tu sebab nak bagi ubat. Anak dalam kandungan tak dapat diselamatkan. Dia jatuh terhempap perut ke lantai. Tapi puan..” jururawat tersebut terhenti seketika..
“Lisa tu dah tak ada. Dia meninggal hari yang sama sebab hilang banyak darah. Pihak hospital dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia.” Terang jururawat tu.
Melopong aku dengar jururawat tu bercerita. Razif pun tengok pada mukanya seakan terkejut.
“Habis tu dengan siapa yang saya borak semalam? Siapa yang tolong beli burger saya tu?” aku bertanya.
Tak tunggu lama, aku terus suruh Razif aturkan aku ditukarkan bilik ke wad kelas 3 atau 4. Baik duduk wad yang ramai pesakit daripada duduk sorang-sorang bercakap dengan siapa-siapa ntah. Badan aku automatic menggigil kesejukan, lagi sejuk dari dalam dewan bedah.
Tak pasal-pasal aku dapat layanan istimewa dari semua staf dia hospital yang khuatir pengalaman yang aku alami itu akan menjejaskan kesihatan ku, dan Razif dibenarkan menemaniku tidak kira masa sepanjang lagi 3hari. Lisa, kenapa kau muncul diri di depan aku? Apa yang kau mahu? Semoga roh kau dan bayi mu dicucuri Rahmat…
Share this novel